Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label DSAI. Show all posts
Showing posts with label DSAI. Show all posts

7.7.13

Keluarga Al Juburi yang pulang

Selama ini ku ingat hanya rekayasa untuk suka-suka, tapi memang ada keturunan Al Juburi ni..pagi Ahad aku dah gelak besar.

Ref: Mingguan Malaysia 7.7.2013, ms21

8.11.11

Haji Najib, Haji Anwar dan Komentar


Haji Najib dan Haji Anwar.

Ramai pertikai ibadah Haji yang Najib Razak lakukan dan ada pula yang menyindir Anwar Ibrahim kerana tidak pernah menunaikan haji.

Bagi aku, itu semua perkara paling bodoh yang blogger Malaysia lakukan. Pentingkah ibadah Haji mereka buat kalian? Ibadah haji kalian bagaimana? Aku rasa, ramai yang belum pun menunaikan haji. Ibadah Haji itu mudah dan samada ia mabrur atau tidak; itu hak Allah.

Bagaimana kalian mahu menentukan mereka itu menunaikan ibadah ikhlas atau tidak sedangkan kalian tidak pernah bertanya kepada mereka? Elemen yang penting untuk ibadah Haji itu Mabrur (menurut kuliah yang aku dengar) disisi Allah SWT adalah :

  •  Niat
  • Keikhlasan
  • Menurut Haji yang dilakukan Nabi SAW.
  • Melakukan perkara Sunnah.
  • Doa dan bertawakkal agar ibadah itu diterima Allah.

Komentar Blog

Aku adalah pembaca blog..tak kisah dari mana partipun penulis blog tersebut, aku akan baca. Terkadang aku mendapat ilmu, terkadang mendapat kejutan dan terkadang membuat aku marah. Hari ini aku dikejutkan dengan komentar mangkaq seorang manusia yang tidak aku tahu agamanya. Untuk bersangka baik, aku anggap dia seagama dengan Senator Nallakarupan. Dibawah adalah komentar beliau. Yang membuat aku mendidih adalah ayat di perenggan kedua.




PejuangMelayu's avatarIsrael datang sini berniaga, DAP pulak datang nak rampas negara dari kuasa politik orang Melayu! Jangan jadi bodoh blogger bangang! Semua benda nak bangkang!

Kompeni Israel ni turut penyumbang kepada pendapatan negara. Ko blogger tak berpelajaran hanya tau membangkang! Tak faham ekonomi!

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/11/bagaimana-lori-dagang-syarikat-israel.html#ixzz1d7OSVILe

28.11.10

PKR dan misi mustahil

Tiada masa nampaknya untuk PKR menidakkan kemenangan Azmin Ali atau Sam Iskandar. Mereka terpaksa merestui kemenangan itu bagi merentas jalan ke Putrajaya ketika Pra-PRU13. Disaat BN mencipta populariti di hati rakyat, PKR memilih membuka segala pekung dan kudis pada khalayak. Mereka lupa bahawa media arus perdana yang menjadi tontonan majoriti rakyat tidak pernah menyebelahi mereka. Mereka sedang diketawakan, sedang dibodoh-bodohkan dan menjadi jenaka jam 8 di seluruh negara. Perbualan aku bersama teman yang karat UMNO di kedai Nasi Ayam Pangeran malam tadi mengesahkan kemenangan awal BN di Paroi. Fuh, memang yakin betul mamat tu.

Jalan ke Putrajaya sudah semakin berliku. Ada manusia yang harus menjadi "korban" untuk PKR kembali memutihkan nama mereka di hati rakyat. Siapa? aku belum pasti. Macha-macha estet sedang dalam mod "tunggu dan lihat". Menunggu isyarat dari "kapla" samada berhenti menyokong PR atau berdiri teguh dan menyokong penuh. Ia masih 50-50. Percayalah cakap aku.

Cina bandar sudah mula menyokong DAP. MCA tidak berusaha benar nampaknya. Mungkinkah MCA mempunyai agenda halimunan bersama DAP? Orang Melayu mesti mula berfikir kemungkinan itu. Ia bukan mustahil dan berada dalam kategori "probably".

