Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label Lompat. Show all posts
Showing posts with label Lompat. Show all posts

25.7.09

Syabas Inspector Sahab

Bekas Naib Presiden MIC, SS Subramaniam menyertai PKR.
Bersama beliau menyertai PKR ialah seramai 1700 lagi ahli-ahli MIC.
{ sini }

PKR semakin kuat kerana MIC tidak berusaha untuk berubah. Jika benar bagai diwar-warkan, maka BN telah kehilangan 2/3 (anggaran) sokongan komuniti India.

MIC sudah boleh berkira-kira untuk "tutup kedai" jika masih diterajui oleh individu bernilai setengah (Semi Value).

Jika benar berita tersebut, blog ini mengucapkan "Syabas Inspector Sahab" buat PKR!

8.2.09

Lompatan Versi Kedua?

Maklumat terkini kami dapati lebih kurang 5 orang lagi daripada PR akan lompat Parti. Antara yang disebut-sebut ialah Keshvinder Singh.... Adun Malim Nawar dan Siva (Adun Buntong). Ada juga yang mengatakan S. Kesavan (Adun PKR Hutan Melintang). Ini bagi membolehkan suara masyarakat India berkumandang dalam Kerajaan.Di kalangan Adun Cina pula ialah Tai (Adun PKR Kuala Sepetang) dan seorang lagi Adun DAP berbangsa Tionghua. { sini }

Seandainya perkhabaran dari blog Perak Bangkit itu benar, nampaknya kegoyahan Pakatan Rakyat di Perak semakin kritikal. Ia tidak dapat diubat dengan demonstrasi atau memorandum; ia cuma dapat diubati dengan muhasabah diri dan tapisan yang lebih halus dalam melantik pemimpin dan calon-calon Pilihan Raya di masa mendatang.

Cukup sayang, rebahnya satu pemerintahan sah diakibatkan dari kecelaruan pendirian pemimpin dan bukan atas suara hati rakyat bawahan. Berita sebegini tentunya membawa 2 impak langsung atau tidak langsung:
  1. Rakyat merasakan BN adalah parti yang kuat dan meyakinkan.
  2. Rakyat merasa marah dan akan menghukum BN di PRU 13. Hukuman yang akan dijatuhkan adalah "hukuman mati" (dari aspek politik).

Secara simple calculation, mana-mana kerajaan yang diurustadbir oleh pemerintah yang beroleh kemenangan dari kaedah Pilihan Raya adalah bertunjangkan 33.2% suara rakyat. Selebihnya adalah mereka yang tidak mengundi, undi rosak dan sokongan kepada parti lawan. Secara mudah:

Katakan rakyat yang layak mengundi di sesebuah negeri berjumlah 100,000. Yang mengundi cuma +-70% iaitu 70,000 orang. Katakan undi rosak berjumlah 5,000.

Kerajaan memerintah dengan simple majority ialah 51% dari 65,000 iaitu 33150 orang (simple majority juga ditafsirkan sebagai 50% + 1).

33, 150/ 100,000 X 100 = 33.15%

Sekurang-kurangnya, ia adalah percentage yang agak besar iaitu +- 1/3 dari rakyat yang layak mengundi. Bagaimana pula percentage kerajaan yang berjaya ditubuhkan hasil dari pemimpin lompat/hijrah parti?

Bukankah ia suatu pengkhianatan pada rakyat? Jika tidak berfikir begitu pun, kita fikirlah apa persepsi negara jiran/asing terhadap Malaysia nanti?

Kita doakan yang baik-baik sahaja. Amin.

5.2.09

Ir. Nizar, Dr. Zamri, BN dan PR

بسم الله الرحمن الرحيم

Buat Ir. Nizar

Dato' Seri Ir. Nizar, kamu bukan tidak bagus cuma Allah telah menarik balik kekuasaan yang dipinjamkan kepada kamu. Mungkin, Allah memberinya untuk kamu rasa bahawa menjadi ketua itu amat getir apatahlagi di Negeri Perak. Semoga esok, kamu menjadi orang yang lebih hebat dan kuat berbanding hari ini. Sekurang-kurangnya, kamu masih menjadi ketua walaupun Ketua Pembangkang. Selamat Maju Jaya Dato' Seri.

Buat Dr.Zamri

Selamat datang YB Dr. Zamri. Jagalah kedudukan yang dipinjamkan Allah itu dan pastikan kamu melakukan tindakan yang kamu rasa betul dan baik. Sekalung Tahniah dari blog ini.

