Petikan Salafi
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
Mutiara Kata
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
Pemuda-Pemudi Harimau
6.5.13
Melayu Kena Macam Cina
Aku tak lah soleh ...standard orang awam je. Namun, segalanya perlu ada satu permulaan.
Betul..ada Cina atau India yang rasis..Melayu pun ramai yang rasis. Beza yang aku nampak, rasis cina, dalam iklan kerja kosong dia tulis bahasa cina supaya orang cina je boleh memohon. Rasis Melayu, nak tutup periuk nasi Melayu dan doa Melayu lain mampos terduduk. Dalam persamaan ke"rasis"an kita, ada banyak perbezaan.
Akhir kata, Kita bina Malaysia. Mana-mana pemimpin yang kita pilih, gagal melaksanakan tanggungjawab mereka, kita kena berani berubah. Itu rahsia kekuatan bangsa Cina pada PRU13. Kita jangan nafi, tapi kita ambil pengajaran.
__________________________________________________________________________
By Bahruddin Bekri
Isu orang Cina bersatu mahu tumbangkan Melayu, hanya merugikan orang Malaysia.
Kita selalu kata, orang Korea, Jepun berjaya sebab mereka cuma ada satu bangsa sahaja, iaitu bangsa Korea dan Jepun, jadi mudah bagi mereka membangunkan negara.
Pointnya sudah ada, '1 bangsa' bagi membangunkan negara, tetapi sampai sekarang masih ada lagi slogan 'Melayu perlu bersatu'. Sepatutnya, slogan yang dilaungkan, 'Melayu bersatu dengan Cina dan India', barulah boleh jadi 'satu bangsa'.
Ok, katakanlah, DAP itu Cina dan mahu memerintah seperti kes Singapura dahulu. Mengapa ia terjadi? Adakah waktu itu Melayu tidak bersatu dan lemah, lalu tunduk kepada LKY?
Melayu pada waktu itu kuat bukan main, bersatu lagi tetapi Singapura tetap pergi. Antara sebabnya, orang Melayu kata Cina mahu memerintah dan menindas, Cina pula kata, orang Melayu kalau perintah mereka ditindas.
AKhirnya semua orang berasa mahu ditindas. Hakikatnya, yang menindas bukan orang Cina, dan bukan orang Melayu, tetapi 'orang jahat'.
Orang jahat ini, semua bangsa ada. Ada orang jahat Cina, ada orang jahat Melayu.
Selagi mana kita bersatu hanya berdasarkan 'bangsa', selagi itulah kita senyap2 membenarkan 'orang jahat' terus menindas.
Orang baik Melayu dan orang baik Cina perlu bersatu menentang orang jahat Melayu dan orang jahat Cina. Itu barulah betul.
Berkenaan PRU 13, analisisnya, DAP banyak menang sebab Cina bersatu undi Cina. Kalau begitu, sepatutnya Rafizi kalah, sebab lawan dengan calon Cina. Ini tidak, boleh menang besar lagi.
Sekiranya dilihat, yang DAP ini banyak menang di kawasan bandar. Kawasan orang Cina yang terdedah pemikirannya dengan pelbagai maklumat. Maklumat dari internet dan sebagainya.
Orang Cina boleh dikatakan adalah kaum yang paling celik berkenaan 'perlembagaan', berbanding orang Melayu.
Mereka faham, 'kerajaan' dan 'parti politik' itu berbeza. Mereka faham, 'kewajiban' sebuah kerajaan. Jadi, gula2 mengatakan, 'kerajaan BN sudah memperuntukkan sekian2 juta kepada orang Cina', tidak berkesan sebab mereka faham yang, itu memang kewajipan 'kerajaan'.
Ibaratnya, kita bayar buruh buat rumah kita. Jadi memang kewajipan buruh tadi bina rumah, siap ada tangga, tingkap, pintu. Takkanlah, buruh yang kita bayar tadi boleh kata, 'Tuan perlu membalas budi saya, sebab saya sudah buat pintu rumah Tuan'.
Lainlah kalau buruh tadi buat lagi jalan dan taman di hadapan rumah.
Jadi apa sebenarnya yang perlu kita takutkan sekarang? Yang kita perlu takutkan, adalah 'isu perkauman', yang senyap2 ditiup.
