Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Isu Nasional. Show all posts
Showing posts with label Isu Nasional. Show all posts

8.11.11

Hudud: Ulasan Fathul Bari dan Komen Najib Razak


Setelah memahami penjelasan panjang lebar dari Abu Islam Fathul Bari, kita dengar pula penjelasan/ komen dari Perdana Menteri kita. Tidak pula saya tahu bahawa penjelasan Najib ini mewakili Chua Soi Lek atau Karpal Singh. Wallahua'lam.



10.4.10

Integriti Polis Makin Meragukan?

Setelah membaca dan menganalisa pendedahan yang dibuat teman blogawan, Harimau makin meragui integriti Polis DiRaja Malaysia. Dengan pegawai bawahan yang buat kerja lebih sikit pun nak minta duit (kes terpencil??), dicampur pula dengan pegawai atasan yang semakin diragui integritinya; Harimau semakin yakin bahawa Melayu berjawatan Kerajaan adalah umpama "Monyet Yang Disusukan tetapi Perangai Semakin Mirip Perangai Babi".

Siapa yang mahu kita harap untuk menghapuskan rasuah? Siapa lagi yang kita mahu harap dalam menentang Israel? Menteri? Polis? Takkan semuanya nak harap NGO? UMNO tak cakap apa-apa? Jahanam betul Pemuda UMNO ni. Kalau bab Hishamuddin, semua tutup mulut erat-erat.

Tukar Menteri? Tukar KPN? Tukar Pengarah? Rasanya, tiada satu pun yang mampu menjadi penyelesaian total.

Hanya kembali ke tali Allah sahaja yang boleh menjadi penyelesaian. Polis sekarang semakin menghampakan.

3.1.10

Celakalah Mereka

Ramai yang mengatakan UMNO adalah dalang kepada keputusan Mahkamah dalam membenarkan penggunaan kalimah "Allah" oleh Herald Laknatullah. Ada juga yang menagatakan Khalid samad dan Anwar Ibrahim menjadi petualang. Bagi Harimau, siapa saja yang menjadi dalang, dia memang celaka.

Harimau memilih untuk tidak menulis terlalu banyak kerana terlalu beremosi dengan isu ini. Dan, Harimau cuma menyalin penulisan Kamaruzaman Kamdias yang bertajuk 1 ALLAH UNTUK SEMUA AGAMA.

Keputusan yang dibuat oleh hakim bukan Islam yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan akhbar gereja Katholik hampir benar mencabar minda dan iman seluruh penganut agama Islam di negara ini.

Barang siapa di kalangan umat Islam yang tidak berasa apa-apa dalam situasi ini sudah tentu ada mengalami masalah diri dan tuhan yang kronik. Sekurang-kurangnya jika tidak mampu mencegah dengan tangan maka mencegah di dalam hati pun sudah dikira masih mempunyai keimanan yang sahih kepada Allah.


INI bukan soal politik atau kuasa. Ini bukan soal tanggungjawab kerajaan dan bukan juga soal tanggungjawab Majlis Raja-raja.
Ini bukan soal Islam sudah dilindungi oleh perlembagaan negara dan bukan juga Islam itu menjadi agama rasmi negara. Bukan soal penubuhan negara Islam atau hukum hudud.

Persoalannya adalah jauh lebih besar dan lebih penting dari segala yang terpenting yang wujud pada ketika ini.
Ini persoalan paling darurat yang perlu difikirkan. Soal apa akan jadi dengan kesahihan akidah umat Islam di masa kini dan lebih-lebih lagi di masa akan datang. Cuba bayangkan ketika anak kita membelek-belek buku di toko dan terjumpa ayat berbunyi “Allah itu rohul qudus dan Isa itu anak Allah yang dilahirkan melalui rahim Mariam”. Siapa yang akan mengawal semua penerbitan ini? KDN? Mampu ke? Bagaimana mahu mengawal kitab-kitab, risalah, nota pendek, bunting atau banner yang mana selepas ini mereka boleh saja menggunakan kalimah Allah kerana mahkamah sudah membenarkannya?

Nampaknya nyawa Islam sudah terletak di hujung lidah para hakim. Hakim bukan Islam juga sudah mempunyai kata pemutus tentang hak-hak dan kedudukan agama Islam di negara ini!!
Sudah jelas lagi bersuluh penganut agama Kristian sedang menjayakan cucukan paling halus ke atas umat Islam dan senjata ini sudah berjaya mereka perjuangkan di mahkamah tinggi di dalam sebuah negara yang mana agama Islam dilindungi oleh perlembagaannya.

