Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Buku Baru. Show all posts
Showing posts with label Buku Baru. Show all posts

30.6.15

Kekok

Kekok betul aku nak tulis blog ni balik. Lama betul tak menulis. Dah berabuk laptop aku ni.

Niat aku memang nak menulis..bukan untuk hits tapi untuk bercerita...

Ramai kawan lama aku masih istiqomah menulis blog. Tahniah buat mereka. Tulislah yang baik- baik.

Aku pun sudah makin tua..gigi dah goyang dah bro. cis...takkan nak pakai gigi palsu lak lepas ni...

Tulisan aku mungkin agak sederhana nadanya. Ada yang suka dan akan ada yang menyampah. itu biasa.

Anggaplah Ramadhan ini sebagai welcome month untuk aku menulis kembali. Hobi ini lebih baik dari banyak hobi- hobi yang lain. Sudah banyak kali aku terperangkap dengan hobi yang sia-sia.

dan berkenaan politik mutakhir...aku Pro-Tun M..hihi...saja nak habaq. Kang korang cakap aku tak bagitahu pulak kang.

Stop sini dulu. InsyaAllah akan disambung...

Harimau Menaip
Dar Al-Khusus
11:52 malam
gambar adik beradik aku..yang jantan tu aku. ;)

29.12.08

Buka Buku dan Lembaran Baru


Bersempena Tahun Baru Hijrah, Harimau sudah menyiapkan diri untuk berhijrah secara total dan menyeluruh. Di bawah, adalah beberapa perancangan dan pelaksanaan Harimau di tahun 1430 Hijrah:


  1. Memadamkan semua penulisan lama dan membuka lembaran baru. Terima kasih kepada khalayak pembaca dan Sayap Kanan yang telah memberi komentar, sokongan dan pandangan selama ini. {telah dilaksanakan}

  2. Buat bisnes sikit yang telah 2 tahun dirancang{pasti sukar di tahun 2009, namun itulah cabarannya}

  3. Berhenti merokok. {dalam proses, almaklumlah, perokok tegar}

  4. Bakal menjadi ayah, rezeki yang ditunggu-tunggu. Syukur ke hadratmu Ya Allah.

  5. Lulus peperiksaan Chargeman BO {exam bulan Mac}

  6. Lulus Ijazah Pengurusan

  7. Mempertahankan Agama Islam yang diperlekehkan di blog-blog secara proaktif.

  8. Menjadi insan yang lebih bagus dan hebat dari tahun 1429 Hijrah.

Semoga khalayak pembaca terus memberikan sokongan dan kritikan yang membina.


Terima kasih di atas persahabatan di alam Maya yang terbina diantara penulis Harimau Menaip dengan blogawan pelbagai parti politik. Tidak kira kamu ahli UMNO, ahli PAS atau ahli PKR; kita bersama-sama bertanggungjawab ke atas landskap politik negara tercinta. Bijaklah dalam mengasingkan persoalan Politik, Agama dan Bangsa kerana ketiga-tiga faktor tersebut saling cukup-mencukupi. Tidak berdiri jika salah satu darinya ketempangan.


Wallahualam.


Harimau : tiada sambutan Tahun Baru Masehi kerana blog ini berkabung di atas kemangkatan Raja Negerinya. Al-Fatihah.