Petikan Salafi
"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.

Mutiara Kata
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau
Showing posts with label Dr asri. Show all posts

13.7.12
Perjuangan Kerana Allah Azza wa Jalla.
Dr. Asri: "Sejarah Islam telah membuktikan Islam telah adil untuk
semua."...."Orang Melayu Malaysia, jika nak mulia, balik ke dasar
Islam"..."Kita hairan, Slogan..slogan bangsa, tapi yang kaya 2-3 kerat
sahaja"..."Tapi jika berjuang kerana Allah Azza Wa Jalla, apa dunia nak
kata, katalah".
25.6.12
Nik Aziz: Wassotiyah
Soalan: Beranikah, kita memegang kepala MB kita dan mencium dahinya?
Jawapan: Kepala siapa? Tok Mat? Ghani Othman? Ali Rustam? Apa kau dah Gila!
sumber gambar:Kerabu Bersuara

kategori:
Dr asri,
maza,
Nik Aziz,
Politik SeMalaysia
4.5.12
Balas Kezaliman Dengan Anak Panah Malam
Yang merasakan diri dizalimi, tadahlah tangan kalian. Berdoalah. Sesungguhnya, jika benar kamu dizalimi polis, maka percayalah, hidup polis-polis itu tidak akan bahagia. Memohon kepada Allah azza wa jalla, tidak perlu wang, peguam, kabel, orang dalam atau perantara.
4.4.12
Hati Besar
Beliau bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi memupuk hati kecil menjadi hidup dan berkobar-kobar. Kalamnya dengan hujah dan dalil, tidak pernah bosan dalam mengingati aku tentang kebesaran Allah azza wa jall. Ilmu dia membuatkan aku cintakan Nabi SAW; lebih dari segala makhluk hidup, dan menyayangi sahabah r.a. hingga air mata mengalir jika kisah sahabah r.a. dinukilkan.
1.1.12
Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis
di salin dari Minda Tajdid (drmaza.com)
Tugas Mulia
Saudaraku anggota polis,
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan
dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita
aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika
pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang
cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan
fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja
mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan
polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Saudaraku anggota polis,
Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):
Bahaya Kuasa
Saudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.
Saudaraku anggota polis,
Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.
Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:
Saudaraku anggota polis,
Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.
Dunia Sementara
Saudaraku anggota polis,
Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):
Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:
Nasihati Hasan al-Basri
Saudaraku anggota polis,
Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.
Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.
Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!
Mohd Asri Zainul Abidin
WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,
Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah
ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan,
ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja.
Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih
kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas
tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih
dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi
Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.
Tugas Mulia
Saudaraku anggota polis,
Saudaraku anggota polis,
Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):
“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).Nabi s.a.w pula bersabda:
“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.
Bahaya Kuasa
Saudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.
Saudaraku anggota polis,
Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.
Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).Allah Tidak Lupa
Saudaraku anggota polis,
Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.
Dunia Sementara
Saudaraku anggota polis,
Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):
“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).Saudaraku anggota polis,
Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).Sabda baginda juga :
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
Saudaraku anggota polis,
Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:
“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.Saudaraku anggota polis,
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.
Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.
Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!
Mohd Asri Zainul Abidin
22.12.11
Asabiyah, Dr. Asri dan Fathul Bari
Sebenarnya, aku sudah loya dengan tindakan ala- gangster dari pihak UMNO. Bukan aku tak kenal kebanyakan orang kuat UMNO di tempat aku kerana keluarga aku memang boleh digelar "UMNO totok" atau "UMNO tegar". Aku kenal perangai mereka (di cawangan) yang malamnya kepit betina dan di mesyuarat cawangan cerita bab kedaulatan Islam. Manusia yang tak loya dengan puak sebegini memang bukan manusia. Oleh sebab itu aku tak sokong UMNO 100%.
Aku juga tak tergamak nak sokong PAS 100% kerana aku nampak ada fahaman Syiah dan apabila Mat sabu "naik", lagilah aku menjauhkan diri. Melainkan PAS menolak Mat sabu kerana ke"Syiah"annya atau pun Mat Sabu bersumpah bukan Syiah (walaupun aku tahu dia boleh bertaqiyyah), selagi itu pendirian aku sebegitu.
PKR pula terlampau sekular. Bab "keadilan" yang diperjuangkan mereka, memang aku tabik, bab menentang kemungkaran dengan hujah memang aku respect, namun bila masuk bab Islam, aku nampak mereka agak sekular. Selagi tiada hujah yang boleh membuktikan mereka tidak sekular, aku biarkan persepsi aku begitu. sokongan aku juga tidak sampai 100% pada mereka.
DAP? Dah habis parti kat Malaysia pun aku takkan masuk DAP. Pangkah DAP? Bab itu rahsia.
Oppss..lupa lak. Parti KITA. Ia agak bagus tetapi ia tidak mempunyai kekuatan. Oleh itu, aku simpan komen aku terhadap mereka.
Isu Video Arman
Arman cuma terikut-ikut apa yang Pemuda UMNO biasa buat. Budak Arman ni, kalau ajak one-by-one memang kecut perut dia. Gaduh panggil geng mungkin dia berani. Video dia yang ada adegan berkahak tu, memang membuat mata aku berbulu. Dulu, aku tak kisah kalau dia nak ludah Namewee, tapi kalau nak ludah Mahasiswa tu, aku tak berapa nak suka.
Menteri Pengajian Tinggi ada menyebut, apa sahaja yang Mahasiswa buat diluar kampus termasuk berpolitik, itu tidak menjadi hal. Asalkan mengekalkan suasana neutral dalam kampus, ia masih dibenarkan.
Oleh itu, Arman ni apahal? Dan, jika UPSI mengambil tindakan terhadap budak Adam tu, itu nyata melanggar amanat Menteri Pengajian Tinggi.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi juga wajar disanjung kerana menaikkan persepsi rakyat terhadap kerajaan. Parpukari nak hentam dia atau apa ke, itu masalah Parpukari la. Parpukari pun mana pernah masuk Universiti. Maafkan sahaja lah dia.
Terbaik hari ni, disalin dari blog Milo Suam, adalah tweet Dr. Asri. Bagi aku adalah tweet yang jujur dan ikhlas. Tertunggu juga aku kenyataan dari Fathul Bari.
Fathul Bari dan Asabiyah
Fathul Bari menulis di kolum Mingguan Malaysia dan berjaya meyakinkan khalayak bahawa menjadi ahli UMNO adalah tidak Asabiyah.
Namun tertanya juga aku, adakah dengan menyorok kebenaran dan membelakangkan keadilan dalam isu Shahrizat, Adam UPSI dan barang kemas Rosmah Mansur masih membuatkan ahli itu tidak Asabiyah?
Jika parti tidak Asabiyah, jika ahli tidak Asabiyah; adakah blogger yang berat sebelah itu tidak boleh dikategori dalam Asabiyah?
"Seorang lelaki (ayah perempuan yang meriwayatkan hadis) bertanya: 'Wahai Rasulullah, adakah dianggap asabiyah puak orang yang sayang kepada kaum bangsanya?' Jawab baginda S.A.W : 'Tidak, tetapi asabiyah ialah apabila seorang itu menolong bangsanya kepada kezaliman". (Hadis Riwayat Abu Daud, Ibn Majah dan sebagainya)
Imam Al-Munawi ketika mensyarahkan perkataan asabiyah lalu berkata: “Iaitu membantu kezaliman…” (rujuk Aun Al-Ma’bud)
Zalim bermaksud tidak meletakkan sesuatu/ perkara pada tempatnya.
Jika Pakatan Rakyat diam dan membisu terhadap isu terbaru Nga Kor Ming, maka mereka juga zalim.
Wallahua'lam.
Nota kaki: atas alasan itu, tidak berpihak adalah jalan terbaik.

