Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label salaf. Show all posts
Showing posts with label salaf. Show all posts

17.1.12

Krisis Ustaz Azhar Idrus dan ILMU




Aku berkira-kira untuk menulis perihal isu Ustaz Azhar Idrus dan tuduhan beliau terhadap ILMU . Aku kasihan kepada Ustaz Azhar Idrus. Beliau lemas dalam populariti dan akhirnya tidak menggunakan hujah untuk mempertahankan kata-kata yang pernah beliau sebut dalam ceramahnya.

Aku memerhatikan isu ini sejak dari ia belum menjadi "kudis". Sekarang, ketidakmatangan khalayak peminat Ustaz Azhar Idrus yang membawa semangat partisan dalam isu ini membuatkan api menjadi marak. Timbul pula ugut- mengugut dan mendedahkan latar belakang Abu Aqif bagi manmbah kecelaruan. Cukup. Ia perlu dihentikan.

Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Fathul Bari adalah 2 tokoh penting dalam isu ini. Abu Aqif adalah pendesak yang berpihak kepada Ustaz Fathul Bari dan ILMU.

Isu ini berputik apabila Malaysia di takut-takutkan dengan isu Wahabi. Namun, bagi mereka yang mengkaji melalui pembacaan dan melalui kuliah-kuliah ilmuan salaf yang belajar di Jordan, Madinah dan lain-lain, menerangkan bahawa isu itu tidaklah sebagaimana yang diwar-warkan. Aku rasa, aku sentuh ia sampai disitu sahaja.

Kemudian, ia dilebarkan dengan perbezaan pendapat dan tafsiran ilmu fiqh dan pemahaman Al Quran dan hadith. Ditambah pula dengan pemahaman Salafussoleh yang diangkat oleh ilmuan Manhaj Salaf yang banyak menerangkan kesalahfahaman umat Islam di Malaysia tentang perkara Bida'ah, Ibadah, Tahyul, Khurafat dan banyak lagi.

Ia mengundang ketidaksenangan pada banyak ilmuan pondok, sufi dan tareqat. Walhal apa yang dibentangkan oleh ilmuan Salaf adalah berlandaskan hujah dan pemahaman Salafussoleh tentang Islam.

Bermula dari ini, maka beranak- pinaklah perselisihan pandangan. Jika ia diselesaikan dengan berforum dan majlis ilmu, maka ia tidak akan menjadi sebegini parah. Islam adalah agama yang tertegak dengan hujah. Bukan dengan "rasa-rasa" dan "dengar cakap".

Ustaz Fathul Bari, Dr. Asri, Ustaz Halim Hasan, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Rasul Dahri dan ramai lagi adalah tetap manusia yang cakap mereka boleh ditolak atau diterima. Mereka tetap manusia seperti kita yang tidak lepas melakukan kesalahan dan dosa. Yang paling utama, kita perlu kembali kepada ajaran Islam seperti pemahaman Rasulullah SAW dan para Sahabah radiallahuanhum Ajmain (dan para tabi'in). Kita kena berhujah dengan asas QolALLAH dan QolaRasulillah.

Maka, aku ada mencadangkan penyelesaian kepada Abu Aqif dan mahu aku kongsikan bersama.
Bismillahirrahmanirrahim.

Dari Hamba Allah bernama ****************  kepada Abu Aqif. Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda, para Sahabah radiallahuanhum ajmain, para tabi'in dan tabi' tabi'in rahimahullahutaala.

Saya sudah mengikuti permasalahan UAI dan pengikutnya yang mencampuradukkan politik dalam isu ini. Bagi saya, ia kurang enak dan baik. Saya bersetuju dengan Abu Aqif dan tidak bersetuju dengan UAI.


Namun, Abu Aqif juga perlu mengendurkan kecenderungan politik dalam dakwah. Ia kerana manfaatnya menjadi terhad dan qalam ilmuan manhaj salaf menjadi terkonkong dan tidak menyeluruh. Saya ambil sikap merdeka minda dalam hal ini.

Bukannya saya mahu menidakkan kewajiban mendahulukan agama Islam dalam apa jua hal termasuk politik, cuma dari segi politik partisan, Malaysia belumlah matang.


Jika politik dijadikan lencana, maka dakwah juga akan didengar oleh mereka yang memakai lencana yang sama. Amat merugikan.

Dalam hal memperjuangkan kebenaran, mungkin kita perlu memikirkan kemudaratan seandainya api yang sudah marak disirami minyak petrol.


Cadangan saya, hantar sahaja surat rasmi memohon forum kepada UAI, Surat boleh jadi dari pihak Tuan dan Dr. Asri boleh menjadi moderator. panel adalah UAI, UFB dan seorang yang agak neutral. Mungkin saya boleh cadangkan Ustaz Kazim; memandangkan Ustaz Kazim pernah sepentas dengan UAI. Atau UAI cadangkan satu nama dan masukkan Ustaz Rasul Dahri sebagai panel keempat memandangkan beliau juga pernah menjadi bahan ceramah UAI.


