19.1.16

Ramai Sudah Mati Rupanya

Teman- teman blogger yang sezaman (takde lah lama mana pun..hihi) dengan aku, ramai yang sudah "mati". Samada mereka membunuh diri atau terbunuh dalam perjuangan; aku tidak tahu. Yang aku tahu, aku rindu mereka.

Sokongan teman-teman, banyak menghidupkan semangat. Bukan kita sangat kuat dalam melawan serangan mereka yang tidak sealiran. Kita sebenarnya dikuatkan. Ya, itu yang sebenarnya. Jika berseorangan, kita boleh mati langkah dengan mudah.

Kau tegur aku, aku tegur engkau. Aku tahu engkau menulis dari hati kerana aku juga sama. Tidak ada jiwa hamba yang aku jadikan Sultan dalam penulisan. Tidak ada habuan yang akan aku terima, maka aku juga tidak sepatutnya dihukum; jika hanya menulis apa yang ada dibenak.

Zaman sudah berubah...alamat blog juga bukan lagi "dot com". Entah bila ia ditukar kepada "dot my".

Aku ingin memulakan tujahan awal dengan isu politik, tetapi menghormati teman-teman lama lebih penting bagi aku. Aku memilih untuk tidak menyebut nama mereka kerana mungkin mereka sedang bahagia. Seperti aku sebelum ini, tidaklah aku peduli dengan 1755 komen yang perlu aku baca dan siar. Ia tidak pernah menggusarkan aku...sebab ketika itu aku sedang bahagia.

Sekarang aku masih bahagia, cuma aku mahukan kebahagian dahulu bersama-sama dengan aku. Bahagia berganda.

Dari meja Sang Belang,
Darr Al- Khusus.

No comments:

Post a Comment

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.