Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

25.1.12

Memalukan Agama Islam

Jika UMNO dan sekutunya masih berperangai mengalahkan kafir laknat dan Yahudi laknatullah, sebagaimana aku melihat perangai kurang ajar mereka di SINI, dan SINI, aku amat percaya bahawa menentang UMNO dan sekutunya sudah jatuh WAJIB.

Sudah mahu masuk 4 tahun aku tidak berpihak dalam politik, akhirnya, aku merasakan bahawa memang pengikut-pengikut UMNO dan sekutunya yang berlagak samseng cukup memalukan Agama Islam.

Aku lahir di PD dan belajar di PD. Sekolah rendahku ada 6 kelas bagi setiap darjah dan setiap satu kelas ada 36 orang. Rakan-rakan aku bukan sahaja Melayu tetapi dari semua bangsa. Aku pernah berkongsi nasi lemak dengan rakanku yang berbangsa India dan Cina. Aku cukup khuatir, perangai binatang pengikut UMNO dan sekutunya membuatkan hubungan kami penuh syak wasangka.

Jika Allah menerima doa aku untuk melaknat Melayu yang memalukan Islam itu, aku ingin berdoa agar kudrat kaki dan tangannya ditarik balik, mulutnya dikunci dan hidupnya dipanjangkan. Biar dia terseksa.

Bersama-sama kita "Amin" kan doa ku itu.

Jika lagi sekali geng-geng ini memalukan agama Islam, AKU BERJANJI UNTUK MENENTANG MEREKA DENGAN MENAIKKAN PANJI-PANJI ASALKAN BUKAN UMNO di blog ini. Ini janji aku.

7 comments:

Ontahsaponamo said...

fuyooo Bro Tiger, Ini punya panas berapi, kalau injin kereta ni dah lama Jamming, kena overhaul beb

Anonymous said...

Pak Harimau..
Selama saya baca blog Pak Harimau,inilah artikel paling hot marah kat UMNO dan memang sepatutnya UMNO direhatkan dalam politik Malaysia. Biar dia orang muhasabah diri apabila kuasa dan wang tiada ditangan mereka.
Tabik springgg.

Harimau-Menaip said...

Saya betul-betul rasa nak terajang Baharom ni. Tapi, kemungkaran manakan boleh dihapuskan dengan kemungkaran, ye tak.

Semakin lama, semakin berbulu mata aku tengok pengikut UMNO ni.

Zuraidi said...

Masuk kg org..hormat la org kg tuh...serupa la juga kalau saya masuk kampung saudara ..dah la ceramah takder permit....nih bukan masalah parti BN,PKR etc ke aper..sya sendiri pun bukannya org BN pun...nih masalah adap masuk kg orang...

Zuraidi said...

Masuk kg org..hormat la org kg tuh...serupa la juga kalau saya masuk kampung saudara ..dah la ceramah takder permit....nih bukan masalah parti BN,PKR etc ke aper..sya sendiri pun bukannya org BN pun...nih masalah adap masuk kg orang...

Zuraidi said...

tgk citer sebenarnya http://sel13.com/archives/1279 sebelum terus buat kesimpulan

Harimau-Menaip said...

Tuan Zuraidi,

Adab? Mungkin budak-budak tu kena beradab. Kalau kita ikut kepala melayu, memang pantang orang masuk kampung tak bagi salam.

Kalau pi Taman Perumahan, berapa banyak org buat function kat dewan tak beradab. Tapi ia tidak diserang sebab itu Dewan PBT dan bukan mak bapak orang taman tu yang bina.

Kalau ikut ajaran Islam, takde bab "penghalalan kurang ajar" macam tu. Bagaimana kita nak memikat orang kafir masuk Islam ye?

Kita berbeza pendapat tetapi yang penting, kita tidak memaki satu sama lain.

Alhamdulillah.