Petikan Salafi
"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
Mutiara Kata
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
Pemuda-Pemudi Harimau
25.9.11
Aku Tidak Hadir Kenduri Arwah Abah Kerana Sunnah
Pada 29hb September yang akan datang, kekandaku yang sulung akan mengadakan kenduri Arwah dan bacaan Yasin buat Arwah Abah dan Emak. Aku memilih tidak hadir dengan menjelaskan secara lembut kepada kekanda- kekandaku bahawa ia tidak dilakukan para Sahabah RadiAllahu Ajmain. Seperti biasa, mereka hairan kerana kata mereka, "ia perkara lazimla, kau mengalahkan ustaz plak". Imam Masjid pun hadir tau". Aku tidak mahu berkonfrontasi. Khuatir ia akan menjadi perkara buruk.
Bagi meringankan beban kekandaku, aku hanya menyumbang wang bagi jamuan tetamu yang hadir tetapi tidak meredhakan diriku menyertai majlis yang "ku anggap bid'ah". Tanggungjawab aku sebagai anak adalah bersedekah dan berdoa bagi arwah Abah dan Emak.
Aku lakukan ini semua kerana aku sayangkan Rasulullah SAW dan para Sahabah r.a. Alhamdulillah.
Teringat aku kisah Abu Khufafah yang ingin memeluk Islam. Ketika Abu Khufafah mengadap Rasulullah SAW, dia diminta untuk mengubah rambutnya. "Lakukan apa sahaja tetapi tidak mewarnakan ia dengan warna hitam" maksud sabda Rasulullah SAW kepada Abu Khufafah.
Setelah selesai mengubah rambutnya. Abu Khufafah hadir di hadapan Rasulullah SAW untuk ber baiah. Dihulurkan tangannya. Ketika itu, kedengaran Abu Bakr As- Siddiq r.a. menangis.
"Apa yang membuatkan engkau menangis ya Abu Bakr?" soal Rasulullah SAW.
"Aku lebih rela jika tangan ayahku itu adalah tangan bapa saudaramu iaitu Abu Talib, Ya Rasulullah. Kerana ia akan menggembirakanmu" lebih kurang terjemahan jawapan Abu Bakr r.a.
Lihatlah. Betapa berimannya Abu Bakr r.a..
Betapa sayangnya Abu Bakr r.a. pada Rasulullah SAW.
Namun selepas kewafatan Rasulullah SAW, tidak pula beliau mengadakan kenduri arwah buat Rasulullah SAW. Jika dihimpun iman seluruh umat Islam, tidak sama dengan iman Abu Bakr r.a.
Siapa aku untuk membuat perkara yang tidak dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para Sahabah RadiAllahuanhum Ajmain?
Semoga Allah mengurniakan manfaat atas tulisan aku ini. Dan semoga kekandaku membacanya dan mendapat manfaat.
Wallahua'lam Bissawab.
_______________________________
kemaskini: video kisah yang relevan dengan tindakanku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
24 comments:
Selamatlah Wahhabiyun
Ya Insan yang memberi komentar,
Cacilah sepuas hatimu. Ia tidak mengurangkan sedikitpun kecintaan aku pada Rasulullah SAW dan para Sahabah RadiAllahum Ajmain.
geng wahabi gok nie, org lain semer bidaah, hal2 kecik jer nampak hal2 besor pemerintoh wajid dipatuhi, walaupun korup hahahahaaha, dia jer hok betui tu lah ajaran yang dibawa anak wahab
Bid'ah itu hal kecik? Mungkin engkau maksum.
Salam. Perkara biasa dan lazim utk kedua dua pehak. Ada kah satu himpunan org Islam duduk membaca Al Quran sambil berdoa utk arwah dgn ikhlas agar Allah merahmati roh mereka salah. Adakah himpunan itu berniat utk menambah siksaan terhadap arwah dgn melakukan bidaah yang saudara maksudkan.
Ada kah tuan2 guru, imam2 yang terdahulu dan kami yg hadir ini begitu bodoh utk melakukan satu perkara yang tidak kami fikirkan dan semata-mata mengikut secara buta dan tuli.
