"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
Mutiara Kata
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
Aku sudah teguri Al-Tantawi melalui akaun twitter aku. Seperti biasa, ia tidak akan dibalas. Kalau ia dibalas nanti, kalian boleh masukkan ia dalam senarai 10 perkara paling menghairankan di dunia.
Ceritanya begini:
9. Akhirnya, LGE boleh bersetuju untuk selesaikan kes di luar
mahkamah tanpa perlu saya mohon maaf, cuma apa yg berlaku adalah salah
faham tentang artikel saya yang bertarikh 6 Ogos 2014 yang dikatakan
mencetus salahfaham antara saya dan LGE, akibat daripada perbezaan
penggunaan terminologi - direct nego, open tender dan Request For
Proposal (RFP). RFP berdasarkan penyata saksi Plaintif sendiri (pegawai
dari UPEN) bukanlah direct nego, dan bukan juga open tender.
10. Sementara artikel saya yang bertarikh 8 Ogos 2014 bertajuk
"Terowong Dasar Laut - Penjelasan Tuduhan Fitnah" juga masih kekal dan
dipertahankan.
11. Pada akhirnya, kami bersetuju dengan cadangan penyelesaian dan
dicatatkan oleh hakim sebagai kes selesai di luar mahkamah dan kos
mahkamah RM10K ditanggung oleh defendan.(klik SINI)
Adakah masuk akal? Mana mungkin kau dituduh dan kau tak salah, tapi kau pulak yang bayar duit settlement. Hanya 3 kemungkinan sahaja dalam kes seperti ini:
1) Tantawi takut kena saman dan kalah kes
2) Peguam Tantawi tidak menasihati Tantawi dengan baik
3) Tantawi dah terlalu banyak wang
Sengaja aku rekayasa item 2 dan 3 tu, sebab bagi aku hanya item 1 yang paling masuk akal.
Kalau kau bentang cerita ni kat mana-mana manusia, tentu sahaja mereka akan berfikir seperti item 1.
Kalau mereka kata perkara disebaliknya, percayalah yang mereka tu pecacai PAS. Simple as that.
Parti Islam SeMalaysia (PAS) pasca muktamar yang baru lalu ternyata bukan parti PAS yang kita pernah kenali dahulu. Kalau kita bergaul dengan penyokong mereka di media sosial, angkuh mereka sudah mengalahkan penyokong UMNO dah. Mengalahkan PAS sudah terlalu kuat untuk dikalahkan.
Slogan kepimpinan ulama sebenarnya suatu penyakit yang merbahaya dan kesannya telah mulai kita lihat sekarang. Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah batang tubuh yang telah gagal merampas Terengganu dalam 2 siri PRU yang lepas. Malah, tidak nampak lagi tanda-tanda yang Terengganu bakal jatuh ke tangan PAS di PRU ke-14 nanti. Tiada. Poci. Yilek.
Tuan Ibrahim Tuan Man juga adalah contoh pemimpin yang ditolak masyarakat setempat. Dia kalah pada PRU yang lalu.
Acuan 100% ulama dalam saf kepimpinan bukanlah acuan yang terbaik.
Mokhtar Senik, bukanlah nama yang boleh memberi anjakan sokongan terhadap PAS malah status FB yang memaklumkan dia disapa Umar r.a. dalam mimpi di Kemunting (telah dia padamkan) amatlah lucu dan merepek.
Entah bagaimana dia mengetahui wajah Umar r.a., tidak pula diketahui. Hanya ada 2 jawapan mudah dalam kes itu; samada dia seorang pendusta ataupun dia ditipu syaitan didalam mimpinya.
Dengan meminggirkan golongan Progresif dalam saf kepimpinan, ia umpama mencurahkan cuka ke atas luka yang mulai bernanah.
Al-Quran mengajar kita bagaimana kriteria pemimpin yang ideal; LAYAK dan KUAT. Dalam ayat yang lain, disebut LAYAK dan AMANAH. Tidak pula Allah azza wa jalla tegaskan pemimpin wajiblah dikalangan ulama. Rujuklah kisah Abu Dzar r.a. untuk muhasabah diri.
Budaya "Chai" yang disalin tampal dari cara Pemilihan parti UMNO amatlah memalukan. Jika harapkan senarai Chai, monyet pun boleh mengundi. Tidak perlu otak dan akal.
