Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

9.3.10

Siapa Pengganti Anwar?

Sehingga minggu lepas, Harimau cukup mengagumi Anwar Ibrahim. Namun setelah bermuhasabah diri, Harimau tidak sanggup berketuakan apatahlagi berPerdana Menterikan seorang pemimpin yang "lemah tenaga batin' dalam berpolitik.

Berikut adalah kelemahan Anwar Ibrahim yang paling ketara:
  • terperangkap (jika ia tuduhan palsu) dengan tuduhan liwat sebanyak 2 kali.
  • tidak dapat menewaskan pemimpin UMNO paling gagal iaitu Pak Lah di PRU yang lalu.
  • tidak mampu menafikan (secara meyakinkan) dakwaan UMNO bahawa beliau adalah pengkhianat negara.
  • membiarkan pemimpin Cina,India dan blogger bukan Islam membuat keputusan dan akur dengan desakan mereka.
  • tidak mampu mengekang ahli ParlimenPKR yang semakin berkurangan di Parlimen.
  • tidak bijak memilih calon bagi Pilihanraya yang lalu.
  • tidak mampu menentang kaedah pimpinan Perdana Menteri mutakhir.
  • tidak mampu menamakan pengganti beliau yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang (seandainya beliau "gugur" dan disemadikan).
  • membiarkan bukan Islam menjadi kuasa yang dominan di dalam Pakatan Rakyat.
Jika kita perhatikan, Cina-cina Pakatan Rakyat lebih menduduki kerusi-kerusi kepimpinan Pakatan Rakyat manakala Melayu Islam cuma menjadi blogger, Setiausaha dan jurucakap bawahan. Jika ada pangkat pun, mereka tiada kuasa untuk membuat keputusan; jauh lagi untuk bersuara membela diri (rujuk kes pemecatan Zul Nordin).

Adapun Melayu yang menjadi orang kanan Anwar telah pun menuduh Anwar meliwatnya.

Pakatan Rakyat perlu bersyukur kerana mereka ada PAS yang mengaku bahawa perjuangan mereka adalah berlandaskan Islam.

Tetapi, yang penting bukanlah kuantiti Pemimpin PAS yang duduk di kerusi kepimpinan Pakatan Rakyat tetapi SIAPA YANG MEMBUAT KEPUTUSAN dalam Pakatan Rakyat.

Lim Kit Siang menulis seolah-olah BENAR Anwar adalah peliwat. Daripada siapa agaknya Ah Siang mendapat maklumat? Adakah dari Karpal singh? Segalanya mungkin kerana Karpal Singh lebih tahu dari kita semua malah lebih tahu dari Wan Azizah sendiri. Bukankah Karpal Singh juga terlibat bagi pengendalian kes liwat Anwar yang mutakhir? Bukankah Anwar akan memberi segala fakta-fakta yang BENAR kepada peguam-peguam beliau?

“If he is jailed, our motto will be free Anwar, vote PR!” said the DAP stalwart during the Selangor Pakatan Rakyat (PR) Convention. { blog Ah Siang}


Bagaimana kenyataan sebegitu rupa boleh dikeluarkan jika Ah Siang yakin Anwar tidak bersalah? Jika Anwar dipenjarakan, siapa calon Perdana Menteri bagi Pakatan Rakyat?

Siapa nak jawab ni? Banyak soalan dah ni!

Akhir qalam, pada 1998, Anwar dipecat Mahathir tanpa diberi ruang membela diri. Kita marah dan kita tidak suka.

Kenapa Anwar sanggup berbuat perkara yang sama kepada Zul Nordin?

Jika kalian kata Tun Mahathir bangsat kerana bersikap diktator, maka Anwar adalah 10 kali bangsat kerana lebih kejam terhadap Zul Nordin.

Nasib baik Zul Nordin tidak dituduh meliwat!

9 comments:

Anonymous said...

Alamak...

Bila ditulis sedemikian rupa macam skrip sama la pula.. cuma betul la tu, skrip liwat tu tiada.. sebab rasanya YB Zul pun tidak buat..

~ OnDaStreet

melayuangkat said...

Assalamualiakum Harimau yang berfikir dan menaip,

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga kamu baca segala yang tersirat selama ini.

checkmate said...

salam ziarah

Anonymous said...

kan da bagi peluang membela diri selama 14 hari dari hari dipecat,,.....?

sebelum ni pon da beri peluangkan....

kenapa dia dok sombong je.....

PARPUKARI said...

Mabeles la artikel ini Tok Ghimau! Lu memang hebat!

USD said...

Kalaulah Anwar tuduh YB Zul meliwat...hancusss..haha lawak la ko Tok Rimau!

Anonymous said...

Bila kita kena...berbagai helah untuk tangguh kes..pe hal..kalau betul ada bukti banyak untuk menyanggahnya..2 tahun baru mula.

di Mahkamah Syariah lak...baru sebulan dua tangguh..dah buat komen itu ini,bla bla..peg agama bla bla...sebab kita mahu kena kan perkara tu kat org....fikir2 kan lah.

Bukan tuduhan atau apa,tapi boring..sebenarnya..hadapi lah perkara tu dengan tabah..yg benar tetapbenar..tapi ....

orang lekio said...

salam tok rimau.
masuk je la umno @ perkasa.
tak yah la nk kias2.
mudah bebeno keracunan hang ni..
ke, dh dpt sedikit panggu rm kot?
ha!

Anonymous said...

Lain macam nampak!!!

Alhamdulillah...