Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Ketuanan Islam. Show all posts
Showing posts with label Ketuanan Islam. Show all posts

2.5.13

Jangan Ejek Hukum Allah




Kita off politics sat. Nabi Saw menyuruh kita baca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat. Surah tersebut ada 110 ayat. Kahfi bermaksud "Gua". Apa yang diceritakan dalam surah tersebut? Den nak kongsikan sikit point-point yang den ingat:

- bercerita hal-hal orang yang mengejek-ejek qalam Allah. Persekongkolan orang Quraisy dan Yahudi dalam menentang Nabi Saw.
- Kisah pemuda (Ashabul Kahfi) yang ditidurkan selama 309 tahun. Mereka orang soleh. Jumlah mereka usah dihujahkan. Mereka di gua bersama seekor anjing.
- Bayangan keadaan Syurga Adn. Juga disebut Syurga Firdaus dan Neraka Jahannam. Siapa yang akan berada dalamnya.
- 2 ayat (23 dan 24) yang diturunkan kerana Nabi tidak sebut Insya Allah dan wahyu tidak turun selama 15 hari. Mengajar kita untuk menyerah urusan dan janji kepada Allah.
- Disebut orang-orang yang mempersendakan hukum dan ayat-ayat Allah.
- Diceritakan Nabi Musa menuntut ilmu dengan Nabi Khidir. Pada mulanya Nabi Khidir enggan kerana khuatir Nabi Musa tidak sabar dan akan mempersoalkan segala tindakan beliau. Akhirnya Nabi Khidir bersetuju setelah Nabi Musa menyatakan beliau tidak akan bertanya. Mulanya, Nabi Khidir bocorkan perahu, Nabi Musa bertanya dan ditegur Nabi Khidir. Nabi Musa terlupa dan minta maaf. Selepas itu Nabi Khidir bunuh seorang pemuda (ada kuliah kata ia budak). Nabi Musa tanya lagi. Ditegur lagi oleh Nabi Khidir dan Nabi Musa minta maaf. Ketiga, Nabi Khidir dan nabi Musa sampai satu pekan. Minta makanan pada penduduk pekan tapi tak diberi. Mereka nampak satu dinding bangunan yang hampir mahu roboh. Nabi Khidir bina balik. Nabi Musa mempersoalkan lagi...Nabi Khidir kata cukup cukup sudah (ni bahaso den ni). Nabi Khidir menceritakan kenapa baginda melakukan ketiga-tiga perkara tersebut.
- Disebut nama Zulkarnain dan bagaimana beliau membina penjara antara 2 gunung dengan bantuan rakyat sekitar. Yang dipenjarakan adalah Yakjuj dan Makjuj. Yakjuj dan Makjuj akan muncul apabila diizinkan Allah.
- banyak diceritakan kebesaran dan keesaan Allah dalam ayat ini.

Semoga ada hikmah dan manfaat tulisan den ni..Insya Allah. Amin.

Nota kaki: gua guna "den" sobab nak elak korang keliru antara makna "Kahfi" dan ganti diri namo den. ;)

11.4.13

Ulama Anjing

Sudah lama aku menyelar Abdullah Saamah kerana fatwanya. Sudah lama aku memendamkan rasa jengkil apabila melihat dia di ceramah politik.

Aku ada juga membaca tafsir dan artikel-artikel ketuhanan. Apabila ulama disamakan dengan anjing, aku tidak tahu mengapa, wajah Dolah ni tersembul di benak. Jika Allah swt menggelarkan hambaNya sebagai anjing, itu adalah peringatan Allah sebenarnya. Jika aku yang menggelarkan ulama begitu, ia perkara berat. Aku bukan Parpukari atau papagomo yang tidak takut akan dosa-dosa mereka. Sungguh! Aku tidak seperti mereka.

Bila aku menonton video d bawah, baru aku tahu kenapa muka Dolah ni selalu menerpa di otakku.




Persis Anjng sungguh kelakuan Dolah ni. Tidakkah sepanjang dia di pondok Geting tu, dia pernah membaca:

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).