Belum lagilah kita masukkan krisis PAS- DAP, belum lagi kita campur kisah PASMA. Secara mudah, PAS sudah menandatangani surat kematiannya, cuma PAS lupa untuk mati.
Seperti biasa, senjata video seks akan ditayangkan oleh blogger-blogger pro-BN terutama bila tiba saat-saat genting. Soal samada ia benar atau tidak, sudah tidak penting bagi mereka. Asalkan musuh mereka malu, itu sudah lebih dari cukup. Sudah tentu, habuan besar menanti bagi mereka yang memiliki "tuan". Bagi blogger tidak bertuan, bagi mereka inlah yang dinamakan perjuangan.
Maaf, aku tidak mahu terlibat dalam penyebaran aib (jia ia benar) atau fitnah (jika ia tidak benar). Biar blog aku ni murah, tiada ranking, tidak dijenguk atau tidak dikenali. Biar...itu tidak langsung memberi aku manfaat.
Secara jujur, aku kurang mengenali Setiausaha Agung PAS ini; baik dari segi peribadi mahupun dari sudut mengenali ketokohan beliau dari sumber dengar cakap mahupun media-media. Malah, aku tidak pasti nama diia "MustaFa" atau "MustaPHa".
Aku cuma ingat beliau adalah nama penting di dalam cadangan Kerajaan Perpaduan atau UG. Satu lagi nama yang terlibat ialah Ustaz Nasa.
Percayalah, mulai detik video yang dikatakan mirip Mustafa Ali itu berlegar di blog-blog dan mungkin media arus perdana, perkataan yang paling pantang disebut didepan Mustafa Ali adalah KERAJAAN PERPADUAN.
Kalau nak rasa kepala kena kepit kat ketiak dia, cubalah sebut depan dia!
Doa kehancuran BN? Wajarkah ia menjadi isu? Bagi aku ia amat tidak wajar menjadi isu apatahlagi menjadikan ia suatu isu besar. Dan amat tidak wajar untuk Azhar Sulaiman menulis dalam akaun laman sosialnya dengan perkataan sinis tetapi bodoh.
Ia perlu jadi isu jika PAS memohon doa dengan berhala. Ia perlu jadi isu jika PAS memohon doa dengan Trimurti. Ia perlu jadi isu jika PAS memohon doa dengan Gereja. Memohon kepada Allah azza wa jalla, apa isunya?
Mungkin BN merasakan mereka tidak pernah menzalimi PAS atau takut dengan laknat Allah; itu aku tidak tahu.
Cuma aku tahu bagaimana untuk menyelesaikan isu ini. Beri pembangkang berkempen di saluran TV kerana selama ini BN kelihatan tidak adil kepada pembangkang. Tidak adil dari segi definasi menyamai dengan kezaliman. Nah! Kan ada sekurang-kurangnya 1 kezaliman yang dilakukan BN?
Status yang ditulis Azhar Sulaiman memberi kita bukti bahawa tidak semestinya kita mempunyai ijazah luar negara dapat membuktikan kita bijak. Percayalah, status sebegitu adalah kebodohan melampau tidak kira apapun niat dia.
Menjadi ahli UMNO tidak sesekali memurtadkan sesiapa. Menjadi ahli UMNO tidak sesekali berdosa walaupun tahap peratusan rasuahnya mencapai 100%. Cuma, mungkin pandangan Ibnu Taimiyah boleh dipakai; katanya (lebih kurang) bahawa jika ada 2 elemen yang memudaratkan, pilihlah yang paling kurang memudaratkan. Aku qiyas, jika ada 2 parti yang mendokong Islam, pilihlah parti yang lebih banyak mendokong Islam.
Aku tidak mahu kempen, tetapi kalian boleh mengagak parti mana lebih wajar dari parti satu lagi kerana Islam menang bukan kerana PAS atau UMNO menang pilihanraya. Islam menang apabila keadilan ditegakkan. Pilih lah parti yang dapat memberi keadilan kepada semua pihak.
Jika membuang status Bumiputera dalam perlembagaan dapat memberikan keadilan, maka buanglah. Allah SWT akan membantu mana-mana kerajaan yang adil walaupun dipimpin oleh orang kafir dan Allah SWT tidak akan bantu kerajaan zalim walaupun kerajaan itu Islam.
Aku qiyas, seandainya kerajaan kafir yang adil memerintah, adakah status Bumiputera itu tetap ada?
