Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Polis. Show all posts
Showing posts with label Polis. Show all posts

4.5.12

Balas Kezaliman Dengan Anak Panah Malam

Yang merasakan diri dizalimi, tadahlah tangan kalian. Berdoalah. Sesungguhnya, jika benar kamu dizalimi polis, maka percayalah, hidup polis-polis itu tidak akan bahagia. Memohon kepada Allah azza wa jalla, tidak perlu wang, peguam, kabel, orang dalam atau perantara.



1.1.12

Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis

di salin dari Minda Tajdid (drmaza.com)

WARKAH BUAT SAUDARAKU ANGGOTA POLIS
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZa)

Assalamualaikum warahmatuAllahi wabarakatuhu,

Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.


Tugas Mulia
Saudaraku anggota polis,
Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.
Saudaraku anggota polis,
Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):
“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).
Nabi s.a.w pula bersabda:
“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).
Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.
Bahaya Kuasa
Saudaraku anggota polis,
Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.
Saudaraku anggota polis,
Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.
Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Dalam riwayat Ahmad yang lain:
“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).
Allah Tidak Lupa
Saudaraku anggota polis,
Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.
Dunia Sementara
Saudaraku anggota polis,
Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):
“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).
Saudaraku anggota polis,
Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:
“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).
Sabda baginda juga :
“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).
Nasihati Hasan al-Basri
Saudaraku anggota polis,
Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:
“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.
Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)
Saudaraku anggota polis,
Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.
Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.
Saudaraku anggota polis,
Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!
Mohd Asri Zainul Abidin

19.7.11

Sila tangkap Yenkerhack!

Pihak Polis disarankan menangkap Yenkerhack kerana menipu dan memfitnah PDRM dengan edited video lengkap dengan senarai 10 keganasan yang dilakukan pihak polis ketika BERSIH 2.0. Mana mungkin pihak polis bertindak seganas itu. Ia mungkin super-impose yang dilakukan oleh Yenkerhack untuk memburukkan Institusi Polis. Polis yang gua kenali amat lemah lembut dan bersopan- santun.

Gua takkan percaya dengan apa yang dipaparkan oleh video dibawah. TANGKAP YENKERHACK dengan segera sebelum macam-macam video lagi di super-impose dan di upload ke Youtube. (Gua menulis sambil menangis apabila PDRM difitnah sedasyat ini...). Kalaulah Polis seganas ini, sudah tentu gua tak kena buang sekolah masa terajang pengawas dulu. Dah tentu gua dipromote jadi Ketua Pengawas. Betul tak? Agak-agak la Yenkerhack.

Nota: Gua tulis posting ni masa gua sedang mabuk laut.




22.10.10

10 Ciri Negatif Pemuda adalah Ciri-ciri seorang Khairy Jamaluddin

Yang Berhormat KJ menyatakan terdapat 10 ciri negatif Pemuda UMNO yang perlu dikikis dan dijauhi kerana boleh merosakkan{sumber di sini}:

1. Elitis dan egois.

2. Suka melihat orang lain dihentam.

3. Syok sendiri.

4. Budaya 'check in'/'check out' dan 'punch card' - hanya tunjuk muka bila pemimpin ada.

5. Suka 'enter frame'/ gemar mengambil kredit atas usaha orang lain.

6. Budaya 'politik sate' - cucuk dan kipas pemimpin.

7. Baling batu sembunyi tangan.

8. Budaya 'yes man' / 'yes bos'

9. Talam dua muka

10. Oportunis.

Yang sengalnya, YB KJ tak faham bahawa dialah sebenarnya "perosak" Pemuda UMNO malah kehadiran dia amat tidak diperlukan didalam landskap politik Malaysia. Kebanyakan ciri-ciri tersebut adapada beliau sendiri.

Contoh 8 Ciri-Ciri Negatif ada pada KJ:

Baling Batu Sembunyi Tangan



Politik Sate


Suka Enterframe


Opportunis


Talam Dua Muka


Syok sendiri


Elitis dan Egois

Paling Best : Talam 2 muka @ 2 Alam

17.4.10

Zaid Kaki Tonggang? Mana buktinya?

Ada yang kata, Zaid Ibrahim kaki botol. Itu Harimau tak tahu. Kalau ada bukti, sila siarkan. Biar kita semua pakat buat penghakiman di alam blog. Manalah tahu, ada yang kena sebat lepas ni.

