Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Fathul Bari. Show all posts
Showing posts with label Fathul Bari. Show all posts

25.1.12

ILMU, bab ni hangpa kena teguq PM

Apakejadah kalau duduk dalam UMNO, boleh bercakap di Perhimpunan Agung UMNO dan diberi hak memakai nama UMNO dihujung perkataan ILMU, tetapi tak tegur PM bab hal-hal yang sesat dan menyesatkan?

Apa pula beza PM dengan Al-Arqam kalau impak gambar ini "boleh" menyesatkan pengikut-pengikutnya? ILMU kena jawab.

Dan, muka mamat sebelah PM tu macam muka mamat yang nak tempeleng Adam Adli kan? Abang dia kot?

dari blog Anak Sungai Derhaka:

Tepung Tawar Van: Najib buat kerja Khurafat!


KOTA BHARU 24 Jan. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menepung tawar 15 buah van Skuad Sayang yang akan digunakan oleh Pergerakan Wanita UMNO dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat di Kelantan.


Majlis ringkas tersebut berlangsung di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, selepas ketibaan Perdana Menteri pada pukul 11.50 pagi ini.

Turut sama Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Wanita UMNO Kelantan, Datin Datin Rahimah Mahamad.

Terdahulu, Najib yang juga Presiden UMNO, mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) Negeri Kelantan, selama kira-kira sejam.

Perdana Menteri kemudiannya menghadiri majlis menyambut menantu yang diadakan oleh Setiausaha Politiknya, Datuk Mohd. Fatmi Che Salleh di kediaman Mohd. Fatmi di Jalan Hospital di sini. - BERNAMA

Menepung tawar tu kerja khurafat.. tengoklah apa yang terpampang dalam e-fatwa di bawah ni.. kalau tak jelas sila klik pada image..


Salam Tiga Line

Ada yang kata, geng 3 line itu adalah PEKIDA. Ada yang kata mereka adalah serpihan PEKIDA. Ada juga yang kata, ia adalah kongsi gelap Melayu. Siapapun mereka, aku tak berminat nak ambil tahu.

Masalahnya, anak buah aku, baru kena lepuk dengan aku sebab salam dengan aku siap nak cangkuk tangan aku. Dia kata, ini salam 3 line. Aku tanya dia "PEKIDA ke?"..Dia kata "A'ah".

Aku tanya "Pergi berdakwah kat mana?"..Nampak naif je soalan aku ni.

Dia kata " Kalau pergi ngeteh, kalau ada polis tangkap, kata sedang berdakwah. Polis kompom lepaskan".

Aku menjawab dengan manja "Dakwah abah kau cenggitu".

Kawan aku cakap, kalau nak cari geng Tiga Line kat Seremban, cari kat Fortune Temiang. Cari kat Masjid memang payah nak jumpa.

Aku bukan nak buka hal 3 Line ni sangat, cuma nak "berdakwah" hal Salam diorang ni. Salam Ustaz kat TV Al Hijrah pun semacam gak aku tengok. Cerita panjang tak guna, kita layan je kuliah Ustaz Fathul Bari ni.


22.12.11

Asabiyah, Dr. Asri dan Fathul Bari

Sebenarnya, aku sudah loya dengan tindakan ala- gangster dari pihak UMNO. Bukan aku tak kenal kebanyakan orang kuat UMNO di tempat aku kerana keluarga aku memang boleh digelar "UMNO totok" atau "UMNO tegar". Aku kenal perangai mereka (di cawangan) yang malamnya kepit betina dan di mesyuarat cawangan cerita bab kedaulatan Islam. Manusia yang tak loya dengan puak sebegini memang bukan manusia. Oleh sebab itu aku tak sokong UMNO 100%.

Aku juga tak tergamak nak sokong PAS 100% kerana aku nampak ada fahaman Syiah dan apabila Mat sabu "naik", lagilah aku menjauhkan diri. Melainkan PAS menolak Mat sabu kerana ke"Syiah"annya atau pun Mat Sabu bersumpah bukan Syiah (walaupun aku tahu dia boleh bertaqiyyah), selagi itu pendirian aku sebegitu.

PKR pula terlampau sekular. Bab "keadilan" yang diperjuangkan mereka, memang aku tabik, bab menentang kemungkaran dengan hujah memang aku respect, namun bila masuk bab Islam, aku nampak mereka agak sekular. Selagi tiada hujah yang boleh membuktikan mereka tidak sekular, aku biarkan persepsi aku begitu. sokongan aku juga tidak sampai 100% pada mereka.

DAP? Dah habis parti kat Malaysia pun aku takkan masuk DAP. Pangkah DAP? Bab itu rahsia.

Oppss..lupa lak. Parti KITA. Ia agak bagus tetapi ia tidak mempunyai kekuatan. Oleh itu, aku simpan komen aku terhadap mereka.

Isu Video Arman

Arman cuma terikut-ikut apa yang Pemuda UMNO biasa buat. Budak Arman ni, kalau ajak one-by-one memang kecut perut dia. Gaduh panggil geng mungkin dia berani. Video dia yang ada adegan berkahak tu, memang membuat mata aku berbulu. Dulu, aku tak kisah kalau dia nak ludah Namewee, tapi kalau nak ludah Mahasiswa tu, aku tak berapa nak suka.

Menteri Pengajian Tinggi ada menyebut, apa sahaja yang Mahasiswa buat diluar kampus termasuk berpolitik, itu tidak menjadi hal. Asalkan mengekalkan suasana neutral dalam kampus, ia masih dibenarkan.