Apa yang kita perlu lakukan selepas ni? Adakah peruntukan ke pondok-pondok perlu disekat? Tidak. Islam wajib disebarkan. Bukan wang ringgit isunya. Isunya adalah  KITA BERSIHKAN SEGALA BENTUK RASUAH DARI TERUS MENERUS MENJADI BUDAYA. Walaupun diberi seringgit, ia tidak patut mengubah kita dan pegangan agama kita. Kita bukan semurah RM2juta, bukan semurah RM500 atau semurah cermin mata; kita adalah hamba Allah swt yang terbaik. Nilai kita....PRICELESS.

nota kaki: Saya tidak mengatakan Abdullah Saamah sebagai "ulama anjing". Saya cuma memberi maklum peringatan Allah, apa yang saya fikirkan dan persepsi yang timbul. Kalau kalian merasakan dia ulama anjing itu, saya tak dapat buat apa-apa.

12.1.13

Allah adalah Tuhan Bagi Chua Soi lek dan Lim Kit Siang

Fuhh..gua batalkan program masuk KL untuk mengelakkan kesesakan. Gua ada beli van tetapi membatalkan pembelian kerana masalah enjin. Maka, gua terpaksa mencari lagi van untuk staf gua pakai.

Gua gunakan ganti nama diri "gua" kerana ia sesuai dengan mood gua sekarang.

Gua terbaca tweet dari ramai orang tentang penentangan terhadap penggunaan nama Allah oleh Bible terjemahan ke Bahasa Melayu dan gua terpanggil untuk melontarkan pendapat. Bukan gua kata pendapat kalian salah, tetapi gua rasa ia adalah isu multi-pendapat yang tidak wajar untuk di muktamadkan dengan satu pandangan sahaja. Namun, pandangan mestilah bersandarkan nas dan dalil.

Tidak boleh menafikan, Tuhan bagi semua makhluk adalah Allah azza wa jalla. Maka, Tuhan bagi Lim Kit Siang mahupun Chua Soi Lek juga adalah Allah yang Maha Esa dan Maha Agung.

Masalahnya, apabila kalimah "Allah" hendak digunakan dengan menjadikan ia sebagai maksud terjemahan bagi perkataan "God", maka ia adalah tidak bertepatan dengan kaedah penterjemahan.

Gua tidak memetik Kamus Dewan kerana naskhah kamus itu mahal untuk dimiliki. Namun, gua percaya bahawa terjemahan bagi perkataan yang menjadi konflik itu boleh diringkaskan sebegini:

1. God = Tuhan
2. Allah = perkataan yang digunakan bagi membawa maksud Tuhan sembahan orang Islam, Tuhan Sekalian Alam

Gua tak nampak apa masalahnya jika Sang Kuffar mahu mengatakan Allah adalah Tuhan kerana itulah yang sebenar-benarnya. Namun jika ia mahu menggunakan di dalam Bible dengan membawa makna "God", maka ia adalah kaedah penterjemahan yang tidak tepat dan tidak betul.

Kesimpulannya mudah, usahlah kita membuat kenyataan yang akhirnya menidakkan Allah sebagai Tuhan bagi Muslim dan Sang Kuffar. Analisa tulisan agar ia difahami bahawa kita menyatakan "YES" jika kamu mengatakan Allah swt adalah Tuhan kamu, namun "NO" jika kamu mahu gunakan kalimah itu sebagai terjemahan bagi perkataan "God".

Kita juga harus faham yang :

- Orang Islam = mengakui Allah itu Tuhan dan Esa.
- Kafir = mengetahui Allah itu Tuhan namun Syirik.
- Atheis = Tidak percaya konsep ketuhanan.

Dengan itu, jika Lim Kit Siang atau Chua Soi Lek menyatakan Allah itu Tuhan, ucapkanlah Alhamdulillah.

8.8.12

Sunnah: Doa Berbuka Puasa

Ini adalah doa dari hadith berdarjat hasan. Doa "Allahumma lakasumtu..." dari hadith daif. Maka, tinggalkan yang daif, guna yang hasan. ;)


17.1.12

Krisis Ustaz Azhar Idrus dan ILMU




Aku berkira-kira untuk menulis perihal isu Ustaz Azhar Idrus dan tuduhan beliau terhadap ILMU . Aku kasihan kepada Ustaz Azhar Idrus. Beliau lemas dalam populariti dan akhirnya tidak menggunakan hujah untuk mempertahankan kata-kata yang pernah beliau sebut dalam ceramahnya.