Isu perkauman bermula dengan kata, 'orang Cina pijak kepala orang Melayu'. Hakikatnya, 'orang jahat Melayu Cina', yang pijak kepala rakyat. Perlu dibezakan di situ.
Kesimpulannya, orang Melayu Umno dan PAS, sekiranya bersatu teguh bercerai roboh sekalipun, tetap Malaysia tetap tidak ke mana, tetap akan hilang tanah, sekiranya tidak mula 'bersatu' dengan kaum lain di Malaysia.
Adakah ini terlalu idealistik? Sekiranya kita kita ia tidak realistik, jadi bagaimana dengan saranan agama yang menyuruh kita berbaik-baik dengan kaum lain? Adakah agama juga sudah terlalu idealistik?
Sekian. Ada keperluan, nanti tambah lagi.
Yang ini boleh share ramai2. Biar orang Cina, India tahu, masih ramai lagi orang Melayu, yang masih 'waras'.
13.7.12
Perjuangan Kerana Allah Azza wa Jalla.
27.4.10
Lagu Pengetuk Kepala Orang-Orang Melayu!
26.4.10
Wahai Orang-Orang Melayu!!! Kita Sudah Kena Kencing...Lagi!!!
Tahniah BN. Rata-rata kawasan yang majoritinya kaum Melayu dan india, BN menang. Kalau kalah pun hanya kekalahan tipis.
Tapi yang masih tidak berubah ialah kawasan majoriti cina. Rata-rata BN kalah, kecuali kawasan yang mempunyai pengundi bercampur.
Setiap kali PRK berlangsung, setiap kali itulah segala bantuan akan diminta oleh masyarakat cina. Permintaan wajib mereka ialah bantuan ke sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Kali ini di Hulu Selangor peruntukan sekolah cina diumumkan sebanyak RM35 juta.
Apabila dibuat program makan besar, mereka akan ramai-ramai keluar dan menunjukkan tanda sokongan. Tapi bila undi dikira, mereka masih tidak menyokong BN.
Mungkin boleh dibuat kesimpulan, PRK adalah peluang dan medan terbaik bagi kaum cina untuk membuli BN. Mohon segala bantuan tapi pangkah pembangkang.
Apakah ini memang adat dan budaya kaum cina?
Atau, apa sebenarnya yang mereka mahukan? Adakah mereka masih tidak mahu menyokong MCA dan Gerakan?
Atau, adakah mereka bersetuju dengan DAP?
Siapakah yang mempunyai pengaruh besar ke atas pengundi cina? MCA & Gerakan atau DAP? Atau adakah NGO kaum cina?
Apakah NGO kaum cina ini lebih rasis dari PERKASA yang mereka tuduh rasis? Kalau perjuangan PERKASA berkiblatkan perlembagaan, ke manakah pula kiblat perjuangan NGO cina ini? Adakah mereka lebih Malaysia dari PERKASA?
Kalau difikirkan semua persoalan-persoalan ini, kita akan mempunyai seribu satu macam alasan untuk kita tidak berpuas hati dengan sikap kaum cina ini. Tapi tak perlulah kita analisa dalam-dalam. Buat penat saja. Sekilas ikan di air, tahu kita sama ada jantan atau betina.
Sekarang pucuk pimpinan BN harus mengubah pendekatan yang masih tetap menemui kegagalan ini.
BN harus memberi tanggungjawab sepenuhnya kepada MCA dan Gerakan untuk mengembalikan sokongan kaum cina kepada BN. Suruh buat dulu, ‘reward’ kemudian. BN perlu berhenti dari melakukan pendekatan ‘reward’ dulu para pemimpin MCA dan Gerakan dengan pelbagai jawatan, dengan harapan kaum cina akan menyokong BN. Pendekatan ini telah terbukti gagal.
Walaupun prestasi MCA dan Gerakan sejak PRU12 sehingga kini, masih ditakuk lama, iaitu ‘insolven’ sokongan kaum cina, tapi komposisi jawatan dalam kabinet dan kerajaan yang diserahkan kepada mereka masih kekal sama, malahan bertambah. Dulu tak ada Menteri PERMUDAH. Sekarang jawatan menteri Permudah dan NKRA diberi pada Koh Tsu Koon.
