Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Corat-coret. Show all posts
Showing posts with label Corat-coret. Show all posts

19.1.16

Jangan Nak Membongak Lah!

Aku sudah teguri Al-Tantawi melalui akaun twitter aku. Seperti biasa, ia tidak akan dibalas. Kalau ia dibalas nanti, kalian boleh masukkan ia dalam senarai 10 perkara paling menghairankan di dunia.

Ceritanya begini:

9. Akhirnya, LGE boleh bersetuju untuk selesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu saya mohon maaf, cuma apa yg berlaku adalah salah faham tentang artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang dikatakan mencetus salahfaham antara saya dan LGE, akibat daripada perbezaan penggunaan terminologi - direct nego, open tender dan Request For Proposal (RFP). RFP berdasarkan penyata saksi Plaintif sendiri (pegawai dari UPEN) bukanlah direct nego, dan bukan juga open tender.

10. Sementara artikel saya yang bertarikh 8 Ogos 2014 bertajuk "Terowong Dasar Laut - Penjelasan Tuduhan Fitnah" juga masih kekal dan dipertahankan.

11. Pada akhirnya, kami bersetuju dengan cadangan penyelesaian dan dicatatkan oleh hakim sebagai kes selesai di luar mahkamah dan kos mahkamah RM10K ditanggung oleh defendan.(klik SINI)

Adakah masuk akal? Mana mungkin kau dituduh dan kau tak salah, tapi kau pulak yang bayar duit settlement. Hanya 3 kemungkinan sahaja dalam kes seperti ini:

1) Tantawi takut kena saman dan kalah kes
2) Peguam Tantawi tidak menasihati Tantawi dengan baik
3) Tantawi dah terlalu banyak wang

Sengaja aku rekayasa item 2 dan 3 tu, sebab bagi aku hanya item 1 yang paling masuk akal.

Kalau kau bentang cerita ni kat mana-mana manusia, tentu sahaja mereka akan berfikir seperti item 1.

Kalau mereka kata perkara disebaliknya, percayalah yang mereka tu pecacai PAS. Simple as that.

Dar meja Sang Belang,

Darr Al- Khusus.
Gambar: sekadar gambar lama dari blog ini

Ramai Sudah Mati Rupanya

Teman- teman blogger yang sezaman (takde lah lama mana pun..hihi) dengan aku, ramai yang sudah "mati". Samada mereka membunuh diri atau terbunuh dalam perjuangan; aku tidak tahu. Yang aku tahu, aku rindu mereka.

Sokongan teman-teman, banyak menghidupkan semangat. Bukan kita sangat kuat dalam melawan serangan mereka yang tidak sealiran. Kita sebenarnya dikuatkan. Ya, itu yang sebenarnya. Jika berseorangan, kita boleh mati langkah dengan mudah.

Kau tegur aku, aku tegur engkau. Aku tahu engkau menulis dari hati kerana aku juga sama. Tidak ada jiwa hamba yang aku jadikan Sultan dalam penulisan. Tidak ada habuan yang akan aku terima, maka aku juga tidak sepatutnya dihukum; jika hanya menulis apa yang ada dibenak.

Zaman sudah berubah...alamat blog juga bukan lagi "dot com". Entah bila ia ditukar kepada "dot my".

Aku ingin memulakan tujahan awal dengan isu politik, tetapi menghormati teman-teman lama lebih penting bagi aku. Aku memilih untuk tidak menyebut nama mereka kerana mungkin mereka sedang bahagia. Seperti aku sebelum ini, tidaklah aku peduli dengan 1755 komen yang perlu aku baca dan siar. Ia tidak pernah menggusarkan aku...sebab ketika itu aku sedang bahagia.

Sekarang aku masih bahagia, cuma aku mahukan kebahagian dahulu bersama-sama dengan aku. Bahagia berganda.

Dari meja Sang Belang,
Darr Al- Khusus.

