Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Komentar. Show all posts
Showing posts with label Komentar. Show all posts

25.9.11

Aku Tidak Hadir Kenduri Arwah Abah Kerana Sunnah (II)

Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana penulisan aku diberi komentar oleh khalayak pembaca yang membuatkan aku merasakan bahawa isu Islam masih diberi prioriti daripada isu video seks, artis, beradu-domba dan yang bukan-bukan yang mendedahkan diri kita kepada neraka Allah. Sesungguhnya neraka Allah itu amat dekat dan akan menjauhi kita asalkan kita sendiri yang berusaha menjauhinya. Posting kali ini bertujuan menjelaskan pendirian aku di penulisan sebelum ini dan menjawab beberapa komentar.

Percayalah, dahulu saya tercari-cari keadilan Islam yang sebenar. Tahun 2009, ketika 8 bulan saya tidak mampu membeli walaupun sehelai baju bundle untuk saya dan isteri, Allah mengurniakan kami seorang anak yang cantik yang kuberi nama Qaseh Zunnurain (the keeper of 2 lights). Banyak pertanyaan-pertanyaan yang terlintas di dalam kepala saya apabila saya melihat majlis-majlis yang "jatuh wajib pada orang Melayu" cukup mahal dan membuatkan saya menangis sendiri kerana terasa dizalimi.

Tidak. Allah itu tidak zalim. Islam itu Kesejahteraan, keadilan dan kesederhanaan. Kita yang menzalimi diri kita sendiri. Saya mula mencari sedikit demi sedikit keadilan dalam Islam dan mula hadir ke majlis ilmu di kawasan berhampiran, membeli kitab-kitab (dalam Bahasa Melayu) dan mendengar majlis-majlis ilmu di Youtube. Alhamdulillah. Sesungguhnya benar. Islam itu adil dan mudah.

Apa yang saya ingin terangkan adalah kefahaman saya. Saya bukan lulusan Arab maka penerangan saya berkenaan kefahaman saya agak "Melayu" berbanding orang lain yang lebih hebat. Semoga penerangan ini tidak memudaratkan kita semua. InsyaAllah.

Bab kenduri arwah, video yang saya paparkan disini, menceritakan tentang penentangan Abdullah Ibn Mas'ud r.a terhadap perkara yang diada- adakan (kalau sebut bid'ah, ada yang marah). Siapa Ibn Mas'ud? Beliau adalah sahabat Rasulullah SAW dan tergolong dalam ahli Badar. Keimanan Ibn Mas'ud, kefahaman dan kasih sayang terhadap Allah dan Rasul tentunya bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan kita. Sahabat- sahabat RadiAllahuanhum Ajmain yang menjadi Ahli Badar, bukan calang- calang insan. Mereka berperang dengan saudara mereka sendiri. Ada sahabat ( r.a.) yang membelah dua kepala ayahnya kerana mempertahankan Agama Allah dan Rasul ketika Perang Badar. Jumlah tentera Islam Tiga ratus beberapa belas (ada yang kata 319, ada yang kata 324 dan yang paling tersohor di alam "Melayu" adalah 313. Wallahua'lam.).

Jika berkenduri arwah itu dituntut, mengapa tiada dilakukan di zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat (r.a)? Kerana ia tidak adil. Mereka yang kaya- raya, tentunya boleh melakukan kenduri "penghapus dosa arwah" berpuluh kali tetapi ia tidak dapat dilakukan sekali oleh orang miskin. Islam untuk orang kaya sahaja kah? Jika kamu jawab ia sunat, mana nas dan dalilnya? Tiada bukan?

Video dibawah ada penceritaan ringkas oleh Ustaz Halim Hasan. Aku ringkaskan, dari Kitab tafsir Ibnu Kathir, dalam mentafsir satu ayat dari Surah An-Najmi, Imam Syafie Rahimahullah telah mengeluarkan hukum "Sesungguhnya pahala bacaan-bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati".

Jika kita mendakwa kita berpegang kepada mazhab Imam Syafie, mengapa kita tidak berpegang kepada hukum yang dibinanya?




Ada yang memberi komen dengan memberi hadith-hadith sebagai hujahnya. Terima kasih. Namun ya Sahabat, hadith-hadith tersebut sebenarnya memberitahu kita tentang BERDOA. Bukan tentang Yasinan, Tahlilan ataupun Kenduri Arwah.

Ada yang menyebut "Bid'ah Hasanah dan Bid'ah Dhalalah".  Imam Syafie rahimahullah ada menulis bahawa Bid'ah itu terbahagi kepada "Bid'ah Mahmudah dan Bid'ah Mazmumah (jika saya tidak silap). Dan, Saya pernah mendengar suatu persoalan di suatu majlis ilmu, jika disenaraikan Bid'ah Hasanah itu banyak, tetapi dimana senarai Bid'ah Dhalalah? Bagaimana mengkategorikan Bid'ah Dhalalah di zaman ini? Tiada? Semuanya Hasanah? Adakah disebutkan bid'ah hasanah di zaman Rasulullah SAW atau zaman para Sahabah RadiAllahuanhum Ajmain? Saya tinggalkan persoalan ini untuk kita sama-sama mencari jawapan.