BN harus fikir hal ini masak-masak.
BN tidak boleh lagi beri kawasan selamat kepada para pemimpin MCA dan Gerakan dengan cara memberi mereka bertanding di kawasan-kawasan yang majoritinya Melayu.
Mereka perlu bertanding di kawasan-kawasan ‘hardcore’ cina. Mereka perlu buktikan bahawa mereka mampu mengembalikan sokongan kaum cina kepada BN. Mereka harus dinilai prestasinya melalui kaedah meritokrasi yang mereka agungkan selama ini. Mereka tidak boleh lagi diberi tongkat dan perlindungan istimewa dengan cara memberi mereka peluang bertanding di kawasan majoriti Melayu.
Tongkat Melayu semua mereka suruh buang jauh-jauh, rupa-rupanya bila Melayu buang tongkat, mereka yang kutip dan pakai.
Tak guna betul… mereka tipu Melayu hidup-hidup!!!
3.5.09
Melayu: Tuan Yang MASIH Miskin
Seperti yang dijangkakan, sekali lagi berlaku kejutan di Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2009. Sejumlah 999 juta unit saham yang diperuntukkan kepada masyarakat Cina habis terjual dalam masa 36 jam selepas pelancaran.
Situasi yang sama pernah berlaku apabila satu bilion unit saham kuota bukan bumiputera dibuka dua tahun lalu habis dilanggan oleh masyarakat Cina dalam masa satu hari sahaja.
Seperti selalu juga, unit saham yang diperuntukkan untuk bumiputera Melayu mendapat sambutan dingin. Bayangkan daripada sejumlah 1.665 bilion unit untuk bumiputera hanya 7.65 juta unit saham atau 0.4 peratus sahaja yang berjaya dijual. { sini }
Bumiputera mungkin tak berduit walaupun kontrak berstatus Bumiputera berlambak-lambak di tender dan di sebutharga kan. Bagaimana kaum Cina yang semakin kaya dan mempunyai ekonomi yang semakin kuat? Apa rahsia mereka? Nmapaknya, tidak keterlaluan jika ditafsir bahawa Pemimpin-pemimpin UMNO telah gagal mengangkat ekonomi kaum Bumiputera walaupun dimomokkan bahawa mereka telah berjaya dengan gemilang. Dalam kes ini (Minggu Saham Amanah), sikap mungkin menjadi masalah utama tetapi faktor penolak kepada sikap tersebut mungkin kemampuan. Jika tiada kemampuan, bagaimana mahu membeli saham?
Pemimpin UMNO mutakhir memang pandai. Masalah pokok belum selesai, diliberalkan pula beberapa perkhidmatan. Pandai...memang pandai. Melayu akan berteriak kalau isu hak dan liberalisasi itu datang dari mulut Pakatan Pembangkang tetapi Orang-orang Melayu terutama pendemonstrasi upahan UITM secara tiba-tiba menjadi "orang cacat" yang lebih cacat dari OKU.
Mengapa tidak diturunkan dahulu pemilikan Bumiputera kepada 20% misalnya? Atau bagi menepati aspirasi DEB, mungkin diwajibkan 30% Bumiputera berbanding >51% sebelum ini? Yang menjadi permasalahan, pemenuh kuota Bumiputera itu datangnya dari orang-orang yang memang sudah kaya-raya-durjana. Oh, itulah penanda hari qiamat, yang kaya semakin kaya dan yang miskin kan kekal miskin.
Ya, memang banyak dan berlambak kontrak berstatus Bumiputera tetapi di mana pula peratusan terbanyak duit-duit itu di laburkan dan mengalir? 50% kepada orang Cina, 20% kepada pekerja-pekerja dan 30% untung (itupun jika tidak di-sub kan pada Cina).
Tulisan ini jangan ditafsir terlalu perkauman dan menerajang aspirasi Satu Malaysia. Anggaplah tulisan ini berlawanan dengan konsep Malaysian Malaysia.
Oh ya. Apa pula beza Satu Malaysia (Najib) dengan Malaysian Malaysia (DAP)? Kalian sudah ada jawaban?
