Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Ahlussunah Wal Jama'ah

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

17.1.12

Krisis Ustaz Azhar Idrus dan ILMU




Aku berkira-kira untuk menulis perihal isu Ustaz Azhar Idrus dan tuduhan beliau terhadap ILMU . Aku kasihan kepada Ustaz Azhar Idrus. Beliau lemas dalam populariti dan akhirnya tidak menggunakan hujah untuk mempertahankan kata-kata yang pernah beliau sebut dalam ceramahnya.

Aku memerhatikan isu ini sejak dari ia belum menjadi "kudis". Sekarang, ketidakmatangan khalayak peminat Ustaz Azhar Idrus yang membawa semangat partisan dalam isu ini membuatkan api menjadi marak. Timbul pula ugut- mengugut dan mendedahkan latar belakang Abu Aqif bagi manmbah kecelaruan. Cukup. Ia perlu dihentikan.

Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Fathul Bari adalah 2 tokoh penting dalam isu ini. Abu Aqif adalah pendesak yang berpihak kepada Ustaz Fathul Bari dan ILMU.

Isu ini berputik apabila Malaysia di takut-takutkan dengan isu Wahabi. Namun, bagi mereka yang mengkaji melalui pembacaan dan melalui kuliah-kuliah ilmuan salaf yang belajar di Jordan, Madinah dan lain-lain, menerangkan bahawa isu itu tidaklah sebagaimana yang diwar-warkan. Aku rasa, aku sentuh ia sampai disitu sahaja.

Kemudian, ia dilebarkan dengan perbezaan pendapat dan tafsiran ilmu fiqh dan pemahaman Al Quran dan hadith. Ditambah pula dengan pemahaman Salafussoleh yang diangkat oleh ilmuan Manhaj Salaf yang banyak menerangkan kesalahfahaman umat Islam di Malaysia tentang perkara Bida'ah, Ibadah, Tahyul, Khurafat dan banyak lagi.

Ia mengundang ketidaksenangan pada banyak ilmuan pondok, sufi dan tareqat. Walhal apa yang dibentangkan oleh ilmuan Salaf adalah berlandaskan hujah dan pemahaman Salafussoleh tentang Islam.

Bermula dari ini, maka beranak- pinaklah perselisihan pandangan. Jika ia diselesaikan dengan berforum dan majlis ilmu, maka ia tidak akan menjadi sebegini parah. Islam adalah agama yang tertegak dengan hujah. Bukan dengan "rasa-rasa" dan "dengar cakap".

Ustaz Fathul Bari, Dr. Asri, Ustaz Halim Hasan, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Rasul Dahri dan ramai lagi adalah tetap manusia yang cakap mereka boleh ditolak atau diterima. Mereka tetap manusia seperti kita yang tidak lepas melakukan kesalahan dan dosa. Yang paling utama, kita perlu kembali kepada ajaran Islam seperti pemahaman Rasulullah SAW dan para Sahabah radiallahuanhum Ajmain (dan para tabi'in). Kita kena berhujah dengan asas QolALLAH dan QolaRasulillah.

Maka, aku ada mencadangkan penyelesaian kepada Abu Aqif dan mahu aku kongsikan bersama.
Bismillahirrahmanirrahim.

Dari Hamba Allah bernama ****************  kepada Abu Aqif. Assalamualaikum.

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian Alam. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad SAW dan ahli keluarga Baginda, para Sahabah radiallahuanhum ajmain, para tabi'in dan tabi' tabi'in rahimahullahutaala.

Saya sudah mengikuti permasalahan UAI dan pengikutnya yang mencampuradukkan politik dalam isu ini. Bagi saya, ia kurang enak dan baik. Saya bersetuju dengan Abu Aqif dan tidak bersetuju dengan UAI.


Namun, Abu Aqif juga perlu mengendurkan kecenderungan politik dalam dakwah. Ia kerana manfaatnya menjadi terhad dan qalam ilmuan manhaj salaf menjadi terkonkong dan tidak menyeluruh. Saya ambil sikap merdeka minda dalam hal ini.

Bukannya saya mahu menidakkan kewajiban mendahulukan agama Islam dalam apa jua hal termasuk politik, cuma dari segi politik partisan, Malaysia belumlah matang.


Jika politik dijadikan lencana, maka dakwah juga akan didengar oleh mereka yang memakai lencana yang sama. Amat merugikan.

Dalam hal memperjuangkan kebenaran, mungkin kita perlu memikirkan kemudaratan seandainya api yang sudah marak disirami minyak petrol.