Wacana Sinar Harian yang di'moderate"kan oleh Prof. Dr. Asri sebenarnya mengetuk benak hati saya yang paling dasar; Dimana PKR? Mengapa PKR tiada ulama? Mengapa PKR hanya menumpang ulama PAS?
Tidak saya nafikan bahawa saya agak tidak bersetuju jika Ulama Islam di asingkan mengikut parti politik. Ulama Islam yang bagus adalah walaupun mereka cenderung berpartian namun tetap tegas dalam menasihati dan menegakkan hukum Allah. Maka, janganlah kita mendosakan diri kita dengan menghina Ulama dalam parti UMNO ataupun PAS ataupun Ulama yang tidak berparti sekalipun.
Justeru itu, saya tidak condong kepada mana-mana parti dalam mengangkat pendapat ulama-ulama. Contoh jelas, saya sayang dan setuju dengan mana-mana ulama/ ahli ugama jika mereka berbicara hal kebenaran dan menyampaikan ilmu-ilmu Allah seperti Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus, Al-Fadhil Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz, Al-Fadhil Ustaz Fathul Bari, Prof. Dr. Asri, Tuan Guru Nik Aziz dan lain-lain. Saya upload ceramah mereka walaupun "banjingan politik" yang tidak sealiran dengan mereka tidak suka dan tidak setuju. Pada saya, jika mereka di pentas politik, maka fahamilah itu adalah kecenderungan politik mereka. Mereka juga ada hak untuk menyokong parti politik yang mereka sukai. Ia tidak salah selagi mereka jujur dan amanah dalam mengasingkan kebenaran dari kepalsuan dan yang haq dari yang bathil. Secara peribadi, saya agak kecewa apabila terbaca bahawa ada insan yang bergembira tatkala mendengar berita kegeringan Al-Fadhil Ustaz Kazim Hj Elias Al-Hafiz kerana kekurangan tidur sejak 50 hari yang lalu (Semoga beliau lekas sembuh). Jelas sungguh pemahaman rakyat beragama Islam tentang agama dan politik sudah parah . Apa sahaja perkara yang berlaku, pasti akan ada unsur politik untuk merosakkannya. MasyaAllah.
Berbalik kepada isu asas, perasankah kita bahawa tiada Ulama di dalam parti PKR? Mengapa? PKR tidak mahu pendapat Islamik akan menggangu pendapat pluralisma mereka?Ulama-ulama Islam akan menenggelamkan karisma Ketua Umum PKR?
Ada yang menempelak 40 Ulama masuk UMNO namun jika kita amati secara dalam-dalam, sememangnya UMNO perlukan nasihat ulama. Celakalah UMNO jika ulama-ulama itu hanya dijadikan propaganda meraih undi. Yang wajar kita lakukan (walaupun saya agak 50-50 hal ini), berdoa atas kebaikan UMNO dan bersangka baik.
Sebaliknya, PKR tidak pernah mencanang atau mengangkat mana-mana Ulama sebagai "frontline" mereka. Mungkin PKR berbangga dengan status "mantan Presiden ABIM" yang pernah disandang Dato' Seri Anwar Ibrahim namun bukankah Tun Pak Lah juga mempunyai sejarah itu? Apa jadi pada pemerintahan Pak Lah? Maaf jika ia kasar. Pak Lah tewas di tangan anak menantunya yang menyelinap masuk ke dalam UMNO entah dari mana.
Dari sudut pandang saya, PKR mempunyai blogger-blogger yang bijak berhujah dan menggunakan nas-nas Al- quran dan Hadith bagi menerangkan sesuatu isu. Ia memang berlawanan dengan blogger-blogger UMNO yang menggunakan kekerasan dalam menyampaikan mesej mereka (pandangan peribadi). Namun, adakah wajar jika pandangan-pandangan dari blogger PKR disandarkan untuk menyelami/ menyelesaikan sesuatu isu?
Sebagai contoh, bolehkah saya berhujah" Menurut tulisan dan pendapat Hishadudin Vais dari blog "Tukar Tayar" bertarikh 17 Julai 2010, dimana beliau memetik Hadith Qudsi yang berbunyi........."????
Bukankah ia kelihatan janggal?
Sampai bila PKR mahu menumpang Ulama PAS? Atau sememangnya PKR tidak mahu campurtangan Ulama?