Buat teman-teman Pakatan Rakyat

Janganlah kita mengundang kemurkaan Kebawah Duli Sultan Perak kerana ini adalah adat berpolitik. Bayangkan, jika impian 16 September lalu menjadi realiti, bukankah ia adalah situasi yang mirip? Maka, kuatkan semangat untuk menambah kekuatan yang ada dan membaiki yang pincang. Percayalah, ini adalah balasan Allah buat mereka yang "terbuai" dengan mitos yang kononnya rakyat telah menang. Ia bukan sebegitu kerana ia adalah hanya semata-mata ujian dari Allah. Jika UMNO dikatakan alpa setelah 50 tahun memerintah, maka lebih hinalah mereka yang alpa dengan hanya memerintah tidak sampai setahun. Renung yang tersirat.

Buat teman-teman Barisan Nasional

Jangan riak dan jangan takbur. Usah pinta untuk dihukum sebanyak 2 kali. Perbaikilah kebodohan yang ada dan berikanlah yang terbaik buat rakyat kamu. Fahamilah, ini bukan kejayaan demokrasi tetapi kejayaan kamu berpolitik sahaja. Jangan ulangi keangkuhan laksana beruk, mendabik dada laksana merak dan lupa daratan bak cenderawasih. Tiada kejayaan tanpa restu rakyat dan Rajanya.

Buat diri sendiri

Harimau Menaip selamanya menentang lompat parti kerana ia mentaliti dunia ketiga. Ia umpama pelaku dosa besar orang yang lari dari perang!

والسلام

هريماو مناءيڤ

26.1.09

Semoga Pak Lah Cepat Sembuh

Patutlah Pak Lah tidak hadir di rumah Terbuka Hari Raya Cina di Wisma MCA siang tadi. Menurut Presiden MCA, beliau dihubungi Pejabat Perdana Menteri pagi tadi dan memaklumkan bahawa Pak Lah kurang sihat.

Kita doakan Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia cepat sembuh dan dapat kembali menerajui negara.

Adakah penyakit itu angkara Dato' Nasa? Wallahualam.

Apa? Ada Game Lagi?

tempat landing lompat jauh


Perak bakal digegar lagi... Sepotong kek berkrimkan tahi bakal di baling ke muka-muka mereka yang pernah berkata "Setakat seorang lompat, mana ada rasa!".

Harimau setia menunggu hingga lewat petang samada benar perkhabaran yang dibawa arus elektrik komputer terus ke monitor Harimau { sini }. Nampaknya, semakin hari semakin bergelora pentas politik Tanah Melayu sambil ditonton oleh orang-orang Cina, India, Murut, Kadazan, Bajau, Banjar, Jawa dan sebagainya.

Semalam mungkin ramai yang telah bersorak dan membuat 'ombak' tetapi dengar cerita petang ini akan lebih dasyat lagi.

Tunggu!!!!

Yang Hebat-Hebat Buat Malaysia

Tahniah kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim kerana menerima seorang lagi anak buah dari negeri Perak. Terus-terang, Harimau tidak mengenali siapa dia Datuk Nasa namun mendoakan yang hebat-hebat sahaja buat beliau. Harimau tidak hairan dengan isu lompat kerana ia adalah hak seorang pemimpin/YB untuk bernaung di bawah mana-mana entiti yang disukainya.

Apa yang Harimau nampak, UMNO adalah ibarat kilang menghasilkan pemimpin. Sepanjang tempoh "production"nya, telah 2 pemimpin Agung lahir iaitu Tun Mahathir dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Belum ada mana-mana pemimpin keluaran UMNO yang dapat menandingi karisma dan kepimpinan 2 nama besar tadi.

UMNO tidak boleh menidakkan impak yang bakal berlaku atau terhasil dari perpindahan/lompatan Dato' Nasa kerana bagi rakyat, mereka sedang tertanya-tanya dan mencari jawapan samada benarkah UMNO sudah mereput dan bakal terpupus?

Setidak-tidaknya, rakyat akan bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang akan berlaku samada Kepimpinan negara yang paling atas bertukar dengan individu sama parti iaitu UMNO atau ditukar secara total dan digantikan dengan kepimpinan Pakatan Rakyat. Walaupun apa kemungkinan yang bakal terjadi, kita doakan yang hebat-hebat sahaja buat Malaysia.

Sesungguhnya doa adalah senjata buat mereka yang beriman. Agak-agaklah, adakah Dato' Nasa cukup jantan untuk menawan Bota sekali lagi tetapi di atas tiket PKR? Kalau ada jantan bagus tapi kalau tiada jantan, terbuktilah bahawa beliau hanya pemimpin lulusan Universitas UMNO yang biasa-biasa sahaja.