Petikan Salafi
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.
Mutiara Kata
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"
Pemuda-Pemudi Harimau
19.12.11
Parpukari dan papagomo adalah blogger Pakatan Rakyat?
Dari perspektif aku, Nga Kor Ming sudah masuk jerat. Syarikat dimana isterinya menjadi Pengarah telah dilantik menjadi penjahit Lounge Suit walaupun dalam Keputusan Tender, harga mereka paling mahal.(rujuk Cucu Tok Selampit). Bagi aku, jika harga tawaran tender syarikat tersebut paling murah atau kedua termurah, ia bukannya hal besar.
Perkara ini bukan baru di dalam pekung PBT. Seperti di NS, ada Majlis Daerahnya pernah melantik kontraktor dari SELANGOR (dan mengabaikan kontraktor Negeri Sembilan) walaupun harga mereka antara yang paling mahal. Secara purata, kontraktor NS menawarkan harga +-178-188k bagi kerja di Lampu Jalan namun kontraktor Selangor tersebut memenangi sebutharga dengan harga +-194k. Mengapa ia tidak pernah dipertikaikan? Aku ada beberapa kes yang boleh menjadi rujukan namun aku memilih untuk tidak berlebihan dalam hal ini. Bagi aku, terdapat tangan-tangan ghaib yang memainkan peranan sebagi tok dalang. Siapa? Aku tidak tahu.
Aku secara peribadi menyelar apa jua penyelewengan dari mana-mana individu yang memegang kuasa.
Jika Shahrizat Jalil diminta letak jawatan kerana syarikat suaminya, mengapa tidak pada Nga Kor Ming?
Jika blogger Pakatan Rakyat tidak menyelar atau mendesak Nga Kor Ming meletak jawatan, maka mereka sama dengan Papagomo dan Parpukari yang menjadi penyokong kuat UMNO tidak kira betul atau salah. Mengelirukan bukan? Blogger pro-UMNO dan pro-PR memang sama dari segi mempertahankan pemimpin masing-masing namun amatlah malang jika mereka juga SAMA dalam menutup kebathilan dan kezaliman.
Dan, jika perkembangannya begitu, rakyat sudah boleh mulai khuatir kerana tiada perbezaannya antara BN dan Pakatan Rakyat. Akhirnya, hendak undi siapa?
Wallahua'lam.
11.5.09
Malu Siot
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu. { sini }Pabila sang haram mengatasi sang halal dengan penuh rasa bongkak,
Pasti mukanya kan tebal bila sekalian alam mengetahui kebenaran.
Pabila sang halal telah mendapatkan haknya,
Pasti itu petanda bahawa dia telah lulus ujian Tuan Punya Dunia.
Memang 3 bulan dilabel "MB Haram" adalah penyiksaan buat sang Halal.
Bukan calang-calang orang boleh hidup dengan peristiwa sebegitu.
Sekalung tahniah buat Ir. Nizar atas keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. Bubarkan DUN adalah petanda yang kamu tidak gila dan tamak kuasa. Buktikan bahawa kamu masih sedar diri. Cuma, adakah duit yang bertimbun itu tujuan untuk menampung kos Pilihanraya?
Bagaimana pula atap orang kampung yang berlubang? Bagaimana pula dengan projek Teransang Kali Kedua? Bagaimana pula dengan peperangan Nasional terhadap krisis ekonomi?
Buat Dr. Zambry, harap bersabar. Tapi kalau Harimau lah jadi kamu...Malu Sioott!
Tertanya di benak, kenapa liputan berkenaan berita yang ini amat minima di Buletin Utama dan RTM berbanding Awani dan Bernama TV? Alaaa...Gua tahu lu orang tahu jawapannya.
Harimau : tamat jugak krisis ni. Ingatkan tak ada sudah.
10.2.09
Sistem Penggiliran: Jawapan Bagi Suatu Persoalan
tambahan: Harimau menerima sms dari seorang teman yang minta Harimau bertanya samada "Benarkah Raja Muda iaitu Raja Nazrin yang bakal menaiki takhta sebenarnya tidak mengikut giliran yang sepatutnya"? Persoalan ini diajukan kepada anak watan / blogawan Negeri Perak yang arif.
Harimau tidak tahu kerana den oghang nogori.
Jawapan yang diterima dari Ayor Lemuju cukup untuk mencetuskan sesuatu. Terima kasih Tuan Ayor. Semoga ia menjadi jawapan buat Tuan yang bertanya.
ayor lemuju said...