Setakat togok arak, orang Felda tak berapa nak heran. Kalau nak diungkit cerita kehebatan orang Felda, setakat jeb , kapalselam atau chasing the dragon kira dah biasa kat diorang. Siapa tak faham istilah ni, kena rujuk dengan orang Pengasih. Kalau percentage alkohol yang Zaid tonggang tu tak capai 90%, buat malu je cerita dengan diorang. Harimau cop warga muda Felda macam tu sebab terlalu ramai member-member masa bujang yang datang dari Gugusan Palong, Serting, Jelai, Kepis, Pasuh dan Sg. Kelamah yang berperangai macam tu. Kalau dah berubah, Alhamdulillah.

Terbaharu, Orang Felda Jelai (bukan semua) pun dah buat video porno sendiri. Memang warga Felda dah advance. Setakat cerita Zaid Ibrahim kaki botol tu, kira cerita budak-budak je bagi diorang.

Nak menangi hati orang Hulu Selangor, kena pakai otak. Buat macam PM kita buat la.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan bersetuju untuk membina satu lagi Projek Perumahan Warga Felda untuk Gugusan Sungai Dusun di daerah Hulu Selangor. 
Dalam kenyataan itu, Najib berkata, projek yang akan dilaksanakan itu terletak di Felda Soeharto di kawasan seluas 14 hektar yang membabitkan pembinaan sebanyak 250 unit rumah dan menelan belanja kira-kira RM32 juta.  {sini}

Harimau pun tak tahula yang ini boleh nak dikatakan sogokan ataupun rasuah. Kalau sesiapa yang pandai undang-undang, boleh la ajar kitorang kat sini. Tapi, kita kenalah bersangka baik. Ye tak. Mungkin memang itu perancangan kerajaan sejak bertahun-tahun.

Kat Zaid Ibrahim pun, kita kena juga bersangka baik. Mungkin dia tak pernah minum arak tapi setakat kemam je...(tapi dosa jugak kan?)

Last-last, terpulang pada kepala otak orang Hulu Selangor untuk pilih wakil mereka. Kalau pakai otak FELDA, Harimau dah tahula jawapannya. Tapi, kalau pakai otak yang pandai sikit, persaingan agak sengit dari keempat-empat calon.

Pokok kek kau la Jang!

31.1.09

Bila Samseng Menjadi Polis...

Seandainya polis tiada, samseng pasti akan menjadi raja. Tak percaya? Taipingmali ada jawapannya. Klik http://taipingmali.blogspot.com/2009/01/lihat-video-ini-siapa-samseng.html

Pilihan tetap di tangan kitasamada mahu menghormati pihak Polis atau mengangkat penjahat menjadi Adiwira. Fikir dahulu sebelum beri jawapan!

Harimau : kuatkan semangat sebelum menonton.

25.1.09

Siapa ada Ear-plug?

"Hindraf mempersoalkan integriti, akauntabiliti dan ketelusan pasukan polis dan pejabat AG yang mengeluarkan kenyataaan hanya untuk menenangkan keadaan,," katanya. { sini }

Hindraf ni siapa? Bila dia daftar Pertubuhan? Bingit telinga Harimau dengar suara dia...sakit mata Harimau tengok baju oren dia.. Tolong diam. Hangpa ada dengan tiada pun takde beza. So, lebih baik takde!

Sang Mata-mata pun lambat sangat. Takkan kes macam ni yang melibatkan orang dalam pun lambat? Come-on. Inilah ketikanya mahu PDRM bina reputasi dan kepercayaan. Jam terus berdetik dan jika PDRM terus lengah maka Harimau percaya makin banyak parasit seperti Hindraf akan bersuara.

Tidak hairanlah kes Arwah Nurin Jazlin terus menyepi dibawa kemelesetan ekonomi dunia? Al-Fatihah.

23.1.09

Usah Mempolitikkan Segala Yang Ada

Gambar di atas ialah gambar mayat mendiang S.Kuhan, 23 tahun yang mati dalam tahanan Polis di Balai Polis USJ 8, Subang Jaya. Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mangsa mati kerana 'penyakit paru - paru berair'. Berdasarkan kenyataan Ketua Polis Selangor mangsa mati mengejut selepas diberi minum air. { sini }

Harimau meminta maaf kerana pekerja-pekerja kilang airmata Harimau sudah bercuti sempena Tahun Baru Cina dan atas sebab itulah kurang airmata yang berguguran di atas berita ini. Mungkin Penyelia bahagian production sudah mengajar anak buah mereka agar meng"khas"kan pengeluaran airmata buat Rakyat Palestin dan saudara seIslam yang menderita di seluruh dunia. Dek terlalu banyak airmata yang tertumpah ketika melihat kekejaman Israel, ia agak kurang apabila melihat berita kekejaman yang lain. Ini adalah jawapan Harimau terhadap soalan dari pembaca blog Harimau Menaip yang dikirim melalui emel.

Tok, mengalir airmata saya bila tengok gambar kematian OKT. Tok tak nak komen apa2 ker?

Walaubagaimanapun, Harimau tetap bersimpati dan menumpang rasa sedih bersama keluarga mereka di atas kehilangan Mendiang.

Cuma, usahlah kes sebegini dipolitikkan. Rasa mual dan muak dengan tuduhan-tuduhan terhadap parti politik khususnya UMNO semakin menjadi-jadi terutama apabila terbaca komentar pembaca di blog Chegubard yang berbunyi :
it's a anti indian war started in malaysia ! UMNO is using police fuckers to kill indian...a big disaster waiting for UMNO idiots..indians are not angry wt malay or other race but wt Umno n Police { sini }



Tertanya di kepala; mengapa MIC tidak dituduh walhal mereka juga sebahagian daripada Barisan Nasional? Tolong letakkan politik di raknya dan kemanusiaan di tempatnya. Jangan campurkan kerana tidak mungkin minyak kan bersatu dengan air. Berfikirlah dengan rasional dan buka mata seluas-luasnya dan bijaklah dalam membezakan yang mana politik, perkauman dan isu agama.

Jangan nak tembak semacam sahaja.

Tetapi tertanya juga benak Harimau, kesan-kesan pada badan Mendiang itu, adakah dari kesan paru-paru berair atau kesan kudis buta? Biar betul PDRM ni.

tambahan jam 8:40 : Harimau ingin tambah dan menjawab komentar dari Aku Oku yang berbunyi :

dato harimau pernah pi demo atau pernah kena jadi OKT atau kena soal siasat di bwh ISA?. kalau pernah pasti tahu kalau tak pernah kami nak bagi tau kebanyakan polis yg mcm samsing dan berperangai lebih dari binatang tu adalah Melayu yg mengaku Islam.

dah memang polis ni dibwh kerajaan BN yg diketuai oleh united malay national organisation. MIC dan MCA mana ada power semua org tahu.....

tak pelah kalau tok rimau tak de air mata lagi... Nabi SAW suruh kita hormati jiran tak sebut pun apa agama dan bangsanya, JIRAN....

Tuan Oku, Harimau bukan tiada simpati atau terlalu kejam. Apa yang tersirat dari penulisan Harimau adalah, di kala ini terlalu banyak pencabulan hak, kezaliman dan pembunuhan. Sebagai manusia yang mempunyai keupayaan yang terhad, tentunya Harimau tidak mampu untuk menangisi semua penderitaan yang ada kerana terlalu banyak airmata yang telah tertumpah ketika membaca penderitaan Palestin.

Peguam Negara juga dikhabarkan telah mengesahkan bahawa ia adalah bersifat atau suatu kes pembunuhan! Maka, Harimau MENYOKONG tindakan untuk mengheret pembunuh- pembunuh tidak kira mereka dari PDRM atau siapa sekalipun.

Cuma, janganlah semua yang buruk disumbatkan ke dalam dunia politik. Itu yang cukup Harimau tidak setuju.

Terima kasih Tuan kerana mengingatkan Harimau.

Wallahualam.

8.1.09

Corat-coret : PDRM Maju Setapak Lagi







Tahniah kepada PDRM kerana maju setapak lagi dengan meningkatkan 'martabat' dan keupayaan dengan menggunakan kereta peronda berkuasa tinggi. Ini bermakna, Harimau terpaksa minta maaf sebab selalu gelakkan polis yang meronda guna Perodua Kancil. Yalah, perompak paling bangang pun pakai Perdana V6, macamana Kancil nak kejar? Sekarang, tidak lagi...