Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

20.9.11

Ahmad Idham Keras Kepala



Zizan telah memohon maaf dan menzahirkan kekesalan beliau dalam mengungkapkan perkataan yang ditafsirkan sebagai menghina Nabi Muhammad SAW dan dikhuatiri merosakkan aqidah beliau (sekiranya tidak bertaubat) dan mempengaruhi peminat- peminat beliau untuk meniru adegan tersebut. Namun, tidak pula beliau menyatakan skrip itu adalah arahan Pengarah atau memang dalam naskhah skrip ataupun idea beliau sendiri. Kalian boleh rujuk/ follow twitter beliau untuk mengetahui isi permohonan maaf dan kekesalan beliau.

Pengarah filem tersebut iaitu Ahmad idham, masih mempertahankan adegan tersebut kerana mendakwa ia telah dipertontonkan kepada 4 Ulama sebelum ia dilepaskan untuk siaran Umum. Sumber kenyataan beliau diperolehi dari blog Addin77. Tidaklah pula Ahmad Idham menyatakan bahawa Ulama itu adalah Ulama bertauliah dari JAIS atau tidak, ataupun Ulama tersebut Ulama yang maksum atau tidak. Mungkin Ahmad Idham mempertontonkan kepada Imam Surau kampungnya sahaja kot? Wallahua'lam.

Sukar sangatkah untuk mengaku kesilapan? Ini bukan hal maruah atau kredibiliti Pengarah la Idham oiiii, ini hal Aqidah Ummah. Apa tindakan FINAS? FINAS takde penasihat agama ke? Atau juga melantik Imam surau menjadi panel penasihat? Bukanlah gua menghina Imam surau tetapi label "Ulama" oleh Idham tu cukup membuatkan gua tak sabar nak tahu senarai 4 nama Ulama yang memberi kelulusan filem beliau. Kalau Ulama tu tak komen pasal aurat pelakon wanita dalam filem tu, gua pelik jugak ni.

Yang lagi best, Ahmad Idham mangkuk hayun ni dikhabarkan menulis begini bagi menjawab teguran peminatnya di laman sosial Facebook (rujukan dari sini):

Ma**** Az*****

Assalamualaikum Saudara,


Maaf m'ganggu, cuma saya nk ambil kesempatan ini menyuarakan pendapat peribadi saya berkenaan filem arahan saudara iaitu Hantu Bonceng telah memperlihatkan adegan 'Azan', ucapan dua kalimah syahadah dan perlakuan tasyahud akhir dijadikan babak jenaka. Dukacita ingin saya nyatakan sebagai salah seorg peminat filem tanah air saya merasa amat tersentap melihat adegan-adegan ini dijadikan bahan jenaka.


Maafkan sekiranya saya tersilap saudara. Tetapi sebagai umat Islam dan hamba kepada yg maha Esa, saya tidak rela melihat perbuatan seperti 'Azan', ucapan dua kalimah syahadah dan tasyahud akhir diperlekehkan dan menjadi bahan ketawa ramai.


Mungkin niat asal kita adalah baik tetapi hasilnya mungkin menjadi sebaliknya. Saya amat berharap sgt dan merayu pada saudara agar perkara yg berkaitan agama jgnlah dijadikan bahan duniawi melainkan atas tujuan dakwah dari sudut ilmiah bukannya lawak jenaka.

Maafkan saya lagi sekali sekiranya tersilap bahasa dan kata dalam menyuarakan padangan saya ini.

Wasalam

Ahmad Idham Ahmad Nadzri

Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kerana menonton filem HB. Bukanlah niat saya untuk mempersoalkan kembali niat suci anda.. Tetapi saya juga ingin bertanya adakah anda ini seorang yg sudah sampai ke tahap yg layak untuk meperbahaskan soal Islam setanding dengan cendikiawan agama yg bergelar ulamak. Untuk pengetahuan cik .. Filem ini telah terlebih dahulu di tapis dan dinilai oleh pihak LPF yg terdiri dari pakar pakar agama yg bertauliah. sebab itu filem ini di benarkan keluar. Jadi nasihat saya, tak perlulah awak nak sibuk menegur org lain sekiranya diri sendiri pun masih cetek dlm ilmu agama. Tahap awak belum sampai ke tahap pemikiran org yg telah terlebih dahulu meneliti setiap perkara yg sensitif dlm hal agama. Saya nasihat awak pergi belajar dengan lebih mendalam dalam hal agama sebelum kita nak memandai mandai menegur org lain. Ingat:- allah tidak memandang pada rupa paras dan pakaian seseorang tapi pada hati yg bersih dan suci... Renung renung lah...

Ma**** Az*****

Assalamualaikum..


Terima kasih kerana sudi luangkan masa membalas msg saya.


Saya akui saya cetek ilmu agama. Saya akui saya tidak setaraf para ulamak. Saya akui tahap pemikiran saya tidak setinggi mana.

Saya cuma menyatakan pandangan saya sebagai hamba Allah. Mungkin saya salah, mungkin saya betul. Terserah. Wallahualam...


wasalam
 Ahmad Idham ni dah agak melampau dalam komentar balas beliau. Ini yang dikatakan "pandai tak boleh ditumpang, salah tak boleh ditegur, bodoh tak boleh diajar". Sumpah aku takkan menyumbang duit ke filem Ahmad Idham selagi dia tidak bertaubat dan menyatakan permohonan maaf.