Nyatalah, UMNO dan PAS telah dan masih mencuba untuk mengangkat institusi Ulama Islam. Jangan kita memperlekehkan usaha mereka.
Jika saya ditanya hari ini, parti mana yang saya akan sokong,saya akan menjawab, mana-mana parti asalkan mereka berpegang pada tali Allah.
Akhir qalam, raikan Hari Merdeka, bersyukurlah atas nikmat Allah dan merdekakan minda yang terkurung dalam kamar politik yang sempit.
Sengal Mat Sabu ni. Ambik lap pun tak lepas. Ni mesti masa ambil lesen motor ni tak lepas "Ujian No. 8'. Lepas tu, siap tuduh PDRM langgar dia. Malu wooo!
Gua ingat CM Melaka dan MB Kedah 'menyengalkan" diri mereka secara Bergu. Bila gua baca ISA, rupanya CM Melaka suka sengal sorang-sorang. Gua ulang tayang salinan penerangan Setpol MB Kedah dari blog ISA.
Seperti
yang dijangka, TV3 dan sekutunya akan kata PAS tunduk kepada tekanan
DAP. Di tuduh pula dalam Buletin Utama tadi, saya yang membawa berita
kepada PAS Pusat bahawa Kerajaan Kedah telah menarik balik larangan
Operasi Pusat Hiburan Di Bulan Ramadhan di Kedah! Hah!
Mari kita memahami isunya dulu, baru kita buat kesimpulan.
Posting saya sebelum ini menegaskan MB tak akan berundur. Berundur
daripada apa? Berundur daripada menseragamkan penguatkuasaan Enekmen
Hiburan Dan Tempat-tempat Hiburan 1997 seperti yang diluluskan dalam
Mesyuarat Exco 4 Mei 2011. Ia tetap akan dilaksanakan seperti yang
diputuskan.
Siapa yang mendesak?? MCA, Gerakan dan DAP! Apa desakan
mereka?…Hapuskan Enekmen itu! Kalau tidak kami saman! Kata Tan Kheng
Liang, Ketua Pemuda Gerakan.
Apa yang terkandung dalam Enekmen itu? Bila diluluskan?
Ia adalah tatacara menjalankan aktivit hiburan dan perniagaan berkaitan
hiburan,. Apa aktiviti yang termasuk dalam Enekmen ini? Banyak! 13
kategori semuanya… termasuk karaoke, pentomin, panggung wayang, laser
disc, MTV, persembahan pentas, sarkas, pancaragam dengan penyanyi,
bowling, snuker, billiard, bar, simulator, disko, pub dan lain-lain Ia
diluluskan diluluskan pada 1997 dan diwartakan pada 12 Febuari 1998.
Apakah Syarat Am no. 8?
Dalam Jadual C, Enekmen itu muka surat 150 Warta bertarikh 12 Febuari
1998, dinyatakan dengan jelas syarat am no.8 seperti berikut: …
Jenis-hiburan yang tersebut di atas tidak boleh diadakan pada bulan
Ramadhan atau pada hari Jumaat (iaitu, antara jam 6 petang hari Khamis
dan jam 2.30 petang hari Jumaat)kecuali izin bertulis daripada Pihak
Berkuasa Negeri diperolehi.
Syarat inilah yang cuba diseragamkan ke seluruh negeri melalui satu
kertas Exco yang diluluskan pada 4 Mei 2011, antara lain kelulusan itu
menyatakan seperti berikut:
i. Mengeluarkan arahan kepada semua Pegawai Perlesenan D0aerah (Pegawai
Daerah) untuk menguatkuasakan penutupan pusat-pusat hiburan dengan
kerjasama pihak polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).
ii. Bersetuju mengecualikan pertunjukkan berkaitan dengan keagamaan dan
kepercayaan sesuatu kaum dengan syarat tidak menimbulkan kacau gangu
dan mendapat sokongan daripada Pegawai Perlesenan Daerah untuk
dihantar bagi mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.
iii. Bersetuju kelulusan Muktamad adalah kuasa Pihak Berkuasa Negeri.
Persetujuan juga termasuk mengklasifikasikan semula jenis hiburan ,
dengan mengeluarkan aktiviti bowling, billiard, snooker dan sukan-sukan
lain daripada takrif hiburan.