Aku memerhatikan isu ini sejak dari ia belum menjadi "kudis". Sekarang, ketidakmatangan khalayak peminat Ustaz Azhar Idrus yang membawa semangat partisan dalam isu ini membuatkan api menjadi marak. Timbul pula ugut- mengugut dan mendedahkan latar belakang Abu Aqif bagi manmbah kecelaruan. Cukup. Ia perlu dihentikan.

Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Fathul Bari adalah 2 tokoh penting dalam isu ini. Abu Aqif adalah pendesak yang berpihak kepada Ustaz Fathul Bari dan ILMU.

Isu ini berputik apabila Malaysia di takut-takutkan dengan isu Wahabi. Namun, bagi mereka yang mengkaji melalui pembacaan dan melalui kuliah-kuliah ilmuan salaf yang belajar di Jordan, Madinah dan lain-lain, menerangkan bahawa isu itu tidaklah sebagaimana yang diwar-warkan. Aku rasa, aku sentuh ia sampai disitu sahaja.

Kemudian, ia dilebarkan dengan perbezaan pendapat dan tafsiran ilmu fiqh dan pemahaman Al Quran dan hadith. Ditambah pula dengan pemahaman Salafussoleh yang diangkat oleh ilmuan Manhaj Salaf yang banyak menerangkan kesalahfahaman umat Islam di Malaysia tentang perkara Bida'ah, Ibadah, Tahyul, Khurafat dan banyak lagi.

Ia mengundang ketidaksenangan pada banyak ilmuan pondok, sufi dan tareqat. Walhal apa yang dibentangkan oleh ilmuan Salaf adalah berlandaskan hujah dan pemahaman Salafussoleh tentang Islam.

Bermula dari ini, maka beranak- pinaklah perselisihan pandangan. Jika ia diselesaikan dengan berforum dan majlis ilmu, maka ia tidak akan menjadi sebegini parah. Islam adalah agama yang tertegak dengan hujah. Bukan dengan "rasa-rasa" dan "dengar cakap".

Ustaz Fathul Bari, Dr. Asri, Ustaz Halim Hasan, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Rasul Dahri dan ramai lagi adalah tetap manusia yang cakap mereka boleh ditolak atau diterima. Mereka tetap manusia seperti kita yang tidak lepas melakukan kesalahan dan dosa. Yang paling utama, kita perlu kembali kepada ajaran Islam seperti pemahaman Rasulullah SAW dan para Sahabah radiallahuanhum Ajmain (dan para tabi'in). Kita kena berhujah dengan asas QolALLAH dan QolaRasulillah.

Maka, aku ada mencadangkan penyelesaian kepada Abu Aqif dan mahu aku kongsikan bersama.
Bismillahirrahmanirrahim.

Dari Hamba Allah bernama ****************  kepada Abu Aqif. Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda, para Sahabah radiallahuanhum ajmain, para tabi'in dan tabi' tabi'in rahimahullahutaala.

Saya sudah mengikuti permasalahan UAI dan pengikutnya yang mencampuradukkan politik dalam isu ini. Bagi saya, ia kurang enak dan baik. Saya bersetuju dengan Abu Aqif dan tidak bersetuju dengan UAI.


Namun, Abu Aqif juga perlu mengendurkan kecenderungan politik dalam dakwah. Ia kerana manfaatnya menjadi terhad dan qalam ilmuan manhaj salaf menjadi terkonkong dan tidak menyeluruh. Saya ambil sikap merdeka minda dalam hal ini.

Bukannya saya mahu menidakkan kewajiban mendahulukan agama Islam dalam apa jua hal termasuk politik, cuma dari segi politik partisan, Malaysia belumlah matang.


Jika politik dijadikan lencana, maka dakwah juga akan didengar oleh mereka yang memakai lencana yang sama. Amat merugikan.

Dalam hal memperjuangkan kebenaran, mungkin kita perlu memikirkan kemudaratan seandainya api yang sudah marak disirami minyak petrol.


Cadangan saya, hantar sahaja surat rasmi memohon forum kepada UAI, Surat boleh jadi dari pihak Tuan dan Dr. Asri boleh menjadi moderator. panel adalah UAI, UFB dan seorang yang agak neutral. Mungkin saya boleh cadangkan Ustaz Kazim; memandangkan Ustaz Kazim pernah sepentas dengan UAI. Atau UAI cadangkan satu nama dan masukkan Ustaz Rasul Dahri sebagai panel keempat memandangkan beliau juga pernah menjadi bahan ceramah UAI.


