Aku bersyukur kepada Allah SWT kerana penulisan aku diberi komentar oleh khalayak pembaca yang membuatkan aku merasakan bahawa isu Islam masih diberi prioriti daripada isu video seks, artis, beradu-domba dan yang bukan-bukan yang mendedahkan diri kita kepada neraka Allah. Sesungguhnya neraka Allah itu amat dekat dan akan menjauhi kita asalkan kita sendiri yang berusaha menjauhinya. Posting kali ini bertujuan menjelaskan pendirian aku di penulisan sebelum ini dan menjawab beberapa komentar.
Percayalah, dahulu saya tercari-cari keadilan Islam yang sebenar. Tahun 2009, ketika 8 bulan saya tidak mampu membeli walaupun sehelai baju bundle untuk saya dan isteri, Allah mengurniakan kami seorang anak yang cantik yang kuberi nama Qaseh Zunnurain (the keeper of 2 lights). Banyak pertanyaan-pertanyaan yang terlintas di dalam kepala saya apabila saya melihat majlis-majlis yang "jatuh wajib pada orang Melayu" cukup mahal dan membuatkan saya menangis sendiri kerana terasa dizalimi.
Tidak. Allah itu tidak zalim. Islam itu Kesejahteraan, keadilan dan kesederhanaan. Kita yang menzalimi diri kita sendiri. Saya mula mencari sedikit demi sedikit keadilan dalam Islam dan mula hadir ke majlis ilmu di kawasan berhampiran, membeli kitab-kitab (dalam Bahasa Melayu) dan mendengar majlis-majlis ilmu di Youtube. Alhamdulillah. Sesungguhnya benar. Islam itu adil dan mudah.
Apa yang saya ingin terangkan adalah kefahaman saya. Saya bukan lulusan Arab maka penerangan saya berkenaan kefahaman saya agak "Melayu" berbanding orang lain yang lebih hebat. Semoga penerangan ini tidak memudaratkan kita semua. InsyaAllah.
Bab kenduri arwah, video yang saya paparkan disini, menceritakan tentang penentangan Abdullah Ibn Mas'ud r.a terhadap perkara yang diada- adakan (kalau sebut bid'ah, ada yang marah). Siapa Ibn Mas'ud? Beliau adalah sahabat Rasulullah SAW dan tergolong dalam ahli Badar. Keimanan Ibn Mas'ud, kefahaman dan kasih sayang terhadap Allah dan Rasul tentunya bagai langit dan bumi jika dibandingkan dengan kita. Sahabat- sahabat RadiAllahuanhum Ajmain yang menjadi Ahli Badar, bukan calang- calang insan. Mereka berperang dengan saudara mereka sendiri. Ada sahabat ( r.a.) yang membelah dua kepala ayahnya kerana mempertahankan Agama Allah dan Rasul ketika Perang Badar. Jumlah tentera Islam Tiga ratus beberapa belas (ada yang kata 319, ada yang kata 324 dan yang paling tersohor di alam "Melayu" adalah 313. Wallahua'lam.).
Jika berkenduri arwah itu dituntut, mengapa tiada dilakukan di zaman Rasulullah SAW dan para Sahabat (r.a)? Kerana ia tidak adil. Mereka yang kaya- raya, tentunya boleh melakukan kenduri "penghapus dosa arwah" berpuluh kali tetapi ia tidak dapat dilakukan sekali oleh orang miskin. Islam untuk orang kaya sahaja kah? Jika kamu jawab ia sunat, mana nas dan dalilnya? Tiada bukan?
Video dibawah ada penceritaan ringkas oleh Ustaz Halim Hasan. Aku ringkaskan, dari Kitab tafsir Ibnu Kathir, dalam mentafsir satu ayat dari Surah An-Najmi, Imam Syafie Rahimahullah telah mengeluarkan hukum "Sesungguhnya pahala bacaan-bacaan Al-Quran tidak sampai kepada si mati".
Jika kita mendakwa kita berpegang kepada mazhab Imam Syafie, mengapa kita tidak berpegang kepada hukum yang dibinanya?
Ada yang memberi komen dengan memberi hadith-hadith sebagai hujahnya. Terima kasih. Namun ya Sahabat, hadith-hadith tersebut sebenarnya memberitahu kita tentang BERDOA. Bukan tentang Yasinan, Tahlilan ataupun Kenduri Arwah.