3.7.15

Tepu

Otak tepu. Masa lapang pun tepu.
Sibuk sampai tak sempat fikir tentang blog.
Dulu tak macam ni.
Mungkin ia kesan penuaan.
Nasib baik sedar diri dah tua.
Itupun satu kebaikan.
Sekurang-kurang peringatan kepada diri dari terus melakukan kecelakaan.

Celaka (agaknya) buat mereka yang tidak sedar diri.

Nota kaki: kena banyak musafir. Kena banyak merenung dari termenung.

mata tak boleh lelap

22.3.12

Dalam Buku Sejarah Malaysia Tahun 2050

Dalam buku sejarah Malaysia nanti, pasti cerita Mat Indera dan Kemerdekaan Malaysia dari penjajahan Hantu raya (sebab tidak dijajah) tidak lagi relevan dan penting. Yang menjadi kajian ahli sejarah adalah:

1. Berapa berat tahi PM Malaysia ke-6
2. Apa warnanya
3. Bagaimana rupanya
4. Berapa biji cili yang melekat padanya
5. Adakah ia terus jatuh ke dalam air atau melekat di sisi mangkuk tandas
6. Bagaimana baunya

Kedengaran ia lucu. Ia ternyata tidak lucu jika ia dimulakan oleh pakar sejarah yang mencoretkan notis seperti di bawah.


12.1.12

HIMPUN, Mana Kajian Tu?

SEREMBAN, 7 Jan. - Kajian yang dilakukan oleh Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (HIMPUN) mendapati golongan remaja wanita beragama Islam berusia 20-an yang melayari laman sosial Facebook antara mereka terdedah dengan aktiviti murtad. (isma)

Entah kenapa, keinginan aku untuk membaca kajian Himpun.Org seakan-akan gagal kerana tidak menemuinya di laman web mereka ataupun di laman web Isma. Teringi aku melihat kaedah kajian tersebut agar dapat kuyakini diri ini bahawa apa yang mereka gendangkan itu berasas.

Adakah mereka sudah juga menjenguk laman sosial yang lain seperti Friendster, Myspace, Tagged dan lain-lain; dan seterusnya membandingkannya dengan FB? Atau ia sekadar sembang sahaja walhal tiada pun kajian dibuat? Atau mereka menganggap ia begitu bagi memberi signal bahawa mereka perlu diberi perhatian kerana mereka lebih faham anasir kafir?

Bak sini aku nak baca kajian tu. Siapa yang ada pautan atau softcopy ataupun hardcopy kajian organisasi HIMPUN ni, beritahu aku.

10.1.12

Sudah Asar

Sudah masuk waktu Asar. Waktu untuk solat. Ingat! Jangan solat hajat lepas Asar sepertimana Perkasa buat (telah disalah taip oleh pemberita).

Solat ikut Nabi SAW dan bukan ikut Ibrahim Ali.

2.11.11

Blogger Berbaris Panjang Menuju Neraka

Dahulu, aku menulis kerana aku ada pandangan yang berbeza dengan parti pembangkang dan kerajaan mutakhir. Aku menulis ikut hati; terkadang emosi dan terkadang tampak tenang. Ramai blogger tersohor di Malaysia adalah seekor anak kucing ketika saat awal aku menulis. Magis sungguh tarikh aku bermula menulis sama dengan tarikh Tun Mahathir mula menulis (semoga beliau bertaubat). Aku tidak hairan langsung dengan populariti apatahlagi rating. Jujur aku katakan, aku agak gembira apabila alam blog dan internet telah membawa aku mengenali Islam. Alhamdulillah. Ahh..itu bukan perkara pokoknya.

Kebelakangan ini, aku melihat senario penulisan sosio-politik di Malaysia hanya menabur fitnah dan pendustaan; jika tidak pun kebanyakannya bersama-sama berkongsi dalam menyebar aib dan keburukan pihak lawan.

