Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Ketua Pemuda. Show all posts
Showing posts with label Ketua Pemuda. Show all posts

15.12.11

Pemuda dan Wanita UMNO Paling Gagal Dalam Sejarah UMNO

Rafizi Ramli, pengarah strategi PKR telah menerima jawapan bertulis rasmi daripada Pemuda Umno untuk cabarab debat mengenai skandal RM250 juta Shahrizat – NFC setelah hanya 3 minggu selepas mengaku kalah.

Yang paling teruk, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin telah membuat keputusan untuk menarik diri dengan memberi alasan bahawa beliau ada tuntutan lain pada hari yang telah dijadualkan itu, iaitu pada 12 Disember.


Hanya selepas memikirkan secara dalam, pengkritik telah berpendapat bahawa Khairy mungkin telah membuat perkiraan bahawa pendebatan tersebut tidak akan membawa kemenangan kepada beliau dan juga ia mungkin boleh membongkar banyak lagi kesalahan yang dilakukan dalam Umno. 

(Sumber : http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2011/12/kehidupan-selepas-nfc-masa-depan-yang.html)

Komen aku: Entah apa yang KJ takutkan untuk berdebat dengan Rafizi. Jika isu NFC adalah fitnah, aku amat pasti KJ akan menghantar "bala tentera"nya yang lain untuk menggantikan beliau. Kesimpulan mudah bagi tindakan Khairy Jamaluddin itu hanya ada 2:
1. Beliau tidak ada fakta yang boleh membantu untuk kemenangan beliau dari segi hujah dan pembuktian fakta.
atau
2. Beliau sahaja yang bijak untuk berdebat dan menganggap barisan EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang lain adalah bodoh dan tidak layak untuk berdebat ataupun spin fakta.

Beliau mengambil ikhtibar atas kebodohan hujah-hujah Lokman Adam suatu ketika dahulu. 

Bagi aku, kebenaran hanya tertegak dengan hujah. Selagi ia tanpa hujah yang kukuh, maka sebarang kenyataan wajar ditolak. Tidak pernah pula aku melihat Pemuda atau Wanita UMNO mutakhir menegakkan kebenaran dengan hujah. Ada segelintir yang bagus umpama Dr. Novandri dan Kamrulzaman Kamdias didalam blognya yang menangkis hujah Pakatan Rakyat dengan hujah. Kalau nak tunggu datang dari Exco Mutakhir, kirim salam lah!

Nak cerita hal Wanita UMNO? Mana ada cerita. Dengar sahaja hujah dan usul mereka dalam PAU yang lepas, nothing, poci, yilek!

Jika Keluarga Shahrizat bersalah, maka hukum sajalah. Duit itu bukan duit mak bapak dia pun.

Umpama aku ketika kecil, sudah tentu makan kepala tali pinggang abah aku kalau duit yang dia suruh beli buku, aku gunakan untuk beli air Milo. Walaupun aku berhujah yang Milo memberi tenaga, namun hakikatnya aku adalah orang yang melanggar amanah.

Bagaimana pula orang yang "rapat" dan dan hanya mendiamkan diri apabila temannya melanggar amanah; dibiarkan menjadi pemimpin? Hal ini, aku merujuk pada Shahrizat Jalil.

Dan, bagaimana pula orang yang bermati-matian mempertahankan orang yang melanggar amanah, boleh dikatakan calon boleh menang? Aku merujuk kepada KJ dalam kenyataan ini.

Bukankah melanggar amanah itu ciri-ciri Munafikun?

Wallahua'lam.

22.10.10

10 Ciri Negatif Pemuda adalah Ciri-ciri seorang Khairy Jamaluddin

Yang Berhormat KJ menyatakan terdapat 10 ciri negatif Pemuda UMNO yang perlu dikikis dan dijauhi kerana boleh merosakkan{sumber di sini}:

1. Elitis dan egois.

2. Suka melihat orang lain dihentam.

3. Syok sendiri.

4. Budaya 'check in'/'check out' dan 'punch card' - hanya tunjuk muka bila pemimpin ada.

5. Suka 'enter frame'/ gemar mengambil kredit atas usaha orang lain.

6. Budaya 'politik sate' - cucuk dan kipas pemimpin.

7. Baling batu sembunyi tangan.

8. Budaya 'yes man' / 'yes bos'

9. Talam dua muka

10. Oportunis.

Yang sengalnya, YB KJ tak faham bahawa dialah sebenarnya "perosak" Pemuda UMNO malah kehadiran dia amat tidak diperlukan didalam landskap politik Malaysia. Kebanyakan ciri-ciri tersebut adapada beliau sendiri.

Contoh 8 Ciri-Ciri Negatif ada pada KJ:

Baling Batu Sembunyi Tangan



Politik Sate


Suka Enterframe


Opportunis


Talam Dua Muka


Syok sendiri


Elitis dan Egois

Paling Best : Talam 2 muka @ 2 Alam

7.4.09

Asbab Kekalahan BN (bukan sebab tak pandai nyonyot bukit)

Orang kata BN Kalah Bukit sebab BN tak pandai menggomol 2 bukit. Orang kata yang BN hanya pandai bermain politik Batang. Ada juga kata, aura Tun Mahathir tidak cukup untuk mengembalikan sokongan rakyat jelata yang melata. Ada juga kata, perlantikan DS Najib sebagai PM sikit lebih kurang macam perlantikan Obama sebagai Presiden US; tiada impak besar dan tiada perubahan.

Pada Harimau, orang boleh kata apa-apa sebab mereka ada otak dan itu membuatkan mereka ada hak. Harimau juga ada hak sebab Harimau ada juga otak. Pada hemat Harimau, BN kalah kerana keputusan pemilihan UMNO yang lalu. Bukan dek Muhyiddin atau Zahid Hamidi, tetapi kerana angkara Geng 304.

Rata-rata masih tidak percaya dengan ketelusan dan transformasi yang mahu dibuktikan oleh UMNO yang menjadi tulang belakang BN itu. Selagi masih ada nama KJ dalam pimpinan atasan UMNO dan BN, selagi itulah rawatan terhadap penyakit UMNO tidak akan menunjukkan perubahan. Tulisan ini bukan kerana Harimau berseteru atau mempunyai dendam kesumat terhadap sesiapa, tetapi ia adalah suara lantang orang bawahan. Jika mahu mendengar suara tersebut, syaratnya amat mudah. Kalian hanya perlu BUKA TELINGA dan BUKA MINDA.

Yang sudah menang Pilihanraya boleh berteriak dan yang kalah kan tetap kalah, namun tindakan DS Najib yang seterusnya adalah memastikan jawatan Ketua Pemuda UMNO dipertandingkan semula dan tiada jawatan Menteri buat Ketua-Ketua yang menang tetapi ditolak akar umbi.

Itupun kalau percaya bahawa "kebenaran itu sememangnya pahit!"

31.3.09

Wali Yang ke-Sepuluh?

Ada yang kata, penyokong Khir dan Mukhriz tidak puas hati dengan kemenangan KJ. Bagi Harimau, hanya orang gila saja yang akan berpuas hati dengan kemenangan Ketua Pemuda UMNO yang baru tu.

Kedai Kopi depan rumah Harimau heboh kata MUNGKIN ada unsur rasuah dalam kemenangan beliau tetapi Harimau tak percaya. Baik budak KJ tu. Sebaik-baik umat. Kok kalau ada Wali yang kesepuluh, dia lah calon nya.

Sebab itulah orang dengar "KJ Rasuah" dalam video yang dibawah tetapi Harimau dengar "KJ Berseluar". Bukan apa, dengan undian sebanyak 304 untuk KJ, naik takut pula bila Harimau terbaca:

Tuan lawyer kata, “Setahu saya kalau ikut Penal Code, Kanun Keseksaan bagi kesalahan jenayah di bawah Seksyen 302, seseorang yang disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 302 kanun acara jenayah, jika sabit kesalahan akan dikenakan hukuman gantung sehingga mati di bawah Seksyen 304 kanun yang sama”, (kkamdias)

{HARAP MAAF KERANA VIDEO GAGAL DI MUAT NAIK. SILA KLIK http://www.youtube.com/watch?v=ixlbB9VAeNM UNTUK VIDEO YANG HARIMAU NYATAKAN.}

20.2.09

Angkatan Muda Keadilan leka disontot, menyontot dan dibontotkan?

"Berikan aku sepuluh pemuda, akan ku goncang dunia" Soekarno.

Jika Pergerakan Pemuda UMNO lampau pernah dianggap "pemuda Halia" dan "umpama parti dalam parti" manakala Dewan Pemuda PAS berani mengegar keputusan-keputusan Istana, apa pula tindakan Ketua Angkatan Muda KeAdilan ketika YB Elizabeth dicemuh? Apa pula vokal Angkatan Muda Keadilan apabila Ketua mereka diratah lumat oleh Media Arus Perdana? Senyap sahaja kah? Di manakah kejantanan Syamsul di saat ia didambakan oleh golongan Muda?

Golongan Muda adalah denyut jantung buat Pakatan Rakyat maka kegagalan ia berdenyut membawa tafsiran bahawa Pakatan Rakyat umpama mayat yang bersuara. Ada jasad namun tiada roh.

Maka, perlulah pimpinan tertinggi Keadilan memikirkan sedalam-dalamnya untuk menukar pimpinan atasan AMK dan membawa suara yang lebih tegas, lebih jelas dan lebih berani.

Apa guna wujudnya Pergerakan Golongan Muda jika ia gagal berfungsi?

Percayalah, untuk terus relevan di zaman penuh cabaran, AMK wajib lebih hidup, lebih bernyawa dan lebih gagah. Buktikan Pakatan Rakyat berjaya membentuk dan mencipta pemimpin-pemimpin muda yang kritis dan berwawasan.

Usahlah asyik mencipta gigolo dan pelacur jantan kelas atasan sahaja yang asyik dan leka disontot, menyontot dan dibontotkan.

17.2.09

Sembang Tepi Semak : Pemuda Sana, Pemuda Sini

Merujuk rancangan Hujah yang baru selesai, entah kenapa, Khir Toyo tampak lebih ke hadapan dari segi mutu hujah dan tenaga di pentas. Mukhriz kedengaran biasa-biasa sahaja dan malang tertimpa di kepala Khairy. Dengan hujah tanpa tepukan dari hadirin, mimik wajah Khairy yang seakan-akan mengejek panelis-panelis lain pasti diterjemahkan secara songsang oleh ahli-ahli UMNO yang menonton.

Membuat mimik muka yang "tidak elok", akan membuat peluang Khairy menjadi Ketua Pemuda jatuh merudum kira-kira 9%. Suka Harimau memetik kata-kata penutup Dr. Agus:

Kalau ingin memilih pemimpin,
Yang pertama elok,
Yang kedua pandai.

Secara peratusan yang Harimau selidiki sejak dari awal proses pencalonan Ketua Pemuda, rancangan Hujah pada hari ini pasti akan menaikkan ranking Khir Toyo 13.5% kehadapan dan menjadikan:
  • Mukhriz - 45 % akan menjadi Ketua Pemuda
  • Khir Toyo - 34% akan menjadi Ketua Pemuda
  • Khairy - 21% akan menjadi Ketua Pemuda

Antara pengakuan dan pendapat paling hebat pernah diucapkan oleh pemimpin UMNO adalah yang keluar dari mulut "suci & cute" Khir Toyo iaitu:

" Pemuda UMNO membawa suara kerajaan dan Pemuda Pakatan Rakyat membawa suara rakyat".

Ianya benar dan ia adalah antara asbab mengapa Pemuda UMNO diremehkan oleh golongan Muda yang "berakal". Rasanya, yang ramai di cawangan-cawangan UMNO adalah yang tidak berakal. Sekiranya ada kelapangan, Tuan/Puan boleh ambil masa sejenak untuk bertanya apa itu perjuangan UMNO khususnya kepada pemuda-pemuda di cawangan, pasti terkebil-kebil mata budak-budak muda yang hadir di mesyuarat cawangan kerana kehadiran mereka rata-ratanya dek kerana sogokan dan "duit teh" Ketua Cawangan .

Tanya pula kepada Pemuda Pakatan Rakyat, pasti jawapan yang paling "teruk" pun adalah "Kami menyokong dasar Anwar Ibrahim". Walaupun kedengaran agak bodoh, sekurang-kurangnya mereka tahu juga tujuan dan asas persepakatan Pakatan Rakyat.

UMNO mungkin tewas sokongan di kalangan golongan Muda tetapi sekurang-kurangnya masih ada pemimpin yang ada otak dan akal. Jika nak dibandingkan dengan Syamsul (Ketua AMK PKR), rasanya masih jauh ketinggalan pencapaian Syamsul. Dengan Dewan Pemuda PAS, rasanya usahlah dibandingkan kerana Salehuddin agak senior dan hebat; lebih hebat dan tuntas dari Hishamuddin.

Bercakap mengenai Hishamuddin, atas kapasiti apakah beliau diangkat menjadi Pemimpin? Darah bangsawan? Nampaknya, transformasi UMNO sudah jatuh hukum WAJIB!

31.1.09

Hantar Pemuda UMNO sorang ni ke ISRAEL!

Pertama, mereka sanggup menjual perjuangan bangsa. Kedua, mereka sanggup menjual agama. Kesanggupan menjual perjuangan bangsa boleh kita lihat dengan jelas apabila mereka bersekongkol dengan pembangkang demi menentang program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). { sini }

Entah otak apa yang dipakai oleh penulis ruangan "Penulis Tamu" di laman web Pemuda UMNO. kalau sebeginilah mentaliti sempit yang diguna-pakai dan disanjung oleh pemuda UMNO, tidak perlulah menunggu PRU 13, kamu sudah tewas dan ranap sekarang. Berdosa dan salahkah jika pendokong/pejuang Bahasa Melayu menyuarakan suara kegusaran mereka melalui demonstrasi? Kamu yang kononnya pejuang Bangsa, kenapa menikus dan senyap sejuta bahasa?

Ohh, mungkin aku lupa, kau belum hilang penat dek berdemonstrasi marahkan SPRM menyiasat pemimpin-pemimpin UMNO.

Tidakkah jika mengikut logik kumpulan ini, Allah SWT zalim kerana menyusahkan anak-anak daripada pelbagai kaum untuk mempelajari al-Quran dan ajaran Islam itu sendiri? Malah kenapa pula Allah SWT menurunkan al-Quran kepada umat manusia bukan dalam bahasa Arab harian yang biasa sebaliknya di dalam bahasa Arab yang mempunyai nilai kesusasteraan yang tinggi?

Bab PPSMI pandai pula kau petik ayat-ayat suci tetapi apabila perihal agama dan bangsa, tidak pernah pula kau keluarkan kejantanan kau nak berdebat dengan Parti PAS/PKR.

Harimau tak mahu ulas panjang. Bawak dia jauh-jauh. Hantar dia ke Israel!

25.1.09

Pemuda : Tugas Seorang Ketua Umpama Pecacai

Golongan muda mendesak lima perkara utama dilaksanakan oleh kerajaan iaitu biasiswa, kemasukan ke universiti yang lebih baik, pengangkutan awam yang cekap, kemudahan asas dan yang terakhir kemudahan sukan serta rekreasi yang baik. { sini }

Arakian, sekonyong-konyong (pinjam ayat Anwar) Ketua Pemuda parti politik Malaysia (tidak kira PAS, UMNO atau PKR) wajib menjadikan 5 elemen di atas sebagai agenda utama dalam kempen-kempen dan halatuju Pemuda.

"Yang sedihnya tidak ada mana-mana calon atau pemimpin politik yang mengambil kisah perkara ini dalam ucapan dan kempen mereka," kata Abu Hassan.

Mungkin Ketua Pemuda hanya leka berdemonstrasi, perasap keris, membilang untung rugi kontraktor, bercinta dengan golongan Puteri atau survey kereta baru yang mahu dibeli? Jika benar, maka hentikan.

Ahli parti kalian tidak melantik kamu untuk melantak. Mereka melantik untuk menjadi pecacai mereka dalam merealisasikan impian-impian anak muda. Dan, sila mulakan bekerja sambil mencari idea-idea baru yang bernas dengan kadar segera.

Selamat Buat Golongan Muda!

18.1.09

Sembang Kosong : Perihal Golongan Muda


Temujanji Astro Awani telah menjemput YB Khairy Jamaluddin ke studio dan beberapa soalan "suam dan klise" telah diajukan oleh penonton di studio. Yang menarik dan hanya dikesan Harimau setelah selesai rancangan tersebut ialah:


  • Bagaimana Harimau boleh melayan 30 minit penuh rancangan tersebut dan menolak permintaan keluarga untuk menonton Anugerah Juara Lagu. Adakah kerana aura KJ?

  • Terasa kewujudan perasaan sayang apabila seorang individu berbakat dalam bidang politik di hujani pelbagai cerita negatif sehingga ter'endos' pada setiap persepsi rakyat terhadap beliau (Khairy). Samada cerita itu benar atau tidak, itu bukan perkara pokok. Yang utama adalah yang diingini 'mati' akan mati, dan yang disokong akan menang. Itulah agaknya formula majoriti pengamal politik di Tanah Melayu.

  • Tertanya-tanya juga, di mana lagi 2 calon Ketua Pemuda yang bakal bertembung dengan Khairy; kenapa senyap sunyi. Adakah mereka hanya bersuara pada bulan Mac nanti? Adakah isu golongan muda hanya layak diperjuangkan di hari pemilihan?

  • Secara peribadi (maaf), jika dibandingkan dengan Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat mutakhir, macam langit dengan bumi.

Harimau bukan sudah 'dibeli' Khairy tetapi bercakap dari hati dan kesedaran yang tiba-tiba wujud. Namun, Mac masih jauh dan apa-apa boleh berlaku.


Secara ikhlas, Harimau pernah merasakan UMNO sudah salah memilih Datuk Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda sejak dulu lagi. Harimau tak percaya yang golongan bangsawan boleh memahami orang bawahan. Perasaan itu kekal hingga kini.


Kepada Parti Keadilan Rakyat, tak mahu tukar Ketua Angkatan Muda itu kah? Macam tak berapa nak dasyat je? Atau perlu masa lagi untuk di'groom' oleh DSAI?


Harimau : Hanya pemuda sahaja mengenali dan memahami masalah pemuda.

nota : bukan bertujuan untuk provoke sesiapa apatahlagi mengampu.

11.1.09

Usah Minum Darah Mereka



Bakal Ketua Pemuda UMNO, Dato' Mukhriz Mahathir nampaknya bersungguh-sungguh dalam usaha memboikot produk-produk ILC. Usaha murni Dato' diharap dapat diteruskan kerana rakyat Malaysia pasti memberikan sokongan padu dalam apapun usaha dari mana-mana individu yang berusaha sesuatu terhadap Palestin.

Nampaknya Dato' tidak leka berpolitik seperti ehem-ehem tu Dato'.

Harimau juga menonton rancangan ulangan "Nasi Lemak Kopi O" di TV 9 sebentar tadi yang mana menjemput Dato' Mukhriz, Anita Sarawak dan suami. Yang menarik, terdapat seorang pemanggil yang menalifon dan menyebut:


"Bayangkan,


Jika kita minum air itu,
Umpama kita minum darah anak-anak Palestin.

Jika memakai pakaian jenama itu,
Umpama kita memakai kain kapan rakyat Palestin.


Jika kita menjamah makanan itu,
Umpama kita menjamah daging saudara kita di Palestin"

Impak bait-bait ayat ditambah lagi dengan kenyataan Bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia:
"Jika rakyat Palestin mengetahui bahawa kita tidak mampu untuk menyumbang, walaupun dengan hanya memboikot, bayangkan perasaan mereka"
Ingatlah. Setiap Muslim itu bersaudara. Teruskan memboikot dan semoga kita berkumpul di Syurga Allah.

Harimau : stop sekejap cerita politik, kerana ramai sudah saudaraku yang dibunuh.
nota: petikan yang bertulisan merah adalah maksud yang didengar dan diingati Harimau dan tidak tepat 100% dengan kenyataan sebenar.