Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

4.1.11

"Once A Malaya Tiger, Always A Malaya Tiger" Harimau Menaip. (part2)

Peminat-peminat Dollah Don Serta Pesident Sukarno ketika itu amat meminati Dollah Don. Dollah mengingati satu perlawanan yang di adakan di Jakarta pada tahun 1953 dimana mereka ketinggalan 0-3, tapi pada separuh masa kedua mereka mengasak dan menjadi keputusan seri 3-3
"Saya menjaringkan ketiga-tiga gol dan Sukarno menggelar saya 'Harimau Malaya' Dollah Don mengingati peristiwa bersejarah yang tidak dapat dilupakan.
Sebagai seorang pakar penjaring gol ramai penganalisis bola mengatakan setiap kali Dollah Don berhadapan dengan penjaga gol, bola yang berada di kakinya itu pasti 100% akan menembusi kubu lawannya dan semua ini disempurnakan dengan tenang.
Kemuncaknya beliau telah menerima hadiah sebagai penjaring gol yang terbanyak di kejohanan bola sepak di Hong Kong pada tahun 1950 dengan menjaring 19 gol daripada 26 gol.
 
 Aku baru nak kenal siapa Dolah Don aka Toh Ah Ton. Kenali beliau di http://soccerstarharimaumalaya.blogspot.com/

Jangan nak memandai pakai nama "Harimau Malaysia" atau paling puaka "Harimau 1Malaysia". Kalau nak kena sepak keluar dari barisan kabinet Malaysia, TRYLAH!

2 comments:

Anonymous said...

Saya sokong 100% tulisan Harimau Menaip. Tapi saya tengok temubual di TV1 bersama Dr Zolkaples semalam ada pemanggil dari Beauford bertanyakan isu ini. Jawapan Dato' Zolkaples, dia akan berbincang dengan pihak atasan FAM. Seperti memberi ruang isu ini diperdebatkan. Sepatutnya beliau perlu tegas berkaitan isu ini dan beberapa blog lain juga telah memberi justifikasi akademik berkaitan penggunaan nama Harimau Malaya. Manakala berita TV3 hari pula telah menggunakan nama 'Harimau Malaysia' bagi merujuk nama pasukan Malaysia. Apa ke hal semuanya ni. Harap Harimau Menaip dapat terus memperjuangkan nama 'Harimau Malaya'. Terdapat beberapa usaha menukarkanya secara senyap.

Batman Serdang

Anonymous said...

apa2 pun orang bincing kita kena bagi penghargaan kpd Tuan Hj Dollah Don yg telah menaikan nama negara pada masa lampau.Buat masa ini yg saya tahu beliau seorang ahli sukan yg dah tak relevan lagi.agak2 rugi ka kalau kita kenang jasa beliau ? lu fikirlah sendiri