Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Hulu Selangor. Show all posts
Showing posts with label Hulu Selangor. Show all posts

28.4.10

Dewa bertukar menjadi Babi Tunggal.

Kasihan Dr. Pornografi Porntip. Dia datang umpama Dewa tetapi bakal meninggalkan Malaysia macam babi tunggal yang tidak bermakna. Tentu kalian bertanya, siapa pula yang mendewakan Dr. Porno Porntip? 

YAB Menteri Besar Selangor bersama barisan kabinet beliau yang Maha Baghal.

Kebaghalan mereka sehingga sanggup membelanjakan sejumlah duit titik peluh rakyat Selangor untuk membayar Ratu Porno Dr. Porntip. Mereka menghina barisan forensik Malaysia. Tindakan mereka umpama menafikan kepakaran pakar forensik dari Malaysia.

Mereka kononnya mahukan kebenaran yang betul-betul benar. Khabarnya, Dr. Porntip bakal memberikan kebenaran yang paling benar.

Sekarang, khabarnya mereka akan menentang kesimpulan yang dibuat Prof Peter Venezis. Bagi mereka, ia bukan kebenaran yang hakiki.

CUKUP..CUKUP...SUDAH...SELESAIKAN ISU TEOH BENG HOCK DENGAN SEGERA. BANYAK LAGI ISU ISLAM, MELAYU DAN TANAHAIR YANG LEBIH PENTING.

Semua kena sedar, kebenaran yang hakiki adalah keadilan untuk Teoh. Maka, terima apa sahaja keputusan dari penemuan Prof Peter Venezis. Selagi kita menidakkan penemuan berfakta, maka selagi itulah kita menidakkan keadilan.

Akhir qalam, laknat buat penvigil-penvigil Islam, Menteri Besar Selangor (dan konco-konconya) dan orang-orang kafir yang mahu memijak kepala orang-orang Islam.

Cina Pandai



"Ya Muharam, 3 bulan abah bagi, carik ikhtiar, tarik dia punya harta, bolot, bagi sama abah" pesan Ahlul Bolivia pada Muharam (minit 3:10).

Nampaknya, cina dibawah ni lagi cekap dan pandai. Tak sampai 3 minggu, 3 juta dia dah bolot.


Kalau dah ada orang yang pandai, siapa agaknya yang bodoh? Shhh...Jawab dalam hati.

25.4.10

Perkhabaran Angin: BN MENANG di Hulu Selangor

Menerima sms dari teman yang menyatakan:

"Aku dah survey abis...BN kompom sudah mng. Bukan mng sikit tapi besar jugak Sekarang aku kat KKB."

Selagi ia berstatus perkhabaran angin, maka biarkan ia berlalu pergi.

21.4.10

Bang Berahim, Bang Berahim...

Sengal agaknya Dato' Ibrahim Ali ni. Dia adalah calon Bebas tapi tidak menyokong calon Bebas (walaupun sekarang sudah tiada calon Bebas di Hulu Selangor).

Yang paling pelik, dia adalah Presiden PERKASA yang mengangkat Melayu tetapi tidak menyokong calon Melayu.

Dalam kesempatan ini saya sebenarnya mahu mengulas mengenai tindakan pihak-pihak seperti Perkasa dan Datuk Ibrahim Ali yang seolah-olah sengaja mahu menggagalkan usaha Datuk Seri Najib Razak untuk mentransformasi negara.

Saya amat marah dengan mereka ini kerana mereka berselindung dengan nama Melayu untuk menghina dan memperkecil-kecilkan orang Melayu. Dengan bertopengkan nama Melayu, mereka bersuka ria menuduh orang Melayu tidak boleh bersaing dan tidak boleh maju jika tidak dihulurkan tongkat seumur hidup. Lemah sungguh Melayu di mata mereka! { sini }


Cuba check, lidah Tok Berahim ni ada berapa? Bercabang 2 atau 7?



19.4.10

Jack Daniel: 1Tujuan, 1Impian, 1Destinasi

Kemaskini jam 11pm: Lahanat punya Gerakan Anti PKR. Kuat fitnah kau ekk.. Kalau aku terajang kau nanti. Kecik-kecik kau taknak mampos, dah besar kau fitnah orang pulak. Barua.

Terima kasih pada Anonymous yang memberi pautan bagi gambar dibawah. Memang ciamak Gerakan Anti PKR.

Maaf pada Zaid Ibrahim. Tapi bagus juga sebab khalayak tahu yang mana penfitnah dan yang mana di pihak yang benar. Cuba sesiapa tolong jelaskan hal "Kaki Kuda" tu pulak.

__________________________________________________________

{Penulisan asal}

Kalau Bos dah nafsu kuda padi, maka tidak hairan kalau anak buah bernafsu kuda lumba. Mungkin pendedahan blogawan BN tentang nafsu serakah seorang yang bernama Zaid Ibrahim adalah bukan Zaid Ibrahim yang bertanding di Hulu Selangor; namun berapa ramai pula yang ada duit dan menamakan kudanya dengan nama "Kelantan"? Bukti amat dekat menunjukkan Zaid Ibrahim (yang bertanding di PRK Hulu Selangor ) dengan Zaid Ibrahim si kaki judi adalah orang yang sama.

Bagaimana pula cerita Zaid Kaki Tonggang? Sudah ada bukti atau belum? Cuma yang ada, adalah sekeping foto Zaid Ibrahim sedang memeluk manja botol arakmacam seorang bapa baru mendapat anak atau si bayi yang sayangkan patung beruangnya.


