Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts

1.7.15

PAS Lupa Untuk Mati

Parti Islam SeMalaysia (PAS) pasca muktamar yang baru lalu ternyata bukan parti PAS yang kita pernah kenali dahulu. Kalau kita bergaul dengan penyokong mereka di media sosial, angkuh mereka sudah mengalahkan penyokong UMNO dah. Mengalahkan PAS sudah terlalu kuat untuk dikalahkan.

Slogan kepimpinan ulama sebenarnya suatu penyakit yang merbahaya dan kesannya telah mulai kita lihat sekarang. Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah batang tubuh yang telah gagal merampas Terengganu dalam 2 siri PRU yang lepas. Malah, tidak nampak lagi tanda-tanda yang Terengganu bakal jatuh ke tangan PAS di PRU ke-14 nanti. Tiada. Poci. Yilek.

Tuan Ibrahim Tuan Man juga adalah contoh pemimpin yang ditolak masyarakat setempat. Dia kalah pada PRU yang lalu.

Acuan 100% ulama dalam saf kepimpinan bukanlah acuan yang terbaik.

Mokhtar Senik, bukanlah nama yang boleh memberi anjakan sokongan terhadap PAS malah status FB yang memaklumkan dia disapa Umar r.a. dalam mimpi di Kemunting (telah dia padamkan) amatlah lucu dan merepek.

Entah bagaimana dia mengetahui wajah Umar r.a., tidak pula diketahui. Hanya ada 2 jawapan mudah dalam kes itu; samada dia seorang pendusta ataupun dia ditipu syaitan didalam mimpinya.

Dengan meminggirkan golongan Progresif dalam saf kepimpinan, ia umpama mencurahkan cuka ke atas luka yang mulai bernanah.

Al-Quran mengajar kita bagaimana kriteria pemimpin yang ideal; LAYAK dan KUAT. Dalam ayat yang lain, disebut LAYAK dan AMANAH. Tidak pula Allah azza wa jalla tegaskan pemimpin wajiblah dikalangan ulama. Rujuklah kisah Abu Dzar r.a. untuk muhasabah diri.

Budaya "Chai" yang disalin tampal dari cara Pemilihan parti UMNO amatlah memalukan. Jika harapkan senarai Chai, monyet pun boleh mengundi. Tidak perlu otak dan akal.

Belum lagilah kita masukkan krisis PAS- DAP, belum lagi kita campur kisah PASMA. Secara mudah, PAS sudah menandatangani surat kematiannya, cuma PAS lupa untuk mati.

Harimau Menaip
Dar Al-Khusus
11.41 pm

babai

17.4.13

Pakatan Rakyat Terlalu Lembab


 ini bukan Ibrahim Ali

Lambat dalam melakukan segala-galanya adalah kepakaran Pakatan Rakyat. Beria-ia mahu Parlimen dibubarkan tetapi masih belum memutuskan calon-calon yang akan bertanding. Membiarkan seluruh negara menanti dan mendengar berita kelam-kabut dalam pembahagian kerusi adalah tindakan bodoh.

Keyakinan penyokong sudah jatuh dan semakin lemas. Tiada isu baru dalam blog-blog pro Pakatan juga memberi petanda bahawa semangat cyber trooper sudah mulai lesu. Entah ia masih boleh diperbaiki dalam menuju 5 Mei nanti, ia masih dalam tanda soal.

Jika Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya ini, percayalah, Pakatan Rakyat tidak akan menang lagi dalam mana-mana Piilihanraya; walaupun Pilihanraya Bangladesh.

;)

22.12.11

Asabiyah, Dr. Asri dan Fathul Bari

Sebenarnya, aku sudah loya dengan tindakan ala- gangster dari pihak UMNO. Bukan aku tak kenal kebanyakan orang kuat UMNO di tempat aku kerana keluarga aku memang boleh digelar "UMNO totok" atau "UMNO tegar". Aku kenal perangai mereka (di cawangan) yang malamnya kepit betina dan di mesyuarat cawangan cerita bab kedaulatan Islam. Manusia yang tak loya dengan puak sebegini memang bukan manusia. Oleh sebab itu aku tak sokong UMNO 100%.

Aku juga tak tergamak nak sokong PAS 100% kerana aku nampak ada fahaman Syiah dan apabila Mat sabu "naik", lagilah aku menjauhkan diri. Melainkan PAS menolak Mat sabu kerana ke"Syiah"annya atau pun Mat Sabu bersumpah bukan Syiah (walaupun aku tahu dia boleh bertaqiyyah), selagi itu pendirian aku sebegitu.

