Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

5.6.10

KJ cakap mengalahkan Imam Mahdi?

Khairy: “Jika tiada perubahan (daripada) demontrasi di Masjid Negara (mahupun) di Kedutaan Amerika Syarikat, kita akan bangun dan terus ke Gaza untuk tewaskan Israel,” katanya. – Malaysiakini

Ada member aku kata KJ cakap macam ce**ka, ada pulak yang straight forward cakap KJ macam Ke**la B***h!

Tapi, takkan mereka tak paham bahawa memang KJ adalah begitu orangnya. Kalau betul dia nak ke Israel, biarlah dia pergi. Kalau KJ dapat menundukkan Israel, maka layaklah dia menjadi Perdana Menteri. Aku orang pertama akan menjadi penyokong KJ nanti.

Musuh kita bukan KJ, musuh kita Israel laknatullah. Usah letakkan sempadan politik dalam isu penentangan terhadap Israel. Jika tidak, apa bezanya kita dengan kes "Hamas Vs Fatah"?

Pesanan buat KJ:

YB dah cakap, YB kena buat. Walk the talk. Gunakan kemahiran yang ditimba di Wataniah untuk menentang Israel. Aku tunggu dalam masa 60 hari. Kalau YB tak dapat mengotakan apa yang YB cakap, YB boleh pergi melingkup! Buktikan keberanian YB bukannya olok-olok dan ianya setuntas keberanian Imam Mahdi.

5 comments:

QUDS REALCLOCKWISE said...

aku dapat bayangkan mcm mana kj terkencing kalau dia baca entri kau ni...

Harimau-Menaip said...

Cucumatlela;

Mungkin dia tak baca tapi kalau dia dengan berani berkata begitu, kita jangan perlekehkan dia. Kita sokong.

Kalau dia kencing/bongak, kita pakat condemn dia ramai-ramai. Sebab apa? Sebab kita tak suka pemimpin Munafik.

Anonymous said...

sebonarnyo kj nak bagi tau tok jib yang dio tak ado pokong kek dado,apolah buto bonar tok jib tak lantik dio jadi montoghi.satu peringatan bagi tok jib kj sanggup kegaza nak tibai sang laknat yahudi,apo ado hal ngan tok jib.den sunggoh tabik kek kau kj,tonpi nek wan nak bagi tau,apolah nak poie jauh bonar,tu umno/apco berkawan dopan mato ekau tibailah dulu cucu ghombau oi!!baru jantan namonyo.

Sarjan Hassan said...

Gerenti munafik!!... dia san pencacainya dibawah pun kaki munafik ... di Merbok sanggup bersumpah di dpn orang ramai tak kenai kj tup..tup jadi setiausaha kerja PUM ... perangai macam ... (tak yah sebut da..)

vcgw said...

Yang jahat zionis bukan Israel.Israel tu negara dan bangsa dia yahudi. Israel dan yahudi tak jahat jangan silap sebab yang jahat ialah "puak zionis".Di negara Israel ada juga penduduk arab dan yahudi yang beragama Islam. Musuh kita ialah Zionis. Mesti tahu siapa musuh sebenar Islam jangan main "terjah" saja