Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Sahabah. Show all posts
Showing posts with label Sahabah. Show all posts

16.10.11

10 Sahabah r.a. Yang Dijamin Masuk Syurga

Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada mereka dengan mereka dan mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.”
(Qs At-Taubah : 100)

Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).

1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran
(Surah At-Taubah ayat ke-40)
sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits.

2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

(sumber)

26.9.11

Aku Tidak Hadir Kenduri Arwah Abah Kerana Sunnah (III)

Aku harap ini adalah yang terakhir bagi tajuk ini. Aku dalam proses cuba mengubah keluarga aku dahulu untuk menjadi Ahlussunnah Wal Jamaah (ikut Al-Quran, Sunnah Nabi SAW, Sahabat r.a. & Ijma' Ulama Salaf). Disamping itu, aku perasan melalui perbincangan aku sepanjang Syawal dengan sahabat- sahabat aku, ramai yang mengaku tidak tahu punca amalan, tidak tahu tentang hadith dan bid'ah dan yang paling mengejutkan tidak pernah mendengar perkataan Ahlussunnah wal Jamaah. Paling sedih, mereka pernah pula mendengar perkataan Syiah.

Aku tetap membuka lantai komen tanpa suntingan atau halangan jika ada sesiapa yang mahu me"wahabi"kan aku (demi Allah, kitab Muhammad Bin Abd Wahab pun aku belum baca). Mungkin mereka lebih kenal wahabi dari Sunnah Rasul SAW. Mereka aku jangka adalah golongan orang hebat yang berdakwah di dalam kelambu. Tidak bernama dan tidak berpandukan kitab. Dari dalam kelambu mereka, mereka mendapat ilham. Hebat.

Dan, suka aku berterima kasih pada pemberi komen bernama samaran PapaD yang memberi link youtube; suatu penjelasan oleh Ustaz Maulana Mohd Asri Yusoff berkenaan isu Bid'ah. Dalam video-video tersebut (ada 4 video bagi satu ceramah), jelas penjelasan berkenaan mana datangnya tahlil, bid'ah menurut Syeikhul Islam Al Imam As- Syafie, jenis Bid'ah (membetulkan kesilapan aku di penulisan sebelum ini) dan penjelasan yang mungkin dapat merungkai "Ijma'-Ijma' orang jahil" yang memayahkan umat Islam untuk bertaqwa dan memberi persepsi - "MENJADI UMAT ISLAM YANG BAIK ITU SUKAR".

Akan datang, aku cuba mengetuk minda kita semua dengan isu tareqat, sufi dan benda-benda pelik yang orang "kita" anggap hebat dan lebih dekat dengan Allah. Muqaddimah sikit, tidak ada satu ayat atau perkataan dari Rasulullah SAW atau para Sahabah RadiAllahu Ajmain tentang Sufi atau Tareqat. Malah, "SUFI" juga bukan perkataan Arab. Dan penghidupnya adalah orang yang sama dengan penghidup fahaman Syiah. Nauzubillah. Akan aku tulis cuma tidak tahu bila. Hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Wahai orang-orang Islam, berlapang dada dan tonton video dibawah. (saya letrak 2 video dan kalian tegok juga 2 video yang lain di youtube.


Pemimpin PR bukannya Umar al Khattab r.a.

Aku membaca blog teman- teman dan ada beberapa blog yang agak kecewa dengan pemimpin-pemimpin mereka. Yang paling ketara, mengenai sifat ekslusif pemimpin Pakatan Rakyat khususnya dari Parti Keadilan Rakyat yang rata- ratanya tidak turun ke khemah rakyat marhaien dan hanya menembam di khemah VIP.

Mari kita tengok, apa yang hebatnya dalam Majlis Jamuan itu?

- Hampir kesemua
wakil rakyat dan pemimpin PKR berlagak tidak ubah seperti pemimpin Umno.


- Hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Senator Syed Husin Ali, Nik Nazmi (ADUN Seri Setia)  dan Yusmadi Yusoff (MP Balik Pulau) yang beramah mesra dengan tetamu yang hadir di khemah rakyat biasa.


