Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

10.4.10

Doa Membaca Blog

AKU BERLINDUNG KEPADA ALLAH DARI SYAITAN, PAS REFORM DAN ADUKATARUNA YANG DIREJAM.

Mungkin, ini bisa menyelamatkan kita semua orang-orang Islam; tidak kira bangsa,anutan politik mahupun umur apabila membaca blog terutama mereka yang khuatir akan terpedaya dan terpengaruh dengan tulisan Golongan PAS Reform yang semakin menyesatkan.


Tulisan Harimau kali ini adalah respon penuh kebencian terhadap tulisan AdukaTaruna yang menulis "Dengan Nama Allah Yang Maha Ego.". Menurut Wikipedia;

Wikipedia: The word ego is taken directly from Latin, where it is the nominative of the first person singular personal pronoun and is translated as "I myself" to express emphasis. The Latin term ego is used in English to translate Freud's German term Das Ich, which literally means "the I".
Pada Harimau, Ego adalah berlawanan dengan makna "Maha Pengasih dan Maha Penyayang". Kalian ada komen?

11 comments:

Anonymous said...

Setahu saya, Maha Ego tidak ada dalam al-Quran dan Hadis. Mengadakan benda baru dalam Islam adalah bidaah.sekian.

Anonymous said...

Ego bukan similiar to sombong/takabur ke? kan sifat tu hanya layak untuk Allah sahaja. so betul la tu

ISA said...

Bro,

Dalam sebuah hadis kudsi yang diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Allah berfirman, keagungan adalah sarung-Ku dan kesombongan adalah selendang-Ku, maka sesiapa yang merebutnya daripada-Ku, nescaya Aku akan mengazabnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Perkataan EGO bersamaan dengan perkataan SOMBONG, ANGKUH dan sifat2 yang sewaktu dengannya.

Jadi apa yang di tulis "Dengan Nama Allah Yang Maha Ego." tidak menjadi kesalahan pada gua... kerana Ego itu sememangnya sifat Allah.

Sombong/Angkuh/Ego lawannya Pengasih/Penyayang/Penyantun.

Kepada Anon 7.59pm, bukankah Allah itu bersifat BAHARU. Kalau tak faham pergi belajar yeaaa...?

Harimau-Menaip said...

Bro ISA,

Ego tak sama dengan Sombong atau Angkuh. Kena buka Kamus Dewan la agaknya bro.

Ego tu perangai abah AdukaTaruna tu kot?

Aku tetap tak setuju dan memerangi AdukaTaruna dalam hal ini.

Namun, aku hormat pandangan ISA.

aizam said...

Maaflah menyampuk, Diminta rujuk kepada yg lebih arif ttg agama dari buat andaian sendiri.. tanya ulamak, tanya ustaz.. jgn buat andaian nnt kita akan tersesat.. InsyaAllah..

bung said...

to isa
tinggi mana ilmu agama kau untuk mentafsir hadis berkenaan sifat Allah?

kalau subuh pn kau ngan aduka miss, jgn nak berlgak tinggi sangat ilmu tu menghurai sifat Allah?

lain kali kena ada disertakan rujukan daripada ulama atau orang yang alim entang ilmu hadis. faham!

pe pon
aduka mmg bahlol
yg ni tak perlukan mana-mana hadis atau kitab untuk huraikan

ISA said...

bung,

Ilmu lu lagi tinggi bro..., dasat giler.. sampai gua miss subuh atau tidak pun lu boleh tau...

lu bela hantu raya ke apa...? Atau lu terlebih ego...

Kalau macam tu tolong huraikan maksud ego, harimau pun nak tau juga.

Adakah lebih tinggi dari sifat MAHA sombong Allah (perkataan/definasi) atau terlalu rendah dari sifat sombong Allah (perkataan/definasi).

Gua dengan rendah diri nak belajar dengan lu...., atau lu dikalangan manusia yang pandai sembang tetapi tertinggal syariat, (orang kata banyak cakap tapi kosong)

Kalau macam tu... lupakan jelah..

Harimau-Menaip said...

Aku akan kekalkan pendirian sehingga ada pendapat atau keputusan dari Majlis Fatwa.

Mengikut akal aku, dia salah dan kalimah dia amat bahaya.

Siapa tak setuju dgn aku, aku hormat.

Tapi, hujah yang bernas aku alu-alukan.

Aku pun tak perfect.

Xenan said...

bro ISA,

Allah bersifat baharu?
tersilap taip kot.Allah bersifat qidam(sedia ada) opposite to baharu.

baharu dah tentu ada start dgn end.

ker gua yang tersalah paham comment lu ni?

bro harimau,

ikut lu la camner.harap rujuk la ustad mana2 sebelom menidakan sifat2 allah tu.

bab bahaya tu gua setuju sbb tak semua org paham or minat nak study sifat2 allah.Tak heran la ramai yg konpius.

Harimau-Menaip said...

Betul juga tu Xenan. Dan, eden fikirkan impaknya pada umat Islam. Diorang kurang arif bab-bab ni. So, tulisan sebegitu hanya memudaratkan.

ISA, ada jawapan?

ps: dah macam Johan Jaafar lak den ni.

I help you, you help me wakakaka... said...

Tanyo kek mufti umno la...