"Takkan Melayu Hilang di Dunia" Hang Tuah.
Kita semakin dibodohkan oleh kata-kata Hang Tuah. Rasanya, hanya Baju Melayu sahaja yang tidak hilang. Itupun di Hari Raya!
12.4.09
Di mana Budak-budak UITM?

Kerajaan diminta mewujudkan kembali Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) yang telah dimansuhkan bagi meneruskan agenda membela kaum bumiputera dengan berkesan. { sini }
7.3.09
Melayu Dijahanamkan Oleh Melayu?
Kali ini, Dewan Pemuda PAS mencabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk berdebat tentang isu siapakah sebenarnya penderhaka kepada Sultan. { sini }
Harimau percaya bahawa YB Khairy pasti akan menyahut cabaran Pemuda PAS tersebut. Ramai percaya, Khairy tidak "sebacul" Hishamuddin tetapi kegusaran yang utama adalah hujah-hujah yang akan digunakan. Bagaimana mahu berdebat jika kisah silam UMNO diwarnai oleh kisah-kisah penentangan terhadap kuasa Sultan dan Raja-raja? Ini bukan main-main. Kulup Sakah ada koleksi bukti-buktinya { sini }.
Yang bagus di mata Harimau, politikawan di Malaysia sudah mula membuka ruang perdebatan bagi mengangkat hujah, ideologi dan perjuangan parti politik masing-masing. Perkara sedemikian akan memudahkan rakyat membuat keputusan dan menguraikan kecelaruan yang terhasil dari serangan bertubi-tubi media arus perdana.
Sedikit sayang apabila isunya adalah sedikit berkaitan dengan Raja dan Sultan. Isu yang bakal dibahas mempunyai sempadan-sempadan yang cukup banyak dan "merbahaya". Percayalah, sempadannya terlalu samar-samar di mata penderhaka. Usah tersilap sentuh, nanti bakal menjadi "pesta" di media arus perdana. Yang buruk nanti, bangsaku juga. Yang jelik nanti, Rajaku juga.
Anak bangsaku tidak dimalukan oleh sahabat-sahabat berlainan bangsa dan keturunan tetapi dimalukan oleh yang umat yang sedarah dan segalur. Melayu memang berani dengan Melayu tetapi hilang jantan bila berhadapan dengan bangsa asing. Lihat sahaja di luar, berapa ramai pekerja Melayu yang kurang ajar pada majikannya yang Melayu? Berapa ramai pula Majikan Melayu yang tidak adil pada pekerja Melayu?
Kenapa pemimpin Melayu tidak memberi cabaran debat mengenai penderhakaan pada Karpal Singh? Atau mencabar Gerakan berdebat isu Bumiputera?
Melayu memang penjahanam Melayu kot? Sia paleh!
28.1.09
Tidak Perlu UMNO Untuk Berbicara Perihal Bangsa Sendiri
Kenapa kita sering mencampur-adukkan politik dalam semua hal?
Jika kita menonton siaran RTM lewat malam tadi (saya lupa tajuk nya) yang menjemput 3 panel; seorang Pensyarah banggali, seorang Professor berbangsa Tionghua dan seorang tak tahu apa bangsanya, tentu kita sedar apabila Profesor berbangsa Tionghua itu mendabik dada bahawa Cina zaman moden berani dan sudah mencari rezeki di Taiwan dan China dan ramai yang berjaya membawa balik kekayaan dan kesenangan. Malah, tambah beliau jika beliau ada kesukaran, hanya satu panggilan sudah memadai untuk menyambungkan beliau dengan puluhan ribu warga Malaysia berbangsa Cina di sana. "Untuk apa merebut potongan pai yang telah ditentukan hak?" katanya.
Itu kebanggaan beliau perihal bangsanya.
Kita bercerita pula hal bangsa kita.Bayangkan anda yang berkulit sawo-matang dan berbangsa Melayu, terdapatkah lagi negara yang didominasi Melayu yang boleh kalian bergantung harap?
Jika kalian kata "Ya" kerana mengambil kira Brunei atau Indonesia, kalian memang hebat. Tetapi, berapa kerat pula yang sehebat kalian?