Almarhum Tunku Jaafar bukan sepatutnya menaiki takhta, tetapi Yam Tuan Tunku Mukhriz. Orang Nogori semua tahu ini, dan sekarang takhta pulang kepada yang hak.
Masalah perebutan takhta berlaku di banyak negeri beraja dari dulu hingga ke hari ini.
Sistem penggiliran takhta negeri Perak Darul Ridzuan agak unik kerana berpecah 3. Saya sudah lupa asal usulnya dan bagaimana penggiliran itu dibuat dan sama ada ia dilaksanakan seperti yang dipiagamkan - dan saya belum dapat buat research.
Tetapi lebih kurang begini:ranking seniority Sultan dan calon raja adalah mengikut susunan bendera negeri Perak - putih untuk Sultan, kuning untuk Raja Muda dan hitam untuk Raja Dihilir.
Asalnya "A" menjadi Sultan, "B" menjadi Raja Muda dan "C" menjadi Raja Dihilir.
Sultan - A
Raja Muda - B
Raja Dihilir - C
Apabila "A" mangkat, "B" naik menjadi Sultan dan "C" naik menjadi Raja Muda. Putera kepada "A" akan naik menjadi Raja Dihilir.
Sultan - B (selepas kemangkatan A)
Raja Muda - C
Raja Dihilir - Putera A
Begitulah seterusnya.
Tetapi sekiranya "C" juga mangkat sebelum menjadi Sultan, putera kepada "A" akan naik menjadi Raja Muda dan putera kepada "B" pula mengisi kekosongan Raja Dihilir. Putera kepada "C" terpaksa menunggu di ranking bawah lagi (Raja Kecil Besar/Raja Kecil Bongsu or something).
Dari contoh ini ranking sekarang ialah:
Sultan - B
Raja Muda - Putera A (kerana C juga mangkat)
Raja Dihilir - Putera B
Katalah putera kepada "A" juga mangkat, maka putera kepada "B" naik menjadi Raja Muda dan putera kepada "C" baru dapat naik jadi Raja Dihilir.
Sekarang kedudukannya jadi:
Sultan - B
Raja Muda - Putera B
Raja Dihilir - Putera C
Lebih kurang begitulah.
Kesimpulannya, tiada yang menghairankan, kerana perlu diingat Kesultanan Perak sudah berusia 481 tahun Sultan Azlan Shah adalah Sultan yang ke-34
February 10, 2009 1:32 AM
9.2.09
Tugas Rakyat Bakal Bermula!
Lagi satu kes menunggu!! Osman Jailu masuk ICU, tapi kat hospital mana aku tak tau..Mintak tolong orang-orang Changkat Jering…tolong dapatkan IC number Osman Jailu. { sini } {berita yang belum disahkan}
Kita doakan yang baik-baik sahaja tetapi jika yang TERburuk juga yang disuratkan Allah, akan berpilihanraya kecil lah lagi. Mungkin yang ketiga selepas Bukit Selambau, Kedah ( sini ) dan Bukit Gantang, Perak ( sini ).
Adakah salah rakyat Perak yang mendoakan sesuatu yang kurang elok di saat-saat doa dimakbulkan? Atau perancangan Tuan Punya Dunia untuk memperlihatkan kebenaran dengan lebih jelas?
Apa yang Harimau lihat adalah, keputusan Pilihanraya Kecil di Perak akan ditafsir sebagai:
- penentu siapa yang layak mentadbir Negeri Perak; PR atau BN.
- penentu siapa yang layak menjadi MB; Nizar atau Zambry.
- penentu suara siapa yang lebih "keramat"; Sultan atau Rakyat.
- penentu siapa perancang strategi terbaik; Anwar atau Najib.
Apa tafsiran anda?
-------------------------------------------------
tambahan: Harimau menerima sms dari seorang teman yang minta Harimau bertanya samada "Benarkah Raja Muda iaitu Raja Nazrin yang bakal menaiki takhta sebenarnya tidak mengikut giliran yang sepatutnya"? Persoalan ini diajukan kepada anak watan / blogawan Negeri Perak yang arif.
Harimau tidak tahu kerana den oghang nogori.
8.2.09
Mentafsir Tindakan Ir. Nizar dengan 3 Soalan Asas mengenai Rukunegara
* mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya ;
* memelihara satu cara hidup demokratik ;
* mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama ;
* menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak ; dan
* membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Jika di amati betul-betul, hampir semua blogawan pro-Pakatan Rakyat mengatakan bahawa MB Ir. Nizar (serba-salah untuk menulis sebagai Mantan MB) sedang mempertahankan undang-undang yang dikatakan telah disalah tafsir sehingga mengakibatkan tersilap membuat keputusan oleh Yang Membuat Keputusan.