Nabi SAW pernah bersabda, maksudnya: "sebaik-baik abad adalah abadku, kemudian yang sesudah mereka, kemudian yang sesudah mereka" (aku merujuk dari Syarah Hadith Arbain (terjemahan Indonesia) m/s ix)

Telah datang riwayat dari Nabi SAW, maksudnya: "Hendaklah kalian mengikuti Sunnahku dan Sunnah Khulafar Rosyidin sesudahku. Gigitlah erat-erat dengan gigi geraham kalian. Dan, hendaklah kalian menjauhi perkara-perkara bid'ah, kerana setiap Bid' itu sesat." (dirujuk dari Syarah Hadith Arbain tulisan Imam Nawawi)

Aku buka komentar tanpa akan aku halangi / tidak siarkan asalkan ia tidak melampau. Kalian boleh cerca aku, tetapi jangan cerca Allah SWT, Rasulullah SAW, Para Sahabah RadiAllahuanhum Ajmain, Keluarga Rasulullah SAW, Imam-imam rahimahullah dan lain-lain; kerana aku akan padam komentar itu dan memerangi kalian selepas itu. Wallahua'lam.

nota kaki: hubungan aku dengan kekanda-kekanda aku bertambah hebat dan rapat. kami sayang arwah abah dan emak kami tetapi kami lebih sayangkan agama dan rasul kami. siapa kami jika tidak menerima syafaat Rasulullah SAW di Akhirat nanti? doakan yang baik-baik buat keluarga kami. sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir.

22.1.09

Usah Biar Politik Membentuk Kita

maaf pada Tuan punya gambar. (lupa sumber)



erm...sang harimau ni pro-mahathir kn?bole bgtau kepada kami tak,apa jasa yang telah dibuat oleh mahathir hingga sang harimau mengidolakan dan mendambakan beliau sedemikian rupe?hinggakan mahu legasi kuku besi mahathir diteruskan melalui mukhriz...dan juga dasar penswastaan utiliti negara dan perkhidmatan yang mengakibatkan dasar kapitalis semakin menguasai kerajaan...mengakibatkan kebajikan utk rakyat mula pudar dan hilang terus di malaysia ini..atas dasar utk mempercekapkan perkhidmatan yang diberikan...ianya tak dirasai dahulu sewaktu fasa awal pelaksanaannya..tapi mula dirasai 3 tahun kebelakangan ini.. { komentar dari asparados di sini }

Harimau bukan pro-Mahathir apatahlagi anti-Mahathir cuma 5/6 dari hidup Harimau dari zaman Mahathirisme. Harimau sememangnya menghormati Tun namun tidak bermakna Harimau adalah pecacai dan balaci Tun Mahathir. Biar Harimau terangkan serba sedikit pandangan Harimau di sini.

Pada tahun 1998 sehingga sekarang, Harimau tetap tidak bersetuju Anwar Ibrahim diaibkan sebegitu rupa walaupun Harimau tidak langsung tahu kesahihan tuduhan-tuduhan dari Tun dan Kerajaan.

Bagi Harimau, benar atau tidak tuduhan tersebut, sesorang insan tidak wajar dihambat dan dibelasah bertalu-talu dengan pengaiban dan tuduhan sebegitu rupa. Sehingga sekarang, Harimau tidak tahu sehingga berapa ratus tahun lagi Anwar Ibrahim terus dihujani tuduhan-tuduhan yang serupa. Bagi Harimau, Harimau hanya akan percaya dan yakin apabila terbukti depan mata kepala Harimau bahawa kemaluan Anwar menembusi lubang mencirit individu yang lain (maaf, kasar sikit).

Jika tidak, kita yang tidak nampak dan tidak layak menjadi saksi kes tersebut, usah mengundang dosa besar dalam bersubahat memanjangkan fitnah-fitnah itu. Full Stop!

Berbalik kepada persoalan melanjutkan legasi kuku-besi Tun Mahathir dengan sokongan kepada Mukhriz, jika diamati dengan dalam, Mukhriz hanya tersenarai sebagai "Menteri Kewangan" dan bukan Perdana Menteri. Bagaimana pula seorang Menteri Kewangan boleh menidakkan kebajikan rakyat?

Diringkaskan cerita secara rumusan, sememangnya Tun tidak maksum dan ada berbuat kesilapan, kekejaman dan kesalahan. Namun, kita bukannya Tuhan dalam menghukum Tun Mahathir tanpa ada sedikit pertimbangan di atas jasa-jasa besar beliau kepada negara. Cubalah menjadi manusia yang pemaaf dari menjadi manusia kejam. Kita kata beliau kejam sedangkan kita juga kejam dengan tidak memaafkan.

Jadilah insan yang neutral dan tidak terbelenggu dengan kebahalolan prinsip kepartian yang bukan-bukan. Biar kita yang membentuk landskap politik dan bukan politik yang membentuk kita.

Ada bagus dalam UMNO,

Ada bagus dalam PAS,

Ada bagus dalam PKR,

Carilah titik persamaan dan tutuplah perbezaan.

Sesungguhnya kita dari rumpunan yang satu.


Salam penuh neutral.