Ada yang menyebut "Bid'ah Hasanah dan Bid'ah Dhalalah". Imam Syafie rahimahullah ada menulis bahawa Bid'ah itu terbahagi kepada "Bid'ah Mahmudah dan Bid'ah Mazmumah (jika saya tidak silap). Dan, Saya pernah mendengar suatu persoalan di suatu majlis ilmu, jika disenaraikan Bid'ah Hasanah itu banyak, tetapi dimana senarai Bid'ah Dhalalah? Bagaimana mengkategorikan Bid'ah Dhalalah di zaman ini? Tiada? Semuanya Hasanah? Adakah disebutkan bid'ah hasanah di zaman Rasulullah SAW atau zaman para Sahabah RadiAllahuanhum Ajmain? Saya tinggalkan persoalan ini untuk kita sama-sama mencari jawapan.
Nabi SAW pernah bersabda, maksudnya: "sebaik-baik abad adalah abadku, kemudian yang sesudah mereka, kemudian yang sesudah mereka" (aku merujuk dari Syarah Hadith Arbain (terjemahan Indonesia) m/s ix)
Telah datang riwayat dari Nabi SAW, maksudnya: "Hendaklah kalian mengikuti Sunnahku dan Sunnah Khulafar Rosyidin sesudahku. Gigitlah erat-erat dengan gigi geraham kalian. Dan, hendaklah kalian menjauhi perkara-perkara bid'ah, kerana setiap Bid' itu sesat." (dirujuk dari Syarah Hadith Arbain tulisan Imam Nawawi)
Aku buka komentar tanpa akan aku halangi / tidak siarkan asalkan ia tidak melampau. Kalian boleh cerca aku, tetapi jangan cerca Allah SWT, Rasulullah SAW, Para Sahabah RadiAllahuanhum Ajmain, Keluarga Rasulullah SAW, Imam-imam rahimahullah dan lain-lain; kerana aku akan padam komentar itu dan memerangi kalian selepas itu. Wallahua'lam.
nota kaki: hubungan aku dengan kekanda-kekanda aku bertambah hebat dan rapat. kami sayang arwah abah dan emak kami tetapi kami lebih sayangkan agama dan rasul kami. siapa kami jika tidak menerima syafaat Rasulullah SAW di Akhirat nanti? doakan yang baik-baik buat keluarga kami. sesungguhnya doa itu mampu mengubah takdir.
Petikan Salafi
"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
Mutiara Kata
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
20 comments:
korang nih wahabi al saudi al mabuki al amerika al hollywood al vegas al merepek......dah mati seolah olah tuhan lain lain , alam bumi , alam kubur lain...anak yang soleh pun tak samapi ke alfatiha dan doa sejahtera dia...woi bangang bidaah paling besar adalh jadi Hamba Amerika...saudi kepala wahabi semua orang tahu taik amerika ,,..hang pun nak jadi taik ke
Komen yang dipadam adalah komen saya sendiri. Saya tidak menjawab apa=apa cuma meletakkan simbol emoticon. Saya khuatir jika ia dianggap senyuman sinis dan menyakitkan hati anonymous.
Ya Anonymous 11.57am,
tidakkah engkau kenal Syeikhul Islam Al-Imam An- Nawawi? Aku percaya engkau hanya ikut-ikut orang dalam menghentam aku. Semoga kita terpelihara dalam kesesatan dan ikut-ikutan yang bukan-bukan.
Tuan di jalan yang benar. Usah hiraukan orang yang mengutuk. Saya mungkin bukan 100% setuju dengan Tuan, tapi fahaman Tuan tu ada kebenarannya. Yang mengutuk wahabi tu, mungkin perlu belajar lebih sedikit kot
Tuan ada benarnya. Walaupun mungkin saya tidak setuju 100% dengan Tuan, tapi ilmu tuan tu tidak lah salah. Yang mengutuk Wahabi tu, mungkin perlu belajar lagi
Alhamdulillah..
saya dahulu tercari-cari jawapan tentang kenduri arwah ini... saya anak tunggal dan tiada ayah sejak saya dalam kandungan.. saya dibesarkan oleh ibu dan ibu saya meninggal semasa saya masih belajar sekitar 80an.. malangnya duit yang sedikit, sedekah dari jiran dan rakan ibu serta sumbangan dari tempat kerja ibu digunakan oleh keluaraga ibu untuk tahlil dan kenduri arwah... saya mengeluh dalam hati mana nak cari duit untuk belajar dan duit yang ada habis buat kenduri tahlil (kononnya kerana sayangkan arwah) sehingga timbul persoalan.. sepatutnya mereka datang memberi makan saya bukan memakan harta anak yatim... sejak itu saya paling tak setuju dengan kenduri arwah.. dan saya bertekat kalau saya sayang kan ibu bukan dengan tahlil dan kenduri arwah (itu hampir menyamai hindu} sebaliknya jadilah anak yang soleh dan berdoalah selalu untuk ibu.. kalau bapa saudara nak buat kenduri arwah dan minta sumbangan saya, saya berikan dan katakan bacaan yassin dan tahlil itu untuk diri kita sebab itu amalan kita, jamuam makan ini sedekah dari saya cuma saya minta doa sahaja untuk ibu says... sekian.
