Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

31.5.10

Peluru Israel dibayar oleh Rakyat Malaysia?

"Sah UMNO/APCO DAN APCO/ UMNO. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz telah memberitahu Dewan Rakyat kontrak yang dimenterai oleh kerajaan Malaysia dengan firma perunding dari Israel APCO worldwide bernilai RM77 juta." petikan dari sini.


Rakyat Malaysia berkerajaankan Barisan Nasional.
Barisan Nasional didominasi oleh UMNO.
Presiden UMNO = Perdana Menteri.
Duit Kerajaan = Duit Rakyat Malaysia.


Oleh yang demikian, Ketua Pemuda UMNO jangan nak MEMEKAK!

Jangan dambakan publisiti murah. Desak Pemimpin atasan UMNO bersumpah laknat bahawa mereka tiada kaitan dengan APCO. Jika tidak, sila bertanggungjawab atas peluru-peluru Israel yang sudah merobek tubuh umat Islam!

Sebuah Gambar Cukup Untuk Menceritakan Isi Hati

30.5.10

Buat Ahli-ahli MIC Yang Bodoh Bangang

Mana-mana ahli MIC yang melenting, maka dialah yang bodoh dan bangang. Tajuk diatas adalah tajuk umum, maka tidak perlu sesiapa terasa. Buat ahli MIC yang bodoh dan bangang, ini aku nak cerita.

Dulu, masa sekolah rendah, ada lah 2-3 kawan sekelas yang berketurunan India meletakkan gambar Mamat Rambut Afro berbaju oren dalam beg duit dia. Aku tanya "Siapa tu? Bapak kau ke?"

Mereka jawab " Sai baba. Dia ni macam dewa la. Apa kau nak, dia boleh bagi".

Lepas perbualan tu, aku tak pernah nak siasat siapa malaun yang bernama Sai Baba. Yelah, masa tu, takde "Google Search".

Bila aku tengok Samy Vellu dah macam Dewa MIC, aku teringat balik kisah Sai baba tu. Aku pun cari kat Youtube. Aku jumpa, rupa-rupanya, Sai baba ni kaki kencing. Dah berbilion dia buat duit dengan kebodohan orang di India.

Kau tahu aku pikir apa? Korang pun dah kena kencing dengan Samy Vellu tu. Sudahlah. Terajang je malaun tu. Pilih yang baru. Apa yang susahnya?



Ada banyak lagi video pasal malaun Sai babi Baba ni. Korang kena carik sendiri la.

Gambar aku ada dalam ramai-ramai ni. Cari budak lelaki yang paling selebet. ;)

Haram Menentang Pimpinan Islam dengan senjata; Selagi dia bersolat.



Cuba check pemimpin-pemimpin kita, adakah mereka melakukan solat?

29.5.10

Ulama UMNO Bakar Kapal (Dr. Asri Bakar Harussani?)

* disalin dari Minda Tajdid untuk renungan. Tulisan hebat garapan Dr. Asri.

Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama UMNO atau ulama pro-UMNO. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.


Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang ‘ala ulama Umno’ hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran ‘kurang luas’ golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang ‘oksigen keluasan ijtihad’ atau hanya gas perkauman dan fahaman ’sempit’ agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Dimanakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?
Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai ‘ala-ala Taliban’?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.
Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina ‘Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan ’sijil awak tidak laku’.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk ‘ala Umno‘ yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.
Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari ‘mufti’ yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.
Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar’iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.
Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya ‘Melayu dan Mamak Penang’ boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.
Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.
PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang ‘narrow-minded’ dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

26.5.10

KJ : Menyertai Wataniah Suatu Nilai Tambah Untuk Menjadi Menteri Pertahanan

KJ sebagai askar Wataniah? Ini berita positif. Membuktikan peribadi KJ sebagai down-to-earth type of person. Dekat dengan akar umbi. Semakin mudah KJ untuk naik ke barisan kepimpinan kerana dia bijak memilih kelainan dan keunikan. Nampaknya, kisah ini menyukarkan kepimpinan muda yang lain. Dari segi akademik, ramai yang kalah. Akan tetapi, KJ kalah dengan cerita-ceriti mengenai sisi gelap alam sosial yang heboh dikatakan di kedai kopi-kedai kopi yang berhampiran.