Itu yang terbaik kerana saya lihat di blog Aduka Taruna, UAI seperti berdendam dengan ILMU dan Abu Aqif.


Soalan saya, video pendedahan "siapa Abu Aqif" oleh mereka, betul ke tu bang? Usah takutlah. Berani diorang nak sentuh.


Wallahua'lam.

Bukanlah kerana aku berat sebelah terhadap Ustaz Azhar Idrus (UAI) tetapi  beliau seumpama tidak mahu berdepan dengan berhujah dan menggunakan pentas populariti untuk menyerang.

Bukan niat aku untuk menambah kecelaruan tetapi aku bermaksud untuk menghentikan kemudaratan terhadap ilmu dan Agama Islam. 

Aku berusaha untuk tidak berpihak tetapi kerana terlalu mengikuti permasalahan ini, mahu tidak mahu, aku berpihak juga. Maaf buat UAI dan penyokongnya.

Akhir qalam, Agama Islam bukan milik bapak aku atau bapak engkau, ia adalah Agama Allah dan Rasulnya. Maka, jangan sempitkan Agama Islam ini dengan pemikiran sempit dan kotor. Usah halalkan sebarang fitnah dan tuduhan tanpa asas walaupun ia datang dari mulut seorang yang kamu sayang. Sesungguhnya, kasih sayang pada Rasulullah SAW wajib melebihi kecintaan kita pada abah, ibu dan adik beradik.

Berlapang dada untuk menerima teguran. Jika kamu tegur aku atas nama Islam, Demi Allah dan RasulNya, aku tidak akan memadamkan komentar kalian.

Wallahua'lam.

4.1.12

Amalina Bukan Contoh Sehebat Siti Fatimah

Di bawah ini, adalah salah seorang yang boleh kita jadikan contoh buat anak-anak kita. Bukan yang aku post sebelum ni. Walaupun aku ada teringin untuk balas kenyataan balas dia melalui emak dia, tetapi aku memilih untuk STOP. Dia juga beragama Islam. Apa salahnya aku berdoa yang baik-baik buat dia sekeluarga?

Satu je nasihat aku buat Amalina dan keluarga beliau terutamanya emaknya..ingatlah pesan Rasulullah SAW bahawa Islam itu tinggi, tiada ada yang lebih tinggi darinya. Dan jika aku mengatakan TIDAK SALAH dengan perbuatan Amalina dan Ibunya, dan ianya bagus dan TIDAK MENGAPA, lengkaplah aku menjadi pengkhianat AGAMA ALLAH dan RASULNYA. Nauzubillah.


Baiklah. Berbalik kepada pelajar yang ingin aku syorkan dicontohi adalah pelajar di bawah:

--------------------------------------
(dari : http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2012/01/siti-fatimah-mukhtar-bekas-pelajar.html)

Siti Fatimah Mukhtar bersama dengan keputusan peperiksaan SPM 2006 beliau. Cukup cemerlang sehingga dinobatkan sebagai pelajar terbaik seluruh negara dengan 17 1A dan 1 2A.
Siti Fatimah Mukhtar 2 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!
Siti Fatimah sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada adik-adik junior yang datang meminta nasihat
Siti Fatimah Mukhtar 3 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!
Fatimah (kiri sekali) bersama rakan-rakan kuliah perubatan di University of Nottingham, masih mengekalkan imej bertudung labuh walaupun berada di negara Barat.
Siti Fatimah Mukhtar 4 Siti Fatimah Mukhtar. Bekas Pelajar Terbaik SPM 2006 Terus Cemerlang Di UK!!
Fatimah (dua dari kiri) menyemak bacaan Quran rakan beliau.
Masa lapang digunakan untuk mengajar dan sama-sama bertadarus al-Quran bersama teman-teman di sekitar Nottingham, UK. Majlis sering dihadiri oleh para pelajar Malaysia, Brunei dan Indonesia yang bacaan mereka disemak oleh Fatimah yang sudah menghafaz lebih kurang 17 juzu’ al-Quran

1.1.12

Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis

di salin dari Minda Tajdid (drmaza.com)

WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.