Dalam banyak-banyak nama kenapa mereka begitu tergila-gila mahu berkongsi nama Allah saja dan tidak nama lain?
Apakah mereka ini sudah begitu sempit pemikiran sehingga nama tuhan yang amat penting bagi satu-satu agama tidak mereka jumpai selain dari nama Allah? Maksud Allah bagi umat Islam sangat berbeza sekali dengan maksud Allah bagi mereka. Allah bagi mereka boleh beranak dan diperanakkan. Allah bagi kita tunggal dan tidak beranak mahu pun diperanakkan. Mana mungkin mereka boleh secara sembarangan ingin mengguna perkataan Allah. Ini bukan masalah antara Toyota harrier dan Toyota Lexus. Bentuk dan kuasanya tidak berbeza walau pun namanya berbeza. Untuk mengguna jenama sembarangan pun hari ini sudah tidak boleh dan perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa. Jika tidak ada pertindihan nama barulah pihak berkuasa akan meluluskan jenama sesuatu produk. Jika nama produk telah dipatenkan maka tiada siapa yang boleh menggunakannya tanpa kebenaran. Peraturan ini diamalkan di seluruh dunia..

Kenapa soal agama dan nama tuhan , iaitu sesuatu perkara pokok yang paling penting bagi setiap agama mereka tidak faham dan tidak maklum?
Apakah sudah bangkrap nama mereka –mereka ini? Berbillion-billion nama manusia dapat dicari di dunia ini. Kenapa nama tuhan pun mereka tidak jumpai sehingga terpaksa menumpang nama tuhan penganut Islam. Sah..memang mereka punyai agenda.

Dan hari ini kita umat Islam sudah mundur selangkah ke belakang disebabkan kejayaan mereka mengasak kita dengan hanya menggunakan sebuah mahkamah!!! Bukan mahkamah di Holland tapi di Malaysia tanah melayu.
Mahkamah lebih agong dari Agong, dari Parlimen dan dari kuasa eksekutif !!!

Kenapa semua musibah terhadap agama sudah boleh berlaku dengan mudah di depan mata hari ini? ‘Salam padan muka’ kepada para pemimpin Islam dan mereka yang mempertuhankan politik, politik dan politik melebihi dari segala-gala kepentingan lain…. Kita nak dengar siapa di kalangan mereka ini yang menyokong penggunaan nama Allah ke dalam agama triniti..Kita mahu tunggu apa fatwa terbaru mereka…

KITA MAHU DENGAR BAGAIMANA MEREKA MAHU BERQIAS DENGAN ALLAH DALAM MENAMBAH SULITKAN ISLAM DAN PARA PENGANUTNYA…DEMI SEBUAH KUASA!!!

26.4.09

Sebelum Babi Malaya Mendapat Selsema

peringatan: hanya ada seekor BABI sahaja dalam gambar, bukan 6 tau!


Pengawasan di semua pintu masuk negara akan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengekang penularan sejenis wabak baru dikenali sebagai selesema babi yang telah meragut 68 nyawa di Mexico dan mencetuskan suasana cemas di negara itu. { sini }

Justeru kebimbangan mereka dengan mengadakan demontrasi dahulu mungkin akan diambil kira oleh kerajaan negeri Melaka dan juga cadangan kerajaan PKR Selangor akan kesan virus dari babi ini. Cegah sebelum parah. { sini }

Sia paleh. Kok kalau menular juga ke Malaya, maka siapakah yang wajar dipersalahkan? Adakah gerombolan United Mamak Nana Organisation Negri Melaka yang diketuai Datuk Seri Ali Rustam, atau gerombolan kerajaan Pakatan Rakyat yang dikepalai Tan Sri Khalid di Selangor ataupun Sekolah Berasrama Penuh Babi di Bukit Pelanduk, Port Dickson?


Oleh itu, sukalah Harimau menegaskan bait-bait tulisan Kulat Lapok yang berbunyi "Cegah Sebelum Parah" kerana khuatir dengan pendekatan orang kita yang memang gemar bertindak sesudah terkena. Sikit lebih kurang macam gambar di bawah lah kesnya nanti kot? Wallahualam.