Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

22.9.11

Hantu Bonceng: Pendapat Ustaz Azhar Idrus dan Ahmad Idham

"Haram kerana menimbulkan Fitnah" antara yang dapat ditangkap oleh telinga gua apabila mendengar dan menonton video di bawah. Apapun, tahniah buat Razizan Bin Raja Lawak Abdul Razak atau Zizan Raja Lawak kerana dengan penuh maruah telah membuat perkara yang betul.

Ahmad Idham pula berkata “Perlukah saya memberikan komen hanya berdasarkan apa yang disiarkan di blog tersebut yang saya tidak tahu kesahihannya? Lainlah kalau saya dapat surat secara rasmi dari parti politik tersebut. Isu ini hanyalah satu propaganda politik untuk pihak tersebut menyalahkan pembikin filem seperti saya dan juga kerajaan diwakili LPF yang telah meluluskan filem tersebut untuk tayangan,” jelas Idham. (sumber di SINI)

Propaganda Politik? Ini adalah contoh pemikiran mati dan sempit rakyat Malaysia. Semua benda dikaitkan dengan politik. Anak nak masuk U - recommendation ahli politik, nak masuk tender - recommendation ahli politik, nak bukak gerai - recommendation ahli politik, nak buat filem - recommendation ahli politik, nak buat loan - recommendation ahli politik, nak tegur orang pun politik, nak duit ehsan pun politik, nak gelanggang takraw pun mintak ahli politik, nak tong sampah pun jumpa ahli politik....pendekata semuanya disalahkan atau disandarkan pada bidang politik.

“Kenapa sekarang? Setelah hampir 900,000 orang penonton filem tersebut? Filem tersebut sudah berada di pawagam selama 4 minggu. Saya bimbang apabila isu ini naik ada yang merasakan saya menggunakan isu tersebut untuk melariskan filem. Ia tidak benar sama sekali,” ulas Idham.

Benar tanggapan awal gua. Duit jadi penyebab.Tapi itu kata gua yang tak cerdik sangat berbanding Ahmad Idham. Apa kata Lembaga Penapisan Filem?

KOTA BAHARU: Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) tiada masalah untuk meneliti semula filem "Hantu Bonceng" yang didakwa oleh Dewan Pemuda PAS mengandungi unsur penghinaan terhadap Islam dalam satu babak filem itu.
Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama.

Beliau berkata, pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" .
"Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh.(sumber SINI)

Mungkin pandangan LPF akan berubah kalau Papagomo, Parpukari atau TV3 yang tegur kot? Semua benda dianggap politik...parah Malaysia ni.

2 comments:

Anonymous said...

Dalam program tanyalah ustaz TV9 pagi td, ustaz yang berceramah telah menyentuh industri filem di Hollywood yg telah lama hancur sehinggalah mereka menerbitkan sebuah filem bertajuk 'Baraveheart' lakonan Mel Gibson. Orang Korea kasar - kasar tp filem korea berjaya mendidik rakyatnya sehingga tiimbulnya filem - filem romantis dan kasih sayang seperti Winter Sonata.

Manakala filem Malaysia katanya sekarang tambang cenderong menerbitkan filem-filem jenayah, gangterism, rempit dsbnya. Langsung tidak membantu budaya!

Komen saya : Kita tahula siapa pengarah pengarah aktifnya!

ERROR 404

melayuangkat said...

Salam anak cyberku,

Entahlah apa nak jadi dengan filem Melayu sekarang ni..Semoga sipolan ni segera mohon maaf dan tidak mengulangi kesilapannya.

Tidak ada sesiapa yang kebal dosa, minta maaf, menyesal dan janganlah diulangi perbuatan tu.

Kalau dah ada dalam filem, potong je lah scene tu, habis cerita. Buang masa orang je..