Tugas Mulia
Saudaraku anggota polis,
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Saudaraku anggota polis,
Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):
“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).
Nabi s.a.w pula bersabda:
“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).
Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.
Bahaya Kuasa
Saudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.
Saudaraku anggota polis,
Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.
Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Allah Tidak Lupa
Saudaraku anggota polis,
Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.
Dunia Sementara
Saudaraku anggota polis,
Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):
“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).
Saudaraku anggota polis,
Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).
Sabda baginda juga :
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
Nasihati Hasan al-Basri
Saudaraku anggota polis,
Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:
“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)
Saudaraku anggota polis,
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.
Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.
Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!
Mohd Asri Zainul Abidin

15.12.11

Semoga Tun Mahathir Bertaubat


Pentingnya Sunnah Nabi Muhammad Saw

Sumber: blog Kereta Buruk 21

HHRS 2.0 - Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku: 'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain sejak dari pagi sampai ke petang mu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan itu. Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! '(Riwayat Tarmidzi)

Dari Ibnu Abbas ra. bahawa Nabi SAW yang berkata: "Sesiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbezaan, iaitu katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib 1: 44)

Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahawa Nabi SAW telah bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerosakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahawa Nabi SAW telah berkata: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1: 47)
KLIK UNTUK TABUNG BLOG INI
Nuffnang Ads

Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.

Kemudian Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah ra dari Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga.

Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku. Diterjemah dari fiqhislam/ al-hasanah


NOTE: Baca pada bahagian yang di bulatkan di bawah




8.11.11

Hudud: Ulasan Fathul Bari dan Komen Najib Razak


Setelah memahami penjelasan panjang lebar dari Abu Islam Fathul Bari, kita dengar pula penjelasan/ komen dari Perdana Menteri kita. Tidak pula saya tahu bahawa penjelasan Najib ini mewakili Chua Soi Lek atau Karpal Singh. Wallahua'lam.



16.10.11

10 Sahabah r.a. Yang Dijamin Masuk Syurga

Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada mereka dengan mereka dan mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.”
(Qs At-Taubah : 100)

Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).

1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran
(Surah At-Taubah ayat ke-40)
sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits.

2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

(sumber)

7.10.11

Kau hanya takut kek kau tak laku ke?

Selain dikecam menerusi twitter dan facebook, perniagaan keknya turut terjejas, apabila ada pelanggan yang menarik balik tempahan GARA-GARA kurang senang dengan komennya. {sini}


Jika redha Allah yang kau damba , sudah tentu kau tidak menceritakan perniagaan kek kau tu wahai sifulan. Apalah sangat kerugian engkau kalau nak dibandingkan dengan azab Allah? Apalah sangat impak pada perniagaan engkau itu jika dibandingkan dengan kerosakan pada Agama Islam yang telah engkau lakukan? Apalah sangat cemuhan pada mak bapak engkau jika dibandingkan dengan cemuhan engkau pada hukum Allah?


Islam agama pemaaf. Aku sendiri maafkan engkau walaupun engkau pernah memijak kepala aku jika aku tersilap tutur kata namun kemaafan aku tidak penting. Kemaafan Allah Azza Wa Jal yang engkau perlu wahai Sifulan.


Tidak bolehkah kalian menyatakan "SAYA TIDAK TAHU" jika diminta memberi komentar? 


Jika aku bersalah melabel kalian bodoh, maka maafkanlah aku. Namun itu sama sekali tidak akan mengubah kebodohan tindakan kalian mencemar hukum Allah Azza Wa Jal.


Celakalah orang Islam yang menghalang Hukum Allah dari dihidupkan di bumi ini. 


Semoga Allah masih berlembut dengan Malaysia.

3.10.11

Zainah Boleh Didakwa Di bawah Akta Hasutan

Bagi aku, musuh Islam nombor wahid adalah orang Islam sendiri. Apatahlagi apabila mengeluarkan komentar menentang hukum Agama Islam sendiri. Dalam konteks ini, aku melaknat Sisters In Islam (sebab ada blog mengatakan bahawa Zainah Anwar ini adalah pengasas SIS). Laknat aku sama seperti aku melaknat Ayah Pin, Kahar Ahmad, Paderi Benjamin dan Hajjah Sitt Al-Wuzara. 4 nama yang aku sebut "boleh" dikategorikan Murtad seandainya belum bertaubat. Orang Murtad WAJIB kita perangi. Full Stop.