Sebab itu aku memilih untuk tidak berpihak. Aku melihat, kedua-dua pihak dalam keadaan rosak dan merosakkan. Jika ada baik, ia amat kurang.

Kaedah blogger sosio-politik Malaysia seakan mudah, Aku formulakan ia seperti dibawah disamping aku versus kan dengan kefahaman agama mereka:

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat mendedahkan aib tetapi aku percaya mereka sedar membuka aib saudara seIslam itu dimurkai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat menghina hukum Allah jika hukum itu sendiri tidak disokong pemimpin "Agung" mereka tetapi aku percaya mereka sedar bahawa membelakangkan hukum Allah itu dimurkai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat mencari nas/dalil yang menyebelahi parti mereka (walaupun ia bukanlah tafsiran yang tepat) tetapi aku percaya mereka sedar menjual ayat Allah Azza Wa Jalla dan RasulNya itu dimurkai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat mencipta perkataan- perkataan popular walaupun yang dihina itu adalah kalimah Allahu Akbar (Takbir) tetapi aku percaya mereka tahu berzikir itu disukai Allah.

Blogger di Malaysia amat berbangga jika dapat menelanjangkan saudara seIslam di hadapan Sang Kuffar tetapi aku percaya mereka sedar perbuatan itu dimurkai Allah.

Pernahkah mereka terfikir bahawa tulisan, video ataupun apa sahaja bahan yang dimurkai Allah yang berada di layar blog mereka akan MENJADI  BEBAN YANG AKAN MEMBUAT MEREKA DIAZAB? Tidakkah mereka tahu sebagai insan, mereka wajib untuk mati sebelum bertemu Allah SWT?


Jika mereka tahu itu semua dan masih meneruskan, bersedia untuk beratur bersama ahli neraka untuk dihumban ke neraka!


Aku mahu kembangkan penulisan ini.


Bayangkan, jika ada dua pihak yang bertelagah dan membidas antara satu sama lain, sudah tentu ada pihak yang benar dan pihak yang dusta. Sebagai contoh, video seks, kemungkinan yang pasti adalah :


Jika ia benar - pasti ada insan berada dalam kategori sebagai mendedahkan aib saudara seIslamnya sendiri.
Jika ia palsu - pasti ada insan berada dalam kategori menabur fitnah.


Kalau bercakap hal dosa, itu sungguh berat untuk ditanggung mereka. Bertaubatlah (doa ini juga untuk diriku).


Aku ada membaca tentang keluhan blogger yang berada di pihak kerajaan. Mereka bicara hal perjuangan. Yang menulis hal ini mengaku masuk UMNO sejak 2009.


Kalau aku masih seperti dahulu, pasti aku akan menulis "PERJUANGAN ABAH KAU. KAU TAHU KE TIDAK ERTI BERJUANG?"

Namun aku bukan lagi seperti itu. Aku pasti menulis sebegini "jika kau meletakkan harapan pada manusia yang juga tidak tahu nasibnya di esok hari , pastilah engkau kecewa. LETAKLAH TAWAKKAL DAN HARAPAN PADA ALLAH AZZA WA JALLA"






25.8.11

Tiada Ulama Dalam PKR

Wacana Sinar Harian yang di'moderate"kan oleh Prof. Dr. Asri sebenarnya mengetuk benak hati saya yang paling dasar; Dimana PKR? Mengapa PKR tiada ulama? Mengapa PKR hanya menumpang ulama PAS?

Tidak saya nafikan bahawa saya agak tidak bersetuju jika Ulama Islam di asingkan mengikut parti politik. Ulama Islam yang bagus adalah walaupun mereka cenderung berpartian namun tetap tegas dalam menasihati dan menegakkan hukum Allah. Maka, janganlah kita mendosakan diri kita dengan menghina Ulama dalam parti UMNO ataupun PAS ataupun Ulama yang tidak berparti sekalipun.

