Petikan Salafi
"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.
"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri
"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.

Mutiara Kata
Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)
“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)
Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)
Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau
26.11.12
Jangan Takut Untuk Pecat K.Rajagobal
Lama sungguh tidak menaip. Mood datang apabila Malaysia dititik Singapura 3-0..tanpa balas tu..
Salah siapa? Aku tak berminat untuk tuding jari kepada sesiapa cuma aku ingin ingatkan bahawa kita sudah hilang keberanian untuk mengkritik. Samada kritikan itu membina atau tidak; ia amat subjektif. Bagi aku yang penting, memberi kritikan demi kritikan agar tidak ada satu detik pun terluang untuk mana-mana individu atau pasukan Harimau Malaya menjadi leka dan alpa.
Kita harus berani mengatakan bahawa Dato' K. Rajagobal harus dipecat. Masukkan pengurus merangkap jurulatih bagi memberi kebebasan kepada individu yang dipilih. Seawal lagi, aku merasakan perlawanan experimen adalah sampah dan ia alasan yang tidak boleh diterima. Sementelah Dato' K. Rajagobal dalam akhbar dilaporkan bahawa "Saya menjangkakan kekalahan 1-0 ataupun Seri" amat menyakitkan hati.
Tiada langsung jangkaan untuk menang???? Jurulatih apa macam ni? Menghabiskan duit rakyat!
Apabila keberanian untuk memecat Dato' K. Rajagobal sudah ada, maka kita akan ke Keberanian Nombor 2. Menukar pucuk pimpinan FAM dan menggantikan dengan muka-muka yang tidak asing dengan permainan Bolasepak. Meminta Presiden turun dari pucuk pimpinan tidak derhaka namanya. Ia amalan biasa dalam tatacara berpersatuan. Bukankah banyak lagi nama-nama besar yang mempunyai pemahaman dalam taktikal dan pengurusan yang boleh diketengahkan?
kategori:
Bolasepak,
Harimau Malaya,
Piala AFF,
Raja
15.9.12
Orang Gomen Tidak Pernah Curi Tulang
Aku pernah melihat payslip seorang staff-nurse. Hampir 4k sebulan. Hebat.
Setelah menonton video ini, aku tukar perkataan "hebat" menjadi "lahabau".
Kalau ada orang gomen minta naik gaji atau bonus, sila abaikan. Mereka memang tidak pernah curi tulang kerana mereka lebih gemar "curi daging"!

10.8.12
Pesan Apak
"Orang gomen kono terima kash kek den sobab kerajaan guna duit den untuk bagi korang bonos. Kojo jangan macam celabai lopeh rayo ni. Kalau tak, den haramkan duit tu nanti" pesan Apak, kawan den.
9.8.12
8.8.12
Sunnah: Doa Berbuka Puasa
Ini adalah doa dari hadith berdarjat hasan. Doa "Allahumma lakasumtu..." dari hadith daif. Maka, tinggalkan yang daif, guna yang hasan. ;)
kategori:
Islam,
Ketuanan Islam,
Rasulullah,
Sunnah
5.8.12
Siri Tanah Kubur memualkan
Aku cukup menyampah tengok Rancangan Tanah Kubur. Mati muka macam beruk la, muka berdarah la, kudis la...Ini pembohongan !
Malu la jika sang kuffar berkata "teruk kalau macam ni, kami kafir pun tak mati teruk macam ni".
Abu Lahab, Abu Jahal..tidak pula mati sebegitu! Benar, Allah Maha Berkuasa. Namun, gunalah akal untuk menzahirkan agama ini. Adakah benda sebegitu menambah iman kamu? Tidak cukupkah alam yang luas ini untuk membuatkan kamu beriman hingga perlukan pembohongan untuk menjadi takut kepada Allah? Ittaqullah!
Kisah dibawah, seribu lebih baik dari siri Tanah Kubur!
disalin dari sumber secondary: Mountdweller