bacaan Al-quran itu sunnah,zikir2 itu sunnah,doa pun sunnah,ziarah itu sunnah juga,ucapkan takziah sunnah,menghormati n menjamu tetamu pun sunnah dan tetamu yang datang membawa dan menghadiahkan pun sunnah.
Adalah lebih baik dihiasi waktu malam dengan zikir n bacaan quran di kala sedih dengan beramai2 sama ada sanak saudara dan juga para penziarah.
Berdoa selepas itu lebih khusyuk dan tawaduk.sekurang2nya diri sendiri dapat pahala.
Inilah tanda2 anak2 yang soleh yang akhirnya sampai juga kepada si mati.jika keuarga si mati miskin inilah peluang penziarah untuk beramal soleh.
Korang sapa nak salahkan Arab Saudi? Weii sedar2lah ingat Nabi Lahir di Mekah, al-Qur'an diturunkan di sana, Islam bermula dr sana dan dalam bahasa mereka, merekalah yg lebih faham ttg Islam, agak2lah kita yg di malaysia ni nak lebih2.
“Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar rasul memutuskan (perkara) di antara mereka ialah ucapan “kami mendengar dan kami taat.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (An-Nuur [24]: 51)
Klu dah ada hadis yg sahih jgn banyak dalih!! katakan saja kami dengar, kami taat!!
Assalamualaikum.
En. farok,
Islam tidak pernah zalim. Kita dibendungi perkara yang bukan-bukan. Jika level iman rapuh macam kita, apabila merasai Islam itu payah, akan membuatkan kewajipan itu tidak kita lakukan. Pengalaman saya, belajar sifat solat nabi, akhirnya saya merasai kemanisan solat. Ia datang dari sumber yang sahih. Kita solat ikut cara Rasulullah SAW solat. Contoh kedua, mandi junub. Majoriti teman saya tidak faham mandi junb. kalau mandi junub, siap bawak buku. Kalau kita belajar Sifat Mandi junub rasulullah melalui riwayat Aaishah r.a. dll, maka kita akan tahu bahawa ia amat mudah. banyak lagi Tuan. Kita boleh share pengalaman.
Tuan MWA,
Bukan kita mencari kesalahan, cuma membetulkan apa yang salah. Terima ksaih kerana komentar Tuan. (profile dah ada, bila nak tulis blog?) ;)
Anonymous 7.10,
Buatlah kajian. Tontonlah video kisah Ibn Mas'ud r.a.
Adakah kumpulan yang berzikir dan di celakakan Ibn Mas'ud itu berbuat perkara yang salah? Mereka cuma berzikir tetapi bukan apa yang Rasulullah amalkan.
Islam telah lengkap. Jangan kita buat pandangan sendiri dan letakkan hukum.
Kalau yakin benar, beri rujukan hadith atau Ayat Al-Quran. Boleh juga saya belajar. Itupun kalau ada. Kalau tiada, beristighfar dan cari guru. Guru pun ada banyak guru. Hati-hati jugak.
Nasihat yang sama pada diri saya sendiri.
Salam...biarlah mereka mempertahankan kenduri arwah mereka....semuga Allah mengampuni kejahilan mereka...untuk rujukan sila ke...http://www.youtube.com/watch?v=_M0O89YxlZo&feature=feedlik
thanks PapaD. Best pautan tu. Semoga Tuan mendapat keberkatan Allah Taala.
sy harap tuan membaca komen sy,skadar pndangan dari sy..
st bersetuju dgn tuan skiranya tuan mengatakan zikir,membaca al-quran,dan berdoa itu cuma utk umat melayu nie tidak menganggap perkara itu wajib dan memberatkan umat islam spaya org yg tidak memberatkan org2 susah...ya mmg skiranya sesorg mati bkn keluarga si mati yg ptot mengeluarkn duit,ttp penziarah yg harus mengeluarkan duit utk membantu keluarga si mati...