Tidak lah pula kami yg hadir ini kurang kasih sayang terhadap nabi s.a.w dan tidaklah lain yg kami harapkan agar himpunan kami sebagai usaha kami antara jiran tetangga mendoakan supaya arwah2 yg kami maksudkan mendapat rahmat. Tidak pula majlis ini melepaskan tanggungan anak dan kerabat arwah utk berdoa kpd Allah bagi rahmatNya keatas arwah.
Berbelit belit masyarakat Islam atas perkara seumpama ini sehingga satu pehak menggangap mereka lebih pandai, lebih baik dan lebih benar dari pehak yg lain. Bermuafakat duduk bersama diantara kami dan membaca yassin serta mendoakan arwah menjadi isu ingkar dan menyalahi sunnah rasul bagi anda. Semasa saya kecil dulu lebih 50 tahun yg lepas perkara ini telah pun jadi bahasan sehingga sekarang.
Memang Iman Abu Bakar lebih dari orang lain tidak di sangkal lagi tetapi dia juga manusia ada hadnya dan bukan beliau tau semua perkara. Tidaklah bermakna jika ABu Bakar tak buat kita tidak boleh buat. Tidak pernah saya dengar Abu Bakar mencapai tahap tersebut. Minta maaf cakap Abu Bakar saya sayang dan hormat tetapi tidaklah sampai tahap sunnah Abu Bakar 100% menjadi panduan hidup saya kerana beliau bukannya maksum, kerana beliau juga akan dihisab, kerana beliau juga manusia. Ada perkara-perkara yang di izinkan di zaman Abu BAkar dan di batalkan di zaman Umar. Ada pembaharuan yang di buat Umar yang tiada di zaman Abu BAkar. Malahan perkara yang tidak terfikirkan berlaku - sahabat-sahabat berperang sesama sendiri. Ali berperang dengan seseorang yang berpangkat ibunya sendiri yakni Aishah. (ibu mentua tiri) Kesemua mereka ini akan dipertanggungjawab di akhirat kelak, dihisab di hadapan Allah swt tanpa mengira siapa mereka samada sahabat atau tidak.
Benar Rasulullah dan para sahabat tidak pernah membuat bacaan YAssin. Saya secara peribadi memang tak berbuat begitu. (Begitu juga dengan MAulud Nabi saya tidak menyambutnya dengan gaya dan stail masayrakat Malaysia.)
Tetapi pada saya tidak perlu kita merasakan diri kita betul dan menulisnya di blog, berkeluh kesah menceritakannya, seolah-olah sudah pasti kita ini betul dan kita tidak memeriksa diri kita dahulu. Apatah lagi ianya berkenaan kekanda saudara. Apakah perasaan beliau jika beliau tau adindanya sendiri menceritakan kisah ini keseluruh dunia secara teorinya melalui blog/internet. Bayangkan jika saudara mengambil pembesar suara dan melaungkannya ke serata kampung akan kisah ini. Tentu tidak manis bukan?
Seperti yang saya sebut tadi kita semua akan dihisab kelak. Allah sw.t akan bertanya kepada saudara nanti tentang apa yang saudara tulis hari ini berkenaan kekanda saudara. Allah juga akan bertanya kepada saya berkenaan apa yang saya tulis hari ini kepada saudara. Pada hemat saya kita sepatutnya berlapang dada dalam hal ini apatah lagi dalam hal-hal adik beradik dan tidak perlu disebarkan di dalam blog-blog walaupun kita rasakan diri kita benar. Saya yakin ada yang kenal identiti sebenar saudara dan kenal siapa kekanda saudara secara peribadi. Contohnya isteri saudara sendiri misalnya.
