Petikan Salafi

"Demi Allah, kita berperang bukan berdasarkan bilangan, kekuatan atau Jumlah, kita berperang untuk memuliakan Agama yang telah dimuliakan Allah ini" Abdullah Ibn Rawahah r.a.


"Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini." Dr. Asri

"Demi Allah! Aku tolak Syiah; bukan dengan tangan tetapi dengan kaki" Harimau Menaip.



Ahlussunah Wal Jama'ah

Dari Ibnu Umar ra berkata: Rasulullah saw memegang pundakku dan bersabda, “Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau penyeberang jalan.” Ibnu Umar ra berkata, “Jika kamu berada di petang hari, jangan menunggu pagi hari, dan jika engkau di pagi hari janganlah menunggu petang, manfaatkanlah masa sihat. Sebelum datang masa sakitmu dan saat hidupmu sebelum datang kematianmu.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya bermula datangnya Islam dianggap ghurabaa(dagang/asing) dan akan datang kembali ghurabaa(dagang/asing) maka berbahagialah orang-orang asing itu. Para sahabat bertanya kepada Rasulullah Saw, “Ya Rasulullah, apa yang dimaksud orang asing itu?” Lalu Rasulullah menjawab, “Orang yang melakukan kebaikan-kebaikan di saat orang-orang melakukan kerosakan.” (HR. Muslim)

Dan dalam riwayat lain, "Sesungguhnya baginda ditanya perihal orang-orang yang asing itu, lalu baginda menjawab, "Iaitu orang-orang yang menghidupkan-hidupkan apa yang telah dimatikan manusia dari sunnahku" (HR Muslim, Ibnu Majah, dan at-Thabrani)

Dalam riwayat lain dari Ibnu Wahbin, "Baginda saw. bersabda, "Kebahagiaanlah bagi orang-orang yang asing, iaitu mereka yang berpegang teguh pada kitab Allah ketika ditinggalkan oleh orang banyak dan mengerjakan sunnah ketika dipadamkan oleh orang banyak"

Pemuda-Pemudi Harimau

12.1.13

Allah adalah Tuhan Bagi Chua Soi lek dan Lim Kit Siang

Fuhh..gua batalkan program masuk KL untuk mengelakkan kesesakan. Gua ada beli van tetapi membatalkan pembelian kerana masalah enjin. Maka, gua terpaksa mencari lagi van untuk staf gua pakai.

Gua gunakan ganti nama diri "gua" kerana ia sesuai dengan mood gua sekarang.

Gua terbaca tweet dari ramai orang tentang penentangan terhadap penggunaan nama Allah oleh Bible terjemahan ke Bahasa Melayu dan gua terpanggil untuk melontarkan pendapat. Bukan gua kata pendapat kalian salah, tetapi gua rasa ia adalah isu multi-pendapat yang tidak wajar untuk di muktamadkan dengan satu pandangan sahaja. Namun, pandangan mestilah bersandarkan nas dan dalil.

Tidak boleh menafikan, Tuhan bagi semua makhluk adalah Allah azza wa jalla. Maka, Tuhan bagi Lim Kit Siang mahupun Chua Soi Lek juga adalah Allah yang Maha Esa dan Maha Agung.

Masalahnya, apabila kalimah "Allah" hendak digunakan dengan menjadikan ia sebagai maksud terjemahan bagi perkataan "God", maka ia adalah tidak bertepatan dengan kaedah penterjemahan.

Gua tidak memetik Kamus Dewan kerana naskhah kamus itu mahal untuk dimiliki. Namun, gua percaya bahawa terjemahan bagi perkataan yang menjadi konflik itu boleh diringkaskan sebegini:

1. God = Tuhan
2. Allah = perkataan yang digunakan bagi membawa maksud Tuhan sembahan orang Islam, Tuhan Sekalian Alam

Gua tak nampak apa masalahnya jika Sang Kuffar mahu mengatakan Allah adalah Tuhan kerana itulah yang sebenar-benarnya. Namun jika ia mahu menggunakan di dalam Bible dengan membawa makna "God", maka ia adalah kaedah penterjemahan yang tidak tepat dan tidak betul.

Kesimpulannya mudah, usahlah kita membuat kenyataan yang akhirnya menidakkan Allah sebagai Tuhan bagi Muslim dan Sang Kuffar. Analisa tulisan agar ia difahami bahawa kita menyatakan "YES" jika kamu mengatakan Allah swt adalah Tuhan kamu, namun "NO" jika kamu mahu gunakan kalimah itu sebagai terjemahan bagi perkataan "God".

Kita juga harus faham yang :

- Orang Islam = mengakui Allah itu Tuhan dan Esa.
- Kafir = mengetahui Allah itu Tuhan namun Syirik.
- Atheis = Tidak percaya konsep ketuhanan.

Dengan itu, jika Lim Kit Siang atau Chua Soi Lek menyatakan Allah itu Tuhan, ucapkanlah Alhamdulillah.

3 comments:

Anonymous said...

kefahaman yang betul dalam isu masakini. Jangan putar belit mcm Dr Maza dan UAI...

Anonymous said...

Apakah tuan memang betul-betul menolak Syiah dengan kedua kaki anda?dan tidak menyesal dengan kata2 anda itu sendiri?

hanz azdi said...

Isu ini senang difahami oleh sesiapa saja yg ada kefahaman agama. Bab terjemahan i.e. "God to Allah" saja yg perlu ditekankan untuk kontek Malaysia.

Dialah Maha Pencipta, Universe ini jadi dia lah hanya 1 tuhan kepada semua manusia & ciptaan-Nya walau ramai (kufur) tak terima sepenuhnnya keesaanNya, syariat-Nya dsb'nya.