Kalau aku ditanya, adakah aku menyukai perkembangan terkini politik di Malaysia, aku menjawab tidak. Kerana Melayu semakin menghampiri minoriti; bukan dari segi kuantiti tetapi dari segi politik yang berpecah belah. Cukup-cukuplah dengan UMNO, PKR dan PAS, Melayu tidak perlu pergolakan dalaman parti sediada apatahlagi parti baru. Melayu tidak perlu parti baru Zaid Ibrahim ataupun dari Ibrahim Ali (Cis, apasal pulak aku tersebut nama Beraghim ni...).

Entah mengapa, pelakon- pelakon politik Malaysia seringkali mempunyai nama Ibrahim...? Itu belum campur Khalid Ibrahim, Mohamad Zamakh Sari Ibrahim, Zulkifli Ibrahim punya cerita. Ahh...mereka tiada peranan dalam ini filim.

Aku suka pada Saifuddin Nasusyen (sebutan betul bagi Nasution?). Malang sungguh apabila dia menjadi kuda tunggangan Jeneral PKR yang boleh dikategorikan sebagai Dewa bagi sesetengah penyokong tegar. Saifuddin adalah aset penting PKR namun "dipaksa" memegang watak orang bangang. Saifuddin, kamu letaklah jawatan Setiausaha Agong dan biarlah siasatan surat palsu itu berjalan. Sayang sekali orang hebat seperti kamu terbunuh dalam perang orang lain. Tapi, kalau kamu rela terkorban, apa yang aku boleh buat ye tak? Suka hati kamu lah Din.

2 pilihan yang ada bagi PKR sebelum PRU 13. Bunuh diri atau Melenyapkan watak Ketua Umum dalam politik. Ketua Umum cuma perlu menjadi penasihat PKR dan beliau tidak perlu bertanding di PRU akan datang. Itupun kalau Ketua Umum itu masih relevan dan diperlukan. Takkan 10 tahun masih nak duduk bawah ketiak Anwar ye tak?

Nah...baru kita berfikir bahawa untuk apa pula ada PKR tetapi tanpa Anwar bukan? Dan kita juga akan berfikir siapa yang akan menjadi Jeneral merentas jalan ke Putrajaya bagi PR...betul tak?

Jawapan hebat bagi persoalan tersebut mengandungi 5 huruf (atau 4?) yang mudah.

BUBAR.

Jika ianya kelihatan mustahil, fikirkanlah kemustahilan untuk menyatukan anak muda di bawah kepimpinan Sam Akin, kemustahilan mencari Perdana Menteri PR selain DSAI, kemustahilan PKR tanpa Anwar, kemustahilan mengangkat keredibiliti PKR sebelum PRU yang dijangka 12 bulan dari hari ini....

Kemustahilan itu hanya menjadi tidak mustahil jika PKR menjumpai penyelesaian....yang aku fikir cukup mustahil.

Adios!

15.3.10

Dewa Anwar?

Ramai teman-teman yang menempelak Harimau kerana terlalu pedas terhadap DSAI. Malah, ada juga yang bertanya berapakah bayaran yang Harimau terima dari UMNO. Paling memeranjatkan, teman-teman yang tidak bersetuju menerajang pautan blog ini dari senarai bacaan mereka.

Sungguh hebat Anwar di mata mereka. Harimau juga pernah seperti mereka. Dan, Harimau amat faham.

Sampai bila kita mahu berpura-pura? Bukankah suatu hari nanti setiap manusia akan mati? Begitu juga Anwar. Adakah apabila Anwar meninggalkan dunia ini nanti, Ah Siang dan Abang Ali akan membiarkan Azizah menjadi PM? Kalian ingat, PAS akan menerajui Pakatan?

Itu ibarat perkara paling mustahil dalam dunia.