Ingatlah apabila kita mengakui kita mencintai Rasulullah kita hendaklah bersedia memikul tanggungjawab yang maha berat. Marilah kita bersama-sama saling ingat mengingati bahawa dalam hal-hal keimanan bukan hak kita, bukan hak Abu Bakar, bukan hak Rasulullah sendiri. Kalau kita rasakan dalam hal-hal keimanan yang tersimpang kita halang dengan kudrat (yang mana saya kira saudara tidak buat ke atas kekanda saudara) atau kita halang dengan mulut dan bicara (saya kira saudara telah buat dengan membuat pemberitahuan kepada kekanda saudara TETAPI saudara juga membuat pemberitahuan kepada seluruh dunia melalui blog saudara ini) atau akhirnya berdiam diri (yang mana sebenarnya saudara tidak berdiam diri malahan turut serta dengan majlis ini secara lansung dengan membuat sumbangan kewangan ke dalam majlis bidaah itu sendiri tidak kiralah apa niat saudara sekalipun). Jadi menurut di atas adakah pada pendapat saudara adakah saudara telah membuat tindakan yang menepati kaedah ini? Adakah tindakan dengan menulisnya di blog ini ialah tindakan yang betul.? Adakah menamakan kekanda saudara dengan gelaran yang spesifik "Kekanda sulungku" adalah tepat? Adakah saudara mempunyai beberapa kekanda sulung? Saya kira hanya seorang kekanda sulung dan identitinya boleh diketahui. Apakah saudara kira saudara akan terlepas dari penyertaan saudara dari majlis bidaah (menurut saudara) ini jika diambilkira sumbangan kewangan saudara?. Adakah saudara kira saudara ada hak untuk bercerita bahawa kekanda saudara membuat bidaah dan saudara sendiri tidak?
Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.
tuan sy sblm itu sy mtk maaf berlainan pendapat dari tuen..bknkah masaalah tahlil,membaca al-quran dan sbgainya utk org yg tlah mati ini perkara yg kecil dlm Islam...tidak ada salahnya kita membacakan ayat al-quran utk kita smpaikan kpd org2 yg tlah mati..urusan sampai atau tidak kita serahkan pd ALLAH...
byk jgk nas2 al-quran yg menyuruh kita berdoa kpd org2 yg tlah pergi mendahului kita antaranya:
وَالَّذِيْنَ جَاءُوْامِنْ بَعْدِ هِمْ يَقُوْلُوْنَ رَبَّنَااغْفِرْلَنَا وَلاِءخْوَنِنَاالَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِاْلاِءْيمن
“Dan orang-orang yang datang setelah mereka, berkata: Yaa Tuhan kami, ampunilah kami dan ampunilah saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan beriman.” (QS Al-Hasyr 59: 10)
سَأَلَ رَجُلٌ النَّبِىَّ صَلَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَارَسُوْلَ اللهِ اِنَّ اُمِى مَاتَتْ افَيَنْفَعُهَا اِنْ تَصَدَّقْتَ عَنْهَا ؟ قَالَ نَعَمْ
“Bertanya seorang laki-laki kepada Nabi SAW; Ya Rasulullah sesungguhnya ibu saya telah mati, apakah berguna bagi saya, seandainya saua bersedekah untuknya? Rasulullah menjawab; yaa berguna untuk ibumu.” (HR Abu Dawud).
Syaekhul Islam Al-Imam Ibnu Taimiyah dalam Kitab Majmu’ Fatawa jilid 24, berkata: “Orang yang berkata bahwa do’a tidak sampai kepada orang mati dan perbuatan baik, pahalanya tidak sampai kepada orang mati,” mereka itu ahli bid’ah, sebab para ulama’ telah sepakat bahwa mayyit mendapat manfa’at dari do’a dan amal shaleh orang yang hidup.
skadar pendapat...jgnlah kita menjadi perkara yg kecil ini sbagai sesuatu perkara yg besar...msih byk lg perkara2 besar yg blh dikategori sbgai bid'ah yg sbnr...seperti tidak menyokong pemerintah yg zalim...golongan2 wahabi membuta tuli taat kpd pemerintah walaupun pemerintah zalim...sehingga tidak mahu terlibat didalam mengatur negara dan sbgainya...jika tuan x pcaya tuan pergi ke mekah kmudian tuan akan mendengar khutbah2 dari ulama2 disana yg berkhutbah mengatakan taatlah kpd pemerintah..walaupn pemimpin itu mezalimi rakyat dan melakukan kemungkaran..
sy tidak bertujuan menuduh sesiapa sbgai golongan wahabi...kita bkn manusia yg maksum..tp jgn jdkn diri kita sbgai org yg tmasuk didlm golongan itu..samaada ada kita sedar atau tidak...smua ummat menyayangi nabi slagi dia mengikut syariat,dan berjuang spaya negara ini diperintah mengikut tunjuk ajar yg tlah diajar oleh baginda...bkn cuma membahas pkara2 yg kecil,pkara yg kecil itu pula bkn yg perbuatan yg tidak baik...