Justeru itu, saya tidak condong kepada mana-mana parti dalam mengangkat pendapat ulama-ulama. Contoh jelas, saya sayang dan setuju dengan mana-mana ulama/ ahli ugama jika mereka berbicara hal kebenaran dan menyampaikan ilmu-ilmu Allah seperti Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus, Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz, Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari, Prof. Dr. Asri, Tuan Guru Nik Aziz dan lain-lain. Saya upload ceramah mereka walaupun "banjingan politik" yang tidak sealiran dengan mereka tidak suka dan tidak setuju. Pada saya, jika mereka di pentas politik, maka fahamilah itu adalah kecenderungan politik mereka. Mereka juga ada hak untuk menyokong parti politik yang mereka sukai. Ia tidak salah selagi mereka jujur dan amanah dalam mengasingkan kebenaran dari kepalsuan dan yang haq dari yang bathil. Secara peribadi, saya agak kecewa apabila terbaca bahawa ada insan yang bergembira tatkala mendengar berita kegeringan Al-Fadhil Ustaz Kazim Hj Elias Al-Hafiz kerana kekurangan tidur sejak 50 hari yang lalu (Semoga beliau lekas sembuh). Jelas sungguh pemahaman rakyat beragama Islam tentang agama dan politik sudah parah . Apa sahaja perkara yang berlaku, pasti akan ada unsur politik untuk merosakkannya. MasyaAllah.

Berbalik kepada isu asas, perasankah kita bahawa tiada Ulama di dalam parti PKR? Mengapa? PKR tidak mahu pendapat Islamik akan menggangu pendapat pluralisma mereka?Ulama-ulama Islam akan menenggelamkan karisma Ketua Umum PKR?

Ada yang menempelak 40 Ulama masuk UMNO namun jika kita amati secara dalam-dalam, sememangnya UMNO perlukan nasihat ulama. Celakalah UMNO jika ulama-ulama itu hanya dijadikan propaganda meraih undi. Yang wajar kita lakukan (walaupun saya agak 50-50 hal ini), berdoa atas kebaikan UMNO dan bersangka baik.

Sebaliknya, PKR tidak pernah mencanang atau mengangkat mana-mana Ulama sebagai "frontline" mereka. Mungkin PKR berbangga dengan status "mantan Presiden ABIM" yang pernah disandang Dato' Seri Anwar Ibrahim namun bukankah Tun Pak Lah juga mempunyai sejarah itu? Apa jadi pada pemerintahan Pak Lah? Maaf jika ia kasar. Pak Lah tewas di tangan anak menantunya yang menyelinap masuk ke dalam UMNO entah dari mana.

Dari sudut pandang saya, PKR mempunyai blogger-blogger yang bijak berhujah dan menggunakan nas-nas Al- quran dan Hadith bagi menerangkan sesuatu isu. Ia memang berlawanan dengan blogger-blogger UMNO yang menggunakan kekerasan dalam menyampaikan mesej mereka (pandangan peribadi). Namun, adakah wajar jika pandangan-pandangan dari blogger PKR disandarkan untuk menyelami/ menyelesaikan sesuatu isu?

Sebagai contoh, bolehkah saya berhujah" Menurut tulisan dan pendapat Hishadudin Vais dari blog "Tukar Tayar" bertarikh 17 Julai 2010, dimana beliau memetik Hadith Qudsi yang berbunyi........."????

Bukankah ia kelihatan janggal?

Sampai bila PKR mahu menumpang Ulama PAS? Atau sememangnya PKR tidak mahu campurtangan Ulama?

Nyatalah, UMNO dan PAS telah dan masih mencuba untuk mengangkat institusi Ulama Islam. Jangan kita memperlekehkan usaha mereka.

Jika saya ditanya hari ini, parti mana yang saya akan sokong,saya akan menjawab, mana-mana parti asalkan mereka berpegang pada tali Allah.

Akhir qalam, raikan Hari Merdeka, bersyukurlah atas nikmat Allah dan merdekakan minda yang terkurung dalam kamar politik yang sempit.