19.9.11
Bab Islam, Malaysia Memang Unik!
Kadangkadang, gua pelik dengan jabatan- jabatan kerajaan di Malaysia Tanah Tidak Pernah Dijajah ni. Penyebaran agama Islam disekat dengan pelbagai alasan dan keperluan tauliah umpama suatu isu yang wajib dalam Islam. Jika ada pihak yang mahu mengembangkan Ilmu Allah, mengapa disekat-sekat? Ini negara kafir atau negara Islam?
Mungkin alasan mereka, mereka gusar ajaran salah dan sesat akan dikembangkan di Malaysia Tanah Tidak Pernah Dijajah ni tetapi bukankah itu alasan yang kebudakan? Mungkin ada aduan dari mana- mana pihak yang menuduh mana-mana ilmuan/ ustaz/ ulama sesat dan menyesatkan, tetapi usahlah ditangkap dengan membuta tuli. Siasatlah dahulu. Kalau kamu yang keliru dengan ilmu, janganlah pula mengelirukan orang lain.
Yang Syiah tu, tak payah siasat pun gua sokong lu tangkap tapi ni Ahlussunnah Wal Jamaah! Manhaj Salaf!
Jakim dan Jabatan Agama Islam perlukan muka-muka baru; yang bukan sahaja bijak mentadbir tetapi beragama Islam tanpa hati seorang George Bush.
Bagaimana mahu menyampaikan ayat Rasulullah walau satu ayat jika disekat penyebarannya?
Tak pernah pula gua mendengar para Sahabah RadiAllahuanhum Ajmain memberikan tauliah pada mereka yang menimba ilmu dengan mereka. Tak pernah juga gua membaca riwayat pemberian tauliah kepada Al-Imam Syeikhul Islam As-Syafie atau Al imam Nawawi atau Al Imam Ahmad Bin Hambal? Siapa JAIS/JAINS (dalam isu Ustaz Fathul Bari dan Dr. Asri) untuk memberi tauliah? Adakah ilmu mereka setinggi Gunung Uhud? Jangan buat sang kuffar bergelek dengan gendang tari kita yang bunyinya sumbang. Mereka menarik ribuan Muslimin dan Muslimat masuk agama mereka sedangkan kita heboh dengan tauliah dan benda yang bukan-bukan.
Mungkin apa yang gua bangkitkan ini perkara lama tetapi percayalah, jika kita leka sangat dengan politik Malaysia, kita banyak tertinggal perjuangan Islam yang jatuh hukum wajib untuk kita perjuangkan.
Sedang kalian mengatakan kalian berpanas terik ketika PRU atau berpenat lelah ketika menyambut orang kenamaan di tempat kalian atau merasa "azab" pedihnya tembakan water cannon FRU atau berasak-asak memegang sepanduk mempertahankan pemimpin kalian, percayalah, kesakitan dan keperitan Batu di perut Bilal Bin Rabah r.a. berjuta lebih pedihnya azabnya dari itu semua. Itu belum kita bezakan hala tuju pengorbanan dan pernjuangan kita dengan Bilal r.a.; dah tentu berjuta batu jauh bezanya. Ini yang kita yakin sangat kita masuk syurga?
Wallahua'lam Bissawab.