masih byk perkara2 bid'ah yg lbh menyesatkan..setahu sy ada bid'ah dhalalah dan ada bid'ah hasanah...wallahua'alam...
maaflah...tak semua manusia...pandaii.....aku masih belajarrr...aku ada juga kawan puak macam tuuu...sapai kenduri kawinpun takleh..kata penyembelehan..tak sah sebab bukan dari puak merika....tapi aku ada pi..dan kawan dengan puak mereka...menghormati sebagai sahabat....contohnya apa pasal kita guna kereta..motor..telipon...apakah itu ciptaan orang kafir...apakah kita subahat..mengunakan ciptaan mereka......sampai nak jumpa adik beradik pun tak leh....apa salahnya kita bercampur dengan mereka....sambil2 tuu bole berdakwah...sikit2...apapun fahaman kita....ia nya terletak pada hati....dan kebijaksanaan kita...ilmu itu luas....apakah dengan menghadiri jamuan kenduri aruah itu dikatakan subahat...walau dalam hati kita meangap hanya mengambil hati adik beradik kita..kejamkah allah....nak tanya pak harimau....apakah pak harimau kata matawang rm yang tertera gambar2..... ???apakah ciri wang islam sebenar?tak payahlah kirim wang...kerana itupun di kira subahat....dan niat tidak iklass...hati pak harimau sangat jahil..ego..macam mana nak tarik kami yang jahil nii..sekiranya kita hanya dengan kepongpong kita sahaja..bagi islam..walaupun si anak memelok islam....apakah salah jika sianak berjumpa dengan ibubapanya yang masih kafir semasa menyambut hari kebesaran....aaaa takut nanti kita terikut merika....harimau.... allah tak kejam macam harimau ...iman terletak pada hatiiii...kasihan saya pada adik beradik saudara....harimau..walaupun ianya binatang.. ada perasaan juga terhadap anak2nya....maaf... saya tak sebulu dengan saudara yang tidak ada perasaan...saya harap saudara harimau maafkan saya ....jika saudara harimau rasa iklas..jangan dilete ulasan saya ini.tapi jika tak...dilete saja ..tak apa...dari situ saya dah tahu....jiwa harimau sebenarrrr....
nak komenpun kena tapis..bidaah sangat..blog takleh pakai...kena belajar dengan blog papagomo....
Sabda Nabi Muhammad S.A.W.
“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”
**Orang Melayu memang terkenal dgn bidaahnya dan khurafat.. 2 mahkluk yg mengomen di atas tu cthnya.
Kalau di sebelah pantai barat bila ada kenduri kahwin x sah kalau x dak karaoke atau kugiran walhal kalau di pantai timur benda tu satu kejanggalan, tolak pengikut umno lah... fikir2 lah
salam buat tuan,
Maaf andainya tersilap fakta, mmg betul kenyataan tuan tp ia tidak menjadi satu bidaah. satu kenyataan yang tuan perlu pertimbangkan adakah majlis kenduri kenduri bacaan yasin itu merupakan salah satu cara untuk mengeeratkan silaturahim. dapatkan 2-3 fakta dan nas2 yang shahih, jgn terus merujuk pada youtube atau hamba2 allah yg bru mencari nama. saya berpegang kepada pandangan warga tua terdahulu kerana yang penting adalah niat dan selagi ia tidak menyalahi dan terpesong dari islam
Rasulullah tidak mengharapkan sedekah
sesipa pun juga keturunannya. Bagi kita apa salahnya kita bersedekah pada kerabat walaupun satu ayat. Tidakkah kita sayang pada mereka.
jika kita meletakkan sesuatu hukum dalam setiap perkara yg tidak pernah dilakukan di zaman rasulullah.. haram... contoh, letakkan hukum wajib atau sunat atau harus pd kenduri arwah.. hukum nya haram dan berdosa, tetapi dgn niat utk sedekah kan pahala pada si mati, xsalah kan... sbb hanya ada 3 perkara yg boleh simati bw apabila dh mati, ilmu yang di amalkan, harta yg di infak kan, dan doa anak yg soleh.... apabila adik beradik berkumpul, disitu pn dh ada hikmah, erat kan silaturrahim....
