Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Mutiara Kata

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

21.4.12

Proton Preve: Lupa Untuk Diuji

Gambar Kemalangan Proton Preve telah memberi rakyat Malaysia pandangan yang bercampur-campur. Ada yang menyalahkan kereta dan ada yang menyalahkan pemandu. Ada yang mengatakan Proton Preve patut malu dengan Proton Knight kerana ketika pelancaran Proton Knight, ia mampu melakukan pelbagai stunt sedangkan Preve sudah terkulai layu hanya di jalan lurus!



Bagi saya, itu semua perkara biasa. Yang MASIH luarbiasa, adalah HARGA. Manakan patut sebuah kereta tempatan dijual separas dengan harga kereta import sedangkan kita sedia maklum harga kereta import banyak dipengaruhi cukai/ duti import. Preve perlu turun ke kadar 45k. Itu pandangan saya.

Namun, apabila mengenang kembali sejarah Proton, saya sedar bahawa Proton Preve sebenarnya lupa diuji sebagaimana pengujian dibuat pada Saga 1.3 dahulu. Sampai sekarang rakyat masih memandu versi Saga lama dalam keadaan cekap dan sihat wal afiat. Kuat, kukuh dan tahan lama.

Persoalan yang ada di kepala, di saat Proton mahu kita berbangga dengan Produk Malaysia, mengapa menggunakan perkataan asing seperti PREVE? Kenapa tidak Proton GEDEBE atau Proton BEGA? Ia lebih keMalaysiaan walaupun maknanya agak "kasar". ;)


6 comments:

Anonymous said...

GLobal Car with Global Name


Pan Salt i tried the one i I am not a fan

Regardless of the taste, the presentation looks very nice...

Amir Dina said...

Tgk website maa.org

Kereta tempatan dan semua kereta di asean cukainya sama (85%), jadi harga samalah, sebab walaupun buatan tempatan banyak komponen yg diimport, dan yg ni cukainya sama je dgn barangan lain.

Kdg 2 bila suka mengutuk lupa nak memeriksa

Harimau-Menaip said...

amir,

tq atas info. bagaimanapun, kos-kos lain semestinya rendah tambahan pula ia kereta nasional. saya tetap dengan pandangan saya.

tq bro.

Micha said...

Its the economies of scale. The more number of production reduces the cost. Unfortunately Malaysian cars almost only sold in Malaysian market hence the small number of production thus the big price tag. Big car makers from the western, japan and Korea sold cars throughout the world. Tu yang harga nya rendah sebelum cukai. Proton perlu lebih gigih keluarkan kereta berkualiti mengikut standard antarabangsa baru boleh jual banyak di luar dan kurangkan kos.

fidel castro said...

en.amir.
belajar kat mana?
sebelum afta cukai import 30+10 cukai eksais+jualan 10+5
hari ini cukai impot 0% tapi eksais 75+10. cuba lah kira yg mana murah.

Anonymous said...

walaupun, tax local car & tax ASEAN car sama tapi Kerajaan tiap2 tahun kasih proton billion-billion as R&D Grant...