28.7.11
Dr. Asri: Dari sisi terhebat akal beliau
Gua neutral walaupun dalam dompet gua ada kad keahlian satu parti yang semua orang kenal (bukan KITA). Gua pun pangkah ikut naluri gua. Salahkah gua kalau tidak bersetuju dan tidak menyokong pemimpin parti gua? Tidak. Gua bukannya dilahirkan untuk menjadi pengikut dan pak turut; gua dilahirkan untuk memimpin. Gua yakin perkara itu.
Gua suka Dr. Asri sejak zaman beliau berdebat dengan Astora Jabat. Orang nak cop dia apa pun gua tak kisah. Dia tak pernah ajar gua benda tak baik. Kalau lu kata dia Wahabbi, lu kena dengar ceramah dia dulu. Setakat dengar cakap orang, lu tak layak nak hukum sesiapa.
Macam ada seorang makcik di FELDA Palong 8, bercerita tentang konek Anwar Ibrahim. Bila gua tanya sumber mana dia dapat, dia kata Paklong Bidin yang cerita kat dia. Siap panggil "Nuar Belalai". Gua percaya Paklong Bidin adalah pembaca tegar blog Parpukari (gua sayang Parpukari...sebagai saudara seIslam).
Gua bukan macam makcik tu bai. Lu betul gua angguk bersetuju. Kalau lu tak betul, takkan gua ontok ye tak? Gua tak betul pun gua rela dikritik. Ada pernah gua buang komen korang? Yang mencarut dan rasis tu gua pangkah la...
Cerita gua dah habis..Dengar pendapat Dr. Asri pulak:

18.11.09
Kes Dr. Asri: Perkembangan Mutakhir
- 9.55 pagi: Mahkamah menetapkan tarikh 5 Januari 2010 untuk perbicaraan kes .
- 9.50 pagi: Mahkamah telah memutuskan, tidak memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.
- 9.35 pagi: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mengaku tidak bersalah atas dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah dan dan minta dibicarakan.
- 9.15 pagi: Mahkamah sedang bersidang.
- 9.10 pagi: YB Saari Sungib turut hadir.
- 8.45 pagi: Azwan Ali datang bersama rakan-rakan mewakili kelab penyokong Dr. Asri.
- 8.43 pagi: Datuk Seri Shahidan Kassim datang bersama sahabat dari Kuala Lumpur.
- 8.37 pagi: Editor Mstar datang bersama wartawan media cetak dan elektronik untuk membuat liputan.
- 8.35 pagi: Satu bas daripada Perlis telah sampai untuk memberi sokongan moral.
- 8.30 pagi: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin telah tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur bersama peguamnya
Subscribe to:
Posts (Atom)