PAS boleh menamakan Presiden atau Tuan Guru mereka menjadi PM HANYA tanpa penglibatan DAP dalam Pakatan. PKR hanya diperalatkan dan ideologi PKR yang "sama rasa, sama rata" itu menjadi senjata DAP untuk berkuasa.

Tidak pula Harimau kata UMNO adalah parti maksum. Cuma gelodak dan sepak-terajang dalam BN tidak perlu diwar-warkan lagi. Itu kerja Harakah dan Suara Keadilan.

Mungkin Anwar terlalu didewakan hingga dia seumpama tiada cacat dan cela.

Ingatlah, sebelum mengalahkan BN, Pakatan perlu nampak sempurna; bukan sahaja dari sudut best governance tetapi future planning.

9.3.10

Siapa Pengganti Anwar?

Sehingga minggu lepas, Harimau cukup mengagumi Anwar Ibrahim. Namun setelah bermuhasabah diri, Harimau tidak sanggup berketuakan apatahlagi berPerdana Menterikan seorang pemimpin yang "lemah tenaga batin' dalam berpolitik.

Berikut adalah kelemahan Anwar Ibrahim yang paling ketara:
  • terperangkap (jika ia tuduhan palsu) dengan tuduhan liwat sebanyak 2 kali.
  • tidak dapat menewaskan pemimpin UMNO paling gagal iaitu Pak Lah di PRU yang lalu.
  • tidak mampu menafikan (secara meyakinkan) dakwaan UMNO bahawa beliau adalah pengkhianat negara.
  • membiarkan pemimpin Cina,India dan blogger bukan Islam membuat keputusan dan akur dengan desakan mereka.
  • tidak mampu mengekang ahli ParlimenPKR yang semakin berkurangan di Parlimen.
  • tidak bijak memilih calon bagi Pilihanraya yang lalu.
  • tidak mampu menentang kaedah pimpinan Perdana Menteri mutakhir.
  • tidak mampu menamakan pengganti beliau yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang (seandainya beliau "gugur" dan disemadikan).
  • membiarkan bukan Islam menjadi kuasa yang dominan di dalam Pakatan Rakyat.
Jika kita perhatikan, Cina-cina Pakatan Rakyat lebih menduduki kerusi-kerusi kepimpinan Pakatan Rakyat manakala Melayu Islam cuma menjadi blogger, Setiausaha dan jurucakap bawahan. Jika ada pangkat pun, mereka tiada kuasa untuk membuat keputusan; jauh lagi untuk bersuara membela diri (rujuk kes pemecatan Zul Nordin).

Adapun Melayu yang menjadi orang kanan Anwar telah pun menuduh Anwar meliwatnya.

Pakatan Rakyat perlu bersyukur kerana mereka ada PAS yang mengaku bahawa perjuangan mereka adalah berlandaskan Islam.

Tetapi, yang penting bukanlah kuantiti Pemimpin PAS yang duduk di kerusi kepimpinan Pakatan Rakyat tetapi SIAPA YANG MEMBUAT KEPUTUSAN dalam Pakatan Rakyat.

Lim Kit Siang menulis seolah-olah BENAR Anwar adalah peliwat. Daripada siapa agaknya Ah Siang mendapat maklumat? Adakah dari Karpal singh? Segalanya mungkin kerana Karpal Singh lebih tahu dari kita semua malah lebih tahu dari Wan Azizah sendiri. Bukankah Karpal Singh juga terlibat bagi pengendalian kes liwat Anwar yang mutakhir? Bukankah Anwar akan memberi segala fakta-fakta yang BENAR kepada peguam-peguam beliau?

“If he is jailed, our motto will be free Anwar, vote PR!” said the DAP stalwart during the Selangor Pakatan Rakyat (PR) Convention. { blog Ah Siang}


Bagaimana kenyataan sebegitu rupa boleh dikeluarkan jika Ah Siang yakin Anwar tidak bersalah? Jika Anwar dipenjarakan, siapa calon Perdana Menteri bagi Pakatan Rakyat?

Siapa nak jawab ni? Banyak soalan dah ni!