Langkah-langkah Penyelesaian
Kerana yang membantah dan menentang ialah masyarakat bukan Islam
terutama masyarakat cina, YAB MB memanggil Dewan Perhimpunan Cina Kedah
sebagai wakil pengusaha/operator 300 pusat hiburan untuk mendengar
pandangan dan keluhan. Dia tidak memanggil Tan Kheng Liang, Chong It
Chiew atau Chor Chew Hung! Sekitar 30 orang operator hiburan turut
hadir.
Salah sangka – seperti sangkaan MCA, Gerakan dan DAP!
Mereka sangka tentang 13 kategori/jenis hiburan itu diarah tutup
semuanya. Mereka sangka tentang jalan keluar dari isu ini hanyalah
melalui membatalkan Enekmen 1997 itu. Mereka terlupa syarat no.8 itu
ada tercatat pada borang memohon lesen yang mereka tandatangani. Mereka
sangka peraturan ini hanya berlaku di daerah tertentu sahaja. Mereka
tidak tahu beberapa kategori sukan dikecualikan dari takrif hiburan
dalam Enekmen. Semua persepsi ini dibina oleh MCA, DAP dan Gerakan
melalui media.
Pendekatan bijak berasaskan agama – bukan perasaan dan sentiment kaum dan politik sempit.
YAB MB memberi penjelasan dan mereka memberi beberapa pandangan dan
perakuan dalam memorandum 3 halaman. Secara umum, hiburan tidak dilarang
oleh agama selain Islam, dan Ramadhan adalah bulan suci umat Islam
sahaja. Di sebalik 300 operator hiburan, ada 6,000 jiwa pekerja mereka
yang terpaksa berhenti selama sebulan akibat penutupan itu.
Cadangan mereka ialah (3.1 hingga 3.3) merayu pusat hiburan dizinkan
beroperasi mengikut peraturan yang sedia ada. Tidak beroperasi malam
Jumaat dan memastikan orang Islam tidak memasuki premis sepanjang
Ramadhan. Jika didapati ada pengunjung Islam, mereka bersedia lesen
mereka dibatalkan. – Maknanya, operasi sepanjang Ramadhan 100% untuk
bukan Islam. Mereka beri komitmen untuk memastikan hal ini - Jadi apa
masalahnya?
Mereka memohon sambutan ‘bulan hantu’ masyarakat cina yang disambut
hampir sama dengan Ramadhan dibenarkan diadakan persembahan seperti
biasa. Mereka akan pastikan kemuliaan bulan Ramadhan akan terpelihara
tanpa sebarang kacau ganggu untuk kepentingan hidup bersama.
Kebijaksanaan Berdasarkan Suasana Semasa
Secara umum, MB bersetuju pusat hiburan dibenarkan sepanjang Ramadhan
untuk masyarakat bukan Islam sahaja kerana itu hak mereka, dan kerajaan
juga harus memastikan umat Islam terhindar daripada perkara-perkara
yang menjejaskan ibadah sepanjang bulan itu. Enekmen yang sudah
diwartakan harus dikuatkuasakan untuk kepentingan semua pihak. Ini
tanggungjawab sebuah kerajaan.
MB menyatakan isu penguatkuasaan Enekmen ini akan diserahkan kepada
pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Perlesenan
Daerah. Mereka akan timbangkan kelonggaran yang diminta berdasarkan
peraturan sedia ada dan cadangan yang dimukakan. Selesailah isu sensasi
yang sengaja dipanaskan ‘tak ketahuan punca’ itu. Tidak timbul sama
sekali pembatalan larangan atau ‘tarik balik’ kerana takutkan DAP!
Inilah sebahagian kandungan taklimatkan kepada Mesyuarat Bulanan
Jawatankuasa PAS Pusat semalam. Saya juga menjawab dan menjelaskan
beberapa persoalan Jawatankuasa PAS Pusat yang kurang jelas dalam
beberapa isu di akhbar dan media internet. Daripada beribu komen yang
dilontarkan sebaik pengumuman oleh MB pada hari Rabu lalu, hamper tiada
yang menentang. Ada sedikit pandangan supaya diberi kelonggaran
kepada bukan Islam yang berniaga sesama mereka dalam bulan Ramadhan
ini.
Dalam sidang media selepas mesyuarat itu, YB Dato’ Seri Hj Hadi Awang,
Presiden PAS menegaskan beliau berpuas hati dengan kebijaksanaan Kedah
menyelesaikan isu ini berdasarkan lunas-lunas agama. Memberikan hak
kepada bukan Islam mengamalkan cara hidup mereka, dan mengawal umat
Islam dari terjerumus dalam amalan yang tidak selari dengan tuntutan
Islam - yang menjadi hak dan tanggungjawab kerajaan dan umat Islam.