PKR pula terlampau sekular. Bab "keadilan" yang diperjuangkan mereka, memang aku tabik, bab menentang kemungkaran dengan hujah memang aku respect, namun bila masuk bab Islam, aku nampak mereka agak sekular. Selagi tiada hujah yang boleh membuktikan mereka tidak sekular, aku biarkan persepsi aku begitu. sokongan aku juga tidak sampai 100% pada mereka.

DAP? Dah habis parti kat Malaysia pun aku takkan masuk DAP. Pangkah DAP? Bab itu rahsia.

Oppss..lupa lak. Parti KITA. Ia agak bagus tetapi ia tidak mempunyai kekuatan. Oleh itu, aku simpan komen aku terhadap mereka.

Isu Video Arman

Arman cuma terikut-ikut apa yang Pemuda UMNO biasa buat. Budak Arman ni, kalau ajak one-by-one memang kecut perut dia. Gaduh panggil geng mungkin dia berani. Video dia yang ada adegan berkahak tu, memang membuat mata aku berbulu. Dulu, aku tak kisah kalau dia nak ludah Namewee, tapi kalau nak ludah Mahasiswa tu, aku tak berapa nak suka.

Menteri Pengajian Tinggi ada menyebut, apa sahaja yang Mahasiswa buat diluar kampus termasuk berpolitik, itu tidak menjadi hal. Asalkan mengekalkan suasana neutral dalam kampus, ia masih dibenarkan.

Oleh itu, Arman ni apahal? Dan, jika UPSI mengambil tindakan terhadap budak Adam tu, itu nyata melanggar amanat Menteri Pengajian Tinggi.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi juga wajar disanjung kerana menaikkan persepsi rakyat terhadap kerajaan. Parpukari nak hentam dia atau apa ke, itu masalah Parpukari la. Parpukari pun mana pernah masuk Universiti. Maafkan sahaja lah dia.

Terbaik hari ni, disalin dari blog Milo Suam, adalah tweet Dr. Asri. Bagi aku adalah tweet yang jujur dan ikhlas. Tertunggu juga aku kenyataan dari Fathul Bari.





Fathul Bari dan Asabiyah

Fathul Bari menulis di kolum Mingguan Malaysia dan berjaya meyakinkan khalayak bahawa menjadi ahli UMNO adalah tidak Asabiyah.

Namun tertanya juga aku, adakah dengan menyorok kebenaran dan membelakangkan keadilan dalam isu Shahrizat, Adam UPSI dan barang kemas Rosmah Mansur masih membuatkan ahli itu tidak Asabiyah?

Jika parti tidak Asabiyah, jika ahli tidak Asabiyah; adakah blogger yang berat sebelah itu tidak boleh dikategori dalam Asabiyah?

"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat  Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)

Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata: “Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Zalim bermaksud tidak meletakkan sesuatu/ perkara pada tempatnya.

Jika Pakatan Rakyat diam dan membisu terhadap isu terbaru Nga Kor Ming, maka mereka juga zalim.

Wallahua'lam.

Nota kaki: atas alasan itu, tidak berpihak adalah jalan terbaik. 


26.9.11

Pemimpin PR bukannya Umar al Khattab r.a.

Aku membaca blog teman- teman dan ada beberapa blog yang agak kecewa dengan pemimpin-pemimpin mereka. Yang paling ketara, mengenai sifat ekslusif pemimpin Pakatan Rakyat khususnya dari Parti Keadilan Rakyat yang rata- ratanya tidak turun ke khemah rakyat marhaien dan hanya menembam di khemah VIP.

Mari kita tengok, apa yang hebatnya dalam Majlis Jamuan itu?

- Hampir kesemua
wakil rakyat dan pemimpin PKR berlagak tidak ubah seperti pemimpin Umno.


- Hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Senator Syed Husin Ali, Nik Nazmi (ADUN Seri Setia)  dan Yusmadi Yusoff (MP Balik Pulau) yang beramah mesra dengan tetamu yang hadir di khemah rakyat biasa.


- Wakil Rakyat dan kepimpinan parti yang lainnya berlagak macam
"Tuan Besar" berteduh dan bersembang di khemah VIP (Very Important Penyamun)

- Khemah dibahagikan kepada 'dua darjat'. Satu darjat, khemah VIP (untuk wakil rakyat dan pemimpin parti). Manakala yang satu bahagian lagi untuk tetamu dan penyokong parti yang membolihkan VIP itu menjadi VIP... !!!