Itu yang terbaik kerana saya lihat di blog Aduka Taruna, UAI seperti berdendam dengan ILMU dan Abu Aqif.


Soalan saya, video pendedahan "siapa Abu Aqif" oleh mereka, betul ke tu bang? Usah takutlah. Berani diorang nak sentuh.


Wallahua'lam.

Bukanlah kerana aku berat sebelah terhadap Ustaz Azhar Idrus (UAI) tetapi  beliau seumpama tidak mahu berdepan dengan berhujah dan menggunakan pentas populariti untuk menyerang.

Bukan niat aku untuk menambah kecelaruan tetapi aku bermaksud untuk menghentikan kemudaratan terhadap ilmu dan Agama Islam. 

Aku berusaha untuk tidak berpihak tetapi kerana terlalu mengikuti permasalahan ini, mahu tidak mahu, aku berpihak juga. Maaf buat UAI dan penyokongnya.

Akhir qalam, Agama Islam bukan milik bapak aku atau bapak engkau, ia adalah Agama Allah dan Rasulnya. Maka, jangan sempitkan Agama Islam ini dengan pemikiran sempit dan kotor. Usah halalkan sebarang fitnah dan tuduhan tanpa asas walaupun ia datang dari mulut seorang yang kamu sayang. Sesungguhnya, kasih sayang pada Rasulullah SAW wajib melebihi kecintaan kita pada abah, ibu dan adik beradik.

Berlapang dada untuk menerima teguran. Jika kamu tegur aku atas nama Islam, Demi Allah dan RasulNya, aku tidak akan memadamkan komentar kalian.

Wallahua'lam.

31.10.11

Panggilan Haji - Penerangan Haji Yang Dilakukan Rasulullah

Bila Rasulullah SAW melakukannya, maka kita wajib ikut kerana Bagindalah sebaik-baik contoh.


16.10.11

10 Sahabah r.a. Yang Dijamin Masuk Syurga

Dan orang-orang yang terdahulu lagi yang petama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah ridho kepada mereka dengan mereka dan mereka ridho kepada Allah. Allah menyediakan bagi mereka surga-surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Itulah kemenangan yang agung.”
(Qs At-Taubah : 100)

Berikut ini 10 orang sahabat Rasul yang dijamin masuk surga (Asratul Kiraam).

1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau adalah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Selain itu Abu bakar juga merupakan laki-laki pertama yang masuk Islam, pengorbanan dan keberanian beliau tercatat dalam sejarah, bahkan juga didalam Quran
(Surah At-Taubah ayat ke-40)
sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (yaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, diwaktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentara yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadits.

2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau adalah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad Saw semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), ia menjadi salah satu benteng Islam yang mampu menyurutkan perlawanan kaum Quraish terhadap diri Nabi dan sahabat. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur dapat ditaklukkannya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun karena dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah dibekas rumah Aisyah yang sekarang terletak didalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.
Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal dalam umur 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau terkenal dengan siasat perang dan ilmu pengetahuan yang tinggi. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya didalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Irak sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq ra, selalu aktif disetiap peperangan selain Perang Badar. Didalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal dimasa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga karena Abu Bakar Siddiq ra, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada umur 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Mengikuti Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapaknya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid
Sudah Islam sejak kecilnya, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk memata-matai gerakan musuh (Quraish). Meninggal dalam usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf
Memeluk Islam sejak kecilnya melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada periode kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18 H di urdun (Syam) karena penyakit pes, dan dimakamkan di Urdun yang sampai saat ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.

(sumber)

Sirah Salaf : Abdullah bin Mubarak


Julukannya Abu ‘Abdirrahman, ayahnya orang Turki yang bekerja kepada seorang pedagang dari Bani Handzalah. Ibunya juga orang Turki dari suku Khawarizmi. Beliau dilahirkan tahun 118 H, ada yang berpendapat 119 H.


Dari Al Hasan, ia Berkata, “Ibunda Ibnul Mubarak adalah orang Turki. Kemiripan Ibnul Mubarak dengan orang Turki sangat mencolok. Kalau beliau membuka bajunya, tidak terlihat banyak bulu pada dada. Salah seorang keluarganya memberitahu aku bahwa beliau belum pernah Sekalipun masuk ke tempat pemandian.”