Kita tidak perlu zalim dan kejam kepada bangsa lain hanya untuk menyuap anak bangsa sendiri, kita tidak perlu punah untuk sedar, tidak perlu jahanam untuk nampak. Cukup sekadar kita tanya diri, adakah aku akan dilayan sebegini rupa jika aku disamaratakan? Kalau tidak pun, sebaik yang diterima bangsa bukan bumiputera ketika ini?
Bukan Harimau tidak mahu atau bacul untuk bersaing, malah sudah pun bersaing; cuma kita berfikir tentang jaminan. Soalan asal yang Harimau ajukan, apakah jaminannya?
Ingat! Kita memang SATU Bangsa Malaysia namun ia tidak begitu di atas kad Pengenalan kalian.
Terlanjur berbicara, suka Harimau menjawab seperenggan komentar:
apa salah bangsa lain yg jadi warga negara d negara ini. ko mungkin x mengerti tp cukuplah ko mengandaikan ko lahir sebagai bangsa non malay d negara ni. salahkah mereka? salah kah mereka dilahirkan sebagai non malay dan krn itu harus dinafikan hak2 sebagai bangsa bukan melayu ? { sini }
Tuan,
Harimau tidak berbicara hal bangsa lain apatahlagi mahu hak mereka dinafikan. Kita mungkin bersedia untuk bersaing sama paras dan sama getir dengan sahabat kita bukan-bumiputera, cuma anak bangsa kita yang masih keciciran perlu juga kita fikirkan. Sebab itu hal-hal jaminan, undertaking letter, formula kepimpinan dan pengagihan kekayaan yang Harimau bangkitkan. Kamu mungkin peguam atau Doktor atau seorang professional yang hebat, tetapi bagaimana pula dengan adik-adik kita yang gagal SPM, PMR, buta huruf dan miskin tegar? Jika nasib kalian TELAH diperjuangkan pemimpin-pemimpin lalu (kalau tidak pun pemimpin mutakhir), mengapa kita mahu lalai dalam memperjuangkan nasib anak bangsa kita yang terkemudian?
Benar, kita perlu berhijrah dan berubah. Untuk apa berhijrah ke arah yang tidak pasti? Ke arah yang risikonya adalah kehancuran?
Melayu sememangnya bermentaliti tongkat. Namun tongkat yang ada pada kamu mungkin besar ertinya pada mereka yang buta. Ia tidak perlu dibuang tetapi perlu disimpan.
Akhir qalam, kita boleh bersaing tanpa meminda apa-apa yang telah termaktub. Kita mungkin tidak perlu semua itu tapi manalah tahu ia amat penting bagi anak bangsa kita yang terkemudian.
"Cabaran orang dahulu adalah penentangan bangsa asing manakala cabaran orang sekarang adalah penentangan anak bangsa sendiri" Harimau Menaip, 2009.
27.1.09
Sebelum Keistimewaan Melayu Dikorbankan...
Mungkin, kejayaan di PR di Trengganu bisa diterjemahkan sebagai Melayu sudah bersedia untuk berkongsi secara samarata yang total dengan kaum-kaum bukan Bumiputera. Persoalannya, bersedia kah Melayu secara 100% untuk disamaratakan? Tidak cukup samaratakah kita sekarang?
Sebagai Anak Tanah Ini (the son of the soil), tidak wajar sebenarnya bangsa Melayu yang dipersoalkan. Yang wajar disoal dan ditanya, adalah kaum-kaum bukan Bumiputera. Sekurang-kurangnya, 3 soalan ini:
- mereka (bukan-bumi) berkata sistem pelajaran mutakhir tidak bagus dan bersifat perkauman, maka apakah formula yang mahu mereka ketengahkan?
- mereka berkata sistem politik mutakhir berat sebelah dan menzalimi mereka, maka apa bentuk sistem yang mahu mereka jalankan?
- mereka kata pemberian kontrak berat sebelah dan prejudis, maka minta mereka bentangkan dahulu idea dan formula mereka.
Percayalah, mereka tiada formula yang bagus. Kita yang terlalu bemimpi dan baik hati. Ingat! Yang kita gadaikan adalah keistimewaan Bangsa kita. Sekali tergadai tidakkan mungkin dapat ditebus.