- Wakil Rakyat dan kepimpinan parti yang lainnya berlagak macam
"Tuan Besar" berteduh dan bersembang di khemah VIP (Very Important Penyamun)

- Khemah dibahagikan kepada 'dua darjat'. Satu darjat, khemah VIP (untuk wakil rakyat dan pemimpin parti). Manakala yang satu bahagian lagi untuk tetamu dan penyokong parti yang membolihkan VIP itu menjadi VIP... !!!


- Khemah untuk Wakil Rakyat dan pemimpin parti, makanannya siap terhidang dalam 'Dom'.


- Khemah untuk penyokong dan ahli parti... alahai nasib engkau lah.. ada yang makan tepi parit.


- Orang macam Latifah Koya, Samm dan yang seangkatan dengannya tidak bolih bergerak jauh daripada khemah VIP (Very Importang Penyamun) sebab mereka adalah raja dan pemaisuri lilin, tak bolih kena panas matahari... nanti cair.. ! (sumber dari
SINI)

Mengapa harapan kita terlalu tinggi? Adakah kita bermimpi bahawa mereka adalah sehebat Khalifah Umar Bin Al-Khattab r.a? Latifah Koya nak diharap "mencemar duli"? Samada kita yang silap memilih parti ataupun kita silap memilih pemimpin.

Suka saya berkongsi kisah Umar Al-Khattab di zaman kekhalifahan beliau.

Umar Ibn Al-Khattab

Rombongan dari Parsi yang terkenal dengan kekayaan, tenteranya yang berjuta dan kemewahan pemimpin mereka telah datang ke Madinah untuk melihat kekayaan Khalifah Islam yang mengepalai Kerajaan Islam yang kuat dan hebat ketika itu. Bertanyalah rombongan Parsi kepada rakyat Madinah.

"Wahai orang Islam, dimana ketua kamu, dimana Umar? Dimana Istana Umar?" bertanya rombongan Parsi.

Ditunjuklah orang Islam Madinah rumah Umar r.a. yang kecil itu. Ketika itu waktu panas terik. Umar r.a. sedang tidur dan berehat di bawah pohon kurma.

"Jangan main-main. Kami wakil kerajaan Parsi. Dimana Umar? Mana Istana Umar?" balas wakil rombongan Parsi. "Itulah Umar r.a." Kata orang Islam Madinah.

Dihampiri kepada Umar r.a. Dan berkata mereka ' Engkau telah berlaku adil, Engkau merasai keamanan dalam dirimu dan Engkau dapat melelapkan mata" kata wakil rombongan Parsi.

(Nota: Umar r.a. hanya berehat seketika dan menyambung kerjanya selepas itu. Mesej sirah ini adalah pemimpin yang ikhlas dan melakukan tanggungjawab kerana Allah SWT tidak merasa bebanan dan gundah gulana sebagaimana dirasai pemimpin zalim/tidak adil/ tidak ikhlas. Pemimpin Islam adalah pemimpin yang cukup sederhana sehingga tidak terbeza antara ketika belum menjadi pemimpin dan semasa menjadi pemimpin. Wallahua'lam.)

Pemain Politik Malaysia Masa Kini

Secara definisi, aku boleh kategorikan ahli politik yang aktif di parti dan penulis blog sosio-politik sebagai pemain bagi politik masa kini. Mereka boleh membolak-balikkan isu .

Secara asasnya, bukan kita mencari pemimpin berpakaian pengemis atau pemimpin yang tidur dijalanan. Kita mahukan "Jiwa" pemimpin itu merendah diri, ikhlas dan menegakkan hukum Allah. Aku nak sentuh sikit isu Hudud, aku melihat senario mutakhir penulis-penulis blog menuding jari kepada pemimpin lawan berkenaan hukum Hudud namun tidaklah berapa jelas pendirian mereka sendiri tentang hal ini samada menyokong atau tidak. Aku "patuh dan taat" terhadap hukum ini kerana ia hukum Allah SWT. Tidaklah pula aku tahu pendirian blogger terutamanya yang pro-kerajaan kerana rata-rata mereka menulis apa yang pemimpin mereka suka. Sukar sekali melihat kritikan. Jika ada, entah apa asasnya. Bukan pula aku pro-pembangkang kerana isu yang hangat adalah Chua Soi Lek dan Karpal Singh.