- Khemah untuk Wakil Rakyat dan pemimpin parti, makanannya siap terhidang dalam 'Dom'.


- Khemah untuk penyokong dan ahli parti... alahai nasib engkau lah.. ada yang makan tepi parit.


- Orang macam Latifah Koya, Samm dan yang seangkatan dengannya tidak bolih bergerak jauh daripada khemah VIP (Very Importang Penyamun) sebab mereka adalah raja dan pemaisuri lilin, tak bolih kena panas matahari... nanti cair.. ! (sumber dari
SINI)

Mengapa harapan kita terlalu tinggi? Adakah kita bermimpi bahawa mereka adalah sehebat Khalifah Umar Bin Al-Khattab r.a? Latifah Koya nak diharap "mencemar duli"? Samada kita yang silap memilih parti ataupun kita silap memilih pemimpin.

Suka saya berkongsi kisah Umar Al-Khattab di zaman kekhalifahan beliau.

Umar Ibn Al-Khattab

Rombongan dari Parsi yang terkenal dengan kekayaan, tenteranya yang berjuta dan kemewahan pemimpin mereka telah datang ke Madinah untuk melihat kekayaan Khalifah Islam yang mengepalai Kerajaan Islam yang kuat dan hebat ketika itu. Bertanyalah rombongan Parsi kepada rakyat Madinah.

"Wahai orang Islam, dimana ketua kamu, dimana Umar? Dimana Istana Umar?" bertanya rombongan Parsi.

Ditunjuklah orang Islam Madinah rumah Umar r.a. yang kecil itu. Ketika itu waktu panas terik. Umar r.a. sedang tidur dan berehat di bawah pohon kurma.

"Jangan main-main. Kami wakil kerajaan Parsi. Dimana Umar? Mana Istana Umar?" balas wakil rombongan Parsi. "Itulah Umar r.a." Kata orang Islam Madinah.

Dihampiri kepada Umar r.a. Dan berkata mereka ' Engkau telah berlaku adil, Engkau merasai keamanan dalam dirimu dan Engkau dapat melelapkan mata" kata wakil rombongan Parsi.

(Nota: Umar r.a. hanya berehat seketika dan menyambung kerjanya selepas itu. Mesej sirah ini adalah pemimpin yang ikhlas dan melakukan tanggungjawab kerana Allah SWT tidak merasa bebanan dan gundah gulana sebagaimana dirasai pemimpin zalim/tidak adil/ tidak ikhlas. Pemimpin Islam adalah pemimpin yang cukup sederhana sehingga tidak terbeza antara ketika belum menjadi pemimpin dan semasa menjadi pemimpin. Wallahua'lam.)

Pemain Politik Malaysia Masa Kini

Secara definisi, aku boleh kategorikan ahli politik yang aktif di parti dan penulis blog sosio-politik sebagai pemain bagi politik masa kini. Mereka boleh membolak-balikkan isu .

Secara asasnya, bukan kita mencari pemimpin berpakaian pengemis atau pemimpin yang tidur dijalanan. Kita mahukan "Jiwa" pemimpin itu merendah diri, ikhlas dan menegakkan hukum Allah. Aku nak sentuh sikit isu Hudud, aku melihat senario mutakhir penulis-penulis blog menuding jari kepada pemimpin lawan berkenaan hukum Hudud namun tidaklah berapa jelas pendirian mereka sendiri tentang hal ini samada menyokong atau tidak. Aku "patuh dan taat" terhadap hukum ini kerana ia hukum Allah SWT. Tidaklah pula aku tahu pendirian blogger terutamanya yang pro-kerajaan kerana rata-rata mereka menulis apa yang pemimpin mereka suka. Sukar sekali melihat kritikan. Jika ada, entah apa asasnya. Bukan pula aku pro-pembangkang kerana isu yang hangat adalah Chua Soi Lek dan Karpal Singh.

Malaysia diperintah oleh orang Islam. Mengapa mahu ditakuti ugutan MCA dan Chua Soi Lek? Mengapa ditakuti perkataan-perkataan Karpal Singh? jika mereka menentang hukum Allah, bagi aku mereka adalah JELAS KAFIR HARBI. Haramlah tangan aku memangkah parti mereka apatahlagi menyokong mereka dan sekutu-sekutu mereka.

