Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

21.5.11

Tanah Runtuh - Anak Yatim Tertimbus

kemaskini jam 10:35 mlm: Kepada siapa yg ingin sumbang bantuan segera! Lihat keperluan di bawah;

Hulu Langat Landslide - they need 6 gen set, torch lights, waterproof canvas, blankets, fresh water, can food n warm food for rescue team & medic.

Contact En Naza 0173280013.

Location-Rumah Anak Yatim Semungkis,Bt 13 Hulu Lgt,@ Jln masuk Pusat rekreasi lembah azwin
{sumber : edyesdotcom}
_______________________________________________

Ya Allah....Hanya kepada Kau aku memohon..Selamatkanlah mereka jika itu yang terbaik.

Al-Fatihah buat yang telah ditemui dan kembali kepada Tuan Punya Alam.

HULU LANGAT 21 Mei - Setakat Jam 8 malam, 6 mayat telah berjaya ditemui yang berusia dalam lingkungan 11 hingga 14 tahun.
9 lagi yang ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa berusia 22 tahun yang merupakan pekerja di Rumah Anak Yatim tersebut.
Kesemua yang tercedera dikejarkan ke Hospital Ampang bagi rawatan susulan.
Setakat jam 9:30 malam hujan telahpun reda di kawasan kejadian akan tetapi akibat tanah lumpur telah menyukarkan pihak Operasi dan Sukarelawan untuk mencari mangsa-mangsa tertimbus.(dipetik dari KLPos)

Nota kaki: Kepada Ibu Melayuangkat, Qaseh sihat. Saya dan isteri juga sihat. Semoga Allah memberikan kesihatan dan kehebatan buat Ibu sekeluarga. Amin. (Nota atas nota: Ibu Melayuangkat umpama ibuku di alam blog...cuma aku terlalu nakal kerana menconteng yang bukan-bukan di blog ini...malu bila ibu baca..)

1 comment:

otaistillkick said...

Rasa terkilan juga bil TPM akan memberi pampasan kepada waris anak yatim ini.Kalau dah waris mahu menjaga tak perlu anak yatim ini di tempatkan disini. Baik bantu membaiki rumah anak yatim ini.