Gambar Janin Berumur 15 Minggu
Yang Hidup Sampai Sekarang
Hanover,
Jerman – Gambar yang anda lihat di atas adalah gambar janin yang
dilahirkan ketika umurnya baru saja 15 minggu. Janin kecil dan merah itu
mempunyai berat 10 ons dengan panjang 10,2 inchi, janin itu kemudian
diberi nama Kimberly Mueller.
Setelah
dilahirkan janin ini dipeluk oleh ibunya kemudian sebelum akhirnya
dibawa pergi oleh para ahli yang bekerja tambahan dengan keras untuk
menyelamatkannya. Ayahnya hanya sempat membisikkan ke telinga sang janin
“Kimberly, you can do it baby”
Harapan
hidupnya cuma 1 banding 1,000. Bahkan seorang Doktor pakar jantung
kelas dunia yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat
tipis. Namun begitu, bayi ini terus berjuang dalam dengan liku-likunya
untuk terus hidup.
Selepas
para doktor dan pakar berusaha keras dan memantau perkembangan bayi ini
selama 24 jam, akhirnya ketika janin ini berusia 6 bulan, ianya telah
mendapat perlepasan untuk untuk dibawa pulang oleh kedua ibubapanya dan
menjalani kehidupan seperti bayi normal yang lain
30.7.12
Rais Yatim penulis lirik Filem Ahmad Albab
Mula2, aku malas nak komen pasal logo Hari Kebangsaan atau lagu tema "Janji Ditepati"...tapi bila aku terbaca LIRIK ASAL , memang aku rasa nak mencarut kat Rais Yatim...buat malu orang Nesmilan je...
Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Orang sana pandai cakap
Tapi tak boleh buat
Orang sana pandai janji
..... pada yang tak peduli
Orang sana pandai auta
Tapi budi tak ada.. <-- Rangkap asal yang diubahsuai atas arahan PM (menurut blog sumber)
(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia
Bukti video kewujudan rangkap kedua tu, boleh tengok disini:
http:// amenoworld.blogspot.com/ 2012/07/ lagu-dan-lirik-asal-janji-d itepati.html
"orang sana pandai auta"? dia ingat ni lagu filem Ahmad Albab ke hapa?
18.7.12
Tidak HARAM Menjatuhkan Kerajaan Sewaktu Pilihanraya
Fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi harus difahami dalam konteks yang bijak. Usah beri ruang untuk akal kita dibodohkan oleh sesiapa kerana Islam mahu umatnya bijak dalam menempuh kehidupan di dunia.
Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan adalah haram bagi umat Islam menyokong kumpulan yang berniat atau bertindak mahu menjatuhkan sesebuah kerajaan negara Islam walaupun dalam kepimpinan itu didapati berlaku kesalahan melibatkan hukum syarak.Kata beliau, ia kerana tindakan menjatuhkan kerajaan negara Islam itu adalah tidak dibenarkan agama, apatah lagi jika umat Islam tersebut mahu menggantikan dengan pemerintahan yang boleh mendatangkan bahaya lebih besar. (di sini)
Sewaktu Pilihanraya, semua harus maklum bahawa TIADA kerajaan ketika itu. Maka tiada istilah menjatuhkan kerajaan. Pembubaran Parlimen dilaksanakan dan tiada Perdana Menteri pun ketika itu. Jika ada pihak yang boleh dinisbahkan sebagai Ulil Amri, sudah tentulah ia adalah Raja-raja Melayu, Yang DiPertuan Agong dan Suruhanjaya Pilihanraya.
Namun, seandainya "menjatuhkan kerajaan" itu dilakukan sekarang, sewaktu keamanan dan perpaduan sedang dikecapi, maka ia Haram.
Janganlah kita mudah untuk dibaghalkan dengan berita sedemikian. Fatwa itu adalah ijtihad ulama. Seandainya kamu mendengar hujah yang kamu rasakan kuat dan sohih sumbernya, maka kamu mempunyai ruang untuk mengikut fatwa yang lain. Itulah keluasan Islam. Namun dari sudut ini, Fatwa Dr. Sulaiman Saloomi adalah Fatwa yang dipersetujui ramai Ulama muktabar. Banyak juga hadith-hadith ini dinukilkan dalam kitab Riyadhus Solihin tulisan Imam Nawawi rahimahullah.
Namun, dalam hal ini, saya bersetuju dengan fatwa Dr. Sulaiman Saloomi cuma ia wajar difahami mengikut teks dan konteks semasa.
Subscribe to:
Posts (Atom)