Maka, apabila Harimau pergi semula ke asas Rukunegara Malaysia, tertanya juga di benak:
- Adakah kita mesti mentaati kelima-lima rukun itu?
- Bagaimana jika terkurang satu atau lebih? Adakah kita tidak layak menjadi warganegara?
- Adakah rukun itu disusun mengikut prioriti?
3 soalan asas ini perlu diberi jawapannya. Apabila sudah terjawab, barulah mudah untuk rakyat mentafsir tindakan Ir. Nizar samada beliau berada di pihak yang benar atau tidak.
Harimau : masih tertanya-tanya. Mungkin mahkamah juga tempat terbaik untuk dirujuk.
Lompatan Versi Kedua?
Maklumat terkini kami dapati lebih kurang 5 orang lagi daripada PR akan lompat Parti. Antara yang disebut-sebut ialah Keshvinder Singh.... Adun Malim Nawar dan Siva (Adun Buntong). Ada juga yang mengatakan S. Kesavan (Adun PKR Hutan Melintang). Ini bagi membolehkan suara masyarakat India berkumandang dalam Kerajaan.Di kalangan Adun Cina pula ialah Tai (Adun PKR Kuala Sepetang) dan seorang lagi Adun DAP berbangsa Tionghua. { sini }
Seandainya perkhabaran dari blog Perak Bangkit itu benar, nampaknya kegoyahan Pakatan Rakyat di Perak semakin kritikal. Ia tidak dapat diubat dengan demonstrasi atau memorandum; ia cuma dapat diubati dengan muhasabah diri dan tapisan yang lebih halus dalam melantik pemimpin dan calon-calon Pilihan Raya di masa mendatang.
Cukup sayang, rebahnya satu pemerintahan sah diakibatkan dari kecelaruan pendirian pemimpin dan bukan atas suara hati rakyat bawahan. Berita sebegini tentunya membawa 2 impak langsung atau tidak langsung:
- Rakyat merasakan BN adalah parti yang kuat dan meyakinkan.
- Rakyat merasa marah dan akan menghukum BN di PRU 13. Hukuman yang akan dijatuhkan adalah "hukuman mati" (dari aspek politik).
Secara simple calculation, mana-mana kerajaan yang diurustadbir oleh pemerintah yang beroleh kemenangan dari kaedah Pilihan Raya adalah bertunjangkan 33.2% suara rakyat. Selebihnya adalah mereka yang tidak mengundi, undi rosak dan sokongan kepada parti lawan. Secara mudah:
Katakan rakyat yang layak mengundi di sesebuah negeri berjumlah 100,000. Yang mengundi cuma +-70% iaitu 70,000 orang. Katakan undi rosak berjumlah 5,000.
Kerajaan memerintah dengan simple majority ialah 51% dari 65,000 iaitu 33150 orang (simple majority juga ditafsirkan sebagai 50% + 1).
33, 150/ 100,000 X 100 = 33.15%
Sekurang-kurangnya, ia adalah percentage yang agak besar iaitu +- 1/3 dari rakyat yang layak mengundi. Bagaimana pula percentage kerajaan yang berjaya ditubuhkan hasil dari pemimpin lompat/hijrah parti?
Bukankah ia suatu pengkhianatan pada rakyat? Jika tidak berfikir begitu pun, kita fikirlah apa persepsi negara jiran/asing terhadap Malaysia nanti?
Kita doakan yang baik-baik sahaja. Amin.
