Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

17.4.10

Zaid ibrahim: Suatu Kesilapan Pakatan Rakyat

Kemenangan Pakatan Rakyat pasti terjamin jika mencalonkan "orang baik-baik" yang bagus dari segi latarbelakang keagamaan dan sahsiahnya. Calon BN yang berbangsa India pasti akan "disepak" dengan mudah sambil tersenyum setelah Pilihanraya Kecil P094 itu berlangsung. Walaupun Hulu Selangor adalah bekas kubu kuat BN, namun keputusan PRU yang lalu perlu juga dipandang dan dijadikan rujukan.

Sayang sungguh, Pakatan Rakyat dikatakan berada diambang kekalahan apabila memilih Zaid Ibrahim; orang yang diterajang keluar dari UMNO.

Ramai juga yang bertanya, apa bezanya Zaid Ibrahim dengan katak-katak yang melompat keluar dari PKR dan masuk kedalam UMNO? Apa bezanya Zaid Ibrahim dengan Ezam, Zahrain dan Zulkifli Noordin? UMNO pasti akan dibasuh cukup-cukup jika nama-nama tadi  dijadikan calon Pilihanraya. Mengapa pula PKR merasakan Zaid Ibrahim adalah calon terbaik mereka?

Nampaknya, penasihat Seringgit telah tersalah perhitungan, otak yang dikatakan bijak telah mula malfunctioning. Kesilapan ini bolehlah diibaratkan seperti UMNO mencalonkan Khairy Jamaluddin di Hulu Selangor; rosak dan merosakkan.

Agaknya, Zaid Ibrahim dipilih kerana ada beberapa persamaan yang jelas antara Anwar dengan Zaid. Mereka sama nama bapak; Ibrahim (Al-Fatihah bagi yang telah tiada).

Mungkin juga mereka sama kerana kedua-duanya adalah muka yang familiar di Mahkamah; Anwar dengan kes liwat dan Zaid dengan kes firma guamannya.

Persamaan lain? Mungkin kedua-duanya bernilai seringgit kot? Wallahualam.

16 comments:

Love Perak said...

banyak bezanya. zaid keluar dari umno kerana prinsipnya mengenai akta zalim isa. dia juga meletak jawatan sbg menteri kerana cadangannya untuk mansuh isa ditolak mentah-mentah. saya tidak setuju dgn harimau dlm bab ini kerana zaid seorang calon yang sangat baik dan berkarisma :)

Harimau-Menaip said...

Tuan Love Perak,

"calon yang sangat baik dan berkarisma'..saya tidak nampak yang itu.

Kita tetap sahabat walau berbeza pendapat.

TheSniper said...

Salam tuan.

Zaid aku kira lebih baik dari munafiqin Umno, Musang dalam PAS dan Katak dari PKR. At least kita dah tahu prinsip beliau.

kembara putih said...

Takut betul UMNO kepada Zaid Ibrahim ye.

kulatlapok said...

salam Bro:

Pada awalnya presepsi wa sama dan tepat malah tidak kurang seincipun dengan pendapat lu. PKR mungkin silap memilih orang luar. tetapi kita juga perlu ingat pengundi Selangor kini sudah melihat diluar kotak pemikiran mereka.

UMNO pernah meletakkan Aziz Samsudin Ketua Bhg. Gopeng ke mana wa pun dah tak ingat iaitu calon luar bertanding di Shah Alam. Walaupun ditentang oleh AJK UMNO Shah alam sendiri namun Aziz menang.

So, rasanya PKR mungkin ada strteginya tersendiri dan ini dibantu pulak dengan dua calon bebas dari kalangan UMNO dan MIC sendiri mungkin dapat membantu.

apa2pun kalau terjadi wa memang sokong seperti apa yg lu katakan,
isu calon PKR mungkin salah satu faktornya. Wallahuaalam.

orang kampung lu YB Bagan Pinang apa khbar?? Selamat Penganti Baru untuk Tok Isa. Bini dia berdentumm

Anonymous said...

Bro,

Zaid bukan melompat atau keluar dari UMNO. ZAID DIPECAT kerana menghadiri satu majlis pembangkang.