Oleh itu, Arman ni apahal? Dan, jika UPSI mengambil tindakan terhadap budak Adam tu, itu nyata melanggar amanat Menteri Pengajian Tinggi.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi juga wajar disanjung kerana menaikkan persepsi rakyat terhadap kerajaan. Parpukari nak hentam dia atau apa ke, itu masalah Parpukari la. Parpukari pun mana pernah masuk Universiti. Maafkan sahaja lah dia.

Terbaik hari ni, disalin dari blog Milo Suam, adalah tweet Dr. Asri. Bagi aku adalah tweet yang jujur dan ikhlas. Tertunggu juga aku kenyataan dari Fathul Bari.





Fathul Bari dan Asabiyah

Fathul Bari menulis di kolum Mingguan Malaysia dan berjaya meyakinkan khalayak bahawa menjadi ahli UMNO adalah tidak Asabiyah.

Namun tertanya juga aku, adakah dengan menyorok kebenaran dan membelakangkan keadilan dalam isu Shahrizat, Adam UPSI dan barang kemas Rosmah Mansur masih membuatkan ahli itu tidak Asabiyah?

Jika parti tidak Asabiyah, jika ahli tidak Asabiyah; adakah blogger yang berat sebelah itu tidak boleh dikategori dalam Asabiyah?

"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat  Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)

Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata: “Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)

Zalim bermaksud tidak meletakkan sesuatu/ perkara pada tempatnya.

Jika Pakatan Rakyat diam dan membisu terhadap isu terbaru Nga Kor Ming, maka mereka juga zalim.

Wallahua'lam.

Nota kaki: atas alasan itu, tidak berpihak adalah jalan terbaik. 


8.11.11

Hudud: Ulasan Fathul Bari dan Komen Najib Razak


Setelah memahami penjelasan panjang lebar dari Abu Islam Fathul Bari, kita dengar pula penjelasan/ komen dari Perdana Menteri kita. Tidak pula saya tahu bahawa penjelasan Najib ini mewakili Chua Soi Lek atau Karpal Singh. Wallahua'lam.



31.10.11

Panggilan Haji - Penerangan Haji Yang Dilakukan Rasulullah

Bila Rasulullah SAW melakukannya, maka kita wajib ikut kerana Bagindalah sebaik-baik contoh.


19.9.11

Bab Islam, Malaysia Memang Unik!

Kadangkadang, gua pelik dengan jabatan- jabatan kerajaan di Malaysia Tanah Tidak Pernah Dijajah ni. Penyebaran agama Islam disekat dengan pelbagai alasan dan keperluan tauliah umpama suatu isu yang wajib dalam Islam. Jika ada pihak yang mahu mengembangkan Ilmu Allah, mengapa disekat-sekat? Ini negara kafir atau negara Islam?

Mungkin alasan mereka, mereka gusar ajaran salah dan sesat akan dikembangkan di Malaysia Tanah Tidak Pernah Dijajah ni tetapi bukankah itu alasan yang kebudakan? Mungkin ada aduan dari mana- mana pihak yang menuduh mana-mana ilmuan/ ustaz/ ulama sesat dan menyesatkan, tetapi usahlah ditangkap dengan membuta tuli. Siasatlah dahulu. Kalau kamu yang keliru dengan ilmu, janganlah pula mengelirukan orang lain.

Yang Syiah tu, tak payah siasat pun gua sokong lu tangkap tapi ni Ahlussunnah Wal Jamaah! Manhaj Salaf!

Jakim dan Jabatan Agama Islam perlukan muka-muka baru; yang bukan sahaja bijak mentadbir tetapi beragama Islam tanpa hati seorang George Bush.

Bagaimana mahu menyampaikan ayat Rasulullah walau satu ayat jika disekat penyebarannya?

Tak pernah pula gua mendengar para Sahabah RadiAllahuanhum Ajmain memberikan tauliah pada mereka yang menimba ilmu dengan mereka. Tak pernah juga gua membaca riwayat pemberian tauliah kepada Al-Imam Syeikhul Islam As-Syafie atau Al imam Nawawi atau Al Imam Ahmad Bin Hambal? Siapa JAIS/JAINS (dalam isu Ustaz Fathul Bari dan Dr. Asri) untuk memberi tauliah? Adakah ilmu mereka setinggi Gunung Uhud? Jangan buat sang kuffar bergelek dengan gendang tari kita yang bunyinya sumbang. Mereka menarik ribuan Muslimin dan Muslimat masuk agama mereka sedangkan kita heboh dengan tauliah dan benda yang bukan-bukan.

Mungkin apa yang gua bangkitkan ini perkara lama tetapi percayalah, jika kita leka sangat dengan politik Malaysia, kita banyak tertinggal perjuangan Islam yang jatuh hukum wajib untuk kita perjuangkan.

Sedang kalian mengatakan kalian berpanas terik ketika PRU atau berpenat lelah ketika menyambut orang kenamaan di tempat kalian atau merasa "azab" pedihnya tembakan water cannon FRU atau berasak-asak memegang sepanduk mempertahankan pemimpin kalian, percayalah, kesakitan dan keperitan Batu di perut Bilal Bin Rabah r.a. berjuta lebih pedihnya azabnya dari itu semua. Itu belum kita bezakan hala tuju pengorbanan dan pernjuangan kita dengan Bilal r.a.; dah tentu berjuta batu jauh bezanya. Ini yang kita yakin sangat kita masuk syurga?

Wallahua'lam Bissawab.