Perbandingan 2 Menteri Besar Negeri Perak
MB Kerajaan Perak melalui Pilihanraya Umum 12
Biodata
* Nama penuh: Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin
* Umur: 51 tahun
* Tarikh Lahir: 17/03/1957
* Isteri: Fatimah binti Taat
* Anak: (8 orang) 5 lelaki, 3 perempuan
* Pendidikan:
- Sek. Rendah Anglo Chinese School (ACS), Kampar, Perak
- Sek. Menengah Kebangsaan Anglo Chinese School (ACS), Kampar, Perak
- Sek. Menengah Teknik Ipoh, Perak
- 1976 : A-Level, Norwich City College Of Science Technology, Norfolk, UK
- BSc. Mechanical Engineering, Aston University, Birmingham, UK
* Kerjaya:
- Pengurus Projek KPPD (UDA)
- Pengurus Kanan Daya Urus Sdn Bhd (UDA)
- Pengarah Urusan, Urus Harta S/R (PDC Penang)
- Jurutera Perunding Mekanikal (Pengangkutan Vertikal, Elevator & Eskalator)
- 17/03/2008 : Menteri Besar Perak
* Politik:
- 1995: Menyertai PAS
- Sehingga 2008 : Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak
- Terdahulu : Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak, YDP PAS Kampar
- 2004 : Tewas di P67 kerusi Kuala Kangsar, PRU ke-11 (vs Datuk Seri Rafidah Aziz - BN)
- 08/03/2008 : Adun di N51 kerusi Pasir Panjang, PRU ke-12 (vs Datuk Dr S Vasan - BN)
* Kegiatan Masyarakat:
- Pengerusi Gabungan Membantah Kenaikan Air Perak- Timbalan Setiausaha PPK
MB Kerajaan Perak melalui proses Lompat/Hijrah Parti
Biodata
NAMA : Datuk Dr Zambry Abdul Kadir
TARIKH LAHIR: 22 Mac 1962
TEMPAT LAHIR: Pulau Pangkor, Perak
ISTERI: Datin Saripah Zulkifli
ANAK: Lima (Tiga perempuan, dua lelaki)
KELULUSAN AKADEMIK:
# PhD (Pemikiran Politik) Universiti Temple, Amerika Syarikat (1995)
# MA, Universiti Temple (1992) Falsafah politik dan Perbandingan Agama
# MA, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991) Pemikiran Islam
# B Econs (Kepujian) UIAM (1987)
PENCAPAIAN:
# Anugerah Kepujian (PhD) 1995
# Geran Penyelidikan Universiti Temple (1993)
# Anugerah WAMY Konvokesyen Pertama UIAM (1987)
JAWATAN:
# Ketua Pemuda Umno Bahagian Pangkor (1992)
# Ketua Umno Bahagian Lumut
# Adun Pangkor (sejak 2004)
# Exco Pelajaran, Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Perak (2004-2008)
rujukan = http://serikasih.blogspot.com/2009/02/biodata-datuk-dr-zambry-abdul-kadir.html dan http://cikwiduri.wordpress.com/2008/03/17/mohd-nizar1/
------------------------------------------------------------------------
7.2.09
Bila Pemimpin Merogol Maruah Sendiri Di Khalayak
"Mohammad Nizar hanyalah boleh diturunkan daripada kedudukannya sebagai menteri besar menerusi undi tidak percaya yang dilakukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) semasa ia bersidang," katanya. { sini }
Munkin ada benarnya dakwaan Tuan Guru dan jika perundangan sememangnya telah dicurangi oleh BN/UMNO di Perak, maka tindakan perundangan wajar difailkan terhadap BN/UMNO. Sebenarnya, kerajaan baru BN Perak adalah kerajaan yang goyah dan tidak kukuh. Bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan jatuh tersungkur seandainya 3 individu Bebas bertukar arah kepada Pakatan Rakyat. Jika perkara ini berlaku, maka sistem politik Malaysia akan ditertawakan di seluruh dunia. Apa penyelesaiannya? Akta Lompat Parti? Rasanya tidak.
Pemimpin yang lompat parti adalah pemimpin yang 'merogol' maruahnya sendiri di khalayak. Satu Malaya sudah tahu siapa dia Dato' Ibrahim Ali, Tengku Razaleigh, Shabery Chek, Rais Yatim, Nasaruddin, Jamaluddin dan lain-lain. Kita telah saksikan bagaimana keimanan politik mereka senantiasa berubah-ubah. Yang memeranjatkan, mereka masih ada tempat di dalam struktur organisasi yang mereka wakili. Rakyat yang mereka wakili masih lagi mengangkat mereka sebagai hero dan pemimpin agung. Kenapa?
Kerana minda dan pemikiran rakyat Malaysia dalam skop politik masih belum dimerdekakan. Asbab itu, yang putih akan kelihatan kuning dan hitam kelihatan unggu. Kita nampak yang tersurat tetapi gagal mentafsir yang tersirat.
Semua parti sibuk mencipta dan menambah ahli tetapi alpa dalam menambah pemimpin yang berkualiti. Jika penciptaan pemimpin ini menjadi agenda, maka kita akan lihat pemimpin-pemimpin tua yang masih berideologikan politik kuno akan digantikan satu-persatu. Atas usaha itu, maka mendidik pemikiran politik yang merdeka pada rakyat akan menjadi enteng.