Masalahnya, di Malaysia sudah macam pertembungan 2 parti. Adakah aku tidak perlu turun mengundi? Tidak. Aku cuma perlu mempertimbangkan parti mana yang dapat menyanggah kekeliruan sang kaffir ini dan mengangkat Islam di negara yang dikatakan Islam.

Maka, kita dambakan kenyataan dari pemimpin Islam di Malaysia. Aku bersangka baik, bahawa pemimpin seperti Najib Razak, Anwar Ibrahim, Haji Hadi dll menyokong dan bercita-cita melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia. Karpal Singh yang bodoh sombong tidak faham bahawa hukum ini adalah hukum jenayah dan bukannya menyentuh asas Perlembagaan pun. Nak kulempang tapi apakan daya tanganku tak sampai.

Cadangan untuk perpaduan dan kekuatan Islam di Malaysia.

Aku cadangkan MCA ditendang dari BN. Di mana agaknya parti bodoh ini mahu merempat agaknya ketika itu. DAP juga diterajang dari Pakatan Rakyat.

Islam dijadikan asas bagi umat Melayu (assabiyah sikit bunyinya) untuk bersatu secara padu dan aku yakin orang India, Sabah dan Sarawak akan bersama-sama kita. Semua umat Islam dari UMNO, USNO, PKR, PAS dll bersatu dan bersama didalam suatu wadah baru.

DAP dan MCA mahu bersatu? Biarkan. Mereka pasti akan hancur ditangan kita.

Ketika itu, nama Mat Indera pun tidak penting lagi.

Wallahua'lam.

21.1.11

Chegu Bard adalah lawan sebenar Khairy Jamaluddin

Penat benar aku menonton permainan politik Malaysia namun masa yang amat terhad membuatkan banyak perkara hanya terpendam semak di lubuk hati. Terbaru, perihal "Debat Politik Janji 100 Hari Pakatan Rakyat" yang diulas kemas oleh Khairy Jamaluddin. Beginilah, biar aku tetapkan lawan sebenar buat KJ.

Lawan yang sesuai dan sama kuat dengan KJ adalah Chegu Bard. Sama-sama pernah berentap di Rembau dan sama-sama mempunyai pengikut yang ramai dikhalayak orang muda.

Kenapa aku tidak memilih Sam Akin? Aku jawab mudah. Dia ketua AMK, dipilih oleh ahli PKR dan bukan pilihan aku. Aku tengok Sam Akin tiada karisma dan tiada keupayaan (bukan OKU) untuk bertembung dengan KJ. Kita bicara mengenai calon yang superb, kental dan hebat untuk bertarung di medan kalah mampos. Siapa kalah hujah, dia dikira mampos dan boleh bungkus! Molek sungguh graduan Eropah bertembung dengan Graduan Korea Selatan.

Terus- terang, aku banyak menonton KJ dan Chegu Bard berhujah. Baik di youtube ataupun secara langsung. Aku tidak menyerupai orang UMNO maka orang Pakatan tidak perasan kehadiran aku. Dan, aku tidak nampak macam orang Pakatan maka orang UMNO tak nampak aku berada bersama mereka. Aku orang bawahan yang tidak penting dalam merencana hala-tuju politik masing-masing. Argghh! Persetan lah. Aku pun banyak kerja lain kan...

Konklusi mudah, aku tetap merasakan pertembungan mereka yang aku tunggu dan penting buat orang muda macam aku. Bagaimanapun, dari pandangan aku, KJ tidak layak bermain bersama DSAI. KJ terlalu hijau dalam politik.

Kalau nak ikutkan hati aku, KJ hanya layak berdebat bersama anjing tapi come-on lah...graduan Oxford ni beb...takkan nak hina serendah tu kan?

So, Chegu Bard...make ur next move...hantar surat tawaran segera. Dedah juga di blog. Kita tengok KJ jawab atau tidak. KJ telah menulis "Memandangkan mereka tidak boleh memutuskan siapa hendak dihantar, ingin saya nyatakan bahawa saya tiada masalah untuk bersemuka dengan salah seorang daripada mereka, atau kedua-duanya sekali pada waktu sama. Cadangan saya ialah, duduk berbincang putuskan siapa wakil mereka yang sebenar. Pilihlah yang terbaik antara saudara berdua, saya menanti jawapannya." dalam Pemuda dot com dot my.