Malaysia diperintah oleh orang Islam. Mengapa mahu ditakuti ugutan MCA dan Chua Soi Lek? Mengapa ditakuti perkataan-perkataan Karpal Singh? jika mereka menentang hukum Allah, bagi aku mereka adalah JELAS KAFIR HARBI. Haramlah tangan aku memangkah parti mereka apatahlagi menyokong mereka dan sekutu-sekutu mereka.

Masalahnya, di Malaysia sudah macam pertembungan 2 parti. Adakah aku tidak perlu turun mengundi? Tidak. Aku cuma perlu mempertimbangkan parti mana yang dapat menyanggah kekeliruan sang kaffir ini dan mengangkat Islam di negara yang dikatakan Islam.

Maka, kita dambakan kenyataan dari pemimpin Islam di Malaysia. Aku bersangka baik, bahawa pemimpin seperti Najib Razak, Anwar Ibrahim, Haji Hadi dll menyokong dan bercita-cita melaksanakan Hukum Hudud di Malaysia. Karpal Singh yang bodoh sombong tidak faham bahawa hukum ini adalah hukum jenayah dan bukannya menyentuh asas Perlembagaan pun. Nak kulempang tapi apakan daya tanganku tak sampai.

Cadangan untuk perpaduan dan kekuatan Islam di Malaysia.

Aku cadangkan MCA ditendang dari BN. Di mana agaknya parti bodoh ini mahu merempat agaknya ketika itu. DAP juga diterajang dari Pakatan Rakyat.

Islam dijadikan asas bagi umat Melayu (assabiyah sikit bunyinya) untuk bersatu secara padu dan aku yakin orang India, Sabah dan Sarawak akan bersama-sama kita. Semua umat Islam dari UMNO, USNO, PKR, PAS dll bersatu dan bersama didalam suatu wadah baru.

DAP dan MCA mahu bersatu? Biarkan. Mereka pasti akan hancur ditangan kita.

Ketika itu, nama Mat Indera pun tidak penting lagi.

Wallahua'lam.

25.9.11

Aku Tidak Hadir Kenduri Arwah Abah Kerana Sunnah (II)

Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana penulisan aku diberi komentar oleh khalayak pembaca yang membuatkan aku merasakan bahawa isu Islam masih diberi prioriti daripada isu video seks, artis, beradu-domba dan yang bukan-bukan yang mendedahkan diri kita kepada neraka Allah. Sesungguhnya neraka Allah itu amat dekat dan akan menjauhi kita asalkan kita sendiri yang berusaha menjauhinya. Posting kali ini bertujuan menjelaskan pendirian aku di penulisan sebelum ini dan menjawab beberapa komentar.

Percayalah, dahulu saya tercari-cari keadilan Islam yang sebenar. Tahun 2009, ketika 8 bulan saya tidak mampu membeli walaupun sehelai baju bundle untuk saya dan isteri, Allah mengurniakan kami seorang anak yang cantik yang kuberi nama Qaseh Zunnurain (the keeper of 2 lights). Banyak pertanyaan-pertanyaan yang terlintas di dalam kepala saya apabila saya melihat majlis-majlis yang "jatuh wajib pada orang Melayu" cukup mahal dan membuatkan saya menangis sendiri kerana terasa dizalimi.

Tidak. Allah itu tidak zalim. Islam itu Kesejahteraan, keadilan dan kesederhanaan. Kita yang menzalimi diri kita sendiri. Saya mula mencari sedikit demi sedikit keadilan dalam Islam dan mula hadir ke majlis ilmu di kawasan berhampiran, membeli kitab-kitab (dalam Bahasa Melayu) dan mendengar majlis-majlis ilmu di Youtube. Alhamdulillah. Sesungguhnya benar. Islam itu adil dan mudah.

