Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

Showing posts with label menteri. Show all posts
Showing posts with label menteri. Show all posts

1.7.15

Hasan Malek yang dikagumi

Korang ingat dia kisah dengan apa yang kita nak cakap pada dia? Cakaplah apa saja, dia akan kekal sebagai menteri dan terus kaya dengan gaya dia.

Malam tadi, harga minyak naik...macam biasa. Bukan kita tak biasa. Saja je korang nak create issue.

Bukan sehari dua BN ni memerintah. Tak perlu marahkan YB Hasan tu. Dia tak salah. Dia memainkan watak yang ketua dia mahukan. Ingat senang nak buat kenyataan- kenyataan yang menyakitkan hati macam yang selalu dia buat? Susah ooo.

Kita nak mengaku jahil pun segan. Dia selamba buat kenyataan tahap tadika. Muka keras selamba je.

Tapi masalahnya, dia ni orang Nogoghi. Itu lah masalahnya. Kalau dia orang Kelantan atau Sarawak (sekadar petik nama negeri secara rawak), aku tak kisah de. Ini orang negeri aku ni bhai. Aduhh. Macamana lah dia boleh pengaruhi Bahagian UMNO Pilah tu agaknya. Takkan level ni je pemimpin yang ada kat Kolopilah tu?

"Kita tunggu sahaja jam 12 malam ini, lihat bagaimana"..Nampak...macam orang bangang je kenyataan dia ni. Macam tak tahu mende. Tapi itulah kelebihan dia. Esok dia masih segak dan bergaya. Kita je senyum kelat isi minyak mahal. Puiih.

Kagum...ye..kita kena kagum dengan dia..sebagaimana kita mengagumi YB Ahmad Maslan.

Nota kaki: aku tak mabuk ketika menulis. Hihi.

aku yang baju biru tu poiit

28.12.11

Orang Gomen

Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LPNT) bagi Presiden CUEPACS hanya layak diberi 12%. Beliau cukup tidak trampil dari segi memberikan persepsi baik kepada penjawat awam yang umum sudah tahu amat tidak cekap dan memualkan.

Mesyuarat sambil kunyah kuih lapis, menjual produk keluaran sendiri di tempat kerja, tidak faham prosedur dan tanggungjawab asasi jabatan sendiri, lembab, waktu mengeteh berjam - jam, masuk kerja lambat, balik awal, tak masuk kerja langsung tapi tak kena buang, makan suap: adalah antara persepsi yang terpahat di kepala otak umum.

Ini antara peristiwa peribadi yang aku alami (yang larat aku tulis) dengan orang gomen sepanjang aku hidup:

  1. Aku telah masukkan data lesen dan GDL kedalam MYKAD, tetapi diminta bawa lesen ke JPJ. Aku jawab "akak checklah dalam Mykad saya tu". Mereka jawab " Eiihh..tak boleh cik..kena bawak lesen. Kami tak boleh check kat Mykad je". Aku terfikir, takde pekdah rupanya Mykad ni. Lokasi: JPJ Seremban.
  2. "Abang, saya nak tukar alamt mengundi' kata aku. "Jap ehh..pegawai minum" kata kerani sambil mengadap komputer. Aku intai, dan aku nampak dia tengah main solitaire. sejam setengah kemudia. pegawai dia masuk dan kata "jap ye cik.". Entah berapa kali kejap pun aku tak tau. Lokasi: SPR Wisma Persekutuan Seremban.
  3. Ada hamba Allah, kerja MPS (Majlis Perbandaran Seremban). Keluar kerja pukul 7.45am. Jam 8.30 am, balik rumah. Pukul 2.00 pm pergi kerja balik. Umur? Dah nak pencen dah. Lokasi: Seremban.
  4. Dulu sewaktu JBANS (sekarang SAINS), kakak aku buat laporan air kecik. Diorang mintak duit untuk repair. Sampai RM700. Aku suruh akak aku tanya lagi kat kaunter JBANS. Kerani tu kata bukan tanggungjawab dia. Kena melalui Senggaraan. Aku buat laporan melalui email, aku bagi Pengarah, dan cc ke Menteri Besar. Esok diorang tukar meter dan lusa korek jalan untuk tukar paip. PERCUMA!!! Lokasi: Port Dickson.
  5. Aku sampai JKKP seremban untuk pembaharuan lesen lif bangunan. Sampai pukul 8.30 am. Kerasni pergi minum. Aku mengeluh tetapi masih bersabar. Tunggu punya tunggu, pukul 10.45 am baru barua tu masuk. Aku buat surat aduan dengan mengisi Borang Kepuasan Pelanggan. Entah apa berlaku selepas itu. Tahun depan, aku tengok minah tu kerja gak lagi. Siap buat perangai sama gak cuma dia balik minum awal sikit. Lokasi: Wisma Persekutuan , Seremban.
  6. Aku kena saman parking. Pergi MBMB (Melaka) untuk bayar. Duit tunai takde jadi aku bayar pakai cheque. Minah kerani tu kata tak boleh. Aku jumpa pegawai dia. Pegawai dia kata boleh plak. Rugi aku 3 jam kat situ. Lokasi : MBMB, Melaka.
  7. Aku pergi pejabat tanah Seremban 2. Nak bayar cukai bangunan yang ada Strata Title. Aku tanya Meja Pertanyaan, dia kata "Encik ambil nom,bor dan tunggu untuk pembayaran". 45 minit tunggu. Akhirnya nombor aku dipanggil. Kerani tu kata "Bukan kat sini Encik, ni kena buat kat Wisma Negeri, Seremban. Fuhh..berangin kepala aku. Lokasi : Bangunan Kerajaan, Seremban 2.
  8. Aku draf repot polis. Pergi balai. Pegawai tu menaip pakai satu jari. Aku tengok ejaan pun salah padahal aku dah bagi draf dah. Aku offer untuk taipkan untuk dia. Dia terus bagi aku komputer. Aku taip seorang diri sambil dia pergi hisap rokok kat tingkap. Lokasi: Balai Polis Gemencheh.
Banyak lagi tapi tak larat nak taip. Namun ada juga yang bagus dan cekap seperti JPN Senawang, KWSP, MOF Putrajaya dan lain-lain.