Then, KJ... Once terima pelawaan, terus tetapkan hari. Better ada live tele-cast...biar orang Chombong, Podeh, Kundur, Pilin, Ulu Sopori, Bongek Acheh...dapek tengok sapo diorang nak pangkah nanti.

Aku? Macam biasa. Tengok sambil makan biskut balak cecah kopi.

Jangkaan aku, KJ kena hempok kaw-kaw dengan Chegubard. Yang best, Chegubard menang TANPA PENGGUNAAN LASER!

18.5.10

PROJEK MEGA OLEH KERAJAAN SELANGOR?

Turap jalan 500 meter pun nak letak signboard? Harimau ingat BN saja yang pakai taktik murah ni? Tak sangka, PR pun sepusat sepusing. Letih betul la.

Carilah signboard besar sikit. Kalau berhala DSAI tu, boleh pulak nak letak besar-besar! Setakat pakai signboard kontraktor repair jalan tu, baik tanggal la.

Buek malu yo!

l
okasi: jalan ke Kuala Kubu Bharu.

7.3.10

Perosak Kestabilan Rakyat (PKR)?

Ramai yang tertanya-tanya, mengapa ramai sangat Ahli Parlimen dan ahli-ahli Pakatan Rakyat yang menyeberang titian lahanat sejak akhir-akhir ini? Kelihatan pula, kelemahan dan kekeldaian mereka didedahkan secara bersiri dan berterusan oleh rakan-rakan blogawan Pro Pakatan Rakyat. Mudah sungguh mencari salah bekas-bekas PKR ini. Nampak sangat, mereka TIDAK LAYAK bergelar calon Pilihanraya sejak hari pertama lagi. Siapa yang pilih mereka sebagai calon agaknya?

Asal sahaja kekecohan melanda, pasti ada nama PKR disebalik insiden tersebut. Siapa agaknya yang bersalah?

Anwar Ibrahim sebenarnya tidak layak menjadi Ketua dan pembantu-pembantu beliau adalah terlalu baghal untuk menyedari kebangangan ketua mereka itu.

Kita semua menyalahkan Pak Lah dan KJ kerana kejatuhan BN dan pengagihan kekayaan kepada kroni-kroni. Mengapa pula kita tidak menuding kelima-lima jari kepada Anwar Ibrahim kerana kegagalan dan kepunahan dalaman Parti Keadilan Rakyat?

PR menjadi kuat kerana ahli-ahli BN menyokong mereka dalam senyap. Mereka menyangka Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

Sekarang semuanya tinggal angan-angan bagi Anwar. Umur beliau semakin lanjut. PKR tiada pemimpin yang berkarisma untuk menggantikan Anwar. DAP sudah nampak ini semua. DAP bukan cina bodoh!

Kestabilan dan keamanan yang dikecapi Rakyat kerapkali digoncang dengan isu-isu politik baik dari PR mahupun dari UMNO. Dari mata rakyat, PKR paling kerap menjadi dalang.

Untuk apa agaknya parti ini ditubuhkan? Mungkinkah sudah tiba masa untuk dikuburkan? Setidak-tidaknya, Anwar perlu bersara. He is nothing jika Cina Ah Siang yang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Mungkinkah Anwar akan mengulang kata-kata Mahathir iaitu "Perjuangan Belum Selesai"? Ingat! Anwar is nothing!

Nota kaki: Ahli PKR adalah ahli yang direject dari parti yang lain.

18.7.09

Pakatan Rakyat adalah Tong Sampah Pemimpin Luput Tempoh?

Maka terendoslah sekali lagi di sejarah Pakatan Rakyat yang mana "rejected leader" kalaupun tidak "expired leader", di tong-sampahkan. Kedengaran agak kasar tetapi itulah kesimpulan yang dapat dibuat setelah langkah perpindahan Chua Jui Meng dari BN ke PR dibuat.

Di zaman Tun Pak Lah, perkara yang serupa juga terjadi dengan kemasukan Ezam namun nyata strategi lapok sebegini gagal dan tidak relevan dengan zaman. Tidakkah PR merenung hal ini tatkala ditipu hidup-hidup oleh Dato' Nasa dahulu dan seterusnya mengambil ikhtibar?

Penting sangatkah kemasukan Datuk Chua Jui Meng dalam survival Pakatan Rakyat? Mengapa keraian luar biasa seperti itu tidak dibuat untuk mengingati pejuang reformis jalanan yang berhati kering dan bermati-matian berdiri teguh di belakang Pakatan Rakyat sedari 10 tahun yang lalu?

