Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

3.8.11

Suruhanjaya Diraja Adalah Pendekatan Paling Efektif




Berita asal: Malaysiakini

Kalau gua senyap, maknanya gua tak sayangkan negara gua. Gua mintak simple je..ADAKAN SUATU SURUHANJAYA DIRAJA BAGI MENYIASAT PERKARA INI!!!

Hukuman BUANG NEGARA bagi mereka yang bertanggungjawab! Takde masa nak dengar sesiapa menyalahkan sistem atau kerani yang update data. Gua dah takde masa!

Desak dan terus mendesak untuk suatu penubuhan Suruhanjaya Diraja. Sesiapa yang mengatakan TIDAK pada Suruhanjaya DiRaja akan dianggap petualang negara dan akan diperangi.

Ini bukan perihal politik...Ini hal Negara! Ini hal Maruah! Ini hal paling asas iaitu kewarganegaraan! Ia terlalu mudah dari JUS SOLI!

Barulah gua merasakan bahawa BERSIH 3.0 sudah jatuh wajib dan vital!

kemaskini: Gua ingat sorang, rupanya ramai.

"Kira-kira jam 2.30, iaitu sebelum mengisi borang bantahan senarai Rang Daftar Pemilih, pegawai SPR mengesahkan kesemua senarai 52 orang itu adalah warganegara melalui sistem semakan JPN.

"Petugas PAS cuba mengesahkan semula dan ternyata semua nama tersebut telah bertukar menjadi warganegara hanya selepas berberapa jam," ceritanya.

Lebih pelik katanya, bagaimana semua 52 nama itu boleh terlepas masuk dalam rang daftar pemilih sedangkan semuanya berstatus penduduk tetap atau soalnya, apakah ada suatu komplot antara SPR dan JPN dalam usaha memenangkan parti Umno BN.
(sumber di SINI)

Takkan nak diam? Ini bukan hal politik! 

2 comments:

Anonymous said...

Gua memang sokong 110%...bila tu???

Anonymous said...

Rakyat disuruh kibarkan bendera Jalur Gemilang untuk tunjukan bukti setia pada negara, tetapi orang asing yang tidak setia pada negara diberi taraf warganegara. wah begitu mudah mendapat taraf warganegara tanpa perlu bersusah payah, ...semudah menyebut abc...