Akhir qalam, pada 1998, Anwar dipecat Mahathir tanpa diberi ruang membela diri. Kita marah dan kita tidak suka.

Kenapa Anwar sanggup berbuat perkara yang sama kepada Zul Nordin?

Jika kalian kata Tun Mahathir bangsat kerana bersikap diktator, maka Anwar adalah 10 kali bangsat kerana lebih kejam terhadap Zul Nordin.

Nasib baik Zul Nordin tidak dituduh meliwat!

7.3.10

Perosak Kestabilan Rakyat (PKR)?

Ramai yang tertanya-tanya, mengapa ramai sangat Ahli Parlimen dan ahli-ahli Pakatan Rakyat yang menyeberang titian lahanat sejak akhir-akhir ini? Kelihatan pula, kelemahan dan kekeldaian mereka didedahkan secara bersiri dan berterusan oleh rakan-rakan blogawan Pro Pakatan Rakyat. Mudah sungguh mencari salah bekas-bekas PKR ini. Nampak sangat, mereka TIDAK LAYAK bergelar calon Pilihanraya sejak hari pertama lagi. Siapa yang pilih mereka sebagai calon agaknya?

Asal sahaja kekecohan melanda, pasti ada nama PKR disebalik insiden tersebut. Siapa agaknya yang bersalah?

Anwar Ibrahim sebenarnya tidak layak menjadi Ketua dan pembantu-pembantu beliau adalah terlalu baghal untuk menyedari kebangangan ketua mereka itu.

Kita semua menyalahkan Pak Lah dan KJ kerana kejatuhan BN dan pengagihan kekayaan kepada kroni-kroni. Mengapa pula kita tidak menuding kelima-lima jari kepada Anwar Ibrahim kerana kegagalan dan kepunahan dalaman Parti Keadilan Rakyat?

PR menjadi kuat kerana ahli-ahli BN menyokong mereka dalam senyap. Mereka menyangka Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

Sekarang semuanya tinggal angan-angan bagi Anwar. Umur beliau semakin lanjut. PKR tiada pemimpin yang berkarisma untuk menggantikan Anwar. DAP sudah nampak ini semua. DAP bukan cina bodoh!

Kestabilan dan keamanan yang dikecapi Rakyat kerapkali digoncang dengan isu-isu politik baik dari PR mahupun dari UMNO. Dari mata rakyat, PKR paling kerap menjadi dalang.

Untuk apa agaknya parti ini ditubuhkan? Mungkinkah sudah tiba masa untuk dikuburkan? Setidak-tidaknya, Anwar perlu bersara. He is nothing jika Cina Ah Siang yang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Mungkinkah Anwar akan mengulang kata-kata Mahathir iaitu "Perjuangan Belum Selesai"? Ingat! Anwar is nothing!

Nota kaki: Ahli PKR adalah ahli yang direject dari parti yang lain.

4.2.10

Cuba Check Mencirit Mokhtar.

Lawak sungguh DSAI bila dikatakan menggunakan perkataan "Mokhtar" sebagai passcode. Macam dah takde nama lain nak disebut.

Siapa Mokhtar? Menurut Saiful, Mokhtar adalah salah seorang Pemandu DSAI.

Tercetus di benak, apa istimewanya Mokhtar? Mungkin menciritnya juga perlu diperiksa. Manalah tahu, ada pula "tusukan luar biasa".

Dia ni pun dah taksub dengan budak Mokhtar ni. Adoiiyaii!

Glosari

Mencirit = lubang keluar tahi yang berkedut dan menggeriut, persis asam kecut kedai Mak Limah.

3.8.09

Anwar: Aku Tanya, Aku Jawab


Hamboi. Segak betul bila DSAI me"Melayu"kan diri beliau yang sudah terlebih kacuk Cina, India, Kadazan, Iban, Pemandu Teksi, Petani dan Nelayan (benda ni selalu dia sebut dalam ceramah). Mungkin dek kerana bait-bait tersebut, ramai yang kata DSAI pengkhianat Melayu.