Lepas tu, aku baca blog Pilihan-Anda. Mendidih darah aku. Bengong la Omar Osman ni. Patutlah orang gomen kerja macam haram jadah (maaf lah ye). Presiden CUEPACS yang menggalakkan rupanya.

PUTRAJAYA, 27 Dis (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) bersetuju melaksanakan beberapa pindaan segera untuk menambah baik Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).

Presiden CUEPACS Datuk Omar Osman berkata JPA bersetuju membuat pindaan segera dalam taklimat dan rundingan lebih empat jam yang turut dihadiri Ketua Pengarah JPA Tan Sri Abu Bakar Abdullah.


Beliau berkata antara pindaan itu ialah markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dikurangkan daripada 75 peratus kepada 65 peratus untuk kenaikan gaji.


Selain itu, markah 'Exit Policy' turut dikurangkan daripada 70 peratus kepada 60 peratus, dan tempohnya dilanjutkan daripada enam bulan kepada 12 bulan. BERNAMA

24.12.11

Zakat: Untuk Kegunaan Kecemasan Pak Menteri?

يَوْمَ الْقِيَامَةِ خُمُوشٌ أَوْ خُدُوشٌ أَوْ كُدُوحٌ فِي وَجْهِهِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْغِنَى قَالَ خَمْسُونَ دِرْهَمًا أَوْ قِيمَتُهَا مِنْ الذَّهَبِ
Maksudnya: Diriwayatkan daripada Abdullah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang meminta-minta sedekah sedangkan dia kaya yakni padanya apa yang mencukupinya, maka pada hari Qiamat kelak akan menimpa mukanya kesan luka, calar dan kesan gigitan. Lalu dia bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah! Apakah maksud kaya? Jawab baginda: Lima puluh dirham atau nilaiannya daripada emas[1].
Al-Sahanfuri di dalam menghuraikan hadis ini menyatakan bahawa mereka yang kaya adalah haram meminta sedekah atau zakat. Maksud kaya ialah mereka yang memiliki harta untuk makan dan minum serta keperluan asasi dalam setiap waktu atau kebanyakan waktu[2].

[1] Abu Daud Sulaiman bin Al-Asy ‘ath (M275H), Sunan Abi Daud, Maktabah Al-Ma ‘aarif, Al-Riyadh, Kitab Al-Zakah, hlm 282.
[2] Khalil Ahmad Al-Sahanfuri (M1346H), Bazlu Al-majhud Fi Hall Abi Daud, Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah, Beirut, jilid 8, hlm 153-154.

-------------------
Aku mulakan penulisan dengan petikan Hadith dari blog Zuridan. Mungkin ia tidak tepat untuk aku jadikan hujah kepada tajuk aku di atas, namun sekurang-kurangnya kita mengetahui bahawa Sang Kaya mempunyai kekangan dalam isu zakat.

Berita yang tidak sedap aku dengar adalah apabila ada Pak Menteri yang dengan amat mudah menggunakan wang zakat sebagai penggunaan ketika beliau terlibat dalam kes qazaf DSAI.

Apa sahaja alasan kalian bagi mempertahankan Pak Menteri ini, kepala otak dan akal milik Allah Azza Wa Jalla ini tidak mampu menerimanya.

Bagaimana aku mahu menerima jika ramai asnaf yang sukar dibantu dengan wang zakat? Bagaimana aku mahu terima jika pemurtadan yang berleluasa khabarnya berpunca dari kegagalan mereka dibantu oleh Pusat zakat? Bagaimana aku mahu terima jika proses permohonannya amat rumit namun tidak bagi Sang Kaya?

Jika kalian kata BOLEH dan menghalalkan tindakan Pak Menteri, maka bolehlah aku pinjam duit zakat untuk berniaga dan akan pulangkan apabila sudah untung?

Ini adalah penyelewengan yang nyata!

Sejak sekian lama saya dan beberapa orang lain menyebut tentang adanya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara ini. Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan. Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini (Hidup Bawah Jambatan) . Ke mana pergi segala peruntukan ini. Kita kehairanan, wang zakat ratusan juta, namun si miskin terus menderita. Dapatan zakat berlipat-lipat, si miskin terus merempat. ‘Hantu’ manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban? yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian.(Minda Tajdid)

Apa yang kita perlu lakukan?  Pertama, kita perlu tidak meredhai tindakan Pak Menteri tersebut. Kedua, adalah TUKAR. Samada TUKAR KERAJAAN ATAU TUKAR MENTERI ATAU TUKAR PROSEDUR ATAU TUKAR SISTEM; ITU TERPULANG KEPADA AKAL TUAN-TUAN. 

Yang pastinya, ada yang perlu ditukar dan diubah.

pautan isu penyelewangan wang zakat dan dokumen dari Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara: klik sini.