Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

5.9.11

Tiada Penjajahan maknanya Tiada Kemerdekaan kan?

Jika dibaca kenyataan di bawah, maka MUNGKIN kita telah ditipu oleh kerajaan jua. Tiada Penjajahan maknanya Tiadalah KEMERDEKAAN??????? apa perlu kemerdekaan yang tiada penjajahan? Untuk apa memerdekakan manusia yang bukan bergelar Hamba Sahaya?? Membazir je aku beli Jalur Gemilang hari tu???

"Mereka tidak pernah bekerja dengan British. Kerajaan Melayu tidak pernah menjadi jajahan British. Kerajaan Melayu dulu secara rasmi dikenali sebagai Negeri Melayu Naungan, iaitu di bawah perlindungan British, tetapi tetap diperintah oleh Raja. Kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan Raja setiap kerajaan.

Pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran, kedaulatan tetap pada Raja. Maksudnya dari segi undang-undang, British tidak pernah menjajah kerajaan Melayu, hanya Negeri-Negeri Selat yang dikenali sebagai ‘Tanah Jajahan Mahkota British.’ Pegawai British utama di Negeri-Negeri Selat dikenali sebagai gabenor, padahal kedudukan pegawai yang sama di kerajaan Melayu dikenali sebagai ‘High Commissioner’ (Pesuruhjaya Tinggi)" demikian ulasan Khoo Kay Kim menjawab persoalan polis di Bukit Kepong adalah pegawai British.

disalin dari http://anginperubahan.blogspot.com

3 comments:

Anonymous said...

Johor tak pernah di jajah, cuma Sultan Johor melantik pennasihat british.Sebab tu UMNO bantah Malayan Union kerana ia menjadilkan Johor tanah jajahan mutlak British. berbeza dengan Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, menjadi jajahan mutlak British.Semuanya di ajar dalam sejarah. Kemerdekaan Malaysia menandakan berakhirnya pentabiran British di Malaysia dan mengembalikan pentabiran Tanah Melayu kepada Rakyat Tanah Melayu dimana Raja sebagai Ketua Negara. Mat Sabu yang bodoh tak faham sejarah. Atau mungkin Mat Sabu tak pernah belajar Sejarah kerana Sekolah tak Habis

Master Yoda said...

Lain mcm je "kona baring" Prof ni..

Aduhai, patut la gred Sejarah mase gua amik SPM dulu C5 (asal credit je)

PASAL KEKDG TU DOK PIKIR, BETUI KE IDAK SEJARAH MALAYSIA yg gua BELAJA NI?? HAHAHAHA

Anonymous said...

hehe..bodoh sgt melayu.Sampai hari ni tak reti2 nak baca game colonization nih.Wiki maksud pon dah paham.

Yg tak sangka sampai hati kerajaan memainstremkaan pendapat ala anjing penjajah ni.Consequence nya terlalu besar sampai akan mengiktiraf semua pejuang zaman dulu spt tok janggut etc adalah penderhaka sultan.

Sampai hati UMNO pegi sejauh tu..