Malam tadi, harga minyak naik...macam biasa. Bukan kita tak biasa. Saja je korang nak create issue.
Bukan sehari dua BN ni memerintah. Tak perlu marahkan YB Hasan tu. Dia tak salah. Dia memainkan watak yang ketua dia mahukan. Ingat senang nak buat kenyataan- kenyataan yang menyakitkan hati macam yang selalu dia buat? Susah ooo.
Kita nak mengaku jahil pun segan. Dia selamba buat kenyataan tahap tadika. Muka keras selamba je.
Tapi masalahnya, dia ni orang Nogoghi. Itu lah masalahnya. Kalau dia orang Kelantan atau Sarawak (sekadar petik nama negeri secara rawak), aku tak kisah de. Ini orang negeri aku ni bhai. Aduhh. Macamana lah dia boleh pengaruhi Bahagian UMNO Pilah tu agaknya. Takkan level ni je pemimpin yang ada kat Kolopilah tu?
"Kita tunggu sahaja jam 12 malam ini, lihat bagaimana"..Nampak...macam orang bangang je kenyataan dia ni. Macam tak tahu mende. Tapi itulah kelebihan dia. Esok dia masih segak dan bergaya. Kita je senyum kelat isi minyak mahal. Puiih.
Kagum...ye..kita kena kagum dengan dia..sebagaimana kita mengagumi YB Ahmad Maslan.
Nota kaki: aku tak mabuk ketika menulis. Hihi.
aku yang baju biru tu poiit