Dalam hal ini, zaid dan anwar mempunyai persamaan. edua-duanya dipecat!

Harimau-Menaip said...

Kulat,

Katil Isa Samad belum berhenti goyangnya...rasanya.

Allaaa...janda orang. Apa yang berdentumnya? hahaha...

Kembara Putih,

UMNO takut kalah. Tang takut dengan Zaid, saya tak tahu. Blog saya bukan blog suara UMNO.

zuhairy said...

Orang boleh buat pelbagai analisis. Tapi yang pastinya, walau siapa pun calonnya, asalkan dia pro-rakyat, bencikan rasuah, mahukan sistem kehakiman yang bersih, maka dia yang harus disokong. Walaupun dia adalah seorang DAP. Kerana Islam tidak pernah mengajar kita menyokong assabiyyah!

Usahlah buat satu analisis yang tak menguntungkan perjuangan rakyat yang menuntut keadilan..

Unknown said...

Salam Perjuangan..

Kami dari Unit Media Wangsa Maju amat teruja dengan pengendalian blog anda yang memaparkan artmembongkarikel2 yang berani dan tangkas.

Kami berharap kita dapat berkongsi idea dalam menyiarkan artikel2 yang mampu menyedarkan masyarakat tentang taktik2 kotor pembangkang.

Kami juga akan membantu anda dalam memberi penerangan dan membongkar Zaid Kaki Mabuk.

Layari blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan beri komen2 yang bernas serta cadangan bagi memantapkan artikel2 kami.

Kami juga mengalu2kan penyertaan blog anda sebagai Follower kami.

Sekian dari,

AMAT
Crew Unit Media Wangsa Maju.

perunding said...

bagilah hujah yg berfakta sikit..

Harimau-Menaip said...

Perunding,

Ini bukan hujah. Ini realiti. Kau tak suka, aku pun tak kisah.

Love Perak said...

tuan harimau,

jika dia tidak berkarisma, takkan pak lah ambik dia jadi menteri di jabatan perdana menteri. pasti mempunyai kelayakan dan kelebihan. tidak timbul isu calon luar kerana calon bn mic juga bukan lah calon tempatan.

tetap sahabat walau beza pendapat. pro. :)

ISAC said...

PKR nak bagi adil, kalau amik orang alim lawan Kamal, sure Kamal kalah sebab alim2 orang India pun minum arak jugak....

Harimau-Menaip said...

LOVE Perak;

Banyak sangat ke karisma Pak Lah tu untuk kita banggakan?

ISAC,

Tak kisah la..tapi ramai yang ada masalah dgn Zaid Ibrahim ni...antaranya, kes Lina Joy dulu tu...

Sokong Dr Chua said...

BN agak sukar nak menang.... tapi kalau nasib menyebelahi entahlah.

BN akan kalah kerana orang dalam BN sendiri bermuka-muka... Diluar sokong tapi hati di dalam kecewa dengan keputusan meletak calon yang tak mengambil kira kehendak akar umbi

Faktor lain BN kalah ialah rakyat tak peduli sangat soal moral, sebab itu MCA pilih Dr Chua jadi ketua. Jadi apa salahnya kalau Zaid dipilih pengundi

Bagi saya Zaid calon pilihan pembangkang tanpa kontravasi, tapi kamalnathan calon BN yang dipilih atas kontravasi

Apa macam?

Sokong Dr Chua said...

BN agak sukar nak menang.... tapi kalau nasib menyebelahi entahlah.

BN akan kalah kerana orang dalam BN sendiri bermuka-muka... Diluar sokong tapi hati di dalam kecewa dengan keputusan meletak calon yang tak mengambil kira kehendak akar umbi

Faktor lain BN kalah ialah rakyat tak peduli sangat soal moral, sebab itu MCA pilih Dr Chua jadi ketua. Jadi apa salahnya kalau Zaid dipilih pengundi

Bagi saya Zaid calon pilihan pembangkang tanpa kontravasi, tapi kamalnathan calon BN yang dipilih atas kontravasi

Apa macam?