Sudah terhantuk nanti, jangan pula kamu kecohkan keamanan Tanah Melayu lagi. Rakyat sudah mulai bosan dengan politik resipi lama. Mual dan menjengkelkan.

Tertanya juga, apa pula kebaikan dan peranan yang akan dimainkan oleh Datuk Chua Jui Meng; adakah beliau dapat bernafas atau terus lemas dengan nama besar politikus berbangsa Tionghua yang berlambak dalam PKR dan DAP.

Ooopps. Kasihan PAS kerana terpinggir dari keraian luar biasa tersebut.

20.2.09

Angkatan Muda Keadilan leka disontot, menyontot dan dibontotkan?

"Berikan aku sepuluh pemuda, akan ku goncang dunia" Soekarno.

Jika Pergerakan Pemuda UMNO lampau pernah dianggap "pemuda Halia" dan "umpama parti dalam parti" manakala Dewan Pemuda PAS berani mengegar keputusan-keputusan Istana, apa pula tindakan Ketua Angkatan Muda KeAdilan ketika YB Elizabeth dicemuh? Apa pula vokal Angkatan Muda Keadilan apabila Ketua mereka diratah lumat oleh Media Arus Perdana? Senyap sahaja kah? Di manakah kejantanan Syamsul di saat ia didambakan oleh golongan Muda?

Golongan Muda adalah denyut jantung buat Pakatan Rakyat maka kegagalan ia berdenyut membawa tafsiran bahawa Pakatan Rakyat umpama mayat yang bersuara. Ada jasad namun tiada roh.

Maka, perlulah pimpinan tertinggi Keadilan memikirkan sedalam-dalamnya untuk menukar pimpinan atasan AMK dan membawa suara yang lebih tegas, lebih jelas dan lebih berani.

Apa guna wujudnya Pergerakan Golongan Muda jika ia gagal berfungsi?

Percayalah, untuk terus relevan di zaman penuh cabaran, AMK wajib lebih hidup, lebih bernyawa dan lebih gagah. Buktikan Pakatan Rakyat berjaya membentuk dan mencipta pemimpin-pemimpin muda yang kritis dan berwawasan.

Usahlah asyik mencipta gigolo dan pelacur jantan kelas atasan sahaja yang asyik dan leka disontot, menyontot dan dibontotkan.

8.2.09

Karpal : Kasi Tukarlah Pemimpin PKR

Anonymous said...

Ini ialah laporan The Star.

Karpal Singh minta Anwar Ibrahim bertaubat!

GEORGE TOWN: Cracks appeared again in the Pakatan Rakyat with DAP chairman Karpal Singh calling on PKR advisor and de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to step down.Blaming Anwar for creating trouble in the opposition alliance, he said PKR needed a new leader.“He (Anwar) has created enough trouble and it is time for him to bertaubat (repent).“It’s time PKR got itself another leader,” he told a press conference at his office here Sunday.Karpal Singh said members of PKR and DAP had fallen sway to the rhetoric of Anwar, who had supported the cross-over of elected representatives.

Sumber: http://www.thestar.com.my
February 8, 2009 4:36 PM

Tak terkejut pun. Memang ini perangai YB Karpal sejak dahulu. Cuma, kenapa beliau tidak namakan pengganti DSAI? Beliau mahu siapa jadi teraju? Azmin? Lim Kit Siang? Wan Azizah? Hadi Awang? Nik Aziz?

Confirm Pakatan Rakyat boleh tapau awal-awal kalau DSAI diturunkan dari menjadi pemimpin No.1. Tak percaya? Tengoklah nanti.

Mungkin projek Muzium UMNO di Johor sudah boleh diletakkan fosil-fosil Pakatan Rakyat sebagai daya penarik. Siapa tahu kan.

Baca amaran awal Harimau Menaip di sini dan di sini .

5.2.09

Ir. Nizar, Dr. Zamri, BN dan PR

بسم الله الرحمن الرحيم

Buat Ir. Nizar

Dato' Seri Ir. Nizar, kamu bukan tidak bagus cuma Allah telah menarik balik kekuasaan yang dipinjamkan kepada kamu. Mungkin, Allah memberinya untuk kamu rasa bahawa menjadi ketua itu amat getir apatahlagi di Negeri Perak. Semoga esok, kamu menjadi orang yang lebih hebat dan kuat berbanding hari ini. Sekurang-kurangnya, kamu masih menjadi ketua walaupun Ketua Pembangkang. Selamat Maju Jaya Dato' Seri.