Dalam satu artikel bertajuk "No Hudud please, we're Malaysians", ada beberapa
 kenyataan yang aku rasakan terlalu melampau. Melampaunya perkataan itu lebih teruk dari perkataan carutan Namewee. Namewee itu Kafir dan sememangnya dia tidak faham tentang Islam. Malangnya artikel yang aku nyatakan tadi, datangnya dari orang yang bernama macam orang Islam (aku sudah meragui agama mutakhir Zainah Anwar ni).

Seperti yang aku tulis di hujung perenggan di atas, penulis artikel itu adalah Zainah Anwar. Namapun sudah membawa erti yang "ehem ehem". Tidak hairanlah jika tulisannya umpama orang jahil tentang agamanya sendiri. Aku tak kenal Zainah Anwar dan aku minta jauh dari mengenali perempuan itu.
Korang tafsir penulisan Zainah:


I would have not only welcomed the Prime Minister’s bold announcements in repealing those repressive laws and states of emergency, I would also up the ante and begin a public debate on how we as citizens should exercise and enjoy our Constitutional guarantees of fundamental liberties. (komen aku: Zainah memulakan serangan sinikal pada perenggan kedua. Walaupun perenggan pertama juga begitu, namun ia terlalu umum untuk aku marah.)


Instead, what do we get? An offer of the hudud law and its grim serving of chopped-off Muslim hands and feet, and stoning to death! What kind of future is that? (komen aku: di perenggan kelima, dia mula mempertiakikan hukum Allah. Ingat! Hukum Allah yang Zainah ni pertikaikan. Bukan hukum aku atau bapak aku. Stoning atau rejam masih ada khilaf namun potong tangan/ kaki itu jelas dimana ulama bersepakat. Siapa Zainah ni? Laknat betul betina ni.)


“It’s okay to implement the hudud law because it doesn’t affect non-Muslims.” So it’s okay for Muslims to be brutalised? (komen aku: brutalised? Nauzubillah. Pernahkah dia mendengar kalimah "samighna wa ato'na (kami dengar dan kami taat)? Makin menyirap aku baca tulisan Zainah ni.)


What if a medical team is on standby to gather the chopped-off hand and the victim and run to Terengganu or fly to KL for the hand to be stitched back? (komen aku: Astaghfirullah. Nik Aziz patut doakan betina ni pecah perut aku rasa.Melampau sangat dah ni)


Who wants to live in such a society when your neighbour, your friend, or your fellow citizen are subject to a cruel legal system?(komen aku ; Sah! Ini kenyataan dari orang jahil. Sanggup dia labelkan Hudud sebagai sistem zalim? Taubat Nasuha Zainah oiii. Hudud untuk semua la..)



Tahukah kamu wahai Zainah, bahawa ada 2 hukum iaitu Hudud dan Ta'zir.

Aku letakkan video Dr. Asri, kau tontonla Zainah. Sementara aku ingin mencadang kepada Ketua Agama Islam untuk ambil tindakan atas tindakan kau kerana penulisan kau ada ciri-ciri hasutan terhadap pembaca untuk bernegatif (atau membenci/ menjauhi)terhadap Islam. Kau telah menyukarkan kerja- kerja pendakwah-pendakwah Islam. Maka apa perlunya engkau dan persatuan engkau di muka bumi Allah ini?


Semoga Allah masih berlembut dengan Malaysia.


26.9.11

Aku Tidak Hadir Kenduri Arwah Abah Kerana Sunnah (III)

Aku harap ini adalah yang terakhir bagi tajuk ini. Aku dalam proses cuba mengubah keluarga aku dahulu untuk menjadi Ahlussunnah Wal Jamaah (ikut Al-Quran, Sunnah Nabi SAW, Sahabat r.a. & Ijma' Ulama Salaf). Disamping itu, aku perasan melalui perbincangan aku sepanjang Syawal dengan sahabat- sahabat aku, ramai yang mengaku tidak tahu punca amalan, tidak tahu tentang hadith dan bid'ah dan yang paling mengejutkan tidak pernah mendengar perkataan Ahlussunnah wal Jamaah. Paling sedih, mereka pernah pula mendengar perkataan Syiah.

Aku tetap membuka lantai komen tanpa suntingan atau halangan jika ada sesiapa yang mahu me"wahabi"kan aku (demi Allah, kitab Muhammad Bin Abd Wahab pun aku belum baca). Mungkin mereka lebih kenal wahabi dari Sunnah Rasul SAW. Mereka aku jangka adalah golongan orang hebat yang berdakwah di dalam kelambu. Tidak bernama dan tidak berpandukan kitab. Dari dalam kelambu mereka, mereka mendapat ilham. Hebat.

