19.1.16

Jangan Nak Membongak Lah!

Aku sudah teguri Al-Tantawi melalui akaun twitter aku. Seperti biasa, ia tidak akan dibalas. Kalau ia dibalas nanti, kalian boleh masukkan ia dalam senarai 10 perkara paling menghairankan di dunia.

Ceritanya begini:

9. Akhirnya, LGE boleh bersetuju untuk selesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu saya mohon maaf, cuma apa yg berlaku adalah salah faham tentang artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang dikatakan mencetus salahfaham antara saya dan LGE, akibat daripada perbezaan penggunaan terminologi - direct nego, open tender dan Request For Proposal (RFP). RFP berdasarkan penyata saksi Plaintif sendiri (pegawai dari UPEN) bukanlah direct nego, dan bukan juga open tender.

10. Sementara artikel saya yang bertarikh 8 Ogos 2014 bertajuk "Terowong Dasar Laut - Penjelasan Tuduhan Fitnah" juga masih kekal dan dipertahankan.

11. Pada akhirnya, kami bersetuju dengan cadangan penyelesaian dan dicatatkan oleh hakim sebagai kes selesai di luar mahkamah dan kos mahkamah RM10K ditanggung oleh defendan.(klik SINI)

Adakah masuk akal? Mana mungkin kau dituduh dan kau tak salah, tapi kau pulak yang bayar duit settlement. Hanya 3 kemungkinan sahaja dalam kes seperti ini:

1) Tantawi takut kena saman dan kalah kes
2) Peguam Tantawi tidak menasihati Tantawi dengan baik
3) Tantawi dah terlalu banyak wang

Sengaja aku rekayasa item 2 dan 3 tu, sebab bagi aku hanya item 1 yang paling masuk akal.

Kalau kau bentang cerita ni kat mana-mana manusia, tentu sahaja mereka akan berfikir seperti item 1.

Kalau mereka kata perkara disebaliknya, percayalah yang mereka tu pecacai PAS. Simple as that.

Dar meja Sang Belang,

Darr Al- Khusus.
Gambar: sekadar gambar lama dari blog ini

No comments:

Post a Comment

Tulislah komen dengan berhemah. Penulis blog Harimau Menaip tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang pelanggaran undang-undang yang terhasil dari penulisan Tuan-Puan samada penulis Harimau Menaip perasan atau tidak.