Apa yang saya ingin terangkan adalah kefahaman saya. Saya bukan lulusan Arab maka penerangan saya berkenaan kefahaman saya agak "Melayu" berbanding orang lain yang lebih hebat. Semoga penerangan ini tidak memudaratkan kita semua. InsyaAllah.

Bab kenduri arwah, video yang saya paparkan disini, menceritakan tentang penentangan Abdullah Ibn Mas'ud r.a terhadap perkara yang diada- adakan (kalau sebut bid'ah, ada yang marah). Siapa Ibn Mas'ud? Beliau adalah sahabat Rasulullah SAW dan tergolong dalam ahli Badar. Keimanan Ibn Mas'ud, kefahaman dan kasih sayang terhadap Allah dan Rasul tentunya bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan kita. Sahabat- sahabat RadiAllahuanhum Ajmain yang menjadi Ahli Badar, bukan calang- calang insan. Mereka berperang dengan saudara mereka sendiri. Ada sahabat ( r.a.) yang membelah dua kepala ayahnya kerana mempertahankan Agama Allah dan Rasul ketika Perang Badar. Jumlah tentera Islam Tiga ratus beberapa belas (ada yang kata 319, ada yang kata 324 dan yang paling tersohor di alam "Melayu" adalah 313. Wallahua'lam.).

Jika berkenduri arwah itu dituntut, mengapa tiada dilakukan di zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat (r.a)? Kerana ia tidak adil. Mereka yang kaya- raya, tentunya boleh melakukan kenduri "penghapus dosa arwah" berpuluh kali tetapi ia tidak dapat dilakukan sekali oleh orang miskin. Islam untuk orang kaya sahaja kah? Jika kamu jawab ia sunat, mana nas dan dalilnya? Tiada bukan?

Video dibawah ada penceritaan ringkas oleh Ustaz Halim Hasan. Aku ringkaskan, dari Kitab tafsir Ibnu Kathir, dalam mentafsir satu ayat dari Surah An-Najmi, Imam Syafie Rahimahullah telah mengeluarkan hukum "Sesungguhnya pahala bacaan-bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati".

Jika kita mendakwa kita berpegang kepada mazhab Imam Syafie, mengapa kita tidak berpegang kepada hukum yang dibinanya?




Ada yang memberi komen dengan memberi hadith-hadith sebagai hujahnya. Terima kasih. Namun ya Sahabat, hadith-hadith tersebut sebenarnya memberitahu kita tentang BERDOA. Bukan tentang Yasinan, Tahlilan ataupun Kenduri Arwah.

Ada yang menyebut "Bid'ah Hasanah dan Bid'ah Dhalalah".  Imam Syafie rahimahullah ada menulis bahawa Bid'ah itu terbahagi kepada "Bid'ah Mahmudah dan Bid'ah Mazmumah (jika saya tidak silap). Dan, Saya pernah mendengar suatu persoalan di suatu majlis ilmu, jika disenaraikan Bid'ah Hasanah itu banyak, tetapi dimana senarai Bid'ah Dhalalah? Bagaimana mengkategorikan Bid'ah Dhalalah di zaman ini? Tiada? Semuanya Hasanah? Adakah disebutkan bid'ah hasanah di zaman Rasulullah SAW atau zaman para Sahabah RadiAllahuanhum Ajmain? Saya tinggalkan persoalan ini untuk kita sama-sama mencari jawapan.

