Ini dia sebenarnya laporan Sinar mengenai mereka yang mahu berbogel dan kemudiannya menyepak ketuanya untuk mendapatkan projek kerajaan Negeri Selangor. Mereka ini kemudiannya diberi projek UPTOWN Seri Gombak Selangor. Kenapa mereka diberikan projek tersebut – biasalah mereka mengaku mereka reformis hebat dalam memperjuangkan agenda Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor masih buta, bukan kerana tidak nampak tetapi kerana tidak pernah tahu erti perjuangan, erti masuk keluar lokap. Antara yang dapat adalah lelaki yang saya kata tidak orait ini. Kenapa mereka diberi sedangkan mereka BUKAN REFORMIS sebenarnya.
Kadang-kadang Nora tertanya – adalah ini sebenarnya makna keadilan yang kita perjuangkan. Mereka ugut dan kerajaan Negeri Selangor membenarkannya. Nora tidak mahu bantai lebih-lebih tetapi Nora kesal dengan apa yang berlaku di Selangor. Adakah ini akan menjarakkan semula Melayu pada UMNO dan Melayu pada PAS. Nora janji akan bertindak kerana mereka difahamkan mendapat tempat itu atas alasan reformasi. Ini tidak boleh kita biarkan berlaku kerana ini satu ketidakadilan. Bagi yang masih musykil lihat saja dan kita lihat Selangor pula mampu kecundang.
Blog Nora sering menjadi santapan Harimau Menaip kerana beliau cukup bangga menjadi Reformis. Beliau mungkin tahu hala-tuju dan matlamat beliau; dan atas dasar itulah, teguran kepada Kerajaan Selangor wajib dijadikan rujukan.
Rujukan apa?
Rujukan bahawa tiada pemerintahan yang sempurna. BN mungkin bangsat memerintah, korup dan perkauman. Namun buat apa jika kerajaan yang "menggantikan" BN adalah :
- cakap depan A, belakang buat B.
- mengaku telus tetapi korup.
- mendabik dada sebagai anti-kronisme tetapi mengkayakan suku-sakat dan sepupu-sepapat.
- mendakwa adil membahagi kekayaan tetapi banyak yang "ter"masuk poket sendiri.
Ini bukan kerajaan hebat. Ini kerajaan yang lebih BANGSAT dari segala KEBANGSATAN!
Maka, PKR bukan lagi mewakili suatu keadilan. Ia mungkin sinonim dengan Parti KepuRa-puraan.
Anwar! Kau tidur ke?
Harimau: sesiapa yang rasakan terdapat unsur rasuah dalam kes di atas, sila buat sesuatu.