19.1.16

Buka Gelanggang

Saja aku pilih tajuk jiwang. Sebab aku nak set objektif yang lembut. Kalau awal tajuk di tahun baharu pun dah garang, nanti muka aku cepat tua. Kot ramai yang dah lupai aku, aku nak ingatkan sikit-sikit. Manalah tahu ada yang dah lupa blogger yang pernah duduki tangga 50 blog sosio-politik Malaya ni.


Dahulu

Bermula 2008 Mei 1 haribulan, blog ini terlahir. Aku guna "ter" sebab memang tak sengaja pun pada awalnya. Asalnya cuma komen di blog orang...lepas tu komen semakin panjang dan meleret-leret dan akhirnya buat blog sendiri lagi senang. Orang tak pening nak jawab komen aku.

Banyak kali juga posting blog ini dipadam atau dijadikan draft (reverted to draft). Kadang-kadang, keceluparan tulisan itu di luar kawalan akal yang waras. Maaf.

Di sepanjang penulisan disini, ramai juga kawan dan ramai juga musuh. Ada yang dahulunya kawan, bila sudah fofular, terus menyombong. Goal dia memang populariti agaknya.

Ada kawan yang amat lembut bila berinteraksi dengan aku...ada juga kawan di dunia realiti yang menjadi peminat tulisan aku. Tak sengaja. Bila aku tahu, kembang pun ada lah sikit.

Ada juga editor akhbar yang plagiat tulisan di blog ini. Suruh minta maaf tak mahu. Entah apa-apa. Abah dia yang ajar dia macam tu agaknya. Korang boleh cari penulisan lama aku disini. Search perkataan "Plagiat".

Ada juga musuh dari kalangan etnik berbeza. Organisasi besar kononnya..sebut nama blog ini dan memaki-hamun. Aku ketawa je. Yang paling best, ahli kuat organisasi itu dilantik menjadi Senator. Biasalah PM kita tu. Main sebarang je.

Ada juga yang menjadi kawan dari kalangan mereka. This is the best part la. Macam-macam.

2008 dulu, masa tengah popular, wanita ajak sembang seks pun ada. Gila agaknya. Kena cakar rimau baru dia tahu.

 Sekarang

Aku tak ada hobi lain. Membaca pun dah jarang. Dulu selalu. Sebab sibuk dengan duniawi. Tahun ini, aku nak kembali rajin; baik membaca mahupun menulis. Ini adalah permulaan. Permulaan yang baik, aku rasa.

Aku tak kisah samada tulisan aku dibaca manusia atau tidak. Yang penting aku kena menulis. Kena juga tahu batasan, tidak mahu pengakhirannya aku di dalam lokap polis. Itu bukan kejayaan. Itu kehancuran. Haram kita campakkan diri ke lembah kehancuran.

Akan Datang

Entah. Mana aku tahu. Aku bukan ahli nujum.

Tak lama lagi, aku sambung. Biasalah. Bab Politik Malaysia. Banyak lagak ngeri. Cuma belum ada yang mati.

Dari meja Sang Belang,
Darr Al-Khusus.


No comments:

Post a Comment

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.