Dan, suka aku berterima kasih pada pemberi komen bernama samaran PapaD yang memberi link youtube; suatu penjelasan oleh Ustaz Maulana Mohd Asri Yusoff berkenaan isu Bid'ah. Dalam video-video tersebut (ada 4 video bagi satu ceramah), jelas penjelasan berkenaan mana datangnya tahlil, bid'ah menurut Syeikhul Islam Al Imam As- Syafie, jenis Bid'ah (membetulkan kesilapan aku di penulisan sebelum ini) dan penjelasan yang mungkin dapat merungkai "Ijma'-Ijma' orang jahil" yang memayahkan umat Islam untuk bertaqwa dan memberi persepsi - "MENJADI UMAT ISLAM YANG BAIK ITU SUKAR".

Akan datang, aku cuba mengetuk minda kita semua dengan isu tareqat, sufi dan benda-benda pelik yang orang "kita" anggap hebat dan lebih dekat dengan Allah. Muqaddimah sikit, tidak ada satu ayat atau perkataan dari Rasulullah SAW atau para Sahabah RadiAllahu Ajmain tentang Sufi atau Tareqat. Malah, "SUFI" juga bukan perkataan Arab. Dan penghidupnya adalah orang yang sama dengan penghidup fahaman Syiah. Nauzubillah. Akan aku tulis cuma tidak tahu bila. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Wahai orang-orang Islam, berlapang dada dan tonton video dibawah. (saya letrak 2 video dan kalian tegok juga 2 video yang lain di youtube.


18.9.11

Demi Duit dan kemewahan, Syahadah Dipermainkan

Kenapa 2 entiti itu perlu memberi penjelasan dan bukannya Zizan; kerana Ahmad Idham adalah PENGARAH yang bertanggungjawab dalam semua hal termasuk suntingan dan pengubahan skrip. FINAS kerana mereka meluluskan membuta-tuli dan secara bodoh melepaskan adegan ini untuk disiarkan.

Hal ini lebih besar dari Nasi Lemak 2.0.

Hal ini bukan hal Nasi Lemak sesiapa, ia hal Aqidah yang mungkin akan ditiru oleh mereka yang jahil. Nauzubillah.

Penjelasan yang gua maksudkan adalah penjelasan faktor- faktor perkara itu berlaku, disengaja untuk menambah lawak atau tidak disengaja dan terlepas pandang, atau memang Pengarah mahu begitu, atau ada Penerbit Cina yang mahu ia begitu atau ia memang mengikut citarasa FINAS ataupun  perkara- perkara lain.

Jelaskan!


21.5.10

Lesen Judi Piala Dunia: Malaysia Masih Negara Islam?

Kata mereka, negara akan rugi jika duit judi sempena Piala Dunia terbang ke tangan-tangan haram. Lebih baik ia "dihalalkan" dan dapat diguna untuk memajukan negara.

Aku keliru. Kita diam kerana kita tak kisah disuapkan dengan hasil duit haram atau kita takut menentang kerajaan?

Atau kita lupa bahawa Agama kita adalah Islam dan dalam Islam judi itu HARAM?

Bersediakah kita untuk hancur diazab oleh Allah?

Bangsatlah kita jika kita redha dengan penghalalan Judi Piala Dunia dan celakalah kita jika kita tidak menentang keputusan itu.

Selagi keputusan itu berterusan, keputusan KERAJAAN MUTAKHIR AKAN DITENTANG OLEH BLOG INI ATAS NAMA ISLAM.

Malang sungguh kerana ia dicadang oleh orang Islam di sebuah negara Islam yang ditadbir oleh orang-orang Islam. Masih Islamkah mereka ini?

15.1.10

Marah Masih Ada.

Selaku bekas penganut Kristian bersama-sama beberapa rakan lain, kami tahu benar bagaimana orang Kristian bekerja. Cuma, saya ingin mengingatkan umat Islam supaya lebih berwaspada dan berhati-hati. Kalimah Allah ini merupakan salah satu tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) suatu ketika dahulu. Walaupun IFC belum berjaya ditubuhkan, mereka berselindung di bawah MCCBCHST. Boleh dikatakan hampir kesemua 14 tuntutan yang mereka kemukakan telah berjaya dipenuhi. Tuntutan ini ternyata menggugat kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. {Ridhuan Tee}

Ali Bin Karim : Ferhad...oooo Ferhad..
Tim Bin Ferhad: Kenapa kau panggil bapak aku?
Ali Bin Karim: Aku tak panggil bapak kau la..aku panggil kambing aku..
Tim Bin Ferhad: Kurang Ajar!!!! (sambil melepaskan penumbuk). Apa hal nama kambing kau sama dengan nama bapak aku?