Harimau tidak pernah bersetuju. Harimau rasakan bahawa DSAI cuma seorang yang opportunist. Menggunakan sumber dan keadaan untuk kepentingan politik. Dan, atas sebab itulah Harimau menobatkan beliau sebagai Politikus Favourite Harimau Menaip.

Tetapi, mungkin sedikit- sebanyak beliau berdosa pada bangsanya. DSAI dikatakan kerap membuka pintu- pintu keramat bangsa Melayu kepada bangsa lain. Ya, mereka yang lain juga Bangsa Malaysia namun Melayu adalah anak tanah ini. Salahkah anak tanah ini mewariskan kehebatan nenek moyang kepada cucu mereka, cucu kepada cicit mereka dan terus tanpa ada ganggu dan gugat? Tidak adilkah sistem agihan kekayaan sekarang?

Kalau ditanya Harimau, Harimau akan kata tidak adil. Kerana kerajaan melantik Sang Haprak pemakan duit haram sebagai penjaga amanah bangsa Melayu. Hingga penjaga- penjaga amanah agihan kekayaan ini lebih kembung perutnya dari majoriti bangsa Melayu. Mentedarah duit tepi sudah jadi satu budaya dan tidak malu lagi untuk diperkatakan di khalayak.

Satu Malaya sudah tahu Juruteknik- juruteknik Majlis Bandaran suka minta itu dan ini terutama ketika hantar claim, Satu Malaya tahu Polis Trafik berkereta Kancil atau Bermotor Kapcai akan tahan pesalah Jalanraya hanya untuk membeli makan tengah hari, Satu Malaya sudah tahu jika mahu senang kena ada kabel a.k.a orang dalam; dan inilah pekung yang bukan lagi bersifat suatu pekung. Anwar sungguh bijak menggunakan "budaya baru" bangsa Melayu ini untuk menembak UMNO kembali.

Dan, dek kerana UMNO muflis politikus hebat, kelakuan dan respon UMNO persis sang dara menyundalkan diri dengan mengaku bahawa rasuah sudah menjadi budaya UMNO sejak dahulu kala dan mereka berusaha mengubahnya.

Kenapa Harimau kata ia persis penyundalan? Kerana tak payah cerita pun orang dah tahu. Benda basi, siapa yang suka dengar. Sampai sekarang, ia kekal status quo (rasanya).

Ramai teman Harimau berkata, bukankah title Perdana Menteri Ke-5 itu milik beliau? Sebab itu Anwar tidak pernah puas hati dan melawan kerajaan habis- habisan.

Ya, ia milik beliau kalau benar beliau tidak meliwat. Benar atau tidak, hanya beliau dan Allah yang tahu. Kita hanya perlu bersangka baik sahaja. Siapa mahu PM dari kalangan kaum Nabi Lut?

Dan, Harimau cukup yakin kes 1998 itu adalah palsu. Cuma, yang baru ni, sedikit meragukan. Meragukan kerana sepatutnya Saiful yang meliwat Anwar. Bukan terbalik macam sekarang.

Bagaimana agaknya Malaysia jika diperintah Anwar yang masih UMNO? Adakah sama dengan pemerintahan Anwar Pakatan Rakyat?

Sudah tentu tidak sama. Mana yang lebih baik buat Malaysia, Melayu dan Islam? Siapa ada jawapan?

12.7.09

Siapa Paling Layak Menjadi Canselor UNISEL?

Rasanya, tiada implikasi positif yang ketara dari seruan agar Datin Seri Rosmah Mansor digugurkan dari menjadi Canselor UNISEL. Apa kaitannya jawatan Canselor dengan pencapaian akademik Siwa dan Siswi? Apa pula kaitan seruan tersebut dengan turun-naik ranking UNISEL di dalam senarai Universiti terbaik di dunia?

Benar, Datin Seri Rosmah bukanlah pelajar genius atau berpendidikan tinggi atau mempunyai gelaran Doktor di pangkal nama; namun itu tidak menjadi suatu syarat dalam pada seseorang individu untuk menjadi seorang Canselor. Maka, jawatan sebagai Canselor yang diperolehi Datin seri Rosmah TIDAK WAJAR dipersoalkan melainkan terdapat hujah yang kukuh untuk menyokong penentangan tersebut.