Wallahualam.



12.8.11

Khairy,Reezal Dan Mismah

Mengikuti perkembangan mutakhir, dengan berbondong-bondong Bangla, Pakistani, Kelingi Pariayi, Indoni dan macam-macam orang asing yang "diwarganegara Malaysiakan", gua sampai terfikir agaknya Khairy dan Reezal juga berasal dari Bangla tetapi telah di "warganegara Malaysia"kan. Sebab, sebelum 1999, tak pernah pun gua terdengar nama mamat dua orang ni. Masa tu, mungkin mereka sedang bekerja di Petrol Pam kot.

SPR ni gua pun pelik. Kalau gua nak mengundi, siap kena daftar..kalau geng "Mismahgate", automatik plak dia punya registration. Woi...gua hari-hari bayar cukai rokok Dunhill la...Indon tu paling tidak pun isap rokok seludup!

Hishh...lepas solat Subuh gua nak bergosip plak.

Nota kaki: geram dengan JPN dan SPR.

28.7.11

Datuk Saifuddin Abdullah: Negara Dahulu, Bukan Parti

Pemimpin UMNO yang paling gua segani adalah Datuk Saifuddin Abdullah. Dia tak bodoh macam KJ dan tak bangang macam Azeez. Kalau ada 10 pemimpin UMNO seperti beliau, maka gua pasti akan naikkan panji- panji UMNO di blog ini dan TIDAK AKAN BERPOLITIK NEUTRAL LAGI.

Ikut formula atuk gua, orang macam Datuk Saifuddin ni, hayat politiknya tak lama. Tak percaya, korang tunggu pasca PRU-13.

Kepercayaan gua sekarang, selagi gua masih tengok kempen zaman tok Adam dalam RTM dan TV3 (tidak lupa Utusan), selagi itu gua percaya UMNO akan tewas teruk pada PRU-13. Itu gua yakin sangat-sangat!

Sebab itu gua rasa tidak salah menegur pemimpin kerana pemimpin itu tidak maksum. Kaedahnya sahaja yang perlu kita fikirkan. Jika kaedah tidak beradab yang kita pilih, tidak juga ia salah kerana itu adalah hak kita bukan? Cuma, perlukah kita utamakan hak dan membawa imej buruk seorang Muslim? Gua juga selalu terlebih...maka gua juga tidak maksum.

Akhir qalam, Salut buat Datuk Saifuddin kerana mengikis pandangan sinikal rakyat terhadap mentaliti pemimpin UMNO.




23.7.11

Mat Sabu Tak Pandai Ambik Lap

Sengal Mat Sabu ni. Ambik lap pun tak lepas. Ni mesti masa ambil lesen motor ni tak lepas "Ujian No. 8'. Lepas tu, siap tuduh PDRM langgar dia. Malu wooo!


19.7.11

Anugerah Ibrahim Ali Buat Ramachandran

Gua ada seorang kawan berbangsa India. Sudah berkahwin. Nama dia Ramachandaran A/L Chantiru.

3 Hari lepas, gua ajak dia tengok wayang cerita "KL Gengster" sebab masa sekolah dulu, dia memang "taikotai" bangsa India. Gua kenal dia pun sebab gua berembat dengan kawan dia lepas game bola kat sekolah. Mungkin bila tengok cerita ni boleh imbas kenangan manis ketika di sekolah. Mungkin la.

Yang gua panas, lagi 2 jam sebelum wayang start, dia batalkan. Dia kata 'BINI GUA TAK KASI LA BRO".

Gua balas 'KALAU GUA BOLEH BAGI ANUGERAH, GUA BAGI LU ANUGERAH IBRAHIM ALI JE MACHA!!"