Pernahkah kalian melihat ketidak-adilan pemberian kontrak di syarikat swasta? Langsung tiada ruang buat orang Melayu! Maaf. Ia suatu fakta.
Orang Melayu dicantas hidup-hidup, projek tahap daging di agih kepada kroni "mereka" tanpa segan dan silu. Anak Melayu yang berkebolehan dan berpengalaman di main-main dan dibodoh-bodohkan. Ia terjadi sekarang ketika Melayu mendabik dada sebagai Anak Tanah Ini.
Bagaimana pula jika keistimewaan itu tiada? Tanya mereka dan pinta mereka bentangkan dahulu. Kalau perlu suatu undertaking letter sebagai jaminan, maka ia adalah wajib diminta. Tengoklah betapa menggigilnya mereka menandatangani surat itu.
Janganlah kita menyerupai konsep Malaysian Malaysia yang takut untuk belajar di Sekolah Wawasan! Cakap tidak serupa bikin.
Harimau : takkan Melayu hilang di dunia.
21.1.09
Tersilap Kata Kunci
Jika ada kabilah yang tidak bersetuju dengan ketuanan rakyat dan masih termimpi-mimpi ketuanan Melayu dengan memakai topeng baru - mereka wajib dikenal pasti untuk dibungkus oleh ombak sejarah ketuanan rakyat. { sini }
Fuh. Berapi betul tulisan Hishamudin Rais di Malaysiakini. Semacam tidak pernah ada yang bagus dengan orang Melayu. Harimau tidak mahu komen terlampau dalam penulisan beliau. Beliau cuma menggunakan hak beliau sebagai rakyat Tanah Melayu...ooppss...Malaysia.
Cuma, Harimau sedikit kabur perihal penentangan secara total dan keras terhadap perjuangan memartabatkan Bangsa Melayu di bumi tanah tumpah darah mereka sendiri. Malaysia di penuhi dengan pelbagai bangsa dan di 'majoriti' kan oleh Melayu, Cina dan India (Semenanjung). Pernahkah kita tertanya :
- Dalam dunia, terdapat negara China yang didominasi oleh Bangsa Cina.
- Dalam dunia, terdapat negara India yang didominasi oleh Bangsa India.
- Salahkah Melayu mempunyai negara mereka yang pertama di dunia ini?
Harimau terkadang kabur apabila dikatakan konsep "Ketuanan Melayu" terlalu perkauman dan menindas bangsa lain. Jika diamati secara dalam, semua orang; tidak kira bangsa boleh mengecapi nikmat sebagai Bumiputera dan Melayu. Tidak pernahkah kita lihat dan dengar :
- seorang India Muslim mendapat keistimewaan taraf Bumiputera.
- seorang Cina Muslim mendapat keistimewaan taraf Bumiputera.
- Adakah masuk Islam sama dengan Masuk Melayu? Rasanya YA.
Kawan Harimau yang berbapakan seorang Cina Baba, menikmati keistimewaan sepertimana yang dikecap oleh Melayu melalui bantuan MARA. Di Port Dickson, pernah ada Pengerusi mesyuarat UMNO cawangan yang berketurunan India. Mengapa mereka boleh? Bukankah Ketuanan Melayu itu adalah satu pintu yang terbuka?
Pernahkah kita bertanya kepada orang Cina atau India atau Benggali sekalipun, adakah mereka akan berkongsi kenikmatan dan kewarganegaraan di Tanah ini jika mereka menjadi penduduk asal?
Tak salah bertanya pada mereka bukan? Selepas itu, tengoklah mereka secara tiba-tiba menjadi gagap ketika menjawap.
Kita yang pandai ni, takkan tidak dapat mengagak jawapannya? Harimau sudah banyak kali bertanya dan banyak kali melihat reaksi mereka.
Akhir qalam, Ketuanan Rakyat itu betul begitu juga Ketuanan Melayu. Mengapa kita mahu bertelagah dan menjahanamkan negara? Perpaduan...itulah kata-kunci yang sebenarnya.
Harimau : hanya merasa nikmat diskaun 10% sebagai Bumiputera ketika membeli rumah...