Dalam surat bantahan 5 November lalu, mereka mendakwa Rosmah "tidak memiliki keunggulan keilmuan yang sewajibnya ada pada gedung ilmu." { sini }

Bangsat sangatkah taraf pendidikan Datin Seri Rosmah hinggakan frasa tersebut diungkapkan? Menurut Wikipedia:
Rosmah mendapat pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan. Beliau seorang yang pandai dan dikatakan selalu mendapat tempat teratas dalam kelas. Selain itu beliau juga aktif dalam aktiviti sukan seperti badminton, hoki dan bola jaring. Beliau juga sukakan hiburan dan selalu mengambil bahagian dalam nyanyian, tarian dan lakonan semasa di sekolah.
Beliau melanjutkan pelajaran di
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang antropologi dan sosiologi. Selepas menamatkan ijazah, beliau menyertai Bank Pertanian Malaysia sebagai eksekutif pada tahun 1975. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Lousiana State University, Amerika Syarikat, dan berjaya mendapat Sarjana Sains dalam sosiologi dan pertanian.
Selepas kembali ke Malaysia pada tahun 1983, beliau menyertai syarikat Island and Peninsular Berhad sebagai Pengurus Pembangunan Perniagaan.

Siapa pula pilihan Siswa/Siswi UNISEL? DSAI? Bengap ke kepala Siswa/Siswi UNISEL? Kita susuri taraf pendidikan DSAI dahulu.

Semasa kecil, beliau bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Stowell, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Kemudian, beliau meneruskan pengajian persekolahan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dari tahun 1960 hingga 1966. Semasa di MCKK, beliau aktif dalam Persatuan Bahasa Melayu dan wakil pemidato sekolahnya. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Pengawas MCKK. Semasa di MCKK, Anwar mengenali Sanusi Junid, Kamaruddin Jaafar dan Yahaya Ahmad. Selepas itu pada tahun 1967, beliau melanjutkan pelajaran tinggi di Universiti Malaya dalam Pengajian Melayu (Sastera).

Rasanya, tiada apa yang hebat dari Resume DSAI. Dari apa yang Harimau baca melalui e-akhbar, tidaklah pula si Siswa-siswi UNISEL menamakan mana-mana individu yang mereka rasakan layak memegang jawatan Canselor.Ia mungkin disebabkan oleh :

  1. Siswa-siswi UNISEL sengaja membakar api politik kampus.
  2. Siswa-siswi UNISEL mahu juga menjadi jaguh politik kampus seperti siswa-siswi UiTM.
  3. Malaysia sudah ketandusan orang bijak-pandai.
  4. Senario mutakhir, yang mana orang bijak kelihatan bodoh (contoh: Naib canselor di dalam Debat Anwar - Shabery) telah mempengaruhi tindak-tanduk siswa-siswi UNISEL.

Persoalan terakhir, yang mana satu asbab nya?

Harimau: bukan penyokong Rosmah apatahlagi pecacai politik sesiapa. Sekadar tertanya-tanya.

1.2.09

The Magnificent Anwar


Semakin UMNO memfokuskan pandangan dan tumpuannya ke Perak, semakin mereka tidak sedar bahawa Negeri Sembilan berada di dalam keadaan tergugat. Melalui sumber-sumber yang boleh dipercayai, ada Adun-adun yang akan berhijrah parti dan seterusnya menukar landskap politik Negeri Sembilan. Agensi kerajaan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menangkis sebarang kemungkinan tetapi bukankah strategi Anwar Ibrahim itu halus lagi tajam? Hanya yang berilmu tembus-pandang sahaja yang sedar.

Kita tunggu dan lihat. Jika Perak berstatus-quo, mungkin Negeri Sembilan yang akan memeranjatkan semua. Di kala itu, saya akan menggelar DSAI sebagai "The Magnificent Anwar".