Tidak hairanlah, pendedahan-pendedahan tersebut telah menutup "mulut" ramai blogawan Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan parti dan pemimpin kesayangan mereka.

Mungkinkah Zaid Ibrahim tidak minum arak Jack Daniel dan cuma bergambar kenang-kenangan bersama botol yang mungkin dipandang cantik oleh beliau? Mungkin juga.

Zaid tetap kalah dengan hero gambar dibawah. Bukan kalah sikit-sikit, tapi kalah teuk.



Tetapi, mungkin nafsu kuda padi Zaid Ibrahim dapat mengimbangi kekalahan ini. Siapa tahukan?

Malu betul kita dengan Kamalanathan.

17.4.10

Zaid Kaki Tonggang? Mana buktinya?

Ada yang kata, Zaid Ibrahim kaki botol. Itu Harimau tak tahu. Kalau ada bukti, sila siarkan. Biar kita semua pakat buat penghakiman di alam blog. Manalah tahu, ada yang kena sebat lepas ni.

Setakat togok arak, orang Felda tak berapa nak heran. Kalau nak diungkit cerita kehebatan orang Felda, setakat jeb , kapalselam atau chasing the dragon kira dah biasa kat diorang. Siapa tak faham istilah ni, kena rujuk dengan orang Pengasih. Kalau percentage alkohol yang Zaid tonggang tu tak capai 90%, buat malu je cerita dengan diorang. Harimau cop warga muda Felda macam tu sebab terlalu ramai member-member masa bujang yang datang dari Gugusan Palong, Serting, Jelai, Kepis, Pasuh dan Sg. Kelamah yang berperangai macam tu. Kalau dah berubah, Alhamdulillah.

Terbaharu, Orang Felda Jelai (bukan semua) pun dah buat video porno sendiri. Memang warga Felda dah advance. Setakat cerita Zaid Ibrahim kaki botol tu, kira cerita budak-budak je bagi diorang.

Nak menangi hati orang Hulu Selangor, kena pakai otak. Buat macam PM kita buat la.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan bersetuju untuk membina satu lagi Projek Perumahan Warga Felda untuk Gugusan Sungai Dusun di daerah Hulu Selangor. 
Dalam kenyataan itu, Najib berkata, projek yang akan dilaksanakan itu terletak di Felda Soeharto di kawasan seluas 14 hektar yang membabitkan pembinaan sebanyak 250 unit rumah dan menelan belanja kira-kira RM32 juta.  {sini}

Harimau pun tak tahula yang ini boleh nak dikatakan sogokan ataupun rasuah. Kalau sesiapa yang pandai undang-undang, boleh la ajar kitorang kat sini. Tapi, kita kenalah bersangka baik. Ye tak. Mungkin memang itu perancangan kerajaan sejak bertahun-tahun.

Kat Zaid Ibrahim pun, kita kena juga bersangka baik. Mungkin dia tak pernah minum arak tapi setakat kemam je...(tapi dosa jugak kan?)

Last-last, terpulang pada kepala otak orang Hulu Selangor untuk pilih wakil mereka. Kalau pakai otak FELDA, Harimau dah tahula jawapannya. Tapi, kalau pakai otak yang pandai sikit, persaingan agak sengit dari keempat-empat calon.

Pokok kek kau la Jang!

Zaid ibrahim: Suatu Kesilapan Pakatan Rakyat

Kemenangan Pakatan Rakyat pasti terjamin jika mencalonkan "orang baik-baik" yang bagus dari segi latarbelakang keagamaan dan sahsiahnya. Calon BN yang berbangsa India pasti akan "disepak" dengan mudah sambil tersenyum setelah Pilihanraya Kecil P094 itu berlangsung. Walaupun Hulu Selangor adalah bekas kubu kuat BN, namun keputusan PRU yang lalu perlu juga dipandang dan dijadikan rujukan.

Sayang sungguh, Pakatan Rakyat dikatakan berada diambang kekalahan apabila memilih Zaid Ibrahim; orang yang diterajang keluar dari UMNO.

Ramai juga yang bertanya, apa bezanya Zaid Ibrahim dengan katak-katak yang melompat keluar dari PKR dan masuk kedalam UMNO? Apa bezanya Zaid Ibrahim dengan Ezam, Zahrain dan Zulkifli Noordin? UMNO pasti akan dibasuh cukup-cukup jika nama-nama tadi  dijadikan calon Pilihanraya. Mengapa pula PKR merasakan Zaid Ibrahim adalah calon terbaik mereka?

Nampaknya, penasihat Seringgit telah tersalah perhitungan, otak yang dikatakan bijak telah mula malfunctioning. Kesilapan ini bolehlah diibaratkan seperti UMNO mencalonkan Khairy Jamaluddin di Hulu Selangor; rosak dan merosakkan.

Agaknya, Zaid Ibrahim dipilih kerana ada beberapa persamaan yang jelas antara Anwar dengan Zaid. Mereka sama nama bapak; Ibrahim (Al-Fatihah bagi yang telah tiada).

Mungkin juga mereka sama kerana kedua-duanya adalah muka yang familiar di Mahkamah; Anwar dengan kes liwat dan Zaid dengan kes firma guamannya.

Persamaan lain? Mungkin kedua-duanya bernilai seringgit kot? Wallahualam.