Despite promising earlier to bring 15 thousand Perkasa supporters to counter the Bersih rally, he was nowhere to be seen on the day. He later claimed that he was unwell and did not get his wife's permission to attend the counter rally (click HERE)

Sebuah universiti tempatan membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.(SUMBER DARI SINI)


18.7.11

MB Kedah Sengal

Kerajaan Kedah pimpinan PAS telah menggugurkan rancangannya untuk menguatkuasakan enakmen negeri 1997 yang memerlukan bar, disko dan kelab karaoke ditutup pada bulan Ramadan yang akan datang, kata seorang pegawai kerajaan negeri kepada AFP hari ini.(sumber)

Macam ni nak realisasikan Negara Islam? Nak suruh kafir tutup bulan Ramadhan pun takut? What the Fish


Nampaknya, MB Kedah memerlukan penasihat dari kalangan Kafir bagi memastikan arahan beliau tidak flip-flop ala Tun Pak Lah. Dan jika itu berlaku, Kedah bukan lagi diperintah Parti Islam Semalaysia.


PAS pun tak boleh harap sangat pun nampaknya. Sebagai rakyat, bagaimana kita mahu bergantung harap?

11.7.11

Najib VS Anwar

"Baru kena sikit saje tear gas, muka...dahi kerut"...Najib ni pernah kena tear gas ke? Kalau pernah, banyak mana beliau kena? Mungkin beliau kebal tear gas kot. Hebat PM kita ni.




Video 9/07/2011: Suatu Konklusi




"this is democracy, Malaysian style"

10.7.11

Pecacai Upahan Patriot

Aku sedang berada di Port Dickson. Seperti biasa, cerita BERSIH 2.0 adalah yang paling hangat untuk dibualkan di warung-warung atau di bawah pokok sambil hisap rokok dunhill bersulam gudang garam . Paling best, adalah pengakuan seorang teman yang mengatakan dia menerima upah RM500 untuk menyertai perarakan haram Patriot.

Cis...nak buat benda haram pun nak main sogok jugak ke? Yang paling menggelikan hati ialah kenyataan seorang teman "UMNO kalau tak pakai duit, kau ingat ada orang nak layan program diorang ke?"

Aku memaki Ketua Pemuda UMNO di dalam hati.

Orang muda UMNO tidak faham erti pengorbanan dan perjuangan. Mereka telah diajar menerima undertable money sejak dahulu lagi. Maka, tidak hairanlah ramai yang dibayar untuk menulis blog.

UMNO wajib berubah. Persoalannya, mampukah mereka?

9.7.11

Patriot: Program Paling Bodoh Dalam Sejarah UMNO



Sungguh malang nasib UMNO apabila memiliki Ketua Pemuda paling gagal dalam sejarah Pergerakan Pemuda UMNO. Ia adalah kecelakaan kedua setelah memiliki Presiden paling gagal sebelum ini. Yang ironinya, mereka mempunyai hubungan kekeluargaan.

Khairy ada menyebut didalam video di atas bahawa berhimpun secara aman adalah hak setiap warganegara yang termaktub di dalam Perlembagaan. Khairy juga menjadi "kapla" perarakan Patriot yang akan diadakan pada jam 10 pagi di Jalan Bukit Bintang dan menghala ke Stadium Merdeka.

Yang kita tidak nampak, APAKAH OBJEKTIF PERARAKAN PATRIOT INI? Khairy menyebut, ia diadakan untuk menunjukkan bantahan terhadap KAEDAH yang dipilih oleh BERSIH 2.0 bagi menyampaikan memorandum 8 perkara berkaitan Pilihanraya yang bersih dan adil. Adakah KAEDAH bagi menentang suatu perhimpunan haram adalah dengan mengadakan satu lagi perhimpunan haram? Adakah cara menghalang anak kita makan tahi adalah dengan kita makan tahi itu juga?

Paling kelakar, korang tengok mamat belakang KJ ampu perut dia kat belakang kerusi KJ. Ini macam mau jalan dari Bukit Bintang sampai Stadium Merdeka? Lawak gila.