Hasilnya, tiada lagi tindakan-tindakan politik kelas ketiga seperti lompat parti ini yang berlaku. Pemimpin akan malu dan lebih menghormati pilihan rakyat.
Mahukah rakyat Perak menyaksikan Menteri Besar ditukar sebulan sekali dek hanya ada pemimpin tidak berpendirian seperti Dato' Nasa? Kalian tahu apa jawapan dan kalian harus fikir sendiri tindakan susulan.
Wallahualam.
5.2.09
Nizar BUKAN Pilihan Rakyat
Rakyat Perak tidak memilih Nizar sebagai MB Perak tetapi Rakyat Perak memilih ADUN dari DAP; jika kita ambil kira jumlah kerusi yang dimenangi. Maka, salahlah jika kamu mengatakan DS Nizar adalah pilihan rakyat. Mengikut formula politik samarata dan tidak mengikut perlembagaan sedia-ada, YB Ngeh sepatutnya MB Perak ke-10; jika diukur dari kekananan beliau dalam parti DAP Perak. Tapi, jika ikut "pintu depan" dan "politik halal Malaysia", ia tidak boleh jadi milik DAP disebabkan YB Ngeh bukan Melayu Islam.
Nizar dijadikan MB Perak kerana:
- Takdir dari Allah (walaupun bukan haknya jika berasaskan pilihan rakyat).
- Undang Tubuh Negeri Perak.
- Perkenan Sultan Perak.
Bagaimana pula Zambri menjadi MB? Formulanya sama:
- Takdir dari Allah (juga bukan haknya jika diukur dari PilihanRaya).
- Undang Tubuh Negeri Perak.
- Perkenan Sultan Perak.
Oleh itu, kenapa timbul cerita rakyat tak suka, keputusan tidak ikut perlembagaan, Raja tidak adil dan macam-macam lagi? Apakah semalam kita berfikir menggunakan otak tetapi hari ini kita menggunakan kepala lutut?
Sedarkah kita, siapa berada dibelakang kecelaruan ini semua? DSAI yang lembab berfikir, DS Najib yang tiba-tiba bijak, Dato' Nasa yang menjadi pelakon utama, 2 ADUN PKR yang sayangkan masa depan diri sendiri dan...tang ADUN DAP ni Harimau kurang nak faham sikit. Dia ni apahal?
Akhir qalam, ini semua adalah proses normal dalam berpolitik. Jika yang ini pun kita tidak sanggup telan, cepat-cepatlah resign dari arena politik Malaysia ini.
Wassalam.
Ir. Nizar, Dr. Zamri, BN dan PR
Buat Ir. Nizar
Dato' Seri Ir. Nizar, kamu bukan tidak bagus cuma Allah telah menarik balik kekuasaan yang dipinjamkan kepada kamu. Mungkin, Allah memberinya untuk kamu rasa bahawa menjadi ketua itu amat getir apatahlagi di Negeri Perak. Semoga esok, kamu menjadi orang yang lebih hebat dan kuat berbanding hari ini. Sekurang-kurangnya, kamu masih menjadi ketua walaupun Ketua Pembangkang. Selamat Maju Jaya Dato' Seri.
Buat Dr.Zamri
Selamat datang YB Dr. Zamri. Jagalah kedudukan yang dipinjamkan Allah itu dan pastikan kamu melakukan tindakan yang kamu rasa betul dan baik. Sekalung Tahniah dari blog ini.
Buat teman-teman Pakatan Rakyat
Janganlah kita mengundang kemurkaan Kebawah Duli Sultan Perak kerana ini adalah adat berpolitik. Bayangkan, jika impian 16 September lalu menjadi realiti, bukankah ia adalah situasi yang mirip? Maka, kuatkan semangat untuk menambah kekuatan yang ada dan membaiki yang pincang. Percayalah, ini adalah balasan Allah buat mereka yang "terbuai" dengan mitos yang kononnya rakyat telah menang. Ia bukan sebegitu kerana ia adalah hanya semata-mata ujian dari Allah. Jika UMNO dikatakan alpa setelah 50 tahun memerintah, maka lebih hinalah mereka yang alpa dengan hanya memerintah tidak sampai setahun. Renung yang tersirat.
Buat teman-teman Barisan Nasional
Jangan riak dan jangan takbur. Usah pinta untuk dihukum sebanyak 2 kali. Perbaikilah kebodohan yang ada dan berikanlah yang terbaik buat rakyat kamu. Fahamilah, ini bukan kejayaan demokrasi tetapi kejayaan kamu berpolitik sahaja. Jangan ulangi keangkuhan laksana beruk, mendabik dada laksana merak dan lupa daratan bak cenderawasih. Tiada kejayaan tanpa restu rakyat dan Rajanya.