Beliau kesal dengan manipulasi media yang berniat melagakan parti-parti
dalam PR dan mengelirukan masyarakat awam. Beliau mengalu-alukan
langkah ke hadapan Kerajaan kedah dalam menguruskan kehidupan
masyarakat majmuk dengan penuh kebijakan berasaskan keperluan dan
suasana semasa. Tidak ada sepatah pun Presiden PAS menyatakan Kedah menarik balik larangan itu…
Apa makna tarik balik larangan itu? Ia bermakna Kedah membetalkan
Enekmen 1997 itu atau menghapuskan syarat am no 8… Adakah kita bergerak
ke arah itu? TIDAK! Kita guna Kuasa Pihak Berkuasa Negeri seperti
yang diperuntukkan di bawah undang-undang untuk menyelesaikan satu isu
yang tak permah selesai di zaman Barisan Nasional.
Selamatlah Umat Islam dari gejala yang menjejaskan Ibadah sepanjang
Ramadhan tahun ini dan Ramadhan tahun-tahun berikutnya… Kalau boleh,
biarlah ia berkekalan hasil tindakan bijak kerajaan dalam Madrasah
Ramadhan 1432 ini!
Muhammad Sanusi Md Nor
Ketua Penerangan PAS Kedah
SETPOL Menteri Besar Kedah
Gua silap. Gua betulkan. Gua taknak dosa kering. Kalau Setpol CM Melaka ada keterangan yang boleh membaiki imej "Penakut Kat Cina" dan "Penyokong Maksiat" tu, gua akan siarkan dan menarik balik gelaran "sengal" tersebut.
Kerajaan
Kedah pimpinan PAS telah menggugurkan rancangannya untuk
menguatkuasakan enakmen negeri 1997 yang memerlukan bar, disko dan kelab
karaoke ditutup pada bulan Ramadan yang akan datang, kata seorang
pegawai kerajaan negeri kepada AFP hari ini.(sumber)
Macam ni nak realisasikan Negara Islam? Nak suruh kafir tutup bulan Ramadhan pun takut? What the Fish?
Nampaknya, MB Kedah memerlukan penasihat dari kalangan Kafir bagi memastikan arahan beliau tidak flip-flop ala Tun Pak Lah. Dan jika itu berlaku, Kedah bukan lagi diperintah Parti Islam Semalaysia.
PAS pun tak boleh harap sangat pun nampaknya. Sebagai rakyat, bagaimana kita mahu bergantung harap?
Ini baru dikatakan pemimpin. Walaupun agak lewat untuk Harimau mengetahui berita ini, namun tidak lewat rasanya untuk bangkit dan memberi tabik spring kepada Presiden Parti Islam SeMalaysia iaitu Haji Hadi kerana kejantanan beliau dalam menyelamatkan seorang insan yang hampir lemas.
Haji Hadi bukannya sihat sangat tetapi keberanian dan tanggungjawab seorang Pemimpin yang mungkin menolak dan mengerah segala kemampuan yang ada untuk bermain dengan maut.
Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata parti itu - anggota Pakatan Rakyat - tidak bersetuju dengan usul yang diluluskan oleh muktamar PAS tersebut. { sini }
Tidak pula Harimau tahu dari Pondok mana Ustaz dari PKR ini berguru, dan tidak pula Harimau pernah kenal namanya sebelum berita di atas tersia di Malaysiakini. Yang Harimau tahu, setiap umat Islam wajib peka dan bertindak seandainya dirasakan ada mana-mana unsur (tidak kira dari orang perseorangan, organisasi atau negara sekalipun) yang "memeningkan" kepala umat Islam (yang sedia pening) atau dirasakan melakukan penentangan secara senyap atau terbuka; yang mana memberi impak negatif buat Agama Allah iaitu Islam.
Dahulu, ada Harimau terbaca di laman sesawang SIS yang mana ia dirasakan bisa mengelirukan dan mengundang perpecahan dalam komuniti Islam di Malaysia. Malangnya, Harimau gagal untuk memautkan kerana ia tidak dijumpai lagi.
Siapakah penasihat Agama Islam dalam SIS? Entah.