Boikot produk Ahmad Idham!

Ini bukan pulauan terhadap Ahmad Idham seperti pulauan Rasulullah SAW terhadap Kaab Bin Malik radiAllahuanhu, ini BOIKOT! Apa benda yang Ahmad Idham terlibat, kita boikot. Baru dia tahu bahawa rezeki itu bukan dari David Teo tetapi dari Allah Azzawajal.


10 comments:

Anonymous said...

sebagai penonton/peminat/penyokong filem melayu kita mempunyai hak untuk menegur untuk kebaikan..ini kerana dengan sokongan kitalah filem Melayu kini kembali mekar selepas lesu sejak sekian lama..tetapi mekarnya industri menyebabkan ramai pelakon, pengarah mau pun pnerbit menjadi besar kepala dengan kejayaan filem mereka...dan pada pandangan saya yg masih "cetek ilmu" ini...pandangan yg dikeluarkan oleh AHMAD IDHAM adalah sesuatu yg bersifat sombong, bongkak dan besar kepala...sebagai pengarah beliau sepatutnya menerima dan berterima kasih pd setiap kritikan dan komen yg diberikan penonton kerana merekalah penyumbang kepada kejayaan AHMAD IDHAM sebagai seorg pengarah..dan juga filem keluaran syarikat dimana beliau bekerja..Jika beginilah perangai yg ditunjukkan oleh pengiat seni tempatan saya sebagai anak Melayu lebih rela melihat industri filem kita kembali malap dan kalau lingkup pun saya tak kisah...bagi saya perkara berkaitan agama adalah lebih penting dari segala yg ada..dari itu marilah kita sama-sama menolak filem lakonan atau arahan mana2 pengiat seni yg tidak sedar diri dan tidak tahu berterima kasih..BOIKOT SEMUA FILEM AHMAD IDHAM DAN KELUARAN SYARIKAT DIMANA BELIAU BEKERJA...JIKA ANDA SAYANGKAN MARUAH AGAMA ISLAM YG MENJADI AGAMA RASMI NEGARA INI.
-DARTH VADER-

Anonymous said...

saya rasa Ahmad Idham pun tahu rezkinya dari Allah..kalau sekadar saling mengingati itu tak apa..kalau dah nak boikot kerana dengki dendam kesumat..itu pun bukan ajaran Islam...

Anonymous said...

amat mendukacitakan jawapan@komen dari Ahmad Idham...memang Allah tidak memandang rupa...tapi Allah memandang anak2 cucu Adam yang sekarang ni sudah melampau...ingatlah Idham...rezki Allah yang beri...jangan persendakan Islam kalau jika ye pun utk mencari rezeki...kalau berkata pasal niat..tak usah lah nak bohong kalau tidak utk persendakan Islam apabila dah ada orang menegur tu...sekurang2nya akui kebenaran itu...jangan salahkan Allah sekiranya diterbalikkan rezeki awak..adakah hati anda tenang sekarang? tidak kan? bertaubat lah

Harimau-Menaip said...

Anonymous 1.12am;

Boikot kerana dengki? bukan ajaran Islam?

Baca kisah pemulauan Kaab Ibn Malik r.a. (hujah saya bahawa pemulauan ada berlaku di zaman Rasulullah SAW)dan Demi Allah saya tidak mendengki. Apa yang saya dapat atau apa yang Idham telah memudaratkan saya? TIADA.

Ia cuma tindakan berupa perbuatan dalam menzahirkan keimanan dan kecintaan pada Rasulullah SAW. Dan ia memberi peringatan pada saya, Idham dan semua.

Wallahualam.

Saya merasakan yang

dyg (-_-) said...

inilh jadi klu sudah kaya..soal agama d pndang mudah asalkn poket tebal.,

Anonymous said...

Salam,

Saya mmg dah lama memboikot filem atau cerita2 yg berkaitan dgn ahmad Idham dari dulu lagi. Saya tak dengki. Tapi jalan cerita yg terlalu dangkal hanya untuk kisah hiburan semata2. Banyak yg kalu dilihat dlm filem/drama arahan beliau yg tidak meitik beratkan pandangan agama atau melayu yg tidak mengamalkan cara hidup islam. sgt meluat!

Anonymous said...

Yang dia maksudkan "Dah pertonton kepada ulama" tu, dia cakap dalam Lembaga Penapisan ada ulama, ada ustaz. Tindakan FINAS? Ini bukan bidang FINAS, Lembaga Penapisan lepaskan dari tapisan, that's it.

MC_Shaharul said...

stuju dgn tuan blog...knp plak org nk dengki dgn Ahmad Idham?tuan blog bercakap soal akidah dan Islam...bkn masalah dengki dgn rezeki org di sini..

Harimau-Menaip said...

Greyspot,

LPF juga melakukan sesuatu. Ahh..tak payah ajar meminta maaf kalau betul2 rasa berdosa.

proextender said...

Dh lama aku meluat mamat idham ni.... skrg bertambah meluat....