Dalilnya ialah , Sabda Rasulullah saw daripada Abdullah bin Ja’far :
Buatlah makanan untuk keluarga Ja’afar kerana sesungguhnya mereka telah didatangi sesuatu yang menyibukkan mereka.(HR Imam Ahmad)
kebanyakan ust2 yg membicarakan soal ini jgk bkn utk mengatakan perbuatan itu sia2...mereka cuma hendak mengubah pendapat masyarakat melayu perbuatan itu tidak dianggap sbgai adat kebiasaan sperti tahlil..dan memberatkan umat..
tp sy btl2 musykil klu tuan mengatakan seolah2 org yg melakukan zikir,membaca al-quran nie suatu perkara yg sia2..org lain jgk blajar dgn ustaz2 tuan..adakah pendapat2 ulama2 lain salah?pendapat ust2 lain jg salah?sedang mereka juga berhujah dgn bukti dan dalil dari nas al-quran jg...
kita menuntut ilmu harus faham dan jelas kmudian mengkaji dgn menggunakan kitab jg tuan..bila kita musykil kita bertnyakan soalan kpd guru..sy jgk pernah bertanyakan soalan ini kpd ust halim hasan tntg persoalan ini,dia mengajar disini pd stiap bln...tp yg pelik,dia pnh bgtau dia kata perbuatan2 itu bkn perbuatan yg bida'h...krn itu perbuatan yg baik...cuma setenngah ulama membangkitkan isu ini supaya x mahu umat melayu menganggap perkara ini sbgai suatu adat..tp xpe insyaallah sy akan bertnyakan lg tntg persoalan ini nnti...
jika tuan mempertikaikan masalah zikir bknkah tuan juga mempertikai ulama2 tasawuf,ulama2 tarikat ahli sunnah wal jamaah?
bknkah ada hadis nabi jgk menyebut apabila turunnya dajjal manusia akan merasa lapar dan dahaga akibat kemarau yg pnjg,kmudian dtgnya dajjal memberi air dan mkanan,brg siapa yg ambil makanan dan minuman darinya maka dia tergolong dari pengikut dajjal,akan ttpi org mukmin utk menghindari dari lapar dan dahaga dari penipuan dajjal yg menyesatkan,caranya dgn berzikir bukan?
di dalam bukunya yang berjudul “Kisah Dajjal dan Turunnya Nabi Isa ‘alahissalam Untuk Membunuhnya (dajjal)”, Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah menulis sebagai berikut:
“Asma’ berkata, “Akan tetapi mereka tidak mendapatkan apa-apa sehingga aku khawatir terkena musibah kelaparan, dan apa yang boleh dimakan oleh kaum mukmin pada waktu itu?” Jawab Nabi:Allah mencukupkan kepada mereka dengan makanan yang diberikan kepada penduduk langit (Malaikat)(HR. Ahmad)
Asma’ berkata, “Wahai Nabi Allah, bahwasanya Malaikat tidak makan dan tidak minum.” Jawab Nabi:
“Akan tetapi mereka membaca tasbih dan mensucikan Allah, dan itulah makanan dan minuman kaum beriman saat itu, tasbih dan taqdis.” (HR. Abdul Razzaq, ath-Thayalisi, Ahmad, Ibnu Asakir. Ibnu Katsir)
masaalah menggunakan air utk perubatan Islam,dan memohon pada Allah utk disembuhkan,utk kebaikan diri,utk mendapatkan kejayaan..para ulama jg tlah lama menggunakan cara itu,cara itu berdasarkan ayat2 al-quran dan hadis.
Dan Kami turunkan daripada al-Quran itu sesuatu yang menjadi penawar
dan rahmat bagi orang yang beriman.(surah al-isra ayat 82)
Sebaik-baik ubat itu adalah al~Quran (Riwayat at-Tarmizi)
Al-Q uran itu adalah penawar penyakit yang ada dalam dada.
bgaiman pula dgn kitab karangan imam nawawi tentang perubatan menggunakan ayat Al-quran.Tuan boleh mencari kitab2 ini dikedai2 buku,karangan2 para ulama...sy senaraikan:
gabungan dari petunjuk Nabawi, athar sahabat dan qaul ulama'.
Dalil Nubuwwah:
1.menjampi dgn surah tiga Qul (alFalaq, alNas dan alIkhlasy). Sumber Fathul Bari, Jld 21/319
2. Menjampi dgn nama-nama Allah SWT (Fathul Bari: 21/321)
Koleksi kitab-kitab Tibb (perubatan) yg di susun oleh Imam Ibn Qayyim (Tibb Nabawi), asySyuyuthi (Tibb Nabawi), anNawawi (AlAzkar).