Buat Dr.Zamri

Selamat datang YB Dr. Zamri. Jagalah kedudukan yang dipinjamkan Allah itu dan pastikan kamu melakukan tindakan yang kamu rasa betul dan baik. Sekalung Tahniah dari blog ini.

Buat teman-teman Pakatan Rakyat

Janganlah kita mengundang kemurkaan Kebawah Duli Sultan Perak kerana ini adalah adat berpolitik. Bayangkan, jika impian 16 September lalu menjadi realiti, bukankah ia adalah situasi yang mirip? Maka, kuatkan semangat untuk menambah kekuatan yang ada dan membaiki yang pincang. Percayalah, ini adalah balasan Allah buat mereka yang "terbuai" dengan mitos yang kononnya rakyat telah menang. Ia bukan sebegitu kerana ia adalah hanya semata-mata ujian dari Allah. Jika UMNO dikatakan alpa setelah 50 tahun memerintah, maka lebih hinalah mereka yang alpa dengan hanya memerintah tidak sampai setahun. Renung yang tersirat.

Buat teman-teman Barisan Nasional

Jangan riak dan jangan takbur. Usah pinta untuk dihukum sebanyak 2 kali. Perbaikilah kebodohan yang ada dan berikanlah yang terbaik buat rakyat kamu. Fahamilah, ini bukan kejayaan demokrasi tetapi kejayaan kamu berpolitik sahaja. Jangan ulangi keangkuhan laksana beruk, mendabik dada laksana merak dan lupa daratan bak cenderawasih. Tiada kejayaan tanpa restu rakyat dan Rajanya.

Buat diri sendiri

Harimau Menaip selamanya menentang lompat parti kerana ia mentaliti dunia ketiga. Ia umpama pelaku dosa besar orang yang lari dari perang!

والسلام

هريماو مناءيڤ

30.1.09

Formula Membunuh Parti Lawan

Merujuk pada laman web www.mykmu.net (forum) bertarikh 25 Januari 2009 bersamaan hari Ahad jam 10.59 malam, dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah membuat tangkapan khalwat ke atas Adun Selat Klang (Dr Halimah Ali) adalah tidak benar sama sekali. { sini }

Tindakan salah segelintir ahli UMNO dengan menabur dan menyebarkan fitnah adalah wajib dihentikan. Ia amat memalukan dan langsung tidak melambangkan peng"hadhari"an seseorang ahli UMNO. Tindakan seperti ini seumpama memberikan racun arsenik untuk diminum oleh UMNO yang mengakibatkan parti mati secara perlahan-lahan. Racun arsenik itu cukuplah berbisa di saat UMNO dihentam bertalu-talu dari atas, bawah, depan dan belakang.

Penerapan mentaliti "Politik adalah Peperangan" adalah antara punca tindak-tanduk ala-extremis dan tidak mengenal etika dilakukan ahli kedua-dua belah parti (BN dan PR). Menggenggam penumbuk, menghunus keris, berjalan bertaut tangan umpama sebuah benteng perempuh, jerit pekik, demonstrasi dan ugut-mengugut sudah menjadi budaya rakyat Malaysia dalam menentukan kekuatan dan sambutan rakyat terhadap sesuatu parti. Jika ia gagal, serangan bagi menjatuhkan kredibiliti parti lawan dilakukan tanpa batasan dan akhirnya wujudlah pergaduhan, fitnah dan sebagainya.

Tidaklah dapat dikatakan "Tidak" jika kalian mendakwa ini adalah budaya yang dimulakan UMNO dan tidak menghairankan ia menjadi ikutan PAS dan PKR kerana bukankah PAS dan PKR itu asalnya daripada UMNO? Bukankah mereka mempunyai DNA, darah daging dan perangai yang mirip dengan UMNO?

Benarlah kata pujangga "Musuh yang paling bahaya adalah sahabat yang berpaling-tadah". Sekarang UMNO sedang berdepan dengan keadaan paling getir dalam sejarah penubuhannya dan Harimau percaya, jika Tun Mahathir menjadi Presiden pun, tidak mudah bagi beliau mengani permasalahan ini.

