Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

7.3.10

Perosak Kestabilan Rakyat (PKR)?

Ramai yang tertanya-tanya, mengapa ramai sangat Ahli Parlimen dan ahli-ahli Pakatan Rakyat yang menyeberang titian lahanat sejak akhir-akhir ini? Kelihatan pula, kelemahan dan kekeldaian mereka didedahkan secara bersiri dan berterusan oleh rakan-rakan blogawan Pro Pakatan Rakyat. Mudah sungguh mencari salah bekas-bekas PKR ini. Nampak sangat, mereka TIDAK LAYAK bergelar calon Pilihanraya sejak hari pertama lagi. Siapa yang pilih mereka sebagai calon agaknya?

Asal sahaja kekecohan melanda, pasti ada nama PKR disebalik insiden tersebut. Siapa agaknya yang bersalah?

Anwar Ibrahim sebenarnya tidak layak menjadi Ketua dan pembantu-pembantu beliau adalah terlalu baghal untuk menyedari kebangangan ketua mereka itu.

Kita semua menyalahkan Pak Lah dan KJ kerana kejatuhan BN dan pengagihan kekayaan kepada kroni-kroni. Mengapa pula kita tidak menuding kelima-lima jari kepada Anwar Ibrahim kerana kegagalan dan kepunahan dalaman Parti Keadilan Rakyat?

PR menjadi kuat kerana ahli-ahli BN menyokong mereka dalam senyap. Mereka menyangka Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri.

Sekarang semuanya tinggal angan-angan bagi Anwar. Umur beliau semakin lanjut. PKR tiada pemimpin yang berkarisma untuk menggantikan Anwar. DAP sudah nampak ini semua. DAP bukan cina bodoh!

Kestabilan dan keamanan yang dikecapi Rakyat kerapkali digoncang dengan isu-isu politik baik dari PR mahupun dari UMNO. Dari mata rakyat, PKR paling kerap menjadi dalang.

Untuk apa agaknya parti ini ditubuhkan? Mungkinkah sudah tiba masa untuk dikuburkan? Setidak-tidaknya, Anwar perlu bersara. He is nothing jika Cina Ah Siang yang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen.

Mungkinkah Anwar akan mengulang kata-kata Mahathir iaitu "Perjuangan Belum Selesai"? Ingat! Anwar is nothing!

Nota kaki: Ahli PKR adalah ahli yang direject dari parti yang lain.

6 comments:

melayuangkat said...

Assalamulaikum dan Salam MaulidurRasul s.a.w.,

Lama menghilangkan diri dari alam cyber, sibuk ke?

Satu analysis yang baik.
Mahukah 'mereka' menerima hakikat tulisan ini?

Anonymous said...

Ko masuk Umno jelah

USD said...

Slm, mohon copy n paste en3 ni. Bagus bangat...Tk

Harimau-Menaip said...

Waalaikumussalam Ibu,

Ramai yang tidak boleh terima. namun, ia tetap kebenaran.

Ustaz,

Silakan.

Anonymous,
Ko masuk tong sampah.

Putra IJ80 said...

Ustaz,

Mungkin Ana.terlewat membaca artikel nie.,

Komen Ana.,Jika Anwar tersalah pilih,jika Anwar itu dan ini,yg.tidak baik,tidak bijak,tidak Islamic mungkin itu yg.Ustaz maksudkan.

Adakah mereka dalam AMNEO itu lebe baik,lebih Bersih,terlalu bijak jika di bandingkan dgn Anwar dan kuncu kuncu nya.

50 tahun lebe kita berhadapan dgn segala kemungkaran,segala penyelewengan,bukan sedikit nilai kerugian,kehilangan harta benda.,dan yang paling menyedihkan keruntuhan moral anak anak muda malah mutakhir nie gulungan Bapa,Bonda pun sama.,tergamak membunuh anak anak kecil yang masih mentah,yang tak der langsung daya untuk melawan.

Pada Ana,kesalahan Awar terlalu kecil jika di bandingkan sebalik nya(AMNEO).

Terpulang lah pada ustaz.,tapi pandagan Ana.,jgn lah di kejar harta dunia yang sedikit benar nilainya jika di bandingkan dgn balasan Allah atas kemungkaran jika kita terus menyokong puak puak yang JELAS membawa kerosakan di dunia nie.