Moral: sedangkan si anak akan marah jika sang kambing dinamakan bersempena nama bapaknya, inikan pula kita yang Islam ini apabila diperlekehkan dengan isu mutakhir (malas nak sebut). Bangsat betul kita jika membenarkan (walau dalam hati) sang kafir menggunakan kalimah "Allah" digunakan bagi Tuhan-Tuhan sang kafir yang entah apa-apa tu. "Allah" yang kita sembah sudah tentu tidak sama dengan Tuhan-Tuhan yang mereka sembah.

Kita layan blog Ridhuan Tee dengan penulisan yang bertajuk:

Apa yang masih tinggal pada kita?

Wallahualam.

7.8.09

Bangkitlah Semangat Kiyai Salleh!

Kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah boleh dibaca di laman blog http://sjsandteam.wordpress.com TERKINI ! Blog tersebut telah dimusnahkan(deleted)..oleh pengendali blog. Tahu pun takut ! Mungkin si Loke ini belum kenal 'senjata' umat islam agaknya...! Pesan wak, jangan 'bermain' api dalam soal yg bukan 'hak' kamu ! Jangan 'kami' jejak kamu sampai ke lubang cacing !! { link}



Dahulu lagi Harimau sudah melabel keling (perkataan ini diterima pakai oleh Kamus Dewan) yang menulis blog sjsandteam sebagai Laknatullah. Namun, ramai juga pecacai- pecacai Pakatan Rakyat (maaf) yang buta dan kejam terhadap Agama Islam yang mempromosi dan mengangkat blog itu sebagai blog "kesayangan" mereka. Cilaka buat mereka.

Sekarang, keling sjsandteam sudah memadamkan blog mereka. Pundek mairek punya keling sjsandteam.

Kalian jangan marah jika perkataan yang Harimau gunakan terlalu kesat dan kasar. Asbab Harimau menulis....korang bacalah sendiri di http://zul4kulim.blogspot.com/2009/08/biadapnya-pemuda-dap.html. Bahasa diorang lagi pukimak!

PESANAN BUAT ORANG ISLAM

JANGAN KITA BASAHKAN KERIS KERAMAT KITA DENGAN DARAH SESIAPA. PERKARA SEUMPAMA INI PERLU DICARI JALAN YANG PALING MAKRUF. PUKIMAK-PUKIMAK YANG SEMACAM INI PERLU DIAJAR DENGAN CARA YANG "PALING SOPAN" DAN TIDAK MELANGGAR PERUNDANGAN.

ALLAH PASTI MEMBANTU KITA. BERSATULAH UMAT MELAYU DAN ORANG- ORANG ISLAM. KEPALA KITA SUDAH SEMAKIN DIINJAK- INJAK.

ALLAHUAKBAR!


Harimau: berdosa aku hari Jumaat ni. Astaghfirullah.

24.1.09

Sana Ketuanan, Sini Ketuanan, Sinun Pun Nak Ketuanan

Justeru beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jadi tidak usahlah disebut ketuanan Melayu sebaliknya sebutlah ketuanan Islam. { sini }

Ketuanan Melayu itu tidak tepat dan diperbaharui dengan Ketuanan Rakyat. Sekarang Ketuanan Rakyat tidak tepat dan digantikan oleh Ketuanan Islam.

Harimau merasakan bahawa ketiga-tiga "Ketuanan" yang ada adalah tidak lengkap dan secara hakikatnya, ketiga-tiga "Ketuanan" itu saling perlu-memerlukan. Ia umpama sang suami yang gersang sedang kehausan belaian isteri tercinta.

Maka, bagi melengkapkannya dan menjadikannya satu Ketuanan Yang Agung, Harimau mencadangkan agar digunakan " Merakyatkan Ketuanan Melayu Berpaksikan Islam".

Apapun, terima kasih kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana mencetuskan Ketuanan Islam...yang semakin dilupai ramai.

Wallahualam.