Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

18.7.12

Tidak HARAM Menjatuhkan Kerajaan Sewaktu Pilihanraya


Fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi harus difahami dalam konteks yang bijak. Usah beri ruang untuk akal kita dibodohkan oleh sesiapa kerana Islam mahu umatnya bijak dalam menempuh kehidupan di dunia.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.

Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar. (di sini)

Sewaktu Pilihanraya, semua harus maklum bahawa TIADA kerajaan ketika itu. Maka tiada istilah menjatuhkan kerajaan. Pembubaran Parlimen dilaksanakan dan tiada Perdana Menteri pun ketika itu. Jika ada pihak yang boleh dinisbahkan sebagai Ulil Amri, sudah tentulah ia adalah Raja-raja Melayu, Yang DiPertuan Agong dan Suruhanjaya Pilihanraya.
 
Namun, seandainya "menjatuhkan kerajaan" itu dilakukan sekarang, sewaktu keamanan dan perpaduan sedang dikecapi, maka ia Haram.

Janganlah kita mudah untuk dibaghalkan dengan berita sedemikian. Fatwa itu adalah ijtihad ulama. Seandainya kamu mendengar hujah yang kamu rasakan kuat dan sohih sumbernya, maka kamu mempunyai ruang untuk mengikut fatwa yang lain. Itulah keluasan Islam. Namun dari sudut ini, Fatwa Dr. Sulaiman Saloomi adalah Fatwa yang dipersetujui ramai Ulama muktabar. Banyak juga hadith-hadith ini dinukilkan dalam kitab Riyadhus Solihin tulisan Imam Nawawi rahimahullah.

Namun, dalam hal ini, saya bersetuju dengan fatwa Dr. Sulaiman Saloomi cuma ia wajar difahami mengikut teks dan konteks semasa.

2 comments:

umno_baru said...

adakah kerajaan skrg memperjuangkan islam segigihnya?

otaklunyai said...

kalau dah kera-jaan yg ada ni tak nak kpd syariat Islam walaupun namanya macam Islam dan yg bakal dipilih itu jelas memperjuangkan syariat Islam... takkan tak boleh jatuhkan jugak kera-jaan yg taghut tuh... bukannya jatuhkan yg Islam dan naikkan yg kafir... ini hijrah dari yg tak baik kepada yg lebih baik... itu yg Islam suruh... kenalah faham maksud "aman" tu... bukan aman dgn berbuat maksiat dan mempersenda hukum Islam... kalau dah pemimpin pun kaki songlap, kaki betina, kaki botol, kaki rasuah, kaki fitnah, kaki penipu... nak pilih lagi buat apa. Sedangkan yg bakal menggantikan tu jauuuuuuuhhhhh lebih aula...