KJ perlu TAUBAT NASUHA SECARA RASMI agaknya kot? Kalau boleh, ambil gambar ketika sedang melakukan solat taubat. Orang Malaysia memang suka cerita bergambar YB KJ oii!

Gambar-gambar di bawah pasti akan menjadi nilai tambah dalam resume KJ untuk menjadi Menteri Pertahanan. Asalkan tidak menjadi "bekas Menteri Pertahanan PKR", Saiful Bukhari sudahlah!









PERINGATAN:  TONA WARNA PC ANDA TIDAK ROSAK, MEMANG KULIT KJ DAH HITAM BERMANDIKAN MENTARI. JANGAN ADJUST BRIGHTNESS!!!



GAMBAR DICILOK DARI: http://bumiyang.blogspot.com/

Itu Pemuda MIC suka bikin gempak - Navaseelan

Navaseelan: Deiy Macha, haku ada dengar itu pemuda MIC ada sound sama UMNO punya worang. Aku ada terperanjat bila tengok itu pemuda MIC jadi banyak berani. Aku rasa, kapla bapak diorang sudah ada batu besar lepas worang MIC menang itu piliwanraya. Dia worang ingat macha-macha sama tambhi-tambhi sudah kasi itu sokongan pada dia worang punya parti. Sebenarnya dia worang takda perasan itu celah kangkang punya telor sudah masuk itu dalam punya sarung..woopss...boleh siar ka ini macam punya cerita Macha?

Harimau: teruskan jelah macha.

Navaseelan: yelah macha, yengkau tengok itu Samy Vellu tua mahu nyanyuk tapi tamau lipas itu jawatan...

Harimau: lepas lah..bukan lipas..

Navaseelan: samala tu macha... Itu pemuda tara berani mahu sound itu keling tua...

Harimau: kau pun keling jugak macha.. janganla pakai perkataan tu..tak bagus la macha.

Navaseelan: wokeh..Itu pemuda tara berani mahu sound itu Samy..itu Samy ingat dia banyak power..dia punya anak ingat dia pun ada power.. itu keling..oopss..itu Samy lupa sama ini punya tuan tanah...Melayu la macha..

Harimau: kau macam orang UMNO je macha?

Navaseelan: Betul macha. Aku UMNO. Aku sokong KJ, Azeez, Reezal..

Harimau: Ooppss...kau ni betul ke tak betul? Macam dah cerita kartun lak ni?


Perbualan itu ditamatkan serta-merta kerana Navaseelan sudah mengangkat kain dan mula memicit tungau di celah kemaluannya. Siapa sebenarnya Navaseelan ni? Ia masih lagi misteri...

Kenapa Khairy Masuk Wataniah?

Ado orang akan polik; apahal lak mamat ni nak masuk Wataniah? Napo lak dio beriyo-iyo nak belajar angkek senjato padahal kalau porang pun, bukan dio yang akan turun ko medan porang?

Jawapan ehh, sonang bonar. Kok kalau ditanyo oleh orang rombau:

Orang Rombau: YB, Kenapa kulit YB makin gelap ni?

KJ : Saya berjemur sewaktu Wataniah dulu. Dulu kulit saya putih. Sumpah! Saya amat yakin dan percaya bahawa sayalah ikon anak muda khususnya golongan Pemuda UMNO.

Den rasolah....inilah sobab ehh...korang raso, macamano?

21.5.10

Lesen Judi Piala Dunia: Malaysia Masih Negara Islam?

Kata mereka, negara akan rugi jika duit judi sempena Piala Dunia terbang ke tangan-tangan haram. Lebih baik ia "dihalalkan" dan dapat diguna untuk memajukan negara.

Aku keliru. Kita diam kerana kita tak kisah disuapkan dengan hasil duit haram atau kita takut menentang kerajaan?

Atau kita lupa bahawa Agama kita adalah Islam dan dalam Islam judi itu HARAM?

Bersediakah kita untuk hancur diazab oleh Allah?