Org gila yg buat kenyataan bid'ah itu hal kecik, weii pelaku bid'ah itu dihukum sesat dan di ancam dgn neraka. Jgn main itu je tanpa periksa, nnt sesat dlm taat. ;). Islam itu dimulai dgn Tauhid bukan dgn pemerintahan. Tahniah buat Harimau Menaip kerana tegar di atas Sunnah, Islam muncul dalam keadaan asing, dan ia akan kembali dalam keadaan asing, maka beruntunglah orang-orang yang terasingkan itu.” (HR. Muslim no. 208). Islam yg dimaksudkan itu sudah tentu Islam yg suci lagi murni bebas dr Syirik, khurafat, tahyul n bid'aah.
Org2 Yahudi n Nashrani MENGUBAH Al-Kitab (Taurat, Zabur, Injil) = KAFIR, Org Islam mengubah Sunnah Rasulullah s.a.w. = SESAT. Bacalah hadis ttg peperpecahan Umat Islam menjadi 73, 1 ke syurga 72 ke neraka, kenapa dan mengapa dan apa sebabnya, baca pulak hadis2 ttg bid'ah, ingatlah saudara2 Sunnah Rasulullah s.a.w itu penjelasan bagi al-Qur'an dan tindakan anda mengubah(menambah, mengurangi) dlm hal2 agama itu perbuatan tercela sehingga di ancam dgn neraka, apakah anda ingin spt pendeta2 Yahudi dan Nashara yg mengubah kitab2 mereka? Bukankah perbuatan anda sama spt mereka? I
laa.. mana komen aku? kene delete ke? lorrr.....
Terima kasih atas komentar saudara semua. Saya akan buat posting khas bagi menjawabnya.
Jazakallahu Khairan.
Nak sedekah pun carilah kaum keluarga kita terdekat yg miskin sebab itulah yg utama, bukan mereka2 yg dtg buat bacaan2 yg tiada asal usulnya dlm Islam kemudian mengharap habuan, klu nak baca al-Qur'an pun bacalah dgn niat utk mendapat ganjaran pahala dgn membacanya dan ini pun sudah termasuk dlm katagori doa anak2 yg soleh sebab anak itu sebahagian dr usaha kedua ibubapanya, bukan dihadiahkan pahala bacaan itu kpd si mati. Ganjil sungguh amalan spt ini, jauh sungguh dr petunjuk Nabi s.a.w, para Sahabat dan ijak pandai dalam agama.
Anonymous 9.18am,
Saya tak delete satu komen pun, Demi Allah.
Saya dah jawab di posting yang baru. Bacalah. Bersama-sama kita berkongsi.
Apa yang saya tidak tahu, nescaya saya akan cakap "saya tidak tahu".
Salam BRO,
Saya menyokong seratus peratus..banyak orang tak faham..
Dan banayak sangat org yg rasa diri dia baik yang mana hakikatnya kita memerlukan org yg baik2 bukan org yg rasa diri dia baik..
Biarlah org nak cakap apa bro..yg penting kita tetapkan hati..dulu pendeta Za'ba pun di kecam jugak..Dr Asri pun ramai org kecam jugak..
Semoga Allah tetapkan hati kita..AMIN.
terima kasih Mohamad.
Saya nak komen balas beberapa tukang komen di atas tetapi takut wujud riya' dan takabbur. Nauzubillah.
Saya menulis di posting seterusnya dan anggaplah itu jawapan.
Wallahua'lam.
banyak benda yang nabi tak buat tapi kita umatnya buat..asalkan x tercatat dalam AL Quran kata benda tu HARAM...jadi janganlah ada pulak yang kata ianya HARAM...kalau dah tak nak buat dan x setuju oklah x payah buat...yang dok susah hati dan sakit pada orang yang BUAT...dok kata macam-macam pada yang nak BUAT...tahu tak perkara macamnilah yang membuatkan PECAH BELAH...hukumnya apa pulak...???
Assalamualaikumm...
Alhamdulillah saudara memahami jalan para safussoleh... amalan kita bkn ikut nenek moyang. tapi ikut Rasulullah saw dan para sahabah. Saya doakan saudara istaqamah dan bersabar atas dugaan-dugaan yang dihadapi...
cuba baca pendapat Imam Shafie tentang kenduri arwah
Post a Comment