Namun, UMNO wajar berterima-kasih kepada rakyat yang tidak menghukum UMNO secara total pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu di mana rakyat masih memberikan mandat mentadbir negara walaupun tiada majoriti 2/3. Hukuman itu bolehlah diibaratkan cikgu sekolah rendah yang menghukum muridnya berdiri di luar kelas dengan harapan muridnya akan sedar dan menjadi murid yang hebat.

Persoalannya sekarang, mahukah UMNO memandang situasi mutakhir sebegitu rupa? Masih selesakah pemimpin atasan UMNO menghisap curut Cuba sambil dihujani penghawa dingin jenama YORK tanpa menyedari tindak-tanduk ala Pesuruhjaya Inggeris itu sudah menimbulkan rasa mual dan meloyakan?

Mungkin ini masanya pemimpin UMNO mengambil ikhtibar dan belajar dari barisan Pemimpin Pakatan Rakyat.

Formula pengukuhan politik Pakatan Rakyat kelihatan mudah. Gunakan kekuatan lawan untuk membunuh lawan. Jika gagal membunuh dari luar, bunuh saja dari dalam. Bagaimana? Itu tugas pemimpin UMNO untuk berfikir.

Wallahualam.

Harimau Menaip

1.1.09

360 darjah di Tahun Baru

2009 muncul sudah. Menjanjikan tahun yang pasti membawa lelah. Pakar ekonomi berfirasat, ekonomi pastikan penat, Malaysia mungkin selamat tetapi wajar beringat. Politik mungkin dilanda Tsunami lagi, tetapi dari arah bertentangan. Badai ganas yang menghempas pantai politik Malaysia dan menjahanamkan kredibiliti Pemerintahan Barisan Nasional, akan menerajang pula kaki-lima Mahligai Pakatan Rakyat.

Orang kata, UMNO sedang mengumpul lemak. Menguatkan diri. Bagi Harimau, ia memang benar cuma jangan tersilap, UMNO memang sedia kuat. UMNO terlupa menggunakan kekuatannya di PRU yang lalu. Itulah bukti orang akan bodoh sekali-sekala walaupun kelihatan bijak.

Senjata Pakatan Rakyat makin kelihatan tumpul. DSAI perlukan penasihat kelas pertama, ia compulsory atau angan-angan memerintah Malaysia akan hilang di bawa arus masa. Tahun silih berganti, masa makin suntuk. PKR wajar menendang keluar orang bijak yang telah berubah bodoh. Dalam politik, tiada belas-kasihan. Politik bukan kebajikan. Kebajikan hanya layak menjadi slogan.

Benar kata kerajaanrakyat, PKR perlu direformasikan. Harimau percaya, Anwar Ibrahim memang mendengar dan faham cuma persoalan di benak, mampukah Anwar Ibrahim menendang politikus bidan terjun sepert MB Selangor, Budak Kamera, Macha Estet dan lain-lain yang bersepah-sepah di dalam Hirarki PKR?

Janganlah pula Pakatan Rakyat terutamanya PKR dipandang tempat pembuangan sampah golongan pemimpin yang telah di'reject' dari UMNO, MCA dan MIC! Kita mampu berkata tidak namun hakikat kan selamanya menjadi hakikat. Cuma sedikit bernasib baik, PKR tidak sehina dan sebusuk Semangat 46.

PAS tidak sudah-sudah menunjukkan kedunguan dalam bersahabat. PAS wajar menjadi tunjang Pakatan Rakyat tetapi memilih menjadi budak suruhan. Umur PAS yang terlebih matang telah diletak tepi. Jika berterusan begini, 2 kali kiamat pun, tidak mungkin PAS akan memerintah Malaysia. PAS bukan sahaja perlu direformasikan malah perlu di tsunamikan!

DAP adalah budak cerdik berlagak bodoh. Mengaut untung di kala teman-teman yang lain sengsara. Harimau tidak mahu cakap banyak mengenai DAP kerana semakin mual dengan perilaku mereka. PAS silap, memilih syaitan dari jin. Menolak UMNO tetapi memilih DAP. Bukankah banyak jin yang Islam, tetapi adakah Syaitan yang Islam?

2009 akan meriah. Perdana Menteri mungkin akan diganti. Tidak semestinya Najib kerana rezeki ditangan sedangkan boleh jatuh sebelum selamat masuk ke mulut. Biarlah siapapun Perdana Menteri kita nanti, kita doakan yang baik-baik sahaja. Amin.

Wassalam.

Harimau Menaip