Bangsatlah kita jika kita redha dengan penghalalan Judi Piala Dunia dan celakalah kita jika kita tidak menentang keputusan itu.

Selagi keputusan itu berterusan, keputusan KERAJAAN MUTAKHIR AKAN DITENTANG OLEH BLOG INI ATAS NAMA ISLAM.

Malang sungguh kerana ia dicadang oleh orang Islam di sebuah negara Islam yang ditadbir oleh orang-orang Islam. Masih Islamkah mereka ini?

19.5.10

Kuhadiahkan Ultraman Buat Guru-Guruku

Selamat Hari Guru. Jasa Cikgu-cikgu memang tidak dapat ku balas. Semoga Syurga menjadi ganjaran atas jasa besar kalian.

18.5.10

PROJEK MEGA OLEH KERAJAAN SELANGOR?

Turap jalan 500 meter pun nak letak signboard? Harimau ingat BN saja yang pakai taktik murah ni? Tak sangka, PR pun sepusat sepusing. Letih betul la.

Carilah signboard besar sikit. Kalau berhala DSAI tu, boleh pulak nak letak besar-besar! Setakat pakai signboard kontraktor repair jalan tu, baik tanggal la.

Buek malu yo!

l
okasi: jalan ke Kuala Kubu Bharu.

10.5.10

Kalaulah "Kaf Lam Ya Nga" ini tahu...




Tahukah Kaf Lam Ya Nga ini, bahawa :

1. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaanya ke dalam perut bumi.
2. Allah menghancurkan Firaun beserta semua pengikut2nya.
3. Allah menghancurkan Raja Namruz bin Kan’an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.
4. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
5. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.

Mungkin dia tidak tahu. Kalaulah dia tahu, sudah tentu dia menikus ingin bermain nama Tuan Punya Alam. AllahuAkbar!!!

9.5.10

Jasa Ibu tiada tolok bandingnya



Selamat Hari Ibu buat semua ibu-ibu di dunia (istimewa buat Ibu Melayuangkat). Al-Fatihah buat ibu kandungku yang pergi ketika aku berumur 12 tahun. Terima kasih kerana menyumbangkan zat-zat tubuhmu untuk aku hidup dan tidak membuang ku ke sungai.

5.5.10

Kickdefella: Barua segala Barua

Mamat jendol ini (aku juga berdahi jendol) cukup bangga mengatakan bahawa dia menerima biaya RM4juta untuk melemahkan "urat-saraf" Pak Lah yang memang sudah mati dan tidak berfungsi. Mahal betul harga bagi menjatuhkan Pak Lah. Entah dari mana RM 4 juta itu datang, bagi aku, ia mungkin dari dana Kerajaan Negeri. Al-maklumlah, hasil dan keputusan Operasi Gerak Saraf Kckdefella ini menguntungkan peneraju kerajaan Negeri bukan? Mudah sahaja sifirnya. Namun, aku bukanlah menuduh.

Kalaulah benar sangkaan aku, entah berapa pula kerajaan Kelantan sudah belanja ketika Tun Mahathir menjadi PM dulu ye?

Dan, kita pun khayal melayan penulisan mamat jendul ini sehingga kita lupa bahawa kita sedang melayan seorang yang selayaknya dipanggil Ahli Neraka Barua.

Kenapa aku memanggil orang sebegini Barua? Kerana urusniaga itu semestinya salah, tiada dalam akaun keluar masuk Kerajaan Kelantan (kalau ia diterima dari kerajaan negeri) dan barua ini "dibeli" bagi memuaskan nasfu politik suatu parti. Bagaimana pula jika BN "up" tawaran kepada barua ini sebanyak RM 5 juta? Sudah tentu barua ini akan menjadi kuda tunggangan BN.

Persetan sama Kickdefella kerana beliau tiada nilainya di dunia ini. Meminjam kata-kata Karpal Singh, "Beliau harus bertaubat". Untuk apa kita melayan barua sebegini?

"Daripada hidup bergelumang dosa, lebih baik mati dijilat neraka" P.Ramlee.


Pesan aku kepada Kickdefella, "biar muka buruk, tapi perangai jangan buruk beb".

Wallahualam.

Harimau: maaf kalau tulisan ini kasar.