Mesyuarat sambil kunyah kuih lapis, menjual produk keluaran sendiri di tempat kerja, tidak faham prosedur dan tanggungjawab asasi jabatan sendiri, lembab, waktu mengeteh berjam - jam, masuk kerja lambat, balik awal, tak masuk kerja langsung tapi tak kena buang, makan suap: adalah antara persepsi yang terpahat di kepala otak umum.
Ini antara peristiwa peribadi yang aku alami (yang larat aku tulis) dengan orang gomen sepanjang aku hidup:
- Aku telah masukkan data lesen dan GDL kedalam MYKAD, tetapi diminta bawa lesen ke JPJ. Aku jawab "akak checklah dalam Mykad saya tu". Mereka jawab " Eiihh..tak boleh cik..kena bawak lesen. Kami tak boleh check kat Mykad je". Aku terfikir, takde pekdah rupanya Mykad ni. Lokasi: JPJ Seremban.
- "Abang, saya nak tukar alamt mengundi' kata aku. "Jap ehh..pegawai minum" kata kerani sambil mengadap komputer. Aku intai, dan aku nampak dia tengah main solitaire. sejam setengah kemudia. pegawai dia masuk dan kata "jap ye cik.". Entah berapa kali kejap pun aku tak tau. Lokasi: SPR Wisma Persekutuan Seremban.
- Ada hamba Allah, kerja MPS (Majlis Perbandaran Seremban). Keluar kerja pukul 7.45am. Jam 8.30 am, balik rumah. Pukul 2.00 pm pergi kerja balik. Umur? Dah nak pencen dah. Lokasi: Seremban.
- Dulu sewaktu JBANS (sekarang SAINS), kakak aku buat laporan air kecik. Diorang mintak duit untuk repair. Sampai RM700. Aku suruh akak aku tanya lagi kat kaunter JBANS. Kerani tu kata bukan tanggungjawab dia. Kena melalui Senggaraan. Aku buat laporan melalui email, aku bagi Pengarah, dan cc ke Menteri Besar. Esok diorang tukar meter dan lusa korek jalan untuk tukar paip. PERCUMA!!! Lokasi: Port Dickson.
- Aku sampai JKKP seremban untuk pembaharuan lesen lif bangunan. Sampai pukul 8.30 am. Kerasni pergi minum. Aku mengeluh tetapi masih bersabar. Tunggu punya tunggu, pukul 10.45 am baru barua tu masuk. Aku buat surat aduan dengan mengisi Borang Kepuasan Pelanggan. Entah apa berlaku selepas itu. Tahun depan, aku tengok minah tu kerja gak lagi. Siap buat perangai sama gak cuma dia balik minum awal sikit. Lokasi: Wisma Persekutuan , Seremban.
- Aku kena saman parking. Pergi MBMB (Melaka) untuk bayar. Duit tunai takde jadi aku bayar pakai cheque. Minah kerani tu kata tak boleh. Aku jumpa pegawai dia. Pegawai dia kata boleh plak. Rugi aku 3 jam kat situ. Lokasi : MBMB, Melaka.
- Aku pergi pejabat tanah Seremban 2. Nak bayar cukai bangunan yang ada Strata Title. Aku tanya Meja Pertanyaan, dia kata "Encik ambil nom,bor dan tunggu untuk pembayaran". 45 minit tunggu. Akhirnya nombor aku dipanggil. Kerani tu kata "Bukan kat sini Encik, ni kena buat kat Wisma Negeri, Seremban. Fuhh..berangin kepala aku. Lokasi : Bangunan Kerajaan, Seremban 2.
- Aku draf repot polis. Pergi balai. Pegawai tu menaip pakai satu jari. Aku tengok ejaan pun salah padahal aku dah bagi draf dah. Aku offer untuk taipkan untuk dia. Dia terus bagi aku komputer. Aku taip seorang diri sambil dia pergi hisap rokok kat tingkap. Lokasi: Balai Polis Gemencheh.
Lepas tu, aku baca blog Pilihan-Anda. Mendidih darah aku. Bengong la Omar Osman ni. Patutlah orang gomen kerja macam haram jadah (maaf lah ye). Presiden CUEPACS yang menggalakkan rupanya.
PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.
Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.
Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan. BERNAMA
tergelak baca senarai ni sebab saya pun keje gomen dan saya sendiri selalu mengalami nasib yang sama jika berurusan dgn beberapa pej.gomen wpun saya sendiri telah cuba berikan yg terbaik untuk perkhidmatan kami. mungkin bukan di jabatan gomen itu masalahnya, tapi di mind setting pekerjanya...
ReplyDeletemummy,
ReplyDeletejanganlah terasa ekk..ni teguran ikhlas tu..tapi bukan semua la tak baik...hehehe..