Cadangan saya, hantar sahaja surat rasmi memohon forum kepada UAI, Surat boleh jadi dari pihak Tuan dan Dr. Asri boleh menjadi moderator. panel adalah UAI, UFB dan seorang yang agak neutral. Mungkin saya boleh cadangkan Ustaz Kazim; memandangkan Ustaz Kazim pernah sepentas dengan UAI. Atau UAI cadangkan satu nama dan masukkan Ustaz Rasul Dahri sebagai panel keempat memandangkan beliau juga pernah menjadi bahan ceramah UAI.


Itu yang terbaik kerana saya lihat di blog Aduka Taruna, UAI seperti berdendam dengan ILMU dan Abu Aqif.


Soalan saya, video pendedahan "siapa Abu Aqif" oleh mereka, betul ke tu bang? Usah takutlah. Berani diorang nak sentuh.


Wallahua'lam.

Bukanlah kerana aku berat sebelah terhadap Ustaz Azhar Idrus (UAI) tetapi  beliau seumpama tidak mahu berdepan dengan berhujah dan menggunakan pentas populariti untuk menyerang.

Bukan niat aku untuk menambah kecelaruan tetapi aku bermaksud untuk menghentikan kemudaratan terhadap ilmu dan Agama Islam. 

Aku berusaha untuk tidak berpihak tetapi kerana terlalu mengikuti permasalahan ini, mahu tidak mahu, aku berpihak juga. Maaf buat UAI dan penyokongnya.

Akhir qalam, Agama Islam bukan milik bapak aku atau bapak engkau, ia adalah Agama Allah dan Rasulnya. Maka, jangan sempitkan Agama Islam ini dengan pemikiran sempit dan kotor. Usah halalkan sebarang fitnah dan tuduhan tanpa asas walaupun ia datang dari mulut seorang yang kamu sayang. Sesungguhnya, kasih sayang pada Rasulullah SAW wajib melebihi kecintaan kita pada abah, ibu dan adik beradik.

Berlapang dada untuk menerima teguran. Jika kamu tegur aku atas nama Islam, Demi Allah dan RasulNya, aku tidak akan memadamkan komentar kalian.

Wallahua'lam.

7 komen:

Anonymous said...

Harimau x leh lah perasan sangat setuju itu x setuju ini. Semua telah jelas melaui ulamamak-olamak. Pendapat depa yang dipakai bukan pendapat hamgpa

Harimau-Menaip said...

Anonymous, setakat bagi pandangan takde hujah, aku ucap Assalamualaikum. Kau senaraikan aku ulamak yang kau maksudkan bro. Walaubagaimanapun, terima kasih atas komen itu.

Anonymous said...

Tuan Rimau,masalah yang utama adalah puak2 yang ngaku salafi nia dalah pengikut anak2 wahab yang nyata mengatakan tuhan tu berjisim dan ada tangan etc. pauk2 wahabi dokongan binbaz albani dan si zalim saud ni dengan mudah mengkapirkan orang lain yang tidak sehalu dengan ajaran anak wahab,,, tapi siapakan anak wahab nie, kenapa ajaran anak wahab ni ngaku dia slafi dan meyesatkanulama2 muktabar dulu2, kenapa keluarga saud dan anak wahab ni begitu setia,,,, sejarah telah berlaku dan sedia untuk dibaca dan difahami, aku berlapang dada berlepas dari ajaran anak wahab setelah aku mengkaji siapa itu anak wahab dan kezaliaman pengikut anak wahab terhadap mereka yang tidak bersetuju denganya.terbentuknya dinasti Saud di tanah arab? saper tu saud?

Harimau-Menaip said...

Anonymous,

Kasihan. Anta dengar cerita siapa ni? Namun, terima kasih kerana memberi pandangan.

Ciut Tok Lubok said...

Bertanya untuk consolidasi, yang di sebut manhaj salaf ni pengikut salaf
mana (Siapa)? era mana?
Akidah 3 serangkai pegangan manhaj salaf ni pastinya bukan dari Rasulullah !Dari mana? Ibnu Taimiyah kah atau Muhammad Abdil Wahab atau dari Golongan Mujassimah Hanabilah?
Apakah hubungan Muhammad Abdil Wahab dengan Muhammad bin Saud dan tokoh Mr. Hampher.
Bagaimana peristiwa pengepongan kota Mekah oleh kaum Wahhabiyun dahulu?
Mengapa Qadhi Sheikh Abdul Wahab, Sheikh Sulaiman Abdil Wahab(Abg MAW) dan guru2 Muhammad Abdil Wahab menolak dan menyesatkan Muhammad Abdil Wahab?
Bagaimana pula keadaannya Muhammad Abdil Wahhab mengkafirkan Ulama2 (termasuk guru2nya) 500 tahun selepas Ibnu Taimiyah.