Tuan bkn bermakna kita mintak org2 alim membacakan ayat2 al-quran,kemudian meminum air itu blh berharap dia menyembuhkan kita,kita memohon pd ALLAH,melalui ayat2 Allah..klu tuan mkn ubat hospital tuan bharap ubat itukah yg menyebuhkan penyakit tuan?sudah pasti tidak bkn?jd mana lebih ubat dari ayat2 al-quran atau dari ubat yg dibeli diklinik2 buatan manusia yg tidak menggunakan ayat al-quran?kita Cuma memohon dan berikhtiar,memohon ja jgan lari dari harapkan pd Allah…
anda ambil bulat2 dari guru2 di youtube tanpa anda mengkaji dan menuntut ilmu scara berdepan...ini sgt merbahaya..sy jg bkn org pndai dlm ilmu agama,tp jika ada kemusykilan sy bertanya.sbb tue menuntut ilmu digalakkan menggunakan kitab dan bertalaqi dgn guru2.sygnya kita sering mengambil jln mudah krn kita malas dan lebih suka duduk dirumah bila pulang dari kerja...
ada jg tuan diatas membangkit soal arab saudi,yup Rasullullah dari bangsa arab,tp benarkah bangsa arab semuanya faham dan betul2 mengamalkan Islam?bknkah bangsa arab jg yg menentang dakwah Rasulullah sbgai mana bangsa melayu yg mengaku Islam jg menentang Islam?klu anda mengatakan bgitu maknanya anda menganggap bangsa arab itu maksum.
tuan persoalan dan masaalah ini terlalu panjang dan berbagai2 pendapat ulama..jgnlah mengelirukan masyarakat dgn masaalah ini..kebanyakan ulama2 yg tlalu membantah masalah zikir,baca al-quran kpd si mati dan sbgainya dtgnya dari ulama salafi dan wahabi..
bg kita yg mengamalkan Islam ini scara bertaqlid jgn kita taqlid pd ust2 membabi buta...masaalah bacaan al-quran yg kita baca kpd keluarga kita yg mati itu atau tidak serahkanlah pd Allah,dia lbh mengetahui sgalanya...kita cuma berusaha..
harap tuan tidak delet komen2 sy...sy cuma memberikan pendapat..bkn menuduh sapa2 dan bertelingkah masalah2 ini...mmg akhir zaman manusia akan bertelingkah sesama sendiri membenarkan pendapat masing2,para ulama2 akhir zaman jgk tidak terkecuali...maka masyarakat bawahan pn turut sama bertelingkah walaupan tidak terlalu berilmu...kdg2 para ulama yg menyatakan pndangan cuma skdar hendak mengubah adat masyarakat melayu yg tlalu taksub dgn adat,tp sygnya masyarakat pula yg jd keliru...dan anggap pegangan dia lah paling btl dari org lain...
Assalamualaikum MC Shaharul,
Maaf kerana lewat membalas. Demi Allah, saya tidak mengatakan apa=apa berkenaan zikir malah saya sedang berusaha berzikir sebagaimana Rasulullah zikir selepas solat.
Bukankah saya menulis HANYA perihal "KENDURI ARWAH"?
Surah Yasin itu jantung Al-Quran dan tidaklah pula saya menidakkan hikmahnya.
Yang saya tulis (secara tersirat) adalah kaifiatnya ataupun kaedahnya.
Berkenaan persoalan yang lain, mungkin Tuan boleh merujuk jawapan saya ketika membalas komentar Ibu Melayuangkat.
Saya mengajak kita mengikut sunnah yakni mengikut apa yang dilakukan Rasulullah SAW & para Sahabah r.a. dan meninggalkan apa yang tidak dilakukan Rasulullah SAW & para Sahabah r.a.
Adakah itu Wahabi? Saya pun tak tahu apa itu Wahabi. Jakim pun tak tahu rasanya.
Terima kasih atas komentar Tuan.
Demi Allah, saya bukan mahu bertelagah, cuma mahu membawa semua yang membaca merenung. Jika tidak pun mempercayai apa yang saya terangkan secara ringkas, mencari kebenaran itu.
Wallahua'lam.
"Jika tidak pun mempercayai apa yang saya terangkan secara ringkas, mencari kebenaran itu.
Ayat ini agak meneglirukan. Gantikan "mencari" dengan "Carilah".
Itu lebih tepat dengan apa yang saya mahu sampaikan.
Wallahua'lam.
terima kasih tuan..
Post a Comment