Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

28.9.11

Pertolongan Buat Seorang Muslim.

Sebelum aku berbicara mengenai pertolongan buat seorang lelaki Muslim yang menghantar sepucuk surat kepada aku, suka aku berkongsi kisah pertolongan seorang Khalifah yang bernama Mu'tasim kepada seorang perempuan Islam yang tidak dikenalinya.

Seorang Perempuan Islam ditawan oleh sebuah negeri. seorang lelaki yang nampak hal itu, perlahan-lahan ke Baghdad untuk melaporkan kepada Khalifah Mu'tasim. "Ya Mu'tasim, aku nampak seorang perempuan ditawan dan memohon pertolongan mu" kata lelaki tersebut. "Perempuan itu berkata Ya Mu'tasim, bantulah aku" sambung lelaki itu.

Khalifah Mu'tasim berdiri seraya berkata "Ya Wahai Ibu! Sayalah Mu'tasim yang Ibu panggil".

Khalifah Mu'tasim menggerakkan seluruh bala tenteranya dan menulis surat kepada Rom yang berbunyi "Daripada Hamba Allah yang bernama Al-Mu'tasim kepada Anjing Rom. Apabila surat ini telah engkau terima, hendaklah engkau membebaskan perepmpuan Islam yang telah engkau tawan. Jika engkau tidak membebaskannya, aku akan mengirimkan bala tenteraku; kepala tenteraku berada pada engkau dan ekornya ditanganku (mengembeling seluruh bala tentera dan Umat Islam)".

Apa tindakan kerajaan kita apabila orang Islam dibunuh di Thailand? Berdiam? Wallahua'lam.

Surat Memohon Bantuan

Aku menerima sepucuk surat lengkap dengan bukti passport, kad pengenalan, kad matrix dan kad kedutaan pelajar seorang pelajar yang memerlukan bantuan kewangan pembiayaan pembelajaran di Mesir (Universiti Al-Azhar).

Bersangka baik. Aku memilih untuk berkongsi dimana kemungkinan khalayak pembaca mahu menyumbang buat beliau.

Aku siarkan 2 dari 4 helai surat beliau.



No comments: