Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Hujah. Show all posts
Showing posts with label Hujah. Show all posts

21.4.10

Ada Kaki Tonggang Di Parlimen.



Entah kenapa, klip video ini menambat hati Harimau yang paling dasar. Kenapa Khairy Jamaluddin terkesima bila isu arak ditimbulkan? Kenapa pula MP Pasir Salak melenting dan kebudak-budakan bila Saifuddin Nasution mendedahkan beberapa perangai puaka pemimpin UMNO?

Kita rakyat..Kita mahu tahu, pemimpin mana yang barua dan kaki tonggang. Dedahkan dan kita blacklist di PRU yang akan datang!

Pastikan, orang-orang sehina begini ditempatkan di tempat yang paling keji! Wallahualam.

9.8.09

Perangkap Yahudi Bertukang-pasangkan Melayu?

Terbaca dari blog Mahaguru58 yang acapkali menyedarkan Harimau dari lena yang panjang, dan beliau memaut blog http://rainbowoftruth.blogspot.com/ untuk dibaca oleh kita semua di mana terdapat suatu bait ayat yang mampu membuatkan Harimau berfikir.

I hope Malays, Muslims in this country will not fall into the trap through disinformation by Steven Gan and certain chosen individuals who were sent, paid and trained by nED to create 'division and chaos' in this country.
If DAP and its alliance takes over the country, Muslims and Malays will be polarised to one corner, like in SINGAPORE. Muslims, beware.


Dan, kalau benarlah telahan dan perkiraan penulis blog tersebut, maka laknat dan celakalah Melayu- Melayu dan Muslimin- Muslimat yang berdiri teguh dibelakang Melayu reject produk paling silap yang terhasil dari UMNO.

Semoga kita masih mempunyai masa untuk membetulkan langkah- langkah acuan Yahudi yang telah kita ikuti selama ini.

Kita adalah Tuan yang paling bodoh apabila memilih untuk tidak menjadi Tuan yang mengemudi bahtera. Kita terlupa bahawa setiap Muslim adalah Khalifah di muka bumi Allah.

Tiga perenggan di atas adalah tindakan yang wajar jika tulisan penulis blog itu benar. Kalian rasa, ia benar atau tidak? Anwar ni pengkhianat atau tidak?

Siapa ada hujah, sila bentangkan. Untuk kebaikan anak bangsa dan agama Islam di Malaysia.

17.2.09

Sembang Tepi Semak : Pemuda Sana, Pemuda Sini

Merujuk rancangan Hujah yang baru selesai, entah kenapa, Khir Toyo tampak lebih ke hadapan dari segi mutu hujah dan tenaga di pentas. Mukhriz kedengaran biasa-biasa sahaja dan malang tertimpa di kepala Khairy. Dengan hujah tanpa tepukan dari hadirin, mimik wajah Khairy yang seakan-akan mengejek panelis-panelis lain pasti diterjemahkan secara songsang oleh ahli-ahli UMNO yang menonton.

Membuat mimik muka yang "tidak elok", akan membuat peluang Khairy menjadi Ketua Pemuda jatuh merudum kira-kira 9%. Suka Harimau memetik kata-kata penutup Dr. Agus:

Kalau ingin memilih pemimpin,
Yang pertama elok,
Yang kedua pandai.

Secara peratusan yang Harimau selidiki sejak dari awal proses pencalonan Ketua Pemuda, rancangan Hujah pada hari ini pasti akan menaikkan ranking Khir Toyo 13.5% kehadapan dan menjadikan:
  • Mukhriz - 45 % akan menjadi Ketua Pemuda
  • Khir Toyo - 34% akan menjadi Ketua Pemuda
  • Khairy - 21% akan menjadi Ketua Pemuda

Antara pengakuan dan pendapat paling hebat pernah diucapkan oleh pemimpin UMNO adalah yang keluar dari mulut "suci & cute" Khir Toyo iaitu:

" Pemuda UMNO membawa suara kerajaan dan Pemuda Pakatan Rakyat membawa suara rakyat".

Ianya benar dan ia adalah antara asbab mengapa Pemuda UMNO diremehkan oleh golongan Muda yang "berakal". Rasanya, yang ramai di cawangan-cawangan UMNO adalah yang tidak berakal. Sekiranya ada kelapangan, Tuan/Puan boleh ambil masa sejenak untuk bertanya apa itu perjuangan UMNO khususnya kepada pemuda-pemuda di cawangan, pasti terkebil-kebil mata budak-budak muda yang hadir di mesyuarat cawangan kerana kehadiran mereka rata-ratanya dek kerana sogokan dan "duit teh" Ketua Cawangan .

Tanya pula kepada Pemuda Pakatan Rakyat, pasti jawapan yang paling "teruk" pun adalah "Kami menyokong dasar Anwar Ibrahim". Walaupun kedengaran agak bodoh, sekurang-kurangnya mereka tahu juga tujuan dan asas persepakatan Pakatan Rakyat.

UMNO mungkin tewas sokongan di kalangan golongan Muda tetapi sekurang-kurangnya masih ada pemimpin yang ada otak dan akal. Jika nak dibandingkan dengan Syamsul (Ketua AMK PKR), rasanya masih jauh ketinggalan pencapaian Syamsul. Dengan Dewan Pemuda PAS, rasanya usahlah dibandingkan kerana Salehuddin agak senior dan hebat; lebih hebat dan tuntas dari Hishamuddin.

Bercakap mengenai Hishamuddin, atas kapasiti apakah beliau diangkat menjadi Pemimpin? Darah bangsawan? Nampaknya, transformasi UMNO sudah jatuh hukum WAJIB!