Keliru juga Harimau tatkala membaca laman sesawang mereka kerana tidak faham perjuangan SIS. Sekejap perjuangkan HINDRAF sang organisasi haram, sekejap tulis cerita tidak setuju larangan penggunaan gincu di kalangan remaja sekolah (sejak bila sekolah dah jadi modeling agency?) dan sekejap bersuara seakan-akan suara MCA dan DAP.
Apa agaknya kebaikan yang boleh diunjurkan oleh SIS kepada umat Islam? Mungkin cerita-ceriti di Muktamar PAS boleh direnung bersama:
"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya," usul tersebut dipetik.Menurut usul itu juga, aliran dan pandangan yang dibawa oleh SIS didakwa boleh mengelirukan masyarakat dan pemikiran SIS didakwa "mudah meresapi pemikiran dan meracuni akidah umat Islam"terutamanya golongan muda dan golongan yang berpendidikan sekular. { sini }
Merujuk pada laman web www.mykmu.net (forum) bertarikh 25 Januari 2009 bersamaan hari Ahad jam 10.59 malam, dakwaan bahawa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah membuat tangkapan khalwat ke atas Adun Selat Klang (Dr Halimah Ali) adalah tidak benar sama sekali. { sini }
Tindakan salah segelintir ahli UMNO dengan menabur dan menyebarkan fitnah adalah wajib dihentikan. Ia amat memalukan dan langsung tidak melambangkan peng"hadhari"an seseorang ahli UMNO. Tindakan seperti ini seumpama memberikan racun arsenik untuk diminum oleh UMNO yang mengakibatkan parti mati secara perlahan-lahan. Racun arsenik itu cukuplah berbisa di saat UMNO dihentam bertalu-talu dari atas, bawah, depan dan belakang.
Penerapan mentaliti "Politik adalah Peperangan" adalah antara punca tindak-tanduk ala-extremis dan tidak mengenal etika dilakukan ahli kedua-dua belah parti (BN dan PR). Menggenggam penumbuk, menghunus keris, berjalan bertaut tangan umpama sebuah benteng perempuh, jerit pekik, demonstrasi dan ugut-mengugut sudah menjadi budaya rakyat Malaysia dalam menentukan kekuatan dan sambutan rakyat terhadap sesuatu parti. Jika ia gagal, serangan bagi menjatuhkan kredibiliti parti lawan dilakukan tanpa batasan dan akhirnya wujudlah pergaduhan, fitnah dan sebagainya.
Tidaklah dapat dikatakan "Tidak" jika kalian mendakwa ini adalah budaya yang dimulakan UMNO dan tidak menghairankan ia menjadi ikutan PAS dan PKR kerana bukankah PAS dan PKR itu asalnya daripada UMNO? Bukankah mereka mempunyai DNA, darah daging dan perangai yang mirip dengan UMNO?
Benarlah kata pujangga "Musuh yang paling bahaya adalah sahabat yang berpaling-tadah". Sekarang UMNO sedang berdepan dengan keadaan paling getir dalam sejarah penubuhannya dan Harimau percaya, jika Tun Mahathir menjadi Presiden pun, tidak mudah bagi beliau mengani permasalahan ini.
Namun, UMNO wajar berterima-kasih kepada rakyat yang tidak menghukum UMNO secara total pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu di mana rakyat masih memberikan mandat mentadbir negara walaupun tiada majoriti 2/3. Hukuman itu bolehlah diibaratkan cikgu sekolah rendah yang menghukum muridnya berdiri di luar kelas dengan harapan muridnya akan sedar dan menjadi murid yang hebat.
Persoalannya sekarang, mahukah UMNO memandang situasi mutakhir sebegitu rupa? Masih selesakah pemimpin atasan UMNO menghisap curut Cuba sambil dihujani penghawa dingin jenama YORK tanpa menyedari tindak-tanduk ala Pesuruhjaya Inggeris itu sudah menimbulkan rasa mual dan meloyakan?
Mungkin ini masanya pemimpin UMNO mengambil ikhtibar dan belajar dari barisan Pemimpin Pakatan Rakyat.
Formula pengukuhan politik Pakatan Rakyat kelihatan mudah. Gunakan kekuatan lawan untuk membunuh lawan. Jika gagal membunuh dari luar, bunuh saja dari dalam. Bagaimana? Itu tugas pemimpin UMNO untuk berfikir.