Buat diri sendiri
Harimau Menaip selamanya menentang lompat parti kerana ia mentaliti dunia ketiga. Ia umpama pelaku dosa besar orang yang lari dari perang!
والسلام
هريماو مناءيڤ
PAS dan BN wajar menerajui Perak
Mungkinkah mereka sedang terseNGEH?
UMNO kelihatan muflis calon bagi MB tetapi DS Nizar memang berbakat. Apakah jalan yang terbaik? PAS Perak, Bebas dan BN bersatu hati dalam membentuk kerajaan. DS Nizar kekal Menteri Besar. Bukankah BN menerima sesiapa sahaja walaupun petualang-petualang?
Dan, mampukah mereka-mereka itu terseNGEH lagi? Mungkinkah "belang" DAP makin terdedah apabila terdengar mereka berkata:
Lato' Seli Awar...apa sulah ladi..teoli lompat sulah makan dili..ini macam talak boleh ladi. Pelingkuplah latuk seolang lili..Kami sulah tilak tahan lali
Dan, memanglah wajar Dato' Seri Najib dianugerahkan "The Politician Of The Year". Ingat, anugerah itu untuk DS Najib dan bukan DS Rosmah.
Harimau: DAP lah yang telah menjahanamkan kerajaan Perak. Itupun, kalau kalian tidak buta.
Kepala Hotak Boleh Buat Batu Cincin!
Yang tidak bagusnya adalah, Perak telah melahirkan blogawan-blogawan hebat yang majoritinya dari kem Pakatan Rakyat. Sayang jika bakat dan pesona penulisan/cetusan idea mereka terkubur dengan terkuburnya kerajaan DS Nizar atau lebih tepat kerajaan YB Ngeh itu. Sudah ada tanda-tanda kekecewaan dan "kehilangan" blogawan dari Perak yang Harimau amati. Harap-harap, ia hanya kesan sementara.
Adakah politik Kedah bakal menyusul? Bijakkah politikus-politikus BN di Kedah untuk merampas kerajaan dari tangan PAS? Dan pandaikah politikus-politikus Pakatan Rakyat untuk merampas kerajaan Negeri Sembilan dari UMNO?
Masa masih panjang. Wisel perlumbaan baru sahaja ditiupkan. Kalau benar BN jadi kerajaan di Perak, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada kabinet DS Nizar kerana "membelikan" kereta mewah buat exco.
Ooops! Jangan lupa. Bagi status pajakan 999 tahun kepada orang Melayu yang kononnya nasib mereka mahu diperjuangkan UMNO itu. Mata rakyat masih memantau, jangan sampai rakyat menyantau. Sia Paleh!
Harimau Menaip
1.2.09
Blogawan Jadi Calon Pilihanraya Kecil?
Harimau-Menaip said...
Alamak!Memang bergegaq Perak ni.
Tang Sya tu, saya 50-50. Sian dia. Nanti kena ushar dengan "Sang Rasuah Seks" tu pulak.Tapi kalau Mat Saman Kati, saya angkat 2-2 belah tangan.Side UMNO, kena blogger jugak barulah adil. Mungkin geng BPN ada nama?
February 1, 2009 11:09 PM
Mungkin, Pak Najib perlu berkira-kira untuk menerima nama-nama geng Bloggers Pembela Negara (BPN) sebagai calon UMNO? Jangan calonkan penulis blog "rembau dot net" sudahlah!
Apalagi Panglima Perang, kasi cadanglah nama!
26.1.09
Apa? Ada Game Lagi?
Perak bakal digegar lagi... Sepotong kek berkrimkan tahi bakal di baling ke muka-muka mereka yang pernah berkata "Setakat seorang lompat, mana ada rasa!".
Harimau setia menunggu hingga lewat petang samada benar perkhabaran yang dibawa arus elektrik komputer terus ke monitor Harimau { sini }. Nampaknya, semakin hari semakin bergelora pentas politik Tanah Melayu sambil ditonton oleh orang-orang Cina, India, Murut, Kadazan, Bajau, Banjar, Jawa dan sebagainya.
Semalam mungkin ramai yang telah bersorak dan membuat 'ombak' tetapi dengar cerita petang ini akan lebih dasyat lagi.
Tunggu!!!!