Rumah Ibnul Mubarak sangat besar, terletak di Marwa. Halaman rumahnya berukuran 50 x 50 hasta (1 hasta sekitar 50 cm). jika anda ingin melihat ahli ilmu, ahli ibadah dan lelaki berwibawa yang juga dihormati di Marwa, maka anda akan jumpai rumah tersebut. Setiap hari, banyak sekali orang yang berkumpul di rumahnya. Mereka bersama-sama mengkaji ilmu hingga ibnul Mubarak keluar dari kamarnyadan mereka pun berkumpul di sekeliling beliau. Ketika ibnul Mubarak pindah ke Kufah, maka beliau tinggal di sebuah rumah kecil. Biasanya beliau keluar untuk shalat, lalu kembali lagi kerumahnya. Beliau sangat jarang keluar rumah dan tidak pernah lagi didatangi banyak orang. Ketika itu, aku Berkata kepada beliau, “Wahai Abu Abdurrahman, tidakkah engkau merasa terasing disini, jika engkau bandingkan dengan rumahmu di Marwa?” beliau menjawab, “Aku menghindari marwa karena hendak menghindari sesuatu yang engkau sukai, dan sekarang aku tinggal disini karena menyukai sesuatu yang engkau membencinya. Dulu, saat aku di Marwa, tidak ada masalahpun kecuali mereka adukan kepadaku dan mereka mengatakan, “Tanyakan kepada Ibnul Mubarak, sedangkan di sini aku terbebas dari semua itu.”

“Jadilah orang yang tak dikenal, yang membenci ketenaran, dan jangan tampakkan bahwa dirimu tidak suka terkenal untuk mengangkat martabar diri. Sebab, kalau engkau mengaku-aku zuhud itu sama artinya kezuhudanmu telah roboh, karena engkau menyeret dirimu agar disanjung dan dipuji.”
Suatu hari aku bersama Ibnul Mubarak mendatangi amta air. Orang-orang biasa minum dari sini. Beliau mendekat ke mata air tersebut dan minum dari sana, Sementara orang-orang tidak mengenal beliau. Mereka berdesak-desakan dan mendorong beliau. Ketika beliau keluar dari sana, beliau Berkata kepadaku, “Seperti inilah hidup yang sebenarnya,” Maksud beliau ketika kita tidak dikenal dan tidak dihormati oleh orang lain.

Seorang ulama’ bernama ‘Abdurrahman bin Mahdi Berkata, “Kedua mataku tidak pernah melihat orang yang lebih tulus menasehati umat islam dari Ibnu Mubarak.”
Dari Husain bin Hasan Al Mirwazi ia Berkata, “Ibnul Mubarak Berkata, “Jadilah orang yang tak dikenal, yang membenci ketenaran, dan jangan tampakkan bahwa dirimu tidak suka terkenal untuk mengangkat martabar diri. Sebab, kalau engkau mengaku-aku zuhud itu sama artinya kezuhudanmu telah roboh, karena engkau menyeret dirimu agar disanjung dan dipuji.”

Dari Asy’ats bin Syu’bah Al Mushishi, ia berkata, “Suatu ketika Hurun Ar Rasyid datang ke Riqqoh (nama suatu daerah), lalu orang-orang keluar menyambut Ibnul Mubarak. Mereka berdesak-desakan hingga sandal-sandal putus dan debu berterbangan. Lalu muncullah seorang wanita, budak khalifah Harun Ar Rasyid, dari sebuh bangunan kayu. Ketika melihat orang-orang Begitu ramai, ia beratnya, “Ada apa?” orang-orang menjawab, “Orang alimdari KHurosan tiba di Riqqah, namanya ‘Abdullah bin Mubarak.” Maka wanita itu berkata, “Demi Allah, ini adalah raja, tapi bukan raja Harun yang tidak bisa mengumpulkan orang-orang kecuali dengan polisi dan tentara.”
Dari Qosim bin Muhammad, ia berkata, “Aku pernah berpergian bersama Ibnul Mubarak. Ketika itu, yang sering terlintas dalam pikiranku adalah, mengapa orang ini dilebihkan di atas kami sampai ia Begitu terkenal di kalangan manusia. Padahal, kalau dia shalat, toh kami juga shalat. Kalau dia berpuasa, kami juga berpuasa. Kalau dia berperang, kamipun juga berperang dan kalau dia berhaji, kamipun sama.”
Qosim melanjutkan, “Suatu malam, saat kami tengah melakukan perjalanan menuju Syam, kami makan malam di sebuah rumah. Tiba-tiba lampunya padam. Maka, salah satu dari kami keluar rumah untuk mencari penerangan. Tak lama kemudian, ia kembali dengan membawa lampu. Maka aku lihat wajah Ibnu Mubarak, ternyata jenggotnya sudah basah dengan air mata. Melihat itu, aku Berkata dalam hati, “Kiranya dengan rasa takut seperti ini ia dilebihkan diatas kami.” Mungkin, ketika lampu padam dan suasana gelap gulita, beliau teringat hari kiamat.

Nu’aim bin Hammad Berkata, “Ibnul Mubarak lebih banyak duduk di rumah, maka ditanyakan kepada beliau, “Tidakkah anda merasa kesepian?” beliau menjawab, “Mana mungkin aku kesepian sementara aku bersama Nabi Muhammad shalallahu ‘alaihi wasallam (Yang beliau Maksud adalah bersama Hadits nabi shalallahu ‘alaihi wasallam)

Demikianlah sekelumit kisah tentang sosok Ibnul Mubarak, tentunya masih sangat banyak riwayat-riwayat yang mengkisahkan tentang keagungan beliau. Semoga kita dapat senantiasa meneladai beliau amien. (Muhammad)

(sumber)