Nabi SAW pernah bersabda, maksudnya: "sebaik-baik abad adalah abadku, kemudian yang sesudah mereka, kemudian yang sesudah mereka" (aku merujuk dari Syarah Hadith Arbain (terjemahan Indonesia) m/s ix)

Telah datang riwayat dari Nabi SAW, maksudnya: "Hendaklah kalian mengikuti Sunnahku dan Sunnah Khulafar Rosyidin sesudahku. Gigitlah erat-erat dengan gigi geraham kalian. Dan, hendaklah kalian menjauhi perkara-perkara bid'ah, kerana setiap Bid' itu sesat." (dirujuk dari Syarah Hadith Arbain tulisan Imam Nawawi)

Aku buka komentar tanpa akan aku halangi / tidak siarkan asalkan ia tidak melampau. Kalian boleh cerca aku, tetapi jangan cerca Allah SWT, Rasulullah SAW, Para Sahabah RadiAllahuanhum Ajmain, Keluarga Rasulullah SAW, Imam-imam rahimahullah dan lain-lain; kerana aku akan padam komentar itu dan memerangi kalian selepas itu. Wallahua'lam.

nota kaki: hubungan aku dengan kekanda-kekanda aku bertambah hebat dan rapat. kami sayang arwah abah dan emak kami tetapi kami lebih sayangkan agama dan rasul kami. siapa kami jika tidak menerima syafaat Rasulullah SAW di Akhirat nanti? doakan yang baik-baik buat keluarga kami. sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir.

Aku Tidak Hadir Kenduri Arwah Abah Kerana Sunnah




Pada 29hb September yang akan datang, kekandaku yang sulung akan mengadakan kenduri Arwah dan bacaan Yasin buat Arwah Abah dan Emak. Aku memilih tidak hadir dengan menjelaskan secara lembut kepada kekanda- kekandaku bahawa ia tidak dilakukan para Sahabah RadiAllahu Ajmain. Seperti biasa, mereka hairan kerana kata mereka, "ia perkara lazimla, kau mengalahkan ustaz plak". Imam Masjid pun hadir tau". Aku tidak mahu berkonfrontasi. Khuatir ia akan menjadi perkara buruk.

Bagi meringankan beban kekandaku, aku hanya menyumbang wang bagi jamuan tetamu yang hadir tetapi tidak meredhakan diriku menyertai majlis yang "ku anggap bid'ah". Tanggungjawab aku sebagai anak adalah bersedekah dan berdoa bagi arwah Abah dan Emak.

Aku lakukan ini semua kerana aku sayangkan Rasulullah SAW dan para Sahabah r.a. Alhamdulillah.

Teringat aku kisah Abu Khufafah yang ingin memeluk Islam. Ketika Abu Khufafah mengadap Rasulullah SAW, dia diminta untuk mengubah rambutnya. "Lakukan apa sahaja tetapi tidak mewarnakan ia dengan warna hitam" maksud sabda Rasulullah SAW kepada Abu Khufafah.

Setelah selesai mengubah rambutnya. Abu Khufafah hadir di hadapan Rasulullah SAW untuk ber baiah. Dihulurkan tangannya. Ketika itu, kedengaran Abu Bakr As- Siddiq r.a. menangis.

"Apa yang membuatkan engkau menangis ya Abu Bakr?" soal Rasulullah SAW.

"Aku lebih rela jika tangan ayahku itu adalah tangan bapa saudaramu iaitu Abu Talib, Ya Rasulullah. Kerana ia akan menggembirakanmu" lebih kurang terjemahan jawapan Abu Bakr r.a.

Lihatlah. Betapa berimannya Abu Bakr r.a..
Betapa sayangnya Abu Bakr r.a. pada Rasulullah SAW.

Namun selepas kewafatan Rasulullah SAW, tidak pula beliau mengadakan kenduri arwah buat Rasulullah SAW. Jika dihimpun iman seluruh umat Islam, tidak sama dengan iman Abu Bakr r.a.

Siapa aku untuk membuat perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabah RadiAllahuanhum Ajmain?

Semoga Allah mengurniakan manfaat atas tulisan aku ini. Dan semoga kekandaku membacanya dan mendapat manfaat.

Wallahua'lam Bissawab.

_______________________________
kemaskini: video kisah yang relevan dengan tindakanku.