Wallahuaklam

anti hikpokrit said...

izinkan saya menjawab semua komen anda...
1. terperangkap (jika ia tuduhan palsu) dengan tuduhan liwat sebanyak 2 kali.
Jawapan=> Memang kerja musuh memerangkap, dan bukankah org beriman akan sentiasa diuji? Org yang lemah iman seperti anda mungkin ujiannya tidaklah sehebat mana! Nama saja harimau tetapi harimau kertas... Budak2 pun tak takut!

2.tidak dapat menewaskan pemimpin UMNO paling gagal iaitu Pak Lah di PRU yang lalu.
Jawapan=>Kalah menang bukan persoalannya. PAS pun dah berjuang lama dah tapi tak pernah dpt menguasai kerajaan pusat pun. Agaknya nabi ibrahim, nabi Nuh dll pun akan anda kata lemah sebab tak dpt memerintah kerajaan? Kerja kita sebagai pendakwah ialah menyampaikan. Soal kemenangan itu adalah urusan Allah. Tu pun kira ok lar... dapat tawan beberap buah negeri. Lain2 negeri tu belum dpt tawan lagi kerana ada org melayu berfikiran seperti anda menyebabkan mereka tak menyokong pakatan rakyat.


3.tidak mampu menafikan (secara meyakinkan) dakwaan UMNO bahawa beliau adalah pengkhianat negara.
membiarkan pemimpin Cina,India dan blogger bukan Islam membuat keputusan dan akur dengan desakan mereka.
Jawapan=> Tolong la baca sama suratkabar dan media alternatif. Kalau asyik baca suratkabar dan TV kerajaan, mana ada laporan yg baik terhadap Anwar dan PR. Desakan apa yg org cina, india dll buat sehingga anwar terpaksa akur... tak nampak pun... kalau ada buktikan. Saya pun tak yakin Anwar pengkhianat negara. Yg saya tau najib sekarang ni ambik sykt yahudi APCO sebagai penasihat UMNO/BN.


3. tidak mampu mengekang ahli ParlimenPKR yang semakin berkurangan di Parlimen.
Jawapan=> Siapalah yg boleh mengawal hati manusia? Hanya Allah shj yg boleh memberi hidayah kpd seseorang hambaNya. Anda boleh ke? Zaman nabi pun ada munafiqin. Nabi pun ada sebut, bermaksud Orang2 mukmin bolehjadi siang mukmin, petang kafir dan sebaliknya.

4.tidak bijak memilih calon bagi Pilihanraya yang lalu.
Jawapan=> memang anwar pun sedar masalah ini. Itulah calon yg terbaik masa itu. Kalau anda sebagai blogger berjuang disaf hadapan, mungkin anda akan tersenarai sebagai calon yg terbaik. Malangnya andapun bergerak di balik tabir. So itulah saja pilihan yg ada.

5.tidak mampu menentang kaedah pimpinan Perdana Menteri mutakhir.
Jawapan=> Kaedah apa saya pun tak faham apa maksud anda. Apa yg saya faham PAS, PKR dan DAP tak akan berjaya kalau tak berkerjasama!!! UMNO pun tak akan hidup kalau tak ada MCA, MIC dll. Kita ni kan negara majmuk...


6.tidak mampu menamakan pengganti beliau yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia yang akan datang (seandainya beliau "gugur" dan disemadikan).
Jawapan=> Ramai lagi pemimpin dlm Pakatan Rakyat yg layak menjadi PM dan MB. Cuma anda saja tidak mengetahui kelebihan mereka. Kita berjuang bukan kerana pemimpin, kita berjuang kerana dasar dan perjuangan yg jelas!


8.membiarkan bukan Islam menjadi kuasa yang dominan di dalam Pakatan Rakyat.
Jawapan=> Salah UMNO juga kerana tidak berhijrah kepada PAS dan PR. Kalau semua org UMNO join PAS dan PR... agak2 siapa yg dominan? Tentulah org melayu juga. Sifir matematik yg mudahpun anda tak mampu selesaikan. Lebih baik anda letak jawatan sebagai blogger!