Dengan kemenangan PAS di Parlimen Kuala Trengganu, nampaknya akan ada satu Pusat Karaoke akan dibuka memandangkan Wan Farid sudah tiada apa hendak dibuat.
Rasanya, keputusan Post Mortem Mac 2008 belum lagi ditelaah, post mortem Permatang Pauh masih dalam proses percetakan; sudah ada tugas baru buat pembedah-pembedah siasat Barisan Nasional. Adakah benar Wan Farid disabotaj?
Kemenangan PAS bukan suatu kejutan kerana sudah diramal Harimau pada pagi tadi { sini }.
Tahniah pada PAS dan Pakatan Rakyat. Takziah buat Barisan Nasional (sekali lagi). Siapa Pengerusi Pilihanraya Kuala Trengganu ye?
Nampaknya, Putrajaya semakin melambai Anwar Ibrahim. Sesuatu perlu dilakukan oleh semua iaitu :
DAP perlu keluar Pakatan (period)
BN perlu rombakan besar-besaran.
PAS perlu merenung diri.
Ezam perlu...bukak semula poster dan bendera kempen. Surat kau dah tak lakulah beb.
Semoga yang baik-baik sahaja buat Malaysia. Jangan lupa kempen memboikot produk ILC!
2009 muncul sudah. Menjanjikan tahun yang pasti membawa lelah. Pakar ekonomi berfirasat, ekonomi pastikan penat, Malaysia mungkin selamat tetapi wajar beringat. Politik mungkin dilanda Tsunami lagi, tetapi dari arah bertentangan. Badai ganas yang menghempas pantai politik Malaysia dan menjahanamkan kredibiliti Pemerintahan Barisan Nasional, akan menerajang pula kaki-lima Mahligai Pakatan Rakyat.
Orang kata, UMNO sedang mengumpul lemak. Menguatkan diri. Bagi Harimau, ia memang benar cuma jangan tersilap, UMNO memang sedia kuat. UMNO terlupa menggunakan kekuatannya di PRU yang lalu. Itulah bukti orang akan bodoh sekali-sekala walaupun kelihatan bijak.
Senjata Pakatan Rakyat makin kelihatan tumpul. DSAI perlukan penasihat kelas pertama, ia compulsory atau angan-angan memerintah Malaysia akan hilang di bawa arus masa. Tahun silih berganti, masa makin suntuk. PKR wajar menendang keluar orang bijak yang telah berubah bodoh. Dalam politik, tiada belas-kasihan. Politik bukan kebajikan. Kebajikan hanya layak menjadi slogan.
Benar kata kerajaanrakyat, PKR perlu direformasikan. Harimau percaya, Anwar Ibrahim memang mendengar dan faham cuma persoalan di benak, mampukah Anwar Ibrahim menendang politikus bidan terjun sepert MB Selangor, Budak Kamera, Macha Estet dan lain-lain yang bersepah-sepah di dalam Hirarki PKR?
Janganlah pula Pakatan Rakyat terutamanya PKR dipandang tempat pembuangan sampah golongan pemimpin yang telah di'reject' dari UMNO, MCA dan MIC! Kita mampu berkata tidak namun hakikat kan selamanya menjadi hakikat. Cuma sedikit bernasib baik, PKR tidak sehina dan sebusuk Semangat 46.
PAS tidak sudah-sudah menunjukkan kedunguan dalam bersahabat. PAS wajar menjadi tunjang Pakatan Rakyat tetapi memilih menjadi budak suruhan. Umur PAS yang terlebih matang telah diletak tepi. Jika berterusan begini, 2 kali kiamat pun, tidak mungkin PAS akan memerintah Malaysia. PAS bukan sahaja perlu direformasikan malah perlu di tsunamikan!
DAP adalah budak cerdik berlagak bodoh. Mengaut untung di kala teman-teman yang lain sengsara. Harimau tidak mahu cakap banyak mengenai DAP kerana semakin mual dengan perilaku mereka. PAS silap, memilih syaitan dari jin. Menolak UMNO tetapi memilih DAP. Bukankah banyak jin yang Islam, tetapi adakah Syaitan yang Islam?
2009 akan meriah. Perdana Menteri mungkin akan diganti. Tidak semestinya Najib kerana rezeki ditangan sedangkan boleh jatuh sebelum selamat masuk ke mulut. Biarlah siapapun Perdana Menteri kita nanti, kita doakan yang baik-baik sahaja. Amin.