4.1.12

Kenyataan Bodoh Mak Amalina

Sememangnya kemungkaran tidak boleh ditangani dengan kemungkaran. Aku berusaha untuk tidak mahu komen tetapi sakit hati dengan komentar emak Amalina dalam mempertahankan anaknya. Pandangan awal aku,  kita tidak wajar menghentam tetapi sepatutnya menasihati. Namun, aku tidak dapat tidak untuk komen dan memuaskan hati aku yang geram.


Kalau macam ni la hasil A1 pelajaran Agama Islam, aku cukup kecewa.

Kalau abah aku masih hidup dan aku memalukan dia sebegini, masak aku kena sental.

Nasib kau baik Amalina. Kau ada emak yang sanggup membodohkan diri untuk membela kau.

“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.
“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.

Hujah aku mengatakan emak Amalina telah membodohkan diri:

1. Apa ke jadahnya dia beli pakaian telanjang untuk anaknya?
2. Kerana emaknya mengatakan gambar "peribadi" Amalina di"curi" dari laman Facebook. Mana ada yang peribadi kalau dah masuk Facebook kan?
3. Itu gambar lama. Maknanya dah lama la kau sorokkan kemungkaran?
4. Emaknya mengenali rakannya setiap seorang. Hukum jatuh halal bila memeluk bukan muhrim yang berstatus rakan?
5. Kalau itu bukan gaya hidup bebas, itu gaya hidup apa? Islam?

Bukankah hujah makcik tu tidak setaraf dengan jawatan makcik sebagai Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2?

Kenapalah makcik bagi komen. Bukankah lebih elok makcik berdiam diri?

Nota kaki: Makcik tegurlah anak makcik tu. Makcik tahu ke status Facebook dia malam tadi? Kalau makcik tahu, sudah tentu makcik tak komen sebegini.

10 comments:

  1. boleh sy tau fb amalina?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tok Rimau.

    Saya amat setuju dengan pendapat dan pandangan Tok Rimau sebab saya sendiri berfikiran sama.

    Ibu Amalina mengaku membelikan sicerdik tetapi tak bijaksana itu pakaian yang mendedahkan auratnya!

    Akhir zaman bro.

    Ibubapa sebeginilah yang merosakkan anak sendiri.

    Sebenarnya saya malas nak highlight perkara sebegini didalam blog saya tetapi dek kerna tok Rimau dah mengaum, maka hamba turut menyinga!

    Tahniah sebab sama sekepala!

    Wassalamualaikum!

    ReplyDelete
  3. Nice analisis bro...

    Masih ada parent2 Melayu Islam yg bertuhankan kemodenan akan memberi reaksi yg sama mcm si ibu Pelajar Cemerlang SPM ni...

    A1 utk subjek tak semsetinya A1 utk akhlak..Tq..

    ReplyDelete
  4. err...apa status FB dia malam tadi? hehe tiba-tiba nak menyibuk...sori.

    saya rasa dia tak memperbodohkan diri demi anaknya pada masa isu itu diajukan. Tp, dah dia memang begitu. Maksudnya, dia memang benarkan anaknya pakai apa pun, b'gaul bagaimana carapun, dan jadi apa pun asalkan pass belajar. Eh sebenarnya baaaaaanyak sangat ibu bapa macam ni zaman skrg....kalau tak, taklah ramai sgt anak2 muda yang terkinja-kinja nak jadi artis ;-)--->just my 2 cents

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum semua.

    Anonymous,
    Sila rujuk blog yang ada cerita hal tu. Saya malas nak komen status beliau. Bukannya ada rasa bersalah pun.

    Tok Mamu a.k.a. Mahaguru58,
    Kenapalah emak dia komen? Saya dah bersangka baik pada mulanya. Bila komen "tak bersalah" emak dia keluar, sakit je hati ni. Kita nak anak dia jadi elok...kita nak sama-sama ubah kesilapan...emak dia seakan-akan berbangga pula. Untuk apa kehebatan akademik tanpa keredhaan Allah Azza Wa Jalla? Terima kasih atas komen Tok Mamu. Saya amat berbesar hati.

    Master Yoda,
    Uiit..lama tak nampak bro. Kalau tak A1 untuk akhlak walaupun Pend. Agama Islam A1, maknanya sukatan matapelajaran kita ada "masalah"?

    Mummy Icha,
    Semua orang ada hak memberi pendapat tidak kira ia sealiran atau tidak :). Tapi emaknya wajib "dikejutkan". Dia berjawatan tinggi tetapi berfikiran Melayu 50an. Sayang sungguh.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  6. Mengaum terus anakku nampaknya...........WaAllahuAlam dah tak tahu apa nak komen. Dulu anak Mak Cik pun belajar di University of Edinburgh juga selama 4 tahun, tapi tak pulak berubah jadi macam Mat Salleh. Entahlah..

    Semoga Allah swt terus memberikan Taufik dan Hidayah pada Mak Cik agar terus jadi ibu yang baik, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumussalam Ibu.

    Semoga kita semua dibawah lindungan Allah SWT dari fitnah semasa hidup dan selepas mati.

    Dari pengamatan saya yang dhaif ni, Ibu memang Ibu yang hebat.

    Beruntung anak-anak Ibu.

    ReplyDelete
  8. Mak Amalina adalah satu contoh seorang guru yang gagal menjadi PENDIDIK.Anak terpelajar tapi tidak terdidik

    ReplyDelete
  9. baju, mak beli..
    seluar, mak beli...
    pegi paris ngan mak, mak yg suruh amelina posing peluk jantan..
    rambut blonde ni pun mak yg tolong beli dye rambut dan tolong dyekan


    sesunggguhnya mak amalina memang hebat kerana semua yg telah emak amelina lakukan diatas telah berjaya membuat org cemburukan amelina:D

    ReplyDelete

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.