4.1.12

Amalina Bukan Contoh Sehebat Siti Fatimah

Di bawah ini, adalah salah seorang yang boleh kita jadikan contoh buat anak-anak kita. Bukan yang aku post sebelum ni. Walaupun aku ada teringin untuk balas kenyataan balas dia melalui emak dia, tetapi aku memilih untuk STOP. Dia juga beragama Islam. Apa salahnya aku berdoa yang baik-baik buat dia sekeluarga?

Satu je nasihat aku buat Amalina dan keluarga beliau terutamanya emaknya..ingatlah pesan Rasulullah SAW bahawa Islam itu tinggi, tiada ada yang lebih tinggi darinya. Dan jika aku mengatakan TIDAK SALAH dengan perbuatan Amalina dan Ibunya, dan ianya bagus dan TIDAK MENGAPA, lengkaplah aku menjadi pengkhianat AGAMA ALLAH dan RASULNYA. Nauzubillah.


Baiklah. Berbalik kepada pelajar yang ingin aku syorkan dicontohi adalah pelajar di bawah:

--------------------------------------
(dari : http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/01/siti-fatimah-mukhtar-bekas-pelajar.html)

Siti Fatimah Mukhtar bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.
Siti Fatimah Mukhtar 2 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!
Siti Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat
Siti Fatimah Mukhtar 3 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!
Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.
Siti Fatimah Mukhtar 4 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!
Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.
Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK. Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu’ al-Quran

1 comment:

  1. Assalamualaikum..

    Tahniah pada mereka yang menjaga akhlaknya..

    mmm no komen untok mak amalina, n amalina sendiri..
    semoge die diberi hidayah untuk mengalas islam sewajarnya nanti..

    maafkan mereka kerana mereka segan ilmu..

    Bila jiwa itu disinar nur Tauhid, maka ia tidak akan padam, malah ia akan mencerahi sekitar dari padanya...

    berbahagialah para tahfiz, kerana Akhirat kelak adalah sebaik baik tempat istirehat......

    melayu dan islam bukan same bro... lain..

    tapi jangan risau sebab para shaid @ mujahideen, yang amat mencintai mati shahid, amat takut akan murka Allah, amat kasih pada Junjungan Rasul, Nabi Muhammad S.W.S, akan berdiri tegak bergerak mencantas musuh2 islam, setelah Panji Hitam tertimbul satu hari nanti...

    Semoga Lafas Janji setiap Solat yang kita dirikan akan jadi penggerak pada kita..

    coretan: Budak Bukit cari Simpang

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.