BERSIH dipolitikkan? Oleh siapa? Sepanjang yang aku ikuti, TV3 dan RTM yang politikkan perhimpunan BERSIH 2.0 ni. Masalah BERSIH 2.0, adalah latar belakang "mastermind" dan kaedah yang dipilih. Bukan kerana ia bersifat partisan. Rakyat tidak nampak ia begitu. Pasukan RISIK UMNO tak buat kerja betul-betul la ni. Itu yang salah terjemah tu.

Rakyat Malaysia akan terus meluat dan menyampah apabila:

  • BAJU KUNING KENA RAMPAS TAPI BAJU MERAH TAK.
  • PERHIMPUNAN BERSIH BERSTATUS HARAM TAPI PATRIOT TIDAK.
  • PEMIMPIN PRO BERSIH DIANGGAP MENCABAR UNDANG-UNDANG JIKA BUAT PERHIMPUNAN TAPI GENG PATRIOT TIDAK DIKENAKAN APA--APA TINDAKAN WALAUPUN DENGAN BONGKAKNYA BUAT PRESS CONFERENCE UNTUK MELANGGAR LARANGAN POLIS.
"Sahaja aku haramkan darah dan keringat aku gugur kerana politik yang tidak berasaskan hukum Allah".

5.4.11

Ianya Mirip Anwar,,,Macam semut hitam...

Video seks semakin memeningkan. Penzina didalam video tersebut mirip Anwar ibrahim..tetapi untuk kepastian 100%, seorang umat pun tak berani untuk mengaku bahawa itu adalah Anwar Ibrahim. Semuanya berkias-kias. Kalau dalam mahkamah, sudah tentu kes seperti ini akan digugurkan.

Nik Nazmi dan Chegubard tiada hak untuk mengatakan bahawa susuk tubuh Anwar tidak seperti susuk penzina di dalam video. Sebab apa? Sebab mereka tidak pernah bersetubuh dengan Anwar. Mana diorang tahu ye tak? Keluarga Anwar juga menafikan bahawa itu adalah Anwar.

Parpukari, Dr. Novandri dan Papagomo lagilah tiada kredibiliti untuk menuduh itu adalah Anwar. Duduk dekat dengan Anwar pun diorang tak pernah.

Yang layak, hanya Saiful Bukhari sebab barua ni "mendakwa" pernah ditusuk sembilu berurat Anwar. Namun apabila difikir kembali, kalaulah Anwar dikatakan mudah berzina dengan "China Doll" atau "Siamese Doll", mengapa pula Anwar memilih nak menutuh mencirit pink si Saiful?

Ah sudahh...nampaknya, Saiful pun dah terkeluar senarai. Dakwaan bahawa itu adalah Anwar akan hanya dipercayai jika .....

ADA SESIAPA YANG BERANI MENGATAKAN DENGAN BERSUMPAH BAHAWA ITU ADALAH ANWAR DAN MENGELUARKAN BUKTI JELAS. SETAKAT NAK KENA JULINGKAN MATA BARU NAMPAK GHOMAN, SIMPAN YO LAH VIDEO TU DATO' T OIIII!!!

Aku teringat suatu ayat atas kaset ceramah Zul Kulim masa tahun 1998...masa tu top kisah Murtad dan VIP mati jadi babi hitam...Atas kaset itu tertulis "fitnah akhir zaman umpama semut hitam di batu hitam di malam yang kelam "....

Nota kaki: Mintalah bantuan CSI Las Vegas....kasik jelas sikit gambar tu. Hehehe...

23.2.11

Rumah Aku Dah Bersawang

Lama sungguh aku tak bukak blog aku ni. Kalau bukak pun, aku cuma baca blog orang yang aku pautkan. Bukannya nafsu politik aku sudah mati pucuk, tapi aku terlalu sibuk hingga bila aku mahu mula menulis, kesibukan aku mengganggu aku dari terus fokus.

6 draf penulisan lama baru sahaja aku padamkan. Semuanya aku tulis sekerat tapi tak habis. Bila aku baca balik, isu dah tak relevan langsung. Contoh, aku dah draf cerita Malaysia lawan Hong Kong, tapi Malaysia dah pun menang 2-0. kalau aku publish, korang kata aku nyanyuk plak.

Cerita paling best aku layan minggu ini adalah kisah Bob Lokman masuk PAS. Kita kena hormat tindakan Bob Lokman tu, sebab apa yang dia tulis di blog dia memang betul pun. Aku tak pandai nak kata salah kalau benda tu betul. Memang kepimpinan UMNO tidak mencerminkan Islam. Aku berani debat dengan mana-mana pemimpin UMNO dengan statement tu (walaupun aku tahu aku ni siapa lah kan...).

Janganlah kita menjadi pengamal ajaran sesat dengan beri jawapan klise " Bertudung tak semestinya baik.." atau " Pakai ketayap tapi peluk Cina, Tok Guru apa tu?..".

Sebab banyak sangat kenyataan puaka ala Benyamin Netanyahu macam tu, sebab tu la Ifa Raziah yang sekolah tak habis tu pun tulis dalam twitter serupa pompuan yang takde agama. Siapa ajar dia tu? Kalau tanya aku, aku jawab SISTEM POLITIK MALAYSIA.

Di Malaysia, pemimpin yang tonggang arak dan tak sembahyang pun boleh tarbiah orang. Unik kan?

Aku tulis blog bukan nak jadi pemfitnah. Maka, sebab tu blog aku sebu je...hahaha...

Dulu, aku ni kuat maki keling yang hina Islam. Sekarang, dunia blog aku aman sebab keling-keling tu dah pergi melingkup. Kalau korang nak tahu siapa keling-keling tu, korang baca la posting aku yang lama-lama.

Aku tulis "keling" bukan maksud nak racist atau menghina, tapi semua orang Melayu panggil orang India itu sebagai keling kan? Jadi, tak nak lah aku munafik.

Keling pun panggil Melayu dengan panggilan "Nata". Tak percaya, korang tanya kawan korang yang keling.

Buat masa ni, aku larat tulis ni je. Esok, aku ada site visit. Kalau unsur rasuah takde, mungkin mudah sikit aku dapat kerja tu. Ini kan Malaysia....takkan tak faham kan? Rasuah kan dah macam budaya...

Chow!

4.1.11

"Once A Malaya Tiger, Always A Malaya Tiger" Harimau Menaip. (part2)

Peminat-peminat Dollah Don Serta Pesident Sukarno ketika itu amat meminati Dollah Don. Dollah mengingati satu perlawanan yang di adakan di Jakarta pada tahun 1953 dimana mereka ketinggalan 0-3, tapi pada separuh masa kedua mereka mengasak dan menjadi keputusan seri 3-3
"Saya menjaringkan ketiga-tiga gol dan Sukarno menggelar saya 'Harimau Malaya' Dollah Don mengingati peristiwa bersejarah yang tidak dapat dilupakan.
Sebagai seorang pakar penjaring gol ramai penganalisis bola mengatakan setiap kali Dollah Don berhadapan dengan penjaga gol, bola yang berada di kakinya itu pasti 100% akan menembusi kubu lawannya dan semua ini disempurnakan dengan tenang.
Kemuncaknya beliau telah menerima hadiah sebagai penjaring gol yang terbanyak di kejohanan bola sepak di Hong Kong pada tahun 1950 dengan menjaring 19 gol daripada 26 gol.
 
 Aku baru nak kenal siapa Dolah Don aka Toh Ah Ton. Kenali beliau di http://soccerstarharimaumalaya.blogspot.com/

Jangan nak memandai pakai nama "Harimau Malaysia" atau paling puaka "Harimau 1Malaysia". Kalau nak kena sepak keluar dari barisan kabinet Malaysia, TRYLAH!