Benar, ada banyak perlu dipinda dalam banyak undang-undang dalam negara ini. Jika ianya direka dan dibuat oleh manusia, masakan ia sempurna dan adil 100%. Itu fakta dan tidak melampau jika aku katakan yang itu juga adalah Iman. Bagi aku, memahami bahawa perundangan manusia itu senantiasa perlu dipinda dan ditambah-baik serta mengakui bahawa mana-mana perkara di bawah tangan manusia mempunyai kelemahan dan kesilapan, umpama kita mengatakan qalam Allah dan rasulnya terpelihara dari kelemahan dan kesilapan.
Namun, perlukah kita menjadi tukang sorak dan batu api terhadap tindakan mahasiswa dan "bekas" Mahasiswa dari SMM dan membiarkan sahaja mereka memperjuangkan kepercayaan mereka? Adakah kita menjadi lebih bijak dengan mengatakan mereka bodoh? Tentu sekali tidak.
Perkara penting bagi mana-mana Mahasiswa dalam hal ini adalah mengenalpasti permasalahan pokok dan menanganinya dengan bijak. Apa masalah mereka? Yang pertama, luahan dan permintaan mereka tidak diendahkan. Tida hairanlah mereka menjadi tidak percaya kepada kerajaan. Hal ini, kita tidak wajar mempersalahkan mereka. Sesiapa sahaja akan marah dan menunjukan ekspresi kemarahan itu. Cuma cara dan kaedah sahaja yang berbeza.
Namun, masalah mereka sekarang adalah mereka dihalang"mempromosikan" masalah mereka dan gagal membuatkan pembuat dasar memandang dan mendengar keluhan mereka.
Tentu sahaja berbaring dan bertempur dengan undang- undang kampus malahan berkonfrontasi dengan pihak berkuasa adalah tindakan tidak bijak. Jika ia dilakukan rakyat marhaen, mungkin tidak mengapa. Namun jika ia dilakukan oleh Mahasiswa dan bakal pendidik, agak kurang molek. Sudut pandang kurang molek itu terarah dari asas Islam dan budaya ketimuran. Jika ia dipandang dari sudut yang berbeza, mungkin keputusannya juga berbeza.
Apa yang Adam Adli, Syukri dan SMM boleh lakukan? Dibawah, digariskan beberapa cadangan buat SMM:
- Bersemuka dengan Menteri dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.
- Lakukan secara rasmi dan terbuka.
- Lakukan rakaman untuk pembuktian.
- Minta mereka menyediakan satu slot di Media-media dan Televisyen, bagi suatu perbahasan atau debat terbuka.
- Mahu debat dengan siapa? Dengan kumpulan Mahasiswa yang menjunjung AUKU.
Percayalah, berjuang menggunakan kudrat adalah perkara terakhir dalam bab perjuangan. Perjuangan yang dikenang sepanjang masa adalah perjuangan hujjah dan akal; walaupun kemenangan melalui keringat dan darah itu menjadi bukti kekuatan dan kehebatan.
Begitulah Islam terbela (secara teori); dengan hujah, strategi dan mata pedang adalah yang terakhir. Bermula dengan hujjah bagi berdakwah, dengan staregi untuk berhijrah dan berperang (contoh: Perang Badar). Lihat sahaja kandungan surat Khalifah Mu'tasim yang berbunyi " Dari hamba Allah yang bernama Mu'tasim kepada Anjing Rom. Sesudah engkau membaca surat ini, hendaklah engkau membebaskan perempuan Islam yang engkau tawan. jika tidak, akan ku hantar bqala tenteraku yang kepalanya di negeri engkau dan ekornya di dalam genggamanku". Kahlifah Mu'tasim tidak meletakkan peperangan sebagai perkara nombor satu bukan?
Kesilapan telah dilakukan namun ia boleh dibaiki. Berusahalah tanpa jemu seperti ikan pari yang cuba terbang. Wallahua'lam.
Nota kaki: Video ini sepatutnya bertajuk "I Believe I Can Fly". ;)
Di USA atau England bolehlah buat candangan macam tu. Di Malaysia, jangan harap.
ReplyDeletenajib suru kita jadi budak bodoh orang darat serawak pun dan menyampah dgn taib tak habis taib punya dan mereka dah pandai meluah ini kan pula mahasiswa tengok mogok batahan baling tahun 70an mogok jalan teluk sena memali dan lain lain bukan semua kerana ketidaj puasan rakyat tak kira siapa perintah kalau bn tak betul buang dia kalau pakatan tak betul pancung dia rakyat kena bangkit
ReplyDelete