Siapa dia dan kaitannya dengan keluarga Muhammad Abdil Wahhab iaitu Shulman @ Sulaiman yang berasal dari Bursa, Turki kemudian menetap di Damsyiq tetapi setelah itu dihalau kerana mengamalkan ilmu sihir. Dia melarikan diri ke Mesir tetapi telah menerima kutukan dan penghinaan disana kerana ilmu sihirnya langsung ke bumi Hijaz dan berkahwin serta menjadi bapa kepada Abdul Wahhab.

Apakah hubungan atau kaitan Mordechai atau Markhan bin Ibrahim bin Mushi dengan keluarga Saud?

Adakah benar pada tahun 1943 Duta Saudi di Mesir iaitu Abdullah bin Ibrahim al-Mufaddal mengupah Muhammad Al-Tamimi sebanyak 35 ribu Jinee supaya mengubah dan memalsukan salisilah nasab keturunan keluarga Saud sambil menyatukan keluarga Saud dan Keluarga Wahhab dalam nasab serta menghubungkan /mengklaimkan bahawa punca nasab adalah dari Rasulullah saw.
Apakah pula kaitan Yahudi Donmeh dengan asal usul puak Saud dan Wahhabi?
Harap dapatlah kiranya tuan Harimau
memberikan jawaban kepada persoalan
saya diatas supaya dapat memantapkan pemahaman saya.

Harimau-Menaip said...

Ciut Tok Lubok,

Salaf (bahasa Arab: السلف الصلح Salaf aṣ-Ṣāliḥ) adalah generasi pertama dari kalangan sahabat dan tabi'in (dua generasi pasca sahabat) yang berada di atas fitrah (dien/agama) yang selamat dan bersih dengan wahyu Allah. Yang kemudian dijadikan sebagai salah satu aliran dalam agama Islam yang mengajarkan syariat Islam secara murni tanpa adanya tambahan dan pengurangan. Seseorang yang mengikuti aliran ini disebut Salafy (as-Salafy), jamaknya adalah Salafiyyun (as-Salafiyyun).[1]

Para Salafy beranggapan bahwa, jika seseorang melakukan suatu perbuatan tanpa adanya ketetapan dari Allah dan rasul-Nya, bisa dikatakan sebagai perbuatan bid'ah.

SIAPAKAH SALAFY? 1) Siapakah Salafush Sholeh? • Secara sederhana dapat diartikan sebagai “orang-orang shalih terdahulu.” • Secara terminologi bahasa arab bermakna: Siapa saja yang telah mendahuluimu dari nenek moyang dan karib kerabat, yang mereka itu di atasmu dalam hal usia dan keutamaan." (Lisanul Arab, karya Ibnu Mandhur 7/234). • Secara terminologi syariat bermakna: Para imam terdahulu yang hidup pada tiga abad pertama Islam, dari para shahabat Rasulullah shallallahu `Alaihi Wasallam, tabi'in (murid-murid shahabat) dan tabi'ut tabi'in (murid-murid tabi'in)". (Manhajul Imam As Syafi'i fii Itsbatil `Aqidah). Sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Sebaik-baik manusia adalah generasiku, kemudian generasi sesudahnya kemudian generasi sesudahnya lagi.” (HR. Ahmad, Ibnu Abi ‘Ashim, Bukhari dan Tirmidzi). • Salaf juga bukan istilah baru karena sudah diketahui oleh para sahabat dari sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam kpd putri Fathimah Radhiyallahu ‘anha, yang artinya: ”Sesungguh sebaik-baik salaf (pendahulu) bagimu ialah aku” [Hadits Shahih Riwayat Muslim No. 2450]

sumber: wikipedia

Yang lain tu, maaf. Saya tidak tahu.

Anonymous said...

siapakah kita nak mempertikaikan semua itu.... buat saja apa suruhan Allah tinggalkan apa laranganNya. bekenaan fahaman, Mazhab serta ikutan no komen.... Siapa diri kita nak membenci dan menyalahkan org lain.... sedangkan Allah tak pernah pun membenci Hamba2Nya...... Semua yang terjadi ini hanyalah angkara Iblis Laknatullah yang sesat lagi menyesatkan........